Post Last Edit by puteri_malam at 29-7-2011 10:26
anak punai anak serindit
hinggap seekor di pohon mengkudu
hati-hati memberi kredit
nanti ada yang pergi mengadu
Hang Post at 29-7-2011 08:54
Makan duku dalam perahu
duku dibeli dipekan sehari
pasal kedit pun nak mengadu?
mungkinkah si pengadu rasa iri?
kalau tuan pergi ke hulu
ambilkan saya bunga kemboja
kalau saya resign dahulu
jagalah bod dengan mesra
Makan nasi berlaukan hati
makan dengan anak pak chat
lepas ni susahlah nak dapat ganti
org yg mcm Mod Hang nak bagi kedit
Buah peria rasanya pahit
dijual orang di pasar sehari
apalah ada pada kredit
bukannya boleh dibawa mati
bukan boleh nak redeem pun kredit
tapi tu la pelik ada ajer yang dengki
pacita taknah kot bagi org tu kredit
sebab tu dia rasa sakit ati |