CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: reeny

Pantun Apa Saja - 4 Rangkap

[Copy link]
Post time 12-10-2016 04:38 PM | Show all posts
anniez08 replied at 8-10-2016 11:10 AM
petang ini nak masak pengat
tapi terlupa nak beli gula
lagu hail amir tak sedap sangat


suara Hazama merdu indah
hemsem juga rupa orangnya
amaran mama tidak diendah
sekarang huru hara hatinya kaka.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2016 04:44 PM | Show all posts
anniez08 replied at 8-10-2016 11:03 AM
saya tak faham bahasa jowoooo...
sebab itu saya bertanya
susah nak dapat kasut, beg kulit b ...


tika bersua tidak kukenal
rupa elok bertambah cantik
kulit tua memanglah mahal
sudah termasuk barangan antik ..


dari kejauhan mengintai dia
ketahuan dia segera larik
Dik Ann muda belia
bermata panda tetaplah menarik.
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2016 04:48 PM | Show all posts
ipes2 replied at 9-10-2016 11:42 PM
ke serawak ingin berferi
rupanya feri dah lama hangus
maner boleh bagi free

setiap hari mnjual jeruk
waktu sakit terpaksa bercuti
duit Ari banyak berkepuk
sedekahlah sedikit berkat rezeki...
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2016 01:29 PM | Show all posts
ipes2 replied at 10-10-2016 12:03 AM
jika terdenagr ucapan nista
kuatkan iman, bawak bersabar
badan berketul kan kegemaran wanita?  ...



makanan harus di jaga betul-betul
nanti sakit perut  jiwa tersiksa
tak semua wanita suka badan berketul
ada waktu macam melihat raksasa..
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2016 01:38 PM | Show all posts
ipes2 replied at 10-10-2016 12:11 AM
melawat kawan negeri utara
bas lama enjin bersedut sedut
halah awak kredit berjuta

di hujung sana terlihat bukit
nak ke sana tayar kereta kempes
apa salahnya saya ambil sedikit
saya nk yg dari tabung dr ipes..

gatalnya kaki disebabkan kudis
kudis melarat hingga merata
boleh sahaja nak medal bermacam jenis
bila dr ipes nak start bersengkang mata?..

Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2016 01:44 PM | Show all posts
ipes2 replied at 10-10-2016 12:38 AM
jika ingin mengumpul perak
jangan dilupa sukat zakatnya
sunnguh..maknya kaler petak petak



anak dara jelita namanya anya
jalan pula berlenggang lenggok
unik sungguh mak dan paknya
teringin pula saya nak tengok..


# dr ipes.. tepek gambar mak dgn ayah dia..
nk tgk rupa kaler mak dia yg berpetak2 tu..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-10-2016 01:47 PM | Show all posts
awanjingga replied at 12-10-2016 04:38 PM
suara Hazama merdu indah
hemsem juga rupa orangnya
amaran mama tidak diendah

sakit hati jiwa melara
tapi tiada siapa yang tahu
kenapa hati kaka huru hara
bolehkah ann ingin tahu?..

Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2016 01:53 PM | Show all posts
awanjingga replied at 12-10-2016 04:44 PM
tika bersua tidak kukenal
rupa elok bertambah cantik
kulit tua memanglah mahal


adik bongsu selalu di sakat
abang pula menjadi ketua
umur saya tidaklah belia sangat
dah umur-umur patut beranak dua ..

dari kuala lumpur hendak ke kenya
singgah sebentar membeli nangka
kalau begitulah mahal harganya
mari kita tangkap buaya tua, kaka..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-10-2016 04:14 PM | Show all posts
awanjingga replied at 12-10-2016 04:48 PM
setiap hari mnjual jeruk
waktu sakit terpaksa bercuti
duit Ari banyak berkepuk



Jika sudah ke negeri Pahang
Pegi pula ke negri Kedah
takmo bagi kat orang
simpan laci ala Air Sabah

ps: ha kat AJ boleh la saya bagi RM1 juta. Lain semua masuk laci

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2016 04:22 PM | Show all posts
anniez08 replied at 11-10-2016 01:57 PM
pergi berkelah di tepi pantai
perut lapar makan megi
dr ipes  bukan sebarang otai

apalah nasib malang punya bahana
hari hari dok makan megi
memang dah otai pon sebenarnya
hi hi berbisa cam ular takde gigi
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2016 12:25 PM | Show all posts
anniez08 replied at 13-10-2016 01:47 PM
sakit hati jiwa melara
tapi tiada siapa yang tahu
kenapa hati kaka huru hara


mak bonda jalan berlenggang
sambil bercerita senyum tersipu
hati kaka dicuri orang
tidur tak lena teringat selalu....



#xlena tido..tapi makn kenyang juaaa...
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2016 12:37 PM | Show all posts
anniez08 replied at 13-10-2016 01:53 PM
adik bongsu selalu di sakat
abang pula menjadi ketua
umur saya tidaklah belia sangat


tangan disorok baling batu
tutup kesalahan hapuskan bukti
belum masuk kategori andartu
kiranya Ann mudalah lagi...



baju kebaya cantik berlabuci
selendang jingga sebagai pelengkap
tangkap buaya kaka tak berani
biarlah sahaja Ann yang tangkap..
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2016 12:42 PM | Show all posts
ipes2 replied at 13-10-2016 04:14 PM
Jika sudah ke negeri Pahang
Pegi pula ke negri Kedah
takmo bagi kat orang




sang ratu sangat jelita
idaman lelaki jadikan isteri
andai itu yang dikata
segeralah membeli banyak almari.....




Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2016 05:09 PM | Show all posts
awanjingga replied at 15-10-2016 12:42 PM
sang ratu sangat jelita
idaman lelaki jadikan isteri
andai itu yang dikata


Anak ladang anak tani
Harap berjaya dewasa nanti
sungguh menarik Air Sabah ni
apakah berita terbaru terkini


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2016 06:44 PM | Show all posts
anniez08 replied at 13-10-2016 01:44 PM
anak dara jelita namanya anya
jalan pula berlenggang lenggok
unik sungguh mak dan paknya


mencari rebung disenja senja
menggiling barli membuat tepung
maknye kurus cengkung sahaja
bapaknya rewang kampung ke kampung!


~ada pics nya dgn satu satu anak dia yg survive april 2015.. tapi anak yg omo 6-7minggu tu last last dimakan ular ke biawak. nnt saya cari pix tu insyaAllah
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2016 06:57 PM | Show all posts
anniez08 replied at 13-10-2016 01:38 PM
di hujung sana terlihat bukit
nak ke sana tayar kereta kempes
apa salahnya saya ambil sedikit

biarpun rumah kita sempit
janganlah hati berkesah berkeluh
penat rupanyer ngumpul kedit
berjam menaip dapat sepuluh!

ikan patin kembung dan aya
ikan sepat keli dan puyu
dah mula dah bersekang mata
menaip sejam mata dah kuyu


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2016 06:59 PM | Show all posts
anniez08 replied at 13-10-2016 01:29 PM
makanan harus di jaga betul-betul
nanti sakit perut  jiwa tersiksa
tak semua wanita suka bad ...

jika ingin baca karya sastera
bilalah hingga ke hujung
huh sungguh lega mendengar nya
sebab saya kurus melengkung
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2016 07:36 PM | Show all posts
Ipo replied at 7-10-2016 05:29 PM
Tiba sudah musim buah kini
Buah durian, langsat dan duku
Pandang gambar jejaka ini

pergi pasar mencari cengkih
untuk wangikan air gula
hah mamat ni anggun lagi canggih
dah la tu macho pula!
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2016 12:48 PM | Show all posts
ipes2 replied at 16-10-2016 05:09 PM
Anak ladang anak tani
Harap berjaya dewasa nanti
sungguh menarik Air Sabah ni


limau bali jambu batu
enak rasa dicicah cili
perkembangan terkini tidak tahu
malas pula ambil peduli...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-10-2016 04:53 PM | Show all posts
orang lain menjala ikan
saya seorang memasang bubu
walaupun si dia berada di depan
dalam hati terasa rindu


duduk melamun di hujung jeti
bayu berhembus terasa nyaman
yang jauh tak terasa di hati
yang dekat tak tercapai dek tangan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 06:51 AM GMT+8 , Processed in 0.401101 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list