CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: generalsoap

Farid Kamil ♥ Diana Danielle - pregnancy test yesssza pg 50

   Close [Copy link]
Post time 4-11-2012 10:51 PM | Show all posts
sgt cantik dan sweet si dania.tahniah!!!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-11-2012 11:11 PM | Show all posts
fukadaminchi posted on 4-11-2012 09:30 PM

5 day mc bersi nikah...
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2012 11:15 PM | Show all posts
krukx posted on 4-11-2012 08:23 PM
Rasa macam melampau la org yg dok tuduh2 kata DD pregnant. tak baik wat fitnah. aku rasa patut saman ...

besela derang ni asal org segerakan nikah je dikata pegnen
kalo tangguh2 dikata tunggu sponsor.. cemacam
tapi perot moncit tu besela la.. aku kalo musim ujan ke
tak makan ke terus prot jd kembong dan mncit
kalo time dtg blan lg la moncit dan keras jek prot aku
kalo time normal len baru prot selim melim
kesimpulannya jgn suka wat kesimpulan sdr.. huhu
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2012 11:17 PM | Show all posts
fukadaminchi posted on 4-11-2012 09:29 PM

cntik sgt gamba ni..muka diana nmpk suci je,
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2012 11:19 PM | Show all posts
Muda lagi si didi ni dh kawen... Sian didi start idop di usia muda...berlakon umur 13
.. Kawen umur 21... Nanti jd mak umur 22....umur 29 anak dh 4...Jdi nenek umur 40...
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2012 11:23 PM | Show all posts
Aku pelik knp diorang kawen cecepat...walhal resepsi ujung tahun... Tup tup dah kawen.... Takleh ke kawen ujung tahun ni.
.knp kena buat skrg....pelik
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-11-2012 11:28 PM | Show all posts
watachiwa posted on 4-11-2012 08:13 PM
nenek belah mak kot. kalo keturunan Syed or Syarifah mmg kite assign as Yang Mulia pon.

Yang Mulia my foot. sesama manusia pun nak yang molia ke hulu yang molia ke hilir.

Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2012 11:37 PM | Show all posts
fukadaminchi posted on 4-11-2012 09:17 PM
dah ade blom?

Ni lah First time aku tengok FK ni hensem
Tahniah tukang amik gambar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-11-2012 11:44 PM | Show all posts
Hansemnya farid kamil
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2012 12:14 AM | Show all posts
inthira posted on 4-11-2012 11:08 PM
tak paham nape masa zizang tel tadi tanya anak nama sulung nama ape??? zizang2.....and masa temubual ...

mcm confirm jah nk dpt anak.. mungkin kata2 itu doa barangkali..
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2012 01:14 AM | Show all posts
cantiknya....semoga berkekalan hingga ke hujung nyawa..
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2012 01:25 AM | Show all posts
fukadaminchi posted on 4-11-2012 09:27 PM



suka tengok derang....semoga kekal ke akhir hayat...
kpdkorang yg fitnah ckp DD nebunting lah apa lah... korang jawab lah kat akhirat kalau x betul nanti

Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2012 01:26 AM | Show all posts
mushroomsup posted on 4-11-2012 11:15 PM
besela derang ni asal org segerakan nikah je dikata pegnen
kalo tangguh2 dikata tunggu sponsor..  ...

habisla aku nanti.. aku bdn kecik tp mmg perut muncit sbb malas sit up
nasib baik aku x retis.. tp kat kg ni pon org suka mengata jugak.,.
mulut manusia..
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2012 01:29 AM | Show all posts
DD ni mmg cantik sangat kan..orang cantik pakai baju kurung putih kosong masa nikah pun dah cantik..kalau aku pakai baju dia masa kawin selayaknya orang ingatkan usher majlis je
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2012 07:30 AM | Show all posts
fukadaminchi posted on 4-11-2012 09:30 PM

kaka x nampak apa2 picca mu paste ler
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2012 07:32 AM | Show all posts
baru laa nampak gambor2 mesra DD & FK.. klu dulu2 mcm tak percaya depa ni couple..
kdg2 nampak mcm DD mmg terlebih manjakan FK.. sbb DD nampak jauh lebih matang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-11-2012 08:01 AM | Show all posts
FK ada ckp rupanya dr DD umo 18thn...FK nk amek jd bini...tp muda lg...x matang...sabar dia menunggu...so sweet...simple but nice akad nikah dorang
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2012 08:13 AM | Show all posts
lovelyna posted on 3-11-2012 12:07 PM
awalnya akad nikah...bangkit2 tidur terus p menikah..kalu ak mamai2 jer lg...

apa beza muka fk samada bangun tidoq, lepas makan, sepas solat, tgh malam dll..
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2012 08:25 AM | Show all posts
ha baru baca kosmo ke apa td...dd kata dia bersedia tp diaorg merancang 2, 3 tahun xde anak dulu....berat la tuduhan preggy nih, ke org x rasa pape main ckp je
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2012 08:36 AM | Show all posts
abil_tetra posted on 5-11-2012 08:25 AM
ha baru baca kosmo ke apa td...dd kata dia bersedia tp diaorg merancang 2, 3 tahun xde anak dulu.... ...

Diana nak anak ramaiOleh Norhadiani Baharom
[email protected]




TAHUN pertama berhubungan, melewati bulan ketujuh percintaan mereka, aktor, Farid Kamil Datuk Dr. Zahari, 31, memasang hasrat untuk memperisterikan aktres jelita, Diana Danielle Danny Beeson, 21, sebagai permaisuri hatinya.
Namun, kehendak perasaannya ketika itu terpaksa ditangguh memandangkan sang kekasih baru saja berusia 18 tahun, terlalu muda dan terlalu awal untuk memikul tanggungjawab seorang isteri.
Tiga tahun lebih menunggu, tanggal 3 November (Sabtu) lalu, Diana Danielle mesra disapa DD akhirnya sah menjadi isteri kepada Farid sekali gus mengakhiri penantian sekian lama aktor berkenaan.

Tepat jam 9.12 pagi dengan hanya dengan sekali lafaz nikah, Farid dan DD sah bergelar suami isteri. Pasangan itu dinikahkan oleh Pegawai Tadbir Agama yang juga Pendaftar Kanan Perkahwinan Daerah Gombak, Daim Jajuli, berwali hakim manakala dua rakan Farid, Ahmad Razif Hamzah dan Abdul Hamid Abdul Razak menjadi saksi.



“Saya amat bersyukur pada hari ini. Selepas berkenalan hampir empat tahun di majlis yang meriah ini, akhirnya Diana sah menjadi isteri saya.


“Sebenarnya dari awal perkenalan dengan Diana, saya terus terdetik dalam hati untuk menyunting dia. Tetapi kerana faktor usianya yang masih muda mungkin juga belum sampai seru ketika itu, justeru kami melewati empat tahun ini dengan belajar untuk membiasakan diri serta menjaga hubungan sebaik mungkin.

“Saya berdoa agar Diana menjadi isteri yang soleh mampu menjaga rumah tangga, menjaga saya selain bermohon agar perkahwinan ini kekal ke alam syurga,” kata Farid.

Dengan penuh rasa kasih DD menatap wajah Farid berkata, sukar untuk menggambarkan perasaannya kerana dia berasa amat lega, tenang dan gembira dengan kelancaran majlis.

Sekadar mengimbas semula pertemuan dengan DD di Balai Berita, sehari sebelum majlis pernikahannya, bintang filem Magika itu mengakui tidak sabar menantikan saat diijabkabulkan dengan kekasih hati.

Antara kenyataan DD pada pertemuan sekitar tengahari itu: “Can’t wait dan rasa excited sangat (berkahwin). Ingatkan dah tak dapat kahwin kerana usaha untuk mencari ayah DD sebagai wali tidak membuahkan hasil.

“Rumit jugalah di mahkamah tempoh hari sewaktu membuat permohonan menggunakan wali hakim. Mujurlah, segala bukti seperti emel dan khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar kepada ayah yang mana tidak satu pun mendapat maklum balasnya, diterima pihak mahkamah syariah.

“Saya bercakap kepada hakim, saya pun kalau boleh tidak mahu susahkan diri dan Alhamdulillah, setiap keikhlasan dan niat baik mendirikan masjid (rumah tangga), dipermudahkan segalanya olehNya.”

Manakala, ini luahan DD usai majlis pernikahannya: “Saya tidak terkata. Syukur sangat semuanya berjalan dengan lancar. Terima kasih kepada keluarga mama yang datang jauh dari Perak dan keluarga baru (mentua) dari Kedah.”

Pada majlis cukup bermakna buat dirinya itu, DD juga tidak berasa sedih atau ralat tanpa kehadiran bapanya. Malah, bersyukur dikurniakan seorang ibu yang tabah dan sanggup mengenepikan segala kesedihan dan menguatkan dirinya untuk melepaskan satu-satunya anak yang dimilikinya dalam usia muda.

“Saya akan sentiasa menjaga mama. Farid juga begitu. Perkahwinan ini, tidak sedikitpun mengurangkan kasih sayang saya terhadap mama,” katanya.
Pada majlis ‘simple & sweet’ itu, Diana menerima mas kahwin RM10,000 dan wang hantaran RM20,000 mengikut nilai pelaburan emas.

Mempelai perempuan menerima lima dulang hantaran daripada pengantin lelaki yang berupa motosikal mini Kawasaki KSR 110, telekung dan al-Quran, cincin Tiffany & Co, wang hantaran dan sirih junjung.

Sementara pihak Farid pula mendapat tujuh dulang hantaran iaitu tepak sirih, sebentuk cincin dan dompet, sebuah album foto, sebuah motosikal mini, produk kecantikan Hugo Boss, majalah Polo International dan manisan.

Buat pertama kalinya juga, pasangan pengantin baru itu mempamerkan kemesraan mereka yang belum pernah disaksikan sebelum ini. Malah, Farid secara terbuka membongkar rahsia bagaimana detik mula cinta mereka bersulam.
“Kami bertemu di majlis Lord’s Tailor. Saya terserempak dengan mama dan terus bertanya, “Diana mana auntie?”. Kemudian saya bertanya lagi, Diana ‘single’ lagi ke tak? Saya tidak perasan yang dia di belakang saya.

“Ketika itu dia menoleh dan terus bertanya awak single ke tidak? Kalau awak single saya nak ajak awak jalan sekali nanti dan selepas itu kami tidak pernah jumpa.

“Satu hari saya menghubungi Diana. Saya mahukan dia untuk membintangi filem arahan saya. Dia tanya berapa banyak ‘scene’ dan saya kata tidak banyak. Tapi saya sambung ‘scene’ dengan dia di luar lokasi (ketawa).
“Sebaik kami meyakini bahawa hubungan ini serius, kami berdua sepakat untuk tidak terlalu ‘expose’ kerana mahu menyimpan sedikit kemanisan untuk saat-saat bahagia seperti hari ini. Baru boleh duduk rapat-rapat dengan dia,” katanya tersenyum.

Farid berkata, dia tertarik dengan DD kerana wanita itu berbeza, matang sebelum usia dan seorang yang tidak segan menimba ilmu.

“Tertarik dengan Diana kerana saya tidak pernah ada kawan mat salih (bergurau). Dia ada sesuatu yang sangat istimewa. Walaupun dia baru masuk 18 tahun masa saya jumpa dia dulu, tetapi pemikiran dan percakapan matang daripada usia. Bahkan, keinginan untuk memajukan diri dengan belajar pelbagai perkara, memikat hati saya,” katanya.

Manakala DD pula tertarik dengan personaliti Farid yang tenang, sabar, lucu, memahami dan sentiasa membuatkannya tersenyum.

“Dalam kesemua ciri yang dimilikinya itu, Farid juga sentiasa menjadi orang yang sering memberi dorongan dan sokongan, menampung emosi dan mental saya,” katanya.

Merancang untuk menikmati kemanisan bulan madu dengan melakukan ibadah umrah, bagaimanapun perancangan itu menurut Farid terpaksa ditukar memandangkan Disember ini, hanya jemaah yang mempunyai visa tertentu saja diterima masuk ke Makkah.

“Walaupun tidak dapat melakukan umrah, tetapi saya tetap mahu mengambil pakej bercuti untuk melawat kawasan berdekatan dengan Makkah,” katanya tidak menghalang DD untuk bergiat aktif dalam bidang lakonan.

Diajukan soal zuriat pula, DD yang menjawab soalan ini, berkata dia merancang mempunyai anak sebesar pasukan bola sepak. Namun, buat masa ini belum bersedia bergelar ibu dan hanya akan memikirkan hal itu dua tahun dari sekarang. Bagaimanapun, DD tidak menolak jika diberikan rezeki dalam masa terdekat.

Berhubung perancangannya menyambung pengajian di Australia, DD memaklumkan, hal berkenaan akan dimaklumkan sekiranya dokumen dan permohonannya diluluskan.

Pada majlis itu, Diana ditemani ibunya, Norsiah Ramli manakala pihak lelaki diwakili ibu dan bapa, Datuk Dr Zahari Che Dan dan Datin Sharifah Bardah Idid Syed Abdyllah Idid serta adik-beradik Farid.
Diana tampil ayu berhijab, mengenakan kurung putih dipadan batik rona merah jambu rekaan Wanpa. Manakala Farid memilih sut putih rekaan Andy masih segak meskipun hanya bercapal.

Kesempatan sama turut dimanfaatkan untuk menemubual ibu DD, Norsiah Ramli yang ditemui sempat menitipkan pesanan ringkas buat puteri tunggalnya itu.

“Memang berat hati mama melepaskan DD kerana dia satu-satunya harta yang mama ada di dalam dunia ini. Namun, demi kebahagiaannya, mama relakan. Harapan mama, agar Farid mampu menjaga, menghargai dan menyayanginya seumur hidup. Begitu juga mama harapkan DD moga dia menjadi isteri yang taat dan membahagiakan suami.

“Mama sedar, bagi wanita yang sudah berkahwin segala fokus kini beralih kepada suami dan rumah tangga. Pun begitu, mama mengharapkan hubungan mama dan DD takkan pernah terpisah sekalipun dia berkahwin,” katanya.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 06:36 PM GMT+8 , Processed in 0.287593 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list