CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dani-rox

[UNSOLVED MYSTERIES] Empat Kes Misteri Oleh KILL_NANCY #1611-#1614 (21 Januari

  [Copy link]
Post time 5-10-2017 11:53 AM | Show all posts
wow... jerome.... who are u actually....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2017 04:57 PM | Show all posts
mana sambungan huhuhuhuuuhu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-10-2017 12:48 AM | Show all posts
Edited by dani-rox at 6-10-2017 03:54 AM

KES PEMBUNUHAN REMAJA2 TASIK BODOM





Dari kiri ke kanan; Maila, Anja, Seppo & Nils



Pada 4 Jun 1960, Maila Irmeli Björklund dan Anja Tuulikki Mäki, kedua2nya berusia 15thn, bersama2 teman lelaki mereka yg berumur 18thn; Seppo Antero Boisman dan Nils Wilhelm Gustafsson pergi berkhemah di pinggir Tasik Bodom yg terkenal dgn keindahannya, berdekatan dgn bandar Espoo, Finland. Namun, perkhemahan yg diharapkan membawa kenangan manis kpd mereka berempat berakhir spt adegan filem seram. Kira2 pkl 6 keesokan paginya, sekumpulan budak lelaki yg memerhatikan burung berhampiran, dikatakan terlihat kelibat seorg lelaki berambut perang berjalan meninggalkan sebuah khemah yg roboh. Walau bagaimanapun, pd pkl 11pagi barulah seorg lelaki yg sedang jogging bernama Risto Sirén menemui mayat remaja2 itu dan menghubungi pihak polis.







Pihak polis sedang melakukan siasatan


Posisi mayat dan Nils Gustafsson sewaktu ditemui



Mayat Anja dan Seppo ditemui di dlm khemah yg ikatannya telah dipotong, dan polis mendapati si pembunuh telah menikam dan membelasah kedua2nya menembusi fabrik khemah tersebut. Maila pula berada di bahagian atas khemah, separuh bogel dari pinggang ke bwh. Dia mengalami kecederaan paling teruk di antara mereka semua, kebanyakan tikaman dilakukan selepas gadis itu mati. Teman lelakinya Nils, juga ditemui di luar khemah -- dgn bbrp kecederaan termasuk konkusi di kepala, rahang retak dan kelaran pisau yg agak dalam pd dahinya. Namun ketika polis tiba di tempat kejadian, dia masih hidup. Nils Gustafsson adalah satu2nya mangsa yg terselamat dan dikatakan tiada ingatan langsung mengenai serangan yg berlaku pd awal pagi tersebut. Apa yg mampu lelaki itu beritahu kpd pihak polis, dia ternampak lembaga hitam bermata merah menyala meluru ke arah mereka berempat.


Upacara pengebumian mangsa2 Tasik Bodom


Nils Gustafsson di hospital





Pihak polis beranggapan di antara pkl 4 - 6 pagi pd 5hb Jun, selepas membunuh remaja2 itu, si pembunuh mencuri bbrp barang kepunyaan mangsa2nya termasuk dompet dan pakaian. Kunci motorsikal remaja2 lelaki itu turut diambil tetapi motorsikal2 tersebut tidak terusik. Apapun, sepasang kasut dan bbrp helai pakaian yg lain dijumpai lebih kurang 500 meter dari tempat kejadian. Menurut para pengkaji kes ini, pihak polis gagal menutup tempat kejadian drpd org awam, dan jumlah polis sendiri yg terlalu ramai, ditambah lg penglibatan pihak tentera telah mencemarkan tempat tersebut dan bahan bukti penting. Bbrp barang peribadi mangsa yg lain dan senjata pembunuhan tidak dpt dikesan. Sejak siasatan bermula polis telah menangkap ramai suspek, tetapi hanya 3 org yg masih menimbulkan rasa syak wasangka di kalangan ahli masyarakat di situ;

Karl Valdemar Gyllström juga dikenali sbg 'kioskman', seorg lelaki berperwatakan kasar yg menjalankan kiosk berdekatan -- dia sgt benci akan pengunjung yg datang berkhemah. Dia juga pernah melontar batu ke arah budak2 yg lalu lalang. Ketika berbual2 dgn jirannya dlm keadaan mabuk, Gyllström mengakui bahawa dia yg membunuh remaja2 di Tasik Bodom itu. Namun, pihak polis tidak memanjangkan lg siasatan setelah isterinya memberitahu ketika kejadian Gyllström sedang tidur di rumah. Tidak lama kemudian, lelaki itu dikhabarkan telah mengkambus dan menutup lubang perigi di halaman rumahnya bbrp hari selepas pembunuhan tersebut. Ramai yg percaya di situlah dia menyembunyikan senjata pembunuhan dan brg2 milik mangsa. Walau bagaimanapun, setelah memeriksa seluruh kawasan rumahnya polis tidak menemui sebarang bahan bukti -- tetapi Karl Valdemar Gyllström tetap kekal dlm senarai suspek. Pd thn 1969, dia mati dgn melemaskan dirinya di Tasik Bodom, dan bbrp thn selepas itu sebelum menghembuskan nafas terakhir isteri Gyllström menarik balik alibi suaminya itu. Menurutnya dia amat takut akan lelaki tersebut dan pernah mengugut akan membunuh si isteri seandainya dia memberitahu polis bahawa Gyllström tiada di rumah ketika pembunuhan berlaku.




Hans Assman

Suspek seterusnya; Hans Assman, diwarwarkan sbg seorg perisik KGB dan bekas tentera Nazi. Nama Hans Assman timbul dlm siasatan polis pd pagi 6 Jun, sehari selepas pembunuhan. Assman muncul di Hospital Pembedahan Helsinki dgn pakaian berlumuran dgn kesan warna merah, manakala kukunya kotor dan hitam penuh dgn tanah. Salah seorg pekerja hospital perasan tingkah laku Assman yg pelik -- dia kelihatan sgt gementar dan sesekali agresif, malah berpura2 jatuh pengsan. Selain drpd soal siasat yg ringkas, pihak polis enggan melanjutkan siasatan ke atas lelaki itu lebih2 lg setelah mendapati Assman mempunyai alibi kukuh. Oleh itu, polis tidak berminat utk mengambil pakaian kotor yg dipakai oleh Assman utk diperiksa, walaupun pihak doktor mengesahkan kesan merah tersebut adalah darah. Selain lawatan hospitalnya yg penuh mencurigakan itu, Assman turut menimbulkan syak wasangka dlm bbrp perkara -- Apabila dia menonton laporan berita berkenaan pembunuhan itu, yg turut menyelitkan gambaran fizikal suspek meninggalkan tempat kejadian spt yg dilihat oleh sekumpulan budak2 lelaki, Assman pun segera memotong rambut perangnya dgn lebih pendek (ketika Nils dihipnosis dia juga menggambarkan rambut pembunuh dgn gaya yg sama).


Lakaran polis berdasarkan gambaran hipnosis Nils Gustafsson


Dr. Jorma Palo, salah seorg doktor yg pernah menjalankan pemeriksaan ke atas Assman, menulis tiga buah buku yg mengaitkan lelaki itu dgn pembunuhan Tasik Bodom. Bekas penyiasat Matti Paloaro pula mengesyaki Assman ada kaitan dgn 5 pembunuhan lain yg belum terungkai. Ramai juga merasakan latar belakang dan hubungan politikalnya yg kuat telah melepaskannya drpd terus menjadi suspek. Hasil drpd penulisan2 buku dan buah mulut masyarakat, Assman adalah suspek utama rakyat Finland sehinggalah thn 2004, apabila pasukan penyiasat yg baru bercadang utk membuka semula kes itu setelah 44thn berlalu. Mereka menyatakan dgn teknologi yg canggih, pihak polis telah berjaya mengesan bukti darah terbaru pd kasut yg dijumpai di tempat kejadian dan testimoni mengejut drpd seorg wanita yg dikatakan telah berkhemah tidak jauh drpd tempat kejadian. Analisis DNA yg baru ini diikuti dgn penangkapan suspek yg tidak disangka2: Nils Wilhelm Gustafsson.




Khemah remaja2 itu ketika perbicaraan


Menurut pihak pendakwaraya semasa perbicaraan pd Ogos 2005, berdasarkan pd bukti DNA terdapat kesan darah datang drpd 3 mangsa kecuali Gustafsson. Ketika ditemui di tempat kejadian, Nils Gustafsson hanya berkaki ayam dan penyiasat percaya kasut yg dijumpai itu adalah miliknya. Teori pendakwaraya adalah Gustafsson dlm keadaan mabuk dan berang akibat cemburu ketika membunuh teman wanitanya Maila Irmeli Björklund. Hal ini dpt menjelaskan kenapa gadis itu menerima kecederaan paling banyak dan mayatnya ditemui di luar khemah. Pendakwa percaya keretakan pd tulang wajah Gustafsson adalah berpunca drpd pergelutannya dgn Seppo Antero Boisman. Kemudian, dia membunuh kedua2 Seppo dan Anja Tuulikki Mäki bg menghapuskan sebarang saksi. Dia juga membuka kasut dan melemparkannya jauh2, seterusnya menambahkan lg kecederaan pd dirinya sendiri. Saksi baru, yg tampil utk dokumentari kes itu yakni sethn sebelum perbicaraan, memberitahu bahawa Gustafsson dan Seppo pernah memasuki khemahnya dan Gustafsson kelihatan sgt agresif.


Nils Gustafsson bersama peguambelanya


Sidang akhbar

Pihak pembelaan pula mengatakan Nils Gustafsson tidak mempunyai motif utk membunuh ketiga2 remaja itu, dan adalah mustahil bagi lelaki tersebut utk mencederakan dirinya sedemikian rupa. Setelah disabitkan bersalah, Gustafsson hanya dipenjara satu thn saja drpd hukuman seumur hidup -- Dia berjaya membuat rayuan dan mahkamah membebaskannya. Kerajaan Finland membayar ganti rugi kpd Gustafsson sebanyak Euro 99,400 atas penderitaan mentalnya ketika di dlm tahanan reman, tetapi menghalang permohonannya utk menyaman malu sykt2 akhbar negara itu. Walau bagaimanapun, masyarakat Finland masih menganggap Gustafsson bertanggungjawab atas pembunuhan Maila, Seppo dan Anja. Sewaktu perbicaraan, Gustafsson ditanya oleh seorg wartawan bagaimana dia tahu dirinya tidak bersalah sedangkan dia tidak dpt mengingati apa2, lantas dia menjawab; "Saya memang tidak bersalah. Dan itu adalah hakikat."

Dengan pembebasan Gustafsson dan kebanyakan suspek yg sudah meninggal dunia, kes Remaja2 Bodom itu sudah pasti tidak akan selesai dan pembunuhnya tidak akan dihadapkan ke muka pengadilan. Misteri berusia lebih drpd 50thn ini telah berubah menjadi legenda tempatan. Kes ini akhirnya dijadikan sbg kisah teladan utk bbrp generasi dan akan diceritakan berulang2 kali utk generasi2 seterusnya -- terutamanya bg mereka yg gemar bercerita mengelilingi unggun api perkhemahan di pinggir tasik yg sama.



Wajah lelaki misteri dlm bulatan menyerupai lakaran polis di atas, gambar diambil ketika majlis pengebumian mangsa


https://en.wikipedia.org/wiki/Lake_Bodom_murders


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2017 02:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Tq tt ade cite baru

Lepas bace yg gustassfon tu hidup,aku terus syak die huhu,kemungkinan jugak
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2017 03:54 PM | Show all posts
Wow dah kalau 50tahun xsetel, payah la nak tangkap suspek lagi.
Ramai dah mati pon.

Gutafson tu mmg heavily suspected.
Gambar waktu pengebumian is merely accidental similarities je dengan fotofit
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2017 05:17 PM | Show all posts
aku pun sependapat dgn rakyat finland.
dari cerita mmg macam budak yg hidup tu punya kerja, Gustafsson .
boleh pulak dia kata yg makhluk mata merah yg serang.
n then buat cerita tak ingat apa2.
yg muka dia bengkak2 tu sebab dia bergelut dgn si Seppo tu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 6-10-2017 09:47 PM | Show all posts
kalo betul angkara gustafsson... harap2 bila org tua ni dah nak mati nanti, mungkin dia akan buat deathbed confession.
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2017 11:28 AM From the mobile phone | Show all posts


Ada movie eh kisah bodom ni.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-10-2017 08:18 PM | Show all posts
azie_fariza replied at 8-10-2017 11:28 AM
Ada movie eh kisah bodom ni.

filem Friday the 13th/Jason Voorhees dikatakan terinspirasi drpd kes ni jugak.



kebetulan pulak jumaat nih 13hb
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2017 10:55 PM From the mobile phone | Show all posts
dani-rox replied at 6-9-2017 12:31 AM
KES MAYAT DI DALAM TONG DRAM



Wahhhh..baru bukak benang ni balik n dah ada cte psl debbie ni..tp mmg sedih sbb nmpk sgt polis cuba kaver c pembunuh tu...cuba tgk video kt criminally listed kt YouTube,die ada ckp psl kes ni..tp  mmg smpai skrg pmbunuh tu mmg x dijumpai..polis y corrupted..geram betul rasa..
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2017 11:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Mula2 baca tak syak Nill tu. Amboi siap dapat pampasan. Buka juga kes ni walau lebih 50 thn. Mangsa patut dapat pembelaan
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2017 11:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Btw thanks dani
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2017 08:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Knp maila tu half-naked? Salunye kalau kes mcm ni msti polis akan buat ujian air mani bila keadaan maila mcm tu...tp sy rasa nils tu pembunuh kwn2 die,sbb x logik lgsg org lain dibunuh dikelar dgn kejam tp nils xde pulak heavily hurt mcm tu...kalau beast mata merah y buat,msti akan mati semua..
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2017 09:49 AM | Show all posts
azie_fariza replied at 8-10-2017 11:28 AM
Ada movie eh kisah bodom ni.

Kalau ikut movie bodom ni, siapakah pembunuh? Nils ke?
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2017 11:23 AM | Show all posts
Menarik, rasa macam Nail lah suspect nya. Sebab bukan main tuduh hantu mata merah kan. Tak logik, budak-budak kalau nak cover citer memang boleh jadi citer kartun.
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2017 03:28 PM | Show all posts
thanks update dani..tak pernah menghampakan


nah munger
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-10-2017 04:53 PM | Show all posts
thanx for the update~! mmg slalu tggu thread ni update~
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2017 04:25 PM | Show all posts
thank you dani.
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2017 05:36 PM | Show all posts
lil_sparky replied at 4-9-2017 01:31 PM
Br ni lalu terowong bwh tanah ni..teringat kes audrey tu..huhu

masa bulan pose haritu ade buka pose kt Majestic
tah cmne (xtau jln) tetiba heading dr ktmb tu ke msjd negara..gelap giler
terus trgat kes Audrey ni n terus ikut jln lain..lantaklah jauh ke sesat jnji terang
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2017 01:16 PM | Show all posts
first baca Nil tu hidup mmg suspek dia pembunuhnya..
biasa je tgk pembunuh cederakan diri sendiri utk blend in kata dia pun mangsa gak..
nmpk meragukan betul nil tu..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-12-2024 05:21 AM GMT+8 , Processed in 0.659306 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list