Buat ulam si pucuk pegaga
Di makan di cicah dengan cili api
Memang la siang swit bole jaga
Macam mana lak dengan mlm hari
Joe_Shaper Post at 10-11-2010 13:59
tanam cili tepi sawah
beras dituai simpan di peti
malam hari apa nak kisah
dah tido mati....
Tanam cili di tepi sawah
Sambil melepak di pohon kelapa
Siang cakap la tak kisah
Malam2 dok ngadu kat abg buat apa???...
Joe_Shaper Post at 10-11-2010 14:07
pokok kelapa si pohon mengkudu
produk keluaran amat bermutu
tak pernah walau sekali swit mengadu
mesti orang lain tu....
Produk keluaran amat bermutu
Itu lah saranan sebagai ingatan
Betol ker swit tak penah mengadu
Berani bersumpah n potong tangan????
Joe_Shaper Post at 10-11-2010 14:14
peram pisang dalam guni
kolek perahu tepian muara
apa laks tak berani
nanti swit hantar rakaman suara ya...
Bermain perahu di tepian kuala
Terkedu melihat sang buaya
Buat apa nak hantar rakaman suara
Malam ni kan kita nak bersama
...
Joe_Shaper Post at 10-11-2010 14:20
Bermain perahu di tepian kuala
Terkedu melihat sang buaya
Buat apa nak hantar rakaman suara
Malam ni kan kita nak bersama
...
Joe_Shaper Post at 10-11-2010 14:20
tepian kuala banyak rerama
redup pemandangan menjemput senja
sekarang pun kita sudah bersama
cuma tidak bertentang mata....
Punung ledang penuh lagenda
Menjadi bualan sampai sekarang
Masa berkasih mewangi di jiwa
Kalau dah kawen adakah masih sayang
Joe_Shaper Post at 10-11-2010 16:50
tenunan songket cantik terukir
tenunan bercorak awan larat
sumpah setia janji tak mungkir
jauh di mata kasih nan erat...