CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: jasmine

Sad sonata (Kwon Sang Woo n Kim Hee Sun) - Index Page1

[Copy link]
Post time 2-5-2006 08:07 PM | Show all posts
sedih episod ari ni...huhu... geram aku... bukan main susah nak jumpe,pastu  kena pisah balik... pasni ape la plak dugaan yg bakal melanda..chewaahh..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-5-2006 09:02 PM | Show all posts
http://www.youtube.com/watch?v=- ... search=sad%20sonata
aku jumpa video nie kat youtube.ep masa diorang nak berpisah tadie.ckp bahasa korea.kan bagus kalau tv2 tak dub.
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2006 11:42 PM | Show all posts
Episode 6

Jun-young termenung memandang hujan yg turun mengingatkannya memori zaman kanak2 mereka berdua. Pabila hujan berhenti dan ingin meneruskan pencariannya, Jun-young terpegun x bila dia terpandang HyeIn berdiri disebarang jalan bertentangan dgnnya...dgn perlahan dia menyebut nama HyeIn dan cuba utk menyeberang tapi gagal disbbkan lalu lintas yg sibuk dan HyeIn pula lansung x dpt mendgr sbb memakai walkman ketika tu. Didpn lampu isyarat, terasa bagaikan bertahun menunggu lampu isyarat tu bertukar dan bila bertukar aje Jun-younglah org pertama yg menyeberang berlari mendptkan HyeIn lantas terus memeluknya erat..terlerai semua kerinduan yg tersimpan antara mereka..tiada kata2 yg terucap hanyalah nama yg sering disebut berkali2 dan tangisan menemani rindu mereka..

Jun-young menemani HyeIn ke gereja sbb dia ingin mengucapkan terima kasihnya sbb telah memakbulkan doanya..sambil menangis menghadap Jun-young yg perlahan mengusap airmatanya.."saya betul2 berterima kasih pada Tuhan sbb menemukan saya dgn kamu kembali.." bila Jun-young mengenggam erat tangannya. HyeIn dgn cemas meminta Jun-young jgn lagi melepaskan tangannya dan Jun-young kata mulai saat ni dia x akan sekali2 melepaskan tangan HyeIn lagi. Dihadapan altar bersaksikan Tuhan..perlahan Jun-young menghadiahkan ciuman pertamanya pada HyeIn...

Jun-young memghubungi GunWoo yg ketika ni sdg menemani kakaknya melihat galeri pameran barunya sbb bakal abg iparnya x dpt dtg. GunWoo turut gembira bila Jun-young telah bertemu gan taman wanitanya dan memberi kebenaran kepd Jun-young utk meminjam villanya juga berjanji akan dtg menemui mereka kelak bersama gan SenPeo.

Dlm perjalanan ke villa..Jun-young gembira bila mendpt tau yg makciknya dah pun berkahwin.

Di villa..Jun-young memperdengarkan lagunya yg telah siap digubah..HyeIn tersenyum senang dan meminta Jun-young memberinya kertas lagu tu kepdnya..Jun-young pula sambil tersenyum kata lagu tu mmg pun adalah khas utk dia jadi dia boleh memiliknya. Dimasa yg sama GunWoo menghubungi Jun-young kata dia cuma dpt dtg keeskkan harinya sbb urusannya belum selesai gi masa ni Gunwoo sdg menemani kakaknya mencuba pakaian pengantin. Masa ni sempat gi GunWoo mengusik Jun-young..pikirnya pasti Jun-young akan tidur gan HyeIn..Jun-young pula tersipu malu. Bila HyeIn yg sejak tadi mendgr bertanya siapa org tu..sambil bergurau Jun-young kata.."org tu suruh saya buat begini.." dia mendukung HyeIn dan berputar2 hingga terjatuh. Mereka tertawa gembira bersama.

Di kedai pengantin..kakak GunWoo menangis bahagia dan kata kalu ler ada mak diorg skrg..bila mendgr tu GunWoo terdiam dan memujuk kakaknya.

Divilla..sambil memeluk HyeIn, mereka terus bercerita mengimbau zaman mereka dulu2. Bila HyeIn bertanya psl rantai yg masih dipakai..Jun-young kata rantai tu umpama rantai tentera iaitu rantai pengenalan bila terkorban dimedan perang dan oleh tu rantai tu akan sentiasa dia pakai walaupun satu hari mungkin dia akan mati sambil bergurau Jun-Young kata pada rantai tu tertulis yg Jun-young adalah milik HyeIn selama2nya..(huh..ni kesnya mcm dia tau2 aje bila dia akan mati..). Masa ni Jun-young buat kelakar gi bila dgn sedih HyeIn kata .."Jun-young ah..mulai saat ni kita jgn berpisah lagi selama2nya.." tapi Jun-young pula dgn nada serius.." x boleh, kita mesti berpisah juga...sbb saya kena ambik kayu dibelakang gi..' HyeIn yg pada mulanya terkejut terus tersenyum. Ketika Jun-young pegi kebelakang, HyeIn menghubungi makciknya yg dah pun menangis kerisauan. HyeIn memberitahu yg dia x akan ikut pergi Amerika sbb dia dah menemui Jun-young dan ketika ni tanpa dia sedari Jun-young terdgr perbualannya tapi pura2 bertanya. Bila HyeIn sudah tertidur Jun-young mendail kembali nombor yg didail oleh HyeIn..kini baru dia tau rupa2nya HyeIn akan pergi ke Amerika bersama makciknya pada esk hari. Jun-young terkedu, sambil merenung HyeIn terdgr2 suara Dai Li kata supaya membenarkan HyeIn ikut dia ke Amerika supaya dia dpt menjalani pembedahan mata dan memasuki universiti disana..Dai Li berjanji selepas tu baru dia akan membenarkan HyeIn berjumpa gannya. Sdg Jun-young asyik merenung wajah HyeIn gan sedih, tiba2 HyeIn terjaga dan dan bagitau yg dia asyik bermimpi mimpi yg sama iaitu dia x dpt dgr suara Jun-young memanggilnya berulang kali. Dia takut akan kehilangan Jun-young satu hari nanti dan bila HyeIn kata dia berharap walaupun satu hari dia ingin melihat wajah Jun-young juga pemandangan dari rumah rahsia mereka. Mendgr tu Jun-young terharu dan ini meyakinkan lagi dia tentang permintaan Dai Li.

Keeskkan paginya..ketika HyeIn terjaga dia memanggil nama Jun-young tapi alangkah terperanjatnya dia bila Jun-young x ada. Dgn cemas dia berjln keluar mencari. Dari kejauhan Jun-young terpandang HyeIn dgn sedaya upaya dia pura2 gembira dgn diam dia memeluk HyeIn dari belakang yg berkata.."saya pikir kamu telah meninggalkan saya lagi.." sambil tersenyum Jun-young kata dia x akan tinggalkan HyeIn gi dan dia tadi keluar utk membeli makanan utk dimasak. Kemudian Jun-young membawa HyeIn ke bilik piano memintanya memainkan lagu yg telah dia hadiahkan tu kata dia teringin dgr HyeIn mainkan utknya. Dgn gembira HyeIn bersetuju apa lagi bila Jun-young berjanji yg akan membawanya ke rumah rahsia selepas dia masak nanti.

Perlahan Jun-young meninggalkan HyeIn memandangnya dgn pandangan sedih manakala HyeIn pula sesudah Jun-young pergi matanya bergenang gan airmata..."makcik maafkan saya.."Semasa makan..Jun-young memberitahu kedudukan makanan dihadapan HyeIn, bila tersebut yg masakan makciknya selalu x sedap..matanya digenangi airmata gi sebak terkenangkan makciknya lantas berkata yg dia x ada selara utk makan. Jun-young yg dari tadi sedaya upaya menahan sedih dan pura2 ceria memaksa HyeIn makan sbb katanya dia x suka gadis kurus kering sambil tu berpesan.."kalu saya tiada disisi dan kamu x ingin makan, kamu mesti makan juga.." Jun-young sambil menahan tangisan terus pura2 ceria sambil menyuap HyeIn makan nasi bercampur sup.

Ketika GunWoo dan SenPeo sampai mereka terkejut hairan bila dpt tau dari penjaga rumah yg Jun-young dah pegi. Jun-young sebenarnya membawa HyeIn ke airport bukannya ke rumah rahsia dan bila HyeIn tau dia cuba melarikan diri dan hampir2 dilanggar kereta. Sambil meronta2 menangis HyeIn..."bukankah kamu berjanji x akan berpisah lagi? Kamu penipu, kamu penjahat..Klu berpisah skrg kita x akan berjumpa lagi..jgn hantar saya pegi.." HyeIn terus menangis sambil terduduk sambil Jun-young terus memujuk kata diorg bukannya berpisah selama2nya tapi hanya sementara saja dan juga kata .."u HyeIn, saya pasti akan pergi mencari kamu. Dgr Pu HyeIn..kamu mesti terus tabah..percayalah..Saya pasti mencari kamu biarpun disudut dunia.." HyeIn terus menangis kuat dibahu manakala Jun-young terus memujuknya. (ah..start scene ni ler bel jadi suka tgk KHS..utk pertama kalinya bel terharu sebak tgk..) :cry::cry:

Dai Li yg risau menanti menjadi lega bila melihat HyeIn masih gi teresak2 menangis bersama Jun-young. Sebelum pegi Jun-young menyerahkan satu bungkusan kata ianya adalah hadiah dan HyeIn hanya boleh membukanya ketika didlm kapalterbang nanti. Dgn berat hati HyeIn enggan melepaskan genggaman tangan Jun-young. Jun-young memerhati sambil tersenyum sedih melihat HyeIn pergi sehinggalah hilang dibalik pintu barulah Jun-young melepaskan tangisannya yg lama tertahan.

Didlm kapal..HyeIn membuka beg kertas dan mendapati didlmnya beg kecil berisi walkman dan segumpulan sampul surat kosong. Perlahan HyeIn memasang walkman tersebut yg rupanya keset rakamanan suara Jun-young yg dirakamnya sambil menahan tangisan ketika mendgr HyeIn bermain piano..."surat pertama dari Seo Jun-young kepd Pu HyeIn. Rasanya kamu dah ada dlm kapalterbang. Saya takut kamu akan terperanjat dan sebenarnya x nak ckp perkara ni tapi rupa kamu yg menangis adalah benar2 hodoh, oleh tu kamu jgn menangis gi kena senyum selalu.." HyeIn tersenyum dlm tangisan. Rakaman tu kata gi.."Rupa Pu HyeIn bila tersenyum adalah paling cantik didunia ini. Berserta ni saya sertakan 100 sampul surat kosong, wah..hampir patah tangan saya menulisnya. Sampul surat tu sebelum kamu habis mengirimnya kita pasti akan bertemu lagi ketika tu saya pasti sudah tamat universiti dan masa kita bertemu nanti saya akan pastikan Pu HyeIn adalah org yg paling bahagia sekali didunia ni. Jadi bila kita bertemu nanti saya berharap kamu akan tersenyum. Dan ada lagi satu ayat yg mmg sudah lama ingin saya beritahu kamu tapi malu..aku cinta pada mu.." Sehabis rakaman suara tu Jun-Joung terus menangis menahan pedih dan HyeIn pula tersenyum bahagia dlm tangisan mendgr kata2 terakhir Jun-young.

Dikejauhan...Jun-young memerhati kapalterbang yg membawa HyeIn.

Sampai di New York..DaiLi begitu teruja dan gembira. Willy membawa mereka bersiar2 melihat New York dan membawa mereka makan malan ditepi laut. HyeIn hanya tersenyum mendgr celoteh makciknya memperkatakan itu dan ini juga bila makciknya kata dia akan bersama gan Willy walaupun dlm kesusahan. Willy kata dia kena mencari kerja secepat mungkin utk mengumpul wang pembedahan HyeIn, mendgr tu Dai Li terharu.

Di studio...Jun-young meminta Chang Wu mengajarnya bagaimana cara utk memasuki Universiti. Chang Wu menunjukkan skill dia bermain gitar dan menyuruh Jun-young meniru gayanya tadi tapi Jun-young kata dia x tahu. Kemudian Chang Wu mensyaratkan supaya Jun-young belajar bermain gitar dgn berlatih keatas seluar jeannya sehingga berlubang barulah dia akan ajar bagaimana caranya utk memasuki universiti.

Diluar rumahnya ketika tu salji sdg turun..Jun-young termenung memikirkan syarat yg dikenakan oleh Chang Wu. Sambil mengusap perlahan rantai HyeIn dia mengeluh bingung.

TAMAT

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2006 09:51 AM | Show all posts
Originally posted by isabel at 2-5-2006 12:00 PM
smlm ada scene yg kena cut iaitu kissing scene XinHi gan GunWoo dlm bilik tu...

bel tgk RTM ni okey gak ye..diorg x potong sembarangan mcm 8TV...semua scene ada kecuali kissing scene tu..


ooh.. yake
tapi kemas betul cara diorang potong ya..tak perasaankan.sedihnya bila mereka akan terpisah..:geram:
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2006 09:56 AM | Show all posts
ohh diorang berjumpa ekk....semalam tak tgk...ok la berpisah dengan cara tuh klu tidka sengsaa aja....tak dapat berjumpa..kesian plak tgk hye in....dah la tak leh tgk...muke KSM|W pon dia tak tahu sedihnya...
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2006 10:45 AM | Show all posts
Originally posted by @pplegreen at 27-4-2006 02:26 PM
aku dah tgk vcd nie....sedih betul la ...geram & menangis aku masa tgk citer nie..ending dier ....warghhhhhhh
aku tak sempat nak tengok lagi  la..balik umah dah 7.30mlm...warghhhh


annyong,@pplegreen...
bg la tau rukia ending dia mcm mane...nk tau sgt...nnt xde la frust sgt kalo rukia tgk smpi hbs....

episod smlm mmg sedih...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-5-2006 10:51 AM | Show all posts
Originally posted by @pplegreen at 27-4-2006 02:26 PM
aku dah tgk vcd nie....sedih betul la ...geram & menangis aku masa tgk citer nie..ending dier ....warghhhhhhh
aku tak sempat nak tengok lagi  la..balik umah dah 7.30mlm...warghhhh


annyong,@pplegreen...
bg la tau rukia ending dia mcm mane...nk tau sgt...nnt xde la frust sgt kalo rukia tgk smpi hbs....

episod smlm mmg sedih...
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2006 02:08 PM | Show all posts
smalam aku turut sama menangis dgn jinying... sedih siottt.. kene lak dgn lagunya.. lagi la berjurai air mata.. cehhhh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-5-2006 03:55 PM | Show all posts
smalam nengok video yg ssh ader skali.kan best kalau ssh pun berlakon citer nie.ssh nampak hensem sgt.nampak cool ngan motor dier.yeon jung hoon nie ok.tapi mua dier lembut jer.biler part naik motor nampak tak cool
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2006 07:02 PM | Show all posts
nmi tgk kat nerr??
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2006 07:13 PM | Show all posts
Originally posted by izzati at 3-5-2006 07:02 PM
nmi tgk kat nerr??


kat youtube.fans buat tribute utk ssh kat sad sonata.
http://www.youtube.com/watch?v=- ... h=sad%20love%20song
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2006 01:41 AM | Show all posts
apasal ler tv2 pi tayang mandarin version... spoil betul... ilang originality... nama watak pun lari...
luisa rasa citer sad sonata ni setanding ngan citer winter sonata... tengok jangan tak tengok....

[ Last edited by  Luisa_Fernanda at 4-5-2006 01:50 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2006 01:49 AM | Show all posts
Originally posted by nmi at 3-5-2006 03:55 PM
smalam nengok video yg ssh ader skali.kan best kalau ssh pun berlakon citer nie.ssh nampak hensem sgt.nampak cool ngan motor dier.yeon jung hoon nie ok.tapi mua dier lembut jer.biler part naik moto ...


ye ke ssh berlakon scene naik moto tuh? rasanya yjh gak... kene tengok balik nih...
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2006 01:49 AM | Show all posts
Originally posted by nmi at 3-5-2006 07:13 PM


kat youtube.fans buat tribute utk ssh kat sad sonata.
http://www.youtube.com/watch?v=- ... h=sad%20love%20song


kamsahamnida nmi.. :tq:
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2006 02:19 AM | Show all posts
Originally posted by nmi at 3-5-2006 07:13 PM


kat youtube.fans buat tribute utk ssh kat sad sonata.
http://www.youtube.com/watch?v=- ... h=sad%20love%20song


biler dah tgk clip tu, aku rasa cam nak jerit... waaaa!!! sayang nyer SSH tak jd berlakon citer nihh...!! :geram:
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2006 10:22 AM | Show all posts
citer ni slow semacam laaaa... sampai ngantuk2 aku tengok..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-5-2006 10:32 AM | Show all posts
Originally posted by blankie at 4-5-2006 10:22 AM
citer ni slow semacam laaaa... sampai ngantuk2 aku tengok..


a'ah.. cite ni memula ngantuk lah.. bila nak klimaks ni.. penat tgk muka sedih hero
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2006 11:01 AM | Show all posts
OST dier mmg mantap abess!! :love:
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2006 11:11 AM | Show all posts
rupanya auntie dia kahwin org putih yg tak kaya pun.
bila lah mereka akan berjumpa lagii ya.
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2006 11:25 AM | Show all posts
korang tunggu je nanti lepas auntie dier kawin dorang pi new york..masa nie mmg tak boring best scene kat new york....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 07:32 PM GMT+8 , Processed in 0.073326 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list