CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: FaiQ_FeuhRer

USTAZ ASHAARI MUHAMMAD & JEMAAHNYA (bincangkanlh dgn baik)

[Copy link]
 Author| Post time 18-9-2007 07:28 AM | Show all posts
Originally posted by rainbows at 17-9-2007 11:45 PM
Bincang berbaik....

Beginilah, aku sebenarnya memg sibuk sejak akhir2 ini, buka forum cari ni pun dah tak sempat,
aku rasa yg lain2 pun cam tu juga...

lgpun ini bukan ERA utk brsoaljaw ...


klau betul dah jadi isu glokal, lbih2 lagilah kita perlu bermuzakarah, walaupun hanya sekdara dlm forum ni. sebab al arqam dulu pun dah jadi isu "glokal" jugak, tapi akhirnya dicantas olh pihak kerajaan. saya harap saudra tidak cuba utk mengelak drp menjawab soalan2 yg dikemukakan.

baiklah saudra rainbows, bagaimana? persoalan yg tlah sekian lama sya kemukakan masih lg blum dijawab olh penyokong2 Ust Asaari, iaitu MENGAPA UST ASAARI PERLU MENDAKWA DIRINYA SBG PEMUDA BANI TAMIM UTK MENGAJAK ORG RAMAI MENYOKONG PERJUANGANNYA? sebab, pd pendapat saya, kalau beliau benar2 ikhlas berjuang utk kemenangan Islam, takperlulah beliau mendakwa dirinya sbgai PBT dan sebagainya wlaupun beliau yakin yg beliau sgt2 menepati ciri2 PBT sperti yg disebut dlm hadith sbagaimana yg didakwa olh anda. boleh saudra perjelaskan mengapa beliau perlu berbuat demikian sehingga terpaksa menguatkn dakwaan tersebut dgn teori2, hadith2, mendakwa keturunan beliau dgn ahlul bait dan sebagainya?

pejuang kebenaran yg hakiki tidak akan jemu mempertahankn pendirian mereka walaupun mereka tlah sampai ke tahap "glokal" spt yg disebut olh saudra. Islam yg telah menguasai 1/3 dunia masih tetap disampaikan dan didakwahkn dgn gigih olh para pencinta kebenaran dan pintu soal jawab masih terbuka seluas-luasnya agar manusia faham akan ajaran islam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-9-2007 11:15 AM | Show all posts
sebenarnya sapa2 pun boleh dakwa dia tu pemuda bani tamim. Dia boleh datangkan macam2 teori dan dia boleh tafsirkan hadis ikut selera dia sendiri. Bila semua org boleh dakwa diri dia dengan macam2 dakwaan disokong teori-teori reka sendiri, kita kena tengok pada peribadi org tu utk membuktikannya. Bila tengok tang ni je, confirm Assari tak layak jadi pembantu Imam Mahadi.

antara sebab2:

1) Assari suka menipu: mustahil pembantu Imam Mahadi seorang yg dikenali  sebagai kaki pembohong.

2) Assari Tidak tahan lasak dan cepat ngaku kalah: mustahil Pembantu Imam Mahadi org yg cepat mengaku kalah. Baru kena gertak dah tak ngaku ajaran dia betul...semua dah jadi ngaaarrruuut je. Bila kena gertak cepat2 cuci tangan...apa ni?

3) Ramalan Assari tak menjadi: semua org tahu, memang kelakor lah yang ni. semua org tahu


Assari Pemuda Bani Tamim hanyalah teori dari hadis2 sebab hadis memang tak cakap direct so orang2 yang ada kepentingan akan cuba tafsir mengikut kehendak mereka.
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2007 04:57 PM | Show all posts
satu persoalan aku ttg asaari ni:

beliau mendakwa adalah keturunan Bani Tamim (arab)...tetiba jer lepas terbaca hadis tentang Bani Tamim.. padahal dah bertahun2 semua pengikutnya tahu asal beliau adalah melayu+jawa dr kg pilin, rembau...

bila pulak salasilah dia bersambung dgn bani tamim? apa bukti?

aku rasa, tak seorang pun pengikut arqam (ketika itu) dan rufakak (kini) yg dpt mengkonfimkan hal ini..
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2007 01:49 PM | Show all posts
bukan payah sangat al-Qaram nak bawak bukti. kalau Allah dan Rasul pun berani dia dustakan, apalah sangat salasilah tu.

Nampak sangat terdesak sampai terpaksa reka salasilah. Susah nak percaya geng2 Assaari al-Tompel ni kalau dah bercakap pasai suka sangat nak menipu. gambar pakai seluaq pendek pun boleh jadi seluaq panjang.

Rasulullah itu ditolak org kafir kerana kebenaran, malah org kafir semua mengakui dan menerima kejujuran dan amanah Baginda. Tapi Tompel Assaari pulak dikenal sebagai suka membohong sampai  jadi cacat dan menjadi hina dengan air liur tepi mulut jadi macam getah sekerap akibat mubahalah dan sumpah doa orang2 yg ditipunya!  Ada ke Nabi dan pembantu Nabi buruk macam ni? Ni lah kebohongan yg mawar merah dan seri hartati rainbow masih dok pertahankan. Siapa nak percaya lagi....
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2007 01:51 PM | Show all posts
mula-mula al-Arqam
pastu Rupakak
pasni apa pulak agaknya...
perlu ke Nabi2 dan wali2 Allah tu asyik bertukar nama group..........
tapi habuk pun tarak?
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2007 02:07 PM | Show all posts

Pembongkaran Pertama

Izinkan saya utk post penyelidikan saya ttg pendapat si Abuya.. forum ini merupakan salah satu wadah utk saya zahirkan pembohongan si Abuya.. saya dah sampaikan perkara ini kpd pemilik2 blog pendukung Abuya, tp mereka tidak pernah beri sebarang komen atau ulasan sebaliknya mereka mempromosikan buku2 terbaru mereka kpd saya.. saya mengambil tanggungjawab terhadap hasil penyelidikan saya ini.

Demi kebenaran dan demi membongkarkan fitnah mereka terhadap lisan Muhammad Rasulullah, saya akan perincikan fakta yg menyangkal pendapat Abuya setakat yg saya mampu berdasarkan ilmu yg tidak seberapa ini. Saya akan perincikan satu persatu dan sekiranya ada khilaf dlm perincian saya ini, saya dgn rendah hati memohon tunjuk ajar dari saudara2 yg lebih arif. Saya sedia menerima teguran.

Bismillahi rahmanir rahim...

Persoalan 1) Imam Mahdi adalah seorang lelaki yang masih hidup dan sedang dighaibkan Allah. Dia akan zahir ke dunia nyata pada waktu yang Allah kehendaki untuk melakukan kebangkitan Islam.

Sebagaimana yg diketahui, aliran Syiah berjumlah 18 aliran. Syiah yg dua belas atau Syiah Imamiah adalah suatu kelompok yg menunggu seorang Imam yg ghaib (Imam yg ditunggu / al-Muntazar), iaitu imam mereka yg ke-12 yg bernama 揗uhammad ibnu Hassan Al-慉skari
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-9-2007 02:09 PM | Show all posts

Pembongkaran Kedua

Persoalan 2) Di hari kezahirannya, iaitu hari Jumaat bulan haji, ketika khatib sedang membaca khutbah di mimbar Masjidil Haram di Mekah, hidung khatib tersebut berdarah kerana cuaca terlalu panas. Maka khatib itu turun dari mimbar dan digantikan oleh khatib kedua. Hal yang sama berulang sehingga khatib yang keenam. Khatib yang ketujuh tidak berdarah hidungnya maka dia menjadi imam sembahyang Jumaat pada hari itu di Mekah. Itulah dia Imam Mahdi yang dizahirkan buat pertama kali setelah dighaibkan Tuhan selama lebih 80 tahun.

Tiada dalil yg menyokong pendapat ini dan pendapat ini amat berlawanan dgn hadis nabi.

Sabda Rasulullah SAW:
搆etika tidur, tubuh Rasulullah SAW bergetar, lalu kami bertanya: 搈engapa engkau melakukan sesuatu yg belum pernah engkau lakukan, wahai Rasulullah?
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2007 02:14 PM | Show all posts

Pembongkaran Ketiga

Persoalan 3) Nama Imam Mahdi ialah Muhammad bin Abdullah, ibunya Aminah, keturunan Bani Hasyim iaitu Arab Quraisy dan merupakan ahlul bait.

Pendapat ini juga tidak menepati hadis nabi.

Sabda Rasulullah SAW:
搒esungguhnya bumi ini akan dipenuhi oleh kezaliman dan kemungkaran, dan apabila kezaliman dan kemungkaran itu telah penuh, maka Allah SWT akan mengutuskan seorang lelaki yg berasal dari keturunanku, namanya seperti namaku dan nama bapanya seperti nama bapaku, maka dia akan memenuhi bumi dgn keadilan dan kemakmuran sebagaimana bumi ini telah dipenuhi sebelum itu dgn kezaliman dan kemungkaran, di waktu itu langit tidak akan menahan setitis pun dari airnya, dan bumi tidak akan menahan sedikit pun tanam-tanamannya, maka dia akan hidup bersama kamu selama 7 tahun atau 8 tahun dan paling lama 9 tahun.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2007 02:19 PM | Show all posts

Pembongkaran Keempat

Persoalan 5) Dari Mekah, dia akan ke Malaysia untuk menerima serahan kuasa dari Putera Bani Tamim. Hal ini berlaku setelah 6 bulan kezahirannya di mimbar Masjidil Haram itu.

Pendapat ini ternyata menyimpang terus dari hadis nabi. Al-Mahdi didatangi utk dibai抋t bkn mendatangi dan ia dilakukan di Baitullah.

Sabda Rasulullah SAW:
揳kan dibai抋h seorang lelaki antara Makam Ibrahim dgn Kaabah (Hajarul Aswad).
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2007 02:46 PM | Show all posts
sebab tu aku kata, geng2 assari tompel ni hanya berteori semata2. Semua ikut sedap je. Fokus diorang hanya pada Pemuda bani Tamim, padahal hadis cuma cerita sikit je pasal PBT. Tak diceritakan detail pasal PBT ni tapi geng2 pembohong ni terpaksa ambil satu figur utk menyokong kumpulan mereka so diambillah PBT jadi slogan perjuanagn sesat mereka.

Aku tak fikir kalau PBT yg sebenar muncul dia perlu bersusah payah buktikan dirinyalah PBT. mcam Tompel Assaari berusah payah berteori pasal dirinya sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2007 10:36 PM | Show all posts
Siri 5

Persoalan 6)Dalam tempoh 6 bulan itu, Imam Mahdi belum isytihar dirinya. Dia hanyaberhubungan dengan para wazirnya untuk melengkapkan persiapan sebelum pengisytiharan.Namun umat Islam yang sudah tahu tentang keberadaannya mahu berbaiah padanya.Mereka disyaratkan untuk Berbaiah terlebih dahulu dengan Putera Bani Tamim yangberada di Malaysia.

Al-Mahdi tidakakan mengisytiharkan dirinya sebagai Imam Mahdi kerana dia insan yg dijanjikan,tidak perlukan sebarang pengisytiharan. Hanya manusia yg membai抋tnya akanmenggelarnya al-Mahdi. Malah dia tidak tahu dirinya al-Mahdi yg ditunggu. Pusatkepimpinan al-Mahdi seperti yg dikhabarkan oleh Rasulullah bkn di nusantara(Malaysia).

Sabda RasulullahSAW:
損usat kepimpinankaum muslimin pada hari peperangan yg paling besar adalah di sebuah negeri ygbernama 慓hutah
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2007 11:14 PM | Show all posts
Aku x side mana2 , just nak clarify fact

Penykong asaari dan rufaqa ni TAK CAKAP YG ASAARI AKAN JADI IMAM MAHADI , yg mrk dakwa asaari akan jd pemuda bani tamim , iaitu org yg akan bantu perjuangan  imam mahadi kan

Ke aku salah
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2007 11:37 PM | Show all posts
Originally posted by Bateesta at 24-9-2007 11:14 PM
Aku x side mana2 , just nak clarify fact

Penykong asaari dan rufaqa ni TAK CAKAP YG ASAARI AKAN JADI IMAM MAHADI , yg mrk dakwa asaari akan jd pemuda bani tamim , iaitu org yg akan bantu perju ...


Memang betul...depa dakwa Asaari Tu adalah Pemuda Bani Tamim yang akan menyambut kedatangan Imam Mahadi nanti (mungkin kat KLIA kot)....tapi masalahnya sekarang ni Asaari dah sampai tua dan imam Mahadi tak muncul-muncul juga. Atas sebab itu jugalah maka Pemuda Bani Tamim diturunkan status menjadi Putera Bani Tamim pulak.
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2007 05:55 AM | Show all posts

Reply #92 Bateesta's post

pemahaman ko tu dah btl.. a-Mahdi tidak akan isytihar diri dia sbg al-Mahdi dan namanya adalah Muhammad bin Abdullah (berdasarkan hadis)..
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2007 11:19 AM | Show all posts
Maaf...seperti yg aku ckp sebelum ni, aku memg tk der masa nak berlama2 di forum ni...cuma di satu thread ajer aku selalu masukkan INFO...itupun di sebelah sana....

Sebab semua info2 utk jawab soalan goldraja ada di dalam blog2 di bawah : (complete)

http://puterabanitamim.blogspot.com

http://pemimpinpalingajaib.blogspot.com

http://attamimi.blogspot.com

Sekian.
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2007 11:48 AM | Show all posts
Siri 6

Persoalan 7) Program penyerahan kuasa berlangsung hanya satu malam, sebab kerja-kerja menyiapkannya sudah dibuat oleh Putera Bani Tamim selama 40 tahun. Imam Mahdi hakikatnya telah memimpin kerja-kerja itu dari balik tabir
Persoalan 8) Dengan kuasa daulah yang ada, dengan sistem pemerintahan khalifah yang sudah wujud dan dengan pengaruh yang sudah bertaraf dunia, Imam Mahdi akan memulakan operasi memerangi Amerika (Sufyani). Beliau akan menang dan dapat menguasai dunia.
Persoalan 9) Imam Mahdi memerintah dunia selama lebih kurang tujuh tahun. Bila dajjal datang, Nabi Isa turun untuk membunuhnya. Nabi Isa akan membenarkan Imam Mahdi. Hasilnya seluruh penghuni dunia akan jadi pengikut Imam Mahdi.

Utk 3 persoalan di atas, saya akan rangkumkan dlm satu perincian sahaja.

Sabda Rasulullah SAW:
揂l-Mahdi berasal dari keturunanku ahlil-bait yg akan di-islah oleh Allah dlm satu malam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-9-2007 02:07 PM | Show all posts
[quote]Originally posted by goldraja at 25-9-2007 11:48 AM
kemunculan al-Mahdi bkn berasal dari usahanya dan dia tak perlukanpersiapan utk pengisytiharan dirinya  kerana dia sendiri tidak tahudirinya adalah insan dijanjikan. Dia sendiri tidak tahu bahawa Allahakan mengislahkannya dlm masa satu malam. Maksud 慽slah
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2007 03:27 PM | Show all posts
Terima kasih kerana sudi menegur. Mungkin saya tertinggal dalil2nya.


Pertama :

Sabda Rasulullah SAW:
揳kan terjadi suatu perselisihan ketika meninggalnya seorang khalifah, maka keluarlah seorang lelaki dari penduduk Madinah, dan ia lari ke Makkah, maka datanglah kepadanya orang-orang yg berasal dari penduduk Makkah, lalu mereka membawa lelaki tersebut secara paksa, kemudian mereka membai抋hnya antara Hajaratul Aswad dgn Maqam Ibrahim
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2007 03:55 PM | Show all posts
Gold,

Jgn ambil hadis sekerat-kerat dan tafsirkan, ada bberapa lagi rentetan hadis2 yg menunjukkan Imam Mahdi bukan tidak tahu beliau IMAM MAHDI, apapun ana tdk menentang dan tidak juga berrsetuju dgn pendpat anta,

jika begitu ana nasihatkan anta, hormati ilmu dan pendirian masing-masing,

Kita sama-sama ada hujah masing2, maka berlapanglah dadalah.

Kita serahkan kepada pembaca, utk mereka membuat kesimpulan.

Hidayah dan petunjuk itu bukan kerana ILMU yg TINGGI tapi adalah ANUGERAH Allah SWT.
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2007 05:48 AM | Show all posts

Reply #99 rainbows's post

terima kasih di atas nasihat saudara, saya amat menghargainya. sekiranya saya tersalah, saya akan cuba baiki. ini kerana saya mengambil tanggungjawab sepenuhnya, di dunia dan di akhirat, terhadap posting2 saya ini.

Sekiranya saya dikatakan mengambil hadis sekerat-sekerat dan tafsirkan, saya mohon kpd saudara yg lebih arif supaya tunjukkan di mana kesilapan saya itu. Kita tidak boleh serkap jarang dlm menolak sebarang fakta, ini juga dikatakan tidak menghormati ilmu dan pendirian masing2.

apa yg saya nyatakan di atas adalah berdasarkan kajian, dan kita pun tahu bahawa setiap kajian yg telah dilakukan terbuka utk dikritik. mmg terdapat byk rentetan hadis berhubung permasalahan al-Mahdi. menurut Imam asy-Syaukani, pengarang kitab 'Nailul Autar', terdapat 50 hadis yg bertaraf mutawatir berkaitan al-Mahdi dan terdapat lebih 30 kitab yg memberi keterangan yg lengkap ttg al-Mahdi. dalam kajian saya, saya tidak jumpa hadis utk dijadikan hujah yg menyatakan al-Mahdi al-Muntazar TAHU bahawa dirinya adalah insan yg dijanjikan. Mungkin saya terlepas pandang atau kurang pemahaman. Jadi saya mohon sekali lagi supaya ditunjukkan kpd saya rentetan hadis2 tersebut.

marilah kita sama2 mantapkan pengetahuan. kita tidak seharusnya hanya duduk berdoa utk memohon hidayah, tp kita kena berusaha utk mendapatkannya. Hal ini meliputi usaha kita menuntut ilmu, pergi berguru dan memperbanyakkan pembacaan. Tanpa usaha, tidak mungkin Allah akan menganugerahkan hidayah-Nya kpd hamba-Nya yg malas.

saya ingin mengingatkan diri saya dan saudara2 semua agar jgn terlalu cepat menyatakan saudara yg seagama dgn kita sebagai terpesong. ini bkn peribadi muslim yg sebenar..

berlapang dadalah dlm menyatakan hujah masing2..

terpulang kpd pembaca utk menilainya. kami sekadar menyampaikan sahaja.

Waallahu a抋lam..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 12:23 AM GMT+8 , Processed in 0.069436 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list