CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: lina21

(Akasia TV3) DRAMA SHHH... I LOVE YOU (GAMBIT SAIFULLAH, ELVINA MOHAMAD)

 Close [Copy link]
Post time 24-4-2017 04:32 PM From the mobile phone | Show all posts
lina21 replied at 24-4-2017 04:27 PM
gambit ni pembuli ker apa...nasib tak bengkok jari elvina tu

https://www.instagram.com/p/BTQ ...

Apakah? Tenet Ai sendu. Xmampu bukak IG. Huaaaaaa...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2017 04:35 PM From the mobile phone | Show all posts
lina21 replied at 24-4-2017 04:27 PM
gambit ni pembuli ker apa...nasib tak bengkok jari elvina tu

https://www.instagram.com/p/BTQ ...

Mohtip nmpk sweet lak.   Mest gambit rasa bersalah. Kihkihkih.  
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2017 04:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Credit to: kosmo online

HIBURAN
Elvina pantang dicabar



Oleh ARINA AZLAN
Foto IHSAN MIND ORDER

Tudung - Sering memegang watak bertudung, sesetengah peminat tidak dapat menerima kenyataan bahawa Elvina masih belum bersedia untuk berhijab. Mereka juga sering memarahinya jika ada gambar yang tidak bertudung dimuat naik di laman sosial.

Kerjaya lakonan si cantik manis Elvina Mohamad bukanlah bermula daripada minat atau cita-cita yang dipupuk sejak kecil. Sebaliknya, kerjaya tersebut dibina tanpa disangka-sangka.

Pada awal pembabitan dalam dunia hiburan, pemilik nama sebenar Norzalina Mohamad ini kerap muncul dalam beberapa iklan televisyen yang dilakukan secara suka-suka dan dijadikan sebagai sumber pendapatan kedua.

Pada ketika itu, Elvina tidak pernah berasa dia mempunyai bakat lakonan malah mengakui agak terkejut apabila pengarah, Nizam Zakaria memanggilnya untuk uji bakat telefilem pertamanya iaitu Baby Ana Milik Siapa pada tahun 2014.

Kata anak kelahiran Teluk Intan, Perak itu, pada mulanya dia agak ragu-ragu untuk menghadiri sesi pemilihan tersebut kerana tidak mempunyai asas lakonan dan tidak pernah berdialog di hadapan kamera.

“Bagi iklan televisyen, saya tidak mempunyai skrip dan kebanyakannya hanya berdasarkan ekspresi wajah, jadi saya agak terkejut apabila Nizam mahu saya hadir untuk uji bakat.

“Watak saya dalam Baby Ana Milik Siapa hanya sampingan dan sepatutnya tidak mempunyai dialog, tetapi Nizam telah mengolah skrip pendek khas untuk saya,” katanya ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini.

Sejak membuat penampilan dalam Baby Ana Milik Siapa, barulah Elvina mula merasai keseronokan berlakon dan mengambil keputusan untuk menjadikan bidang seni sebagai kerjaya tetapnya.

Meskipun keputusan itu bermakna dia terpaksa melepaskan jawatan setiausaha yang dipegangnya sebelum aktif dalam lakonan tetapi Elvina yakin, itu adalah sesuatu yang berbaloi untuk dilakukan.

“Memang agak sukar untuk memilih kerana bidang lakonan tidak menjamin pendapatan yang tetap setiap bulan tetapi saya mengikut kata hati yang merasakan dunia itu lebih sesuai untuk saya.

“Setiap kejayaan memerlukan pengorbanan dan kini saya berasa bersyukur kerana telah memilih industri seni kerana setiap hari saya belajar dan bertemu orang baharu,” jelasnya lagi.

Cabaran

Memiliki pakej wajah cantik dan personaliti yang ceria tidak menjadikan perjalanan seni Elvina sesuatu yang mudah dan senang dalam usahanya membina tapak dalam industri.

Menurut gadis berusia 22 tahun itu, dia bermula dari bawah dan sering dipandang rendah oleh kru produksi kerana sikapnya yang pemalu serta kurang yakin dengan diri sendiri.

Kata Elvina, dia berperasaan begitu kerana menyedari dirinya bukanlah dilahirkan dengan bakat seni luar biasa dan semua teknik lakonan perlu dipelajari bermula daripada tahap kosong.

“Minat saya terhadap dunia seni bermula agak lambat kerana ia bukan sesuatu yang saya impikan sejak kecil tetapi ini adalah takdir yang terbaik daripada Allah S.W.T untuk saya.

“Oleh kerana itu, saya percaya bakat itu boleh diasah jika kita benar-benar serius untuk membabitkan diri dalam industri seni,” katanya lagi.

Selain itu, Elvina turut memberitahu dia sering dicabar oleh pengarah-pengarah yang pernah bekerjasama dengannya untuk membuktikan bahawa dia layak bergelar seorang pelakon.

Akibat kerap mendengar kata-kata sinis bahawa dia tidak mampu bertahan dalam industri, si kecil molek berdarah kacukan Siam-Melayu ini terus menanamkan azam untuk menyahut cabaran tersebut.

“Alhamdulillah, berkat usaha keras saya selama tiga tahun, akhirnya saya berjaya memegang watak utama menerusi drama Mariam Alisha pada tahun lepas. Sejak itu, barulah banyak penerbit sedar kewujudan saya dalam dunia lakonan,” ujarnya.

Tidak berhenti di situ, tahun ini Elvina membuka lembaran kerjayanya dengan pembabitan drama rantaian menerusi slot popular Akasia.

Memegang watak utama sebagai Nadia dalam drama rantaian Shh... I Love You, dia menyifatkan pembabitannya dalam naskhah tersebut sebagai pencapaian peribadi tertingginya sepanjang bergelar anak seni.

Demi memastikan dia memberi komitmen terbaik untuk watak tersebut, Elvina juga sanggup menolak beberapa tawaran lain yang datang kepadanya.

Teruja menanti reaksi peminat, kata Elvina hanya satu dilema yang sering dihadapinya.

“Watak Nadia diwujudkan dengan penampilan saya bertudung, sedangkan pada kehidupan sebenar, saya tidak bertudung. Malah, dalam kebanyakan drama lakonan saya sebelum ini juga saya memainkan watak wanita bertudung.

“Jadi, banyak orang memarahi saya apabila melihat diri saya yang sebenar dan menyifatkan saya sebagai hipokrit. Saya minta maaf kerana tidak mampu menurut permintaan orang, tetapi dengan hati terbuka menerima segala kritikan yang diberi,” kata Elvina penuh hemah.

Biarpun baru memasuki tahun ketiga memegang gelaran artis, Elvina turut tidak terlepas dengan isu negatif atau kontroversi.

Gosip

Mengambil pendekatan untuk tidak cepat melenting, Elvina berkata, itu adalah jalan penyelesaian terbaik kerana dia tahu perkara sebenar yang terjadi.

“Pada mulanya saya agak terkejut apabila timbul berita seperti Elvina ditemui sedang mabuk di kelab malam kerana ketika kejadian yang kononnya berlaku itu, saya sedang sibuk di set penggambaran.

“Ibu, Mariah Hussin, 50, turut menerima tempias khabar angin yang mengaitkan saya kerana jiran-jiran akan bertanya kepadanya tentang kesahihan cerita itu. Saya bernasib baik kerana ibu mempercayai saya dan akan bertanya terlebih dahulu jika timbul isu begini,” jelasnya lagi.

Tidak cukup dengan itu, Elvina juga pernah dituduh sebagai lesbian kerana tidak pernah memuat naik gambar bersama lelaki dalam laman sosialnya.

Hanya mampu ketawa dan menggelengkan kepala, dia berkata tidak menyangka sikapnya yang tidak suka menayang teman lelaki untuk tatapan umum juga boleh dijadikan isu.

“Memang saya tidak memuat naik gambar bersama teman lelaki kerana saya tidak bercinta dengan sesiapa buat masa sekarang. Jika kelak saya ada kekasih sekalipun, saya tidak akan bercerita tentang dia sehingga kami sudah mahu bertunang atau berkahwin.

“Saya mahu fokus kepada kerjaya dahulu kerana selagi tapak saya dalam industri tidak kukuh dan teguh, biarlah seluruh perhatian saya diberikan untuk lakonan,” katanya sambil menyimpul perbualan.






Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/conten ... 1.htm#ixzz4f9cToHeV
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-4-2017 04:37 PM | Show all posts
hijau88 replied at 24-4-2017 04:31 PM
Not bad la gandingan dorg ni. Sesuai lak. Ikut nasib jgk kan dpt partner ok, sesuai. Lakonan menja ...

kena saimbanglah kan....
walau macam mana bagus salah sorang pairing kalau yg seorang lagi slack...
tak menjadi jugak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-4-2017 04:39 PM | Show all posts
saaya replied at 24-4-2017 04:32 PM
Apakah? Tenet Ai sendu. Xmampu bukak IG. Huaaaaaa...

olololo....rugilah tak leh tgk.....
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2017 04:41 PM From the mobile phone | Show all posts
lina21 replied at 24-4-2017 04:37 PM
kena saimbanglah kan....
walau macam mana bagus salah sorang pairing kalau yg seorang lagi slack. ...

Yeszaaaa. Betul. Mcm TZ tu banyak dah berlakon ngan hero berlainan. So far, aku xde masalah lakonan TZ tp sbb ada partner sheols yg bgi aku x sesuai, trus rasa semcm jek iaitu raja afiq n amar baharin. Mungkin  sbb lakonan hero tu.

Tgk TZ blakon ome bsama zain saidin, nmpk jgk chemistrynya. Wpun cerita bercirikan pendidikan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 24-4-2017 04:44 PM | Show all posts
hijau88 replied at 24-4-2017 04:37 PM
Credit to: kosmo online

HIBURAN

motip nak marah2 el tak pakai tudung kat luar...
sah2 scene kat dlm rmh el tak pakai tudung...takkan dorang tak perasan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-4-2017 04:45 PM | Show all posts
hijau88 replied at 24-4-2017 04:41 PM
Yeszaaaa. Betul. Mcm TZ tu banyak dah berlakon ngan hero berlainan. So far, aku xde masalah lakona ...

paling sedih tizz masa ganding ngan raja afiq...ape ker pelik sgt citer tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2017 04:49 PM From the mobile phone | Show all posts
lina21 replied at 24-4-2017 04:45 PM
paling sedih tizz masa ganding ngan raja afiq...ape ker pelik sgt citer tu

Ha'ah. Ke sbb storylinenya? Tu psl aku x gemar pengarahnya. Pengarah tu jgk yg akan mengarah telemovie el yg akan shooting nnti. Harap best leh la d hadap. Haha.
Paling latest tgk drama digital TZ n ungku ismail, nasib baik best. Huhu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-4-2017 04:52 PM | Show all posts
hijau88 replied at 24-4-2017 04:35 PM
Mohtip nmpk sweet lak.   Mest gambit rasa bersalah. Kihkihkih.

mst rasa bersalah la tu....dan2 jadi doktor fisio
main urut2 jari el takut terpeleot

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-4-2017 04:57 PM | Show all posts
hijau88 replied at 24-4-2017 04:49 PM
Ha'ah. Ke sbb storylinenya? Tu psl aku x gemar pengarahnya. Pengarah tu jgk yg akan mengarah telem ...

olahan buruk citer tu...
banding citer adi putra ngan balqis tu pasal sakit gak
tak lah pelik sgt....
citer tizz ngan afiq tu pulak emosi serabut....
mcm mana bgs tizz lakon watak dia pun tak leh tutup kepelikan citer tu
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2017 05:09 PM From the mobile phone | Show all posts
lina21 replied at 24-4-2017 04:52 PM
mst rasa bersalah la tu....dan2 jadi doktor fisio
main urut2 jari el takut terpeleot

Haha. Tau takut c gambit.    Dlm lemah lembut manja c el nmpk sisi ganaz jgk tym rebut kerusi dr gambit tu.  
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2017 05:17 PM From the mobile phone | Show all posts
lina21 replied at 24-4-2017 04:39 PM
olololo....rugilah tak leh tgk.....

Weyyyyy dah tgk dah!!! Asal comei sangat tu!!! Kalah Aidan Nadia tau kecomelan tu... Gambit ni mmg suka pandang mata kan.
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2017 05:21 PM From the mobile phone | Show all posts
lina21 replied at 24-4-2017 04:27 PM
gambit ni pembuli ker apa...nasib tak bengkok jari elvina tu

https://www.instagram.com/p/BTQ ...

Ya ampun...  Mak baru tgk ig ni...  Adudidui..  Kalau mak gf gambit.. Wajib makk jelessss
Dah dgn muka merah2 si el tu..  Dgn cara gambit care el td tu..  Uwaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2017 05:22 PM From the mobile phone | Show all posts
hijau88 replied at 24-4-2017 04:37 PM
Credit to: kosmo online

HIBURAN

Bila peminat xboleh bezakan antara lakonan dan realiti... Motif sgt kn isu xbertudung pn nk dimarahnya...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-4-2017 06:19 PM From the mobile phone | Show all posts
hijau88 replied at 24-4-2017 05:09 PM
Haha. Tau takut c gambit.    Dlm lemah lembut manja c el nmpk sisi ganaz jgk tym rebut kerusi ...

Elvina tu tau kung fu.kang ada gak gambit kena terajang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-4-2017 06:21 PM From the mobile phone | Show all posts
saaya replied at 24-4-2017 05:17 PM
Weyyyyy dah tgk dah!!! Asal comei sangat tu!!! Kalah Aidan Nadia tau kecomelan tu... Gambit ni mmg ...

Gambit mengada buat drama mata kat situ...koser elvina nak layan kot.sbb tu dia pusing muka gambit ke sebelah...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-4-2017 06:24 PM From the mobile phone | Show all posts
dealova04 replied at 24-4-2017 05:21 PM
Ya ampun...  Mak baru tgk ig ni...  Adudidui..  Kalau mak gf gambit.. Wajib makk jelessss
Dah dgn ...

Kan..merah muka el masa tu
Tapi tak pasti sbb mata stim gambit ataupun sbb menyemput lps lari2 tu    
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2017 06:26 PM From the mobile phone | Show all posts
lina21 replied at 24-4-2017 06:24 PM
Kan..merah muka el masa tu  
Tapi tak pasti sbb mata stim gambit ataupun sbb menyemput lps lari ...

Dua2 bergabungg tu yg memerah pipi..  Hahhaa
Dh mcm gf ngadu sakit jari kt bf..  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-4-2017 06:28 PM From the mobile phone | Show all posts
dealova04 replied at 24-4-2017 06:26 PM
Dua2 bergabungg tu yg memerah pipi..  Hahhaa
Dh mcm gf ngadu sakit jari kt bf..

Tapi dlm video tu gambit yang gedik   
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Sindiket kewangan 'cuci' guna selebriti
BicaraHatikuSindiket kewangan 'cuci' guna se
Views : 25340 Replies : 134
Pendapatan merosot dan deposit rumah sewa mencecah RM5ribu di JB,Suami Isteri Pilih Duduk Dalam Kereta & Hidup Berpindah-Randah
YgBenarPendapatan merosot dan deposit rumah sew
Views : 18760 Replies : 25
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 142756 Replies : 1513
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 192009 Replies : 7049
Boyfriend Ameera khan minum arak?
RalineBoyfriend Ameera khan minum arak?
Views : 24172 Replies : 15
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 112803 Replies : 4942
KERANA TAKSUB: Tersebar GROUP PRIVATE fans FATTAH AMIN menuduh family fazura gunakan MAK ESAH terhadap fattah dan tuduhan kematian TRAGIS ayah Fazura
FORUMCARIIIKERANA TAKSUB: Tersebar GROUP PRIVATE fa
Views : 16666 Replies : 339
Bengang Thalita kena kutuk, Shuib ajak orang yang kutuk jumpa face to face
RalineBengang Thalita kena kutuk, Shuib ajak o
Views : 31311 Replies : 43
Zara disusukan oleh saudara sebelah Dato Ramli MS.
paulizaZara disusukan oleh saudara sebelah Dato
Views : 15474 Replies : 22
Wanita bertudung tak nak lelaki bujang, suka pilih suami orang-senang sebab jumpa bila free je
RalineWanita bertudung tak nak lelaki bujang,
Views : 29033 Replies : 8

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 07:31 PM GMT+8 , Processed in 0.528440 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list