CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19580|Reply: 122

Pilih Jalan Berdamai, Fasha Dan Jejai Bakal Rujuk Semula?

  [Copy link]
Post time 5-10-2017 03:33 PM | Show all posts |Read mode
Fasha Sandha dan bekas suaminya, Rizal Ashram Ramli dikhabarkan memilih jalan untuk berdamai dengan menyelesaikan dua kes mahkamah yang melibatkan mereka secara baik.


Pelakon berusia 33 tahun itu menarik balik perintah injuksi yang difailkan terhadap Rizal atau Jejai bagi menghalangnya daripada menggangu dirinya.


Foto: IG Fasha Sandha


Fasha juga menarik balik kes berhubung pemegang amanah sebuah kediaman di Ampang, Selangor apabila Jejai didakwa gagal melaksanakan perintah itu dengan tidak menandatangani surat ikatan pemegang amanah seperti dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak.


Sementara itu Rizal atau lebih dikenali sebagai Jejai menarik balik kes komital berhubung hak lawatan kedua-dua anak mereka dan juga beberapa kenyataan yang dikeluarkan Fasha berkaitan keluarga kepada umum di media sosial.


Kedua-duanya dilihat memuat naik kenyataan di Instagram masing-masing yang menunjukkan mereka melakukan semuanya demi masa depan anak-anak.

Foto: IG Fasha Sandha


Pasangan ini sebelumnya telah berkahwin pada 27 April 2012 dan bercerai pada 20 Januari 2016. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua anak iaitu Putra Rayfal, 3 dan Putri Raysha Jemyma yang berusia 2 tahun.


Foto: Carian Internet


Adakah dengan perdamaian ini bermakna mereka akan bersatu semula tidak lama lagi? -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2017 03:37 PM | Show all posts
erkkk tak mau la pashaaa...
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2017 03:39 PM From the mobile phone | Show all posts
aritu ada dengar ceramah agama..kalau cerai talak satu... once lelaki masuk rumah perempuan..boleh dianggap rujuk. means jadi suami isteri balik.
minta para ustaz dan ustazah dlm forum perjelaskn kalu salah.
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2017 03:42 PM | Show all posts
ok..pasha dah update kt ig dia..TAK RUJUK ok..
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2017 03:45 PM | Show all posts
ingt dulu bakal kawen dgn qabil ambak bulan 9,
alih2 kawen gak dgn jejai

then fs ckp dia nak kawen dgn orng alim, mngkin ustaz kelantan tu
ni ada bayangan rujuk dgn jejai lah plak

mngkin jugak jj dh berubah jd alim siapa tahu
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2017 03:47 PM | Show all posts
eh laju je reputz cari.. walaupun fasha kata tak rujuk, meolls teringin juga depa rujuk, gittuhhhhhhhhh shippers retis.. asalkan in-laws-from-hell restu dan tak mengganggu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-10-2017 03:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah agak xde nya pasha nk jilat blk ludahnya..{:smile
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2017 03:54 PM | Show all posts
perdamaian tu rasanya lebih kepada persetujuan bersama atas perkara2 yg berbangkit..maybe dulu ada gaduh or perselisihan faham so bila masing2 dah berdamai ni maka senang la urusan depa nanti..pun berkait dgn anak2 jua
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2017 03:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak rujuk pun. Berbaik untuk jaga kebajikan anak2. Elok la mcm tu. Contohi la erra dgn emran berbaik utk jaga anak.
Rita bila pulak nak berbaik dgn ex laki...kesian kat anak dia dua org tu. At least bagi jumpa pun ckup ada la juga peluang anak2 nak.merasa bapa dia jaga.
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2017 04:00 PM | Show all posts
toksah la pasah, jap lagi bertambah2 episod telenovela samarinda
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2017 04:00 PM | Show all posts
all the best to both of u!!
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2017 04:06 PM | Show all posts
Sebaik nye begitu lah... for the sake of anak2...
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2017 04:15 PM | Show all posts
vous_me6 replied at 5-10-2017 03:59 PM
Tak rujuk pun. Berbaik untuk jaga kebajikan anak2. Elok la mcm tu. Contohi la erra dgn emran berbaik ...

mulut longkang mana bleh berbaik2....
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2017 05:07 PM | Show all posts
fashasandhaAssalamualaikum,
Buat followers kesayangan
.
Saya mendapat beribu komen positif melalui semua laman sosial media saya hari ini berkenaan saya dan Rizal.
Ingin saya nyatakan disini, saya dan Rizal tidak RUJUK.
Kami berdamai dan mendapat penyelesaian secara baik terhadap kesemua kes2 termasuk Hak penjagaan. Saya sebagai Ibu masih kekal menerima hak penjagaan sepenuhnya buat kedua anak2 saya. Saya harap perkara ini jelas. .
Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih diatas doa yang baik2 buat saya dan anak-anak.
.
Juga terima kasih buat Peguam terbaik saya Tuan Zulkifli Yong Azmi & Co.
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2017 05:11 PM | Show all posts
mosti replied at 5-10-2017 03:39 PM
aritu ada dengar ceramah agama..kalau cerai talak satu... once lelaki masuk rumah perempuan..boleh d ...

masuk rumah ke masuk ke fuki.. kalau masuk ke rumah idoklah dipanggil rujuk
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2017 05:15 PM | Show all posts
kalay rizal-fasha nk nikah semula iols nk stanby tanam jangung.. buat popcorn layan drama keling + fam prominent
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2017 05:17 PM From the mobile phone | Show all posts
mosti replied at 5-10-2017 03:39 PM
aritu ada dengar ceramah agama..kalau cerai talak satu... once lelaki masuk rumah perempuan..boleh d ...

dlm tempoh 3 bln (dlm tempoh idah shj). itupun kna ada lafaz niat dr suami yg heol nk rujuk blik. lps tempoh idah brakhir, kena nikah smula. xdipggil rujuk dah tp kawin semula.
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2017 05:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa la masalah depa ni ehhh
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2017 05:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Rujuk pon xpe..anggaplah sebagai dugaan rumahtangga.
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2017 05:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Tgk si pasah dah jd ulat tergedik2 mcm sajat pulak, 2x tgk mcm onggile
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-6-2024 12:42 AM GMT+8 , Processed in 0.063403 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list