|
aku merge dgn tred lama.............. |
|
|
|
|
|
|
|
tu dia berpinar mata membaca kes lama..
interesting..
yg si arwah halang tu tip of iceberg je..x sampai setahun after kematiannya..Carrian group hancur berderai |
|
|
|
|
|
|
|
saya terdesak samun untuk beli susu anak
KUALA TERENGGANU- “Saya langsung tidak ada niat hendak menyamun mangsa tetapi saya benar-benar dalam situasi terdesak memerlukan wang untuk membeli susu kepada anak kembar yang baru berusia setahun,” demikian jelas tertuduh, Mohd Hishanudin Abdullah, 32, ketika menjawab pertanyaan Hakim Datuk Zainal Abidin Kamarudin yang ingin mengetahui sebab mendorong dia melakukan jenayah tersebut.
Bapa kepada tiga anak itu turut mengakui semasa kejadian, dia yang berada dalam dunianya sendiri berikutan penangan najis dadah yang diambilnya sebelum itu juga mendorong dia bertindak sedemikian rupa dan sanggup memeras ugut mangsa hanya kerana inginkan RM20.
Dalam masa sama, tertuduh yang sebelum ini bekerja sebagai pelayan kapal peranginan di sebuah pulau di negeri ini menjelaskan walaupun pendapatan bulanannya mencecah RM3,000, namun sentiasa tidak mencukupi dek kerana ketagihan dadah melampau.
Terdahulu, Mohd Hishanudin, dari Rumah Pangsa, Kampung Kolam, Kuala Terengganu yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, kelmarin atas dakwaan mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan mengaku salah melakukan pemerasan dengan mendatangkan ketakutan terhadap mangsa, Muhamad Ismail Al-Rashid Ramli, 18.
Tertuduh mengaku melakukan jenayah itu menggunakan sebilah pisau lipat dengan niat mangsa dapat menyerahkan RM20 di hadapan sebuah kedai kunci Jalan Masjid Sultan Zainal Abidin, di sini, kira-kira jam 3.15 petang, 13 Disember lalu.
Berikutan pengakuan salah tersebut dan mendengar rayuan tertuduh yang tidak diwakili peguam bela, Zainal Abidin menjatuhkan hukuman 36 bulan penjara bermula tarikh tertuduh ditangkap.
Terdahulu, sebelum hukuman dijatuhkan, tertuduh yang pada awalnya kelihatan tenang menjawab soalan dikemukakan Zainal Abidin tidak dapat menahan sebak dan menangis teresak-esak di kandang tertuduh ketika Zainal Abidin meminta dia membayangkan masa depan anaknya sekiranya dia berterusan melakukan jenayah. -
credit to http://greenboc.blogspot.com...
aku tengok trilogi kisah arwah abd jalil ni...aku perasan satu je...orang kaya-kaya,ada pengaruh....siap bunuh orang lagi...hukuman dia tak setimpal dengan kita yg biasa ni.... Last edited by DumBell on 14-5-2013 02:27 PM
|
|
|
|
|
|
|
|
aku kenal betul dgn Rusnawi (wife arwah Jalil). tua dah dia skrg, sian aku tgk. cakap pun aku tak dgr, suara slowwww je. |
|
|
|
|
|
|
|
bila tgk video ni....mcm pernah jumpa/ biasa ngan isteri arwah ni tp x tahu kt mana? |
|
|
|
|
|
|
|
alya1 posted on 28-12-2013 01:03 AM
bila tgk video ni....mcm pernah jumpa/ biasa ngan isteri arwah ni tp x tahu kt mana?
kalau kau duduk/selalu ke seremban or fraterniti SBP, maybe pernah la bertembung. wife dia bekas cikgu. |
|
|
|
|
|
|
|
Alamak tak kenal la pulak Jalil Ibrahim ni. Yelah dia meninggal masa umo aku 5 tahun. Huhu |
|
|
|
|
|
|
|
mala0n posted on 30-12-2013 03:01 PM
kalau kau duduk/selalu ke seremban or fraterniti SBP, maybe pernah la bertembung. wife dia bekas c ...
patut la punnn.....
|
|
|
|
|
|
|
|
kenapa petik2 nama che det nih
Nampak sangat chuols dengki dgn figura kebanggaan rakyat mesia |
|
|
|
|
|
|
|
Ada tengok kisah dia ni dlm CI Channel Astro 2-3 bulan lepas rasanya. Tengok wife dia muka jernih sangat.. Lembut je bercakap dengar tak dengar je.. |
|
|
|
|
|
|
|
From Wkipedia (SP - Seri Pahlawan Gagah Perkasa)
A former student of the Royal Military College, Ibrahim was an Assistant general manager for Bumiputra Finance Berhad. He was killed in Hong Kong in July 1983 while investigating a case involving the fraudulent award of RM2.5 billion (then) in loans by Bumiputra Finance Berhad to the Carrian Group helmed by Malaysian businessman George Tan. The case received wide coverage as several Malaysian politicians were involved. The Carrian group's spectacular collapse the same year was also to become Hong Kong's largest bankruptcy. |
|
|
|
|
|
|
|
maknanya si Mak yg bunuh pakcik Jalil masih hidup dlm penjara la ye |
|
|
|
|
|
|
|
Baru tertengok dokumentari ni kat CI.. Maklum la tengah channel free.. Kesian kat arwah dan famili.. |
|
|
|
|
|
|
|
laa...ada topik ni kat sini. baru aku tengok kat channel 732 |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 25-1-2017 10:01 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
jimwaumim(a) replied at 14-5-2013 07:10 AM
mcm menarik jer ni...kat mana lg boleh baca details pesal kes ni ekrkk
Sengal Paranormal Team - SEPATJanuary 5 at 4:33pm · Public
Pembunuhan Jalil Ibrahim
Generasi sekarang macam admin dan korang mungkin tak kenal nama Jalil Ibrahim. Tapi pembunuhan Jalil Ibrahim seperti pembunuhan Altantuya juga.
Yang membabitkan skandal;
– Rasuah dan korupsi
– Jenayah pecah amanah
– Salah urus syarikat kewangan
– Pengauditan yang tidak sekata bagi menutup penyelewengan dan pinjaman yang telah diluluskan.
Bank Bumiputera Malaysia Berhad. BBMB. Kini dikenali sebagai CIMB. Selepas melalui proses penjenamaan, pengabungan dan restructure organisasinya bersama Rashid Hussain Berhad. Itulah di mana bank tempat Jalil Ibrahim berkhidmat.
Jalil Ibrahim dikenali sebagai seorang yang ;
– Jujur
– Amanah
– Rajin bekerja
– Sangat suka kepada kerja-kerja siasatan berkaitan audit account syarikat
Jalil Ibrahim berkhidmat dengan cemerlang.
Prestasi yang baik itu membolehkan Jalil naik pangkat kerana disenangi oleh pegawai atasannya.
Jalil kemudian dihantar ke Hong Kong. Bagi menjalankan kerja-kerja audit untuk cawangan kepada BBMB yang dikenali sebagai BMF iaitu Bumiputra Malaysia Finance (ketika itu) di Hong Kong.
Sepanjang 6 bulan berada di Hong Kong. Jalil kemudiannya menemui kecelaruan dalam akaun syarikat. Bahkan menemui beberapa keputusan salah yang diluluskan oleh pegawai atasan ke atas beberapa pinjaman bernilai besar kepada ahli perniagaan, George Tan.
George Tan mewakili kumpulan Carrian.
Untuk pengetahuan, BBMB pada ketika itu juga dibiayai oleh pembayar cukai dan juga keuntungan yang diraih oleh PETRONAS. (Rujuk video yang mencatitkan kenyataan Lim Kit Siang).
Matlamat BBMB ketika ditubuhkan ialah ;
– Untuk menaikkan ekonomi bumiputera dan memberikan peluang kepada golongan bumiputera mengasah kemahiran, bakat dan berkongsi kepintaran mereka dalam bidang kewangan dan perbankan.
– Membantu mengembangkan ekonomi negara berikutan Malaysia menemui minyak (sumber baru) dan mendapat keuntungan berbillion2 ringgit kerananya.
BBMB ketika itu juga berjaya menjadi bank terbesar di Malaysia sebelum bersabit dengan krisis kewangan terbesar dalam negara dan dunia melalui anak syarikat BMF pada tahun 1983 dengan kematian pegawai audit yang amanah, Jalil Ibrahim.
Sebelum kematian Jalil.
Pada tahun 1980, Bank Bumiputra Malaysia Bhd (BBMB) Menerima bayaran RM50 juta sebulan daripada Petronas sebagai sebahagian daripada perjanjian meningkatkan tabungan bank berkenaan, yang ditubuhkan khas bagi membantu Bumiputra.
Bumiputra Malaysia Finance (BMF) pula ditubuhkan di Hong Kong sebagai platform untuk menyalurkan sebahagian daripada dana berkenaan.Sejumlah pinjaman bernilai RM2.5 Bilion diberikan kepada Kumpulan Carrian bagi pelaburanya di sektor hartanah di Hong Kong.
Bagaimanapun pada 1983, syarikat itu jatuh apabila pasaran saham di sana merundum, menyebabkan pinjaman berkenaan tidak dapat dilunaskan.
Ini mendorong BBMB menghantar penolong pengurusnya di bahagian audit, Jalil Ibrahim, 35 ke Hong Kong untuk menyiasat akaun BMF.
Anak kelahiran Melaka itu terpaksa berulang alik beberapa kali ke tanah jajahan British itu dengan meninggalkan isteri dan empat anak yang masih kecil bagi mengaudit aliran keluar-masuk wang ke dalam akaun Carrian. |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 25-1-2017 10:05 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Edited by Syd at 25-1-2017 10:08 AM
Menurut dokumentari yang mencatitkan kematian Jalil Ibrahim ;
– Jalil Ibrahim adalah individu yang bertanggungjawab untuk meluluskan apa jua jenis pinjaman disebabkan BMF sedang melalui proses pengauditan
– Pada hari Jalil Ibrahim mati dibunuh, pegawai tertinggi Carrian Group termasuk George Tan telah hadir ke pejabat BMF dan mendesak rakan sejawat Jalil Ibrahim, Henry Chin untuk segera meluluskan pinjaman bernilai 4 juta bagi menyelamatkan Carrian Group yang menghadapi masalah kewangan akibat kejatuhan pasaran saham.
– Henry Chin pada mulanya enggan. Namun akhirnya tunduk atas tekanan. Selepas beberapa jam menangguhkan proses kelulusan bagi menunggu ketibaan Jalil Ibrahim. Yang mana akhirnya Jalil tidak pulang ke pejabat buat selamanya.
- Mayat Jalil Ibrahim ditemui tanpa sebarang pengenalan diri pada pagi 19 Julai 1983 oleh seorang wanita di sebuah kebun pisang di pinggir Hong Kong. Pihak polis Hong Kong kekurangan petunjuk dan menyangkakan itu adalah mayat orang Cina sehinggalah duit 10 sen Malaysia ditemui di dalam seluar Jalil.
- Laporan autopsi dan penyiasatan polis mendedahkan Jalil telah dijerut dengan tali jubah mandi yang ada pada lehernya sewaktu ia dijumpai. Itu membuktikan kejadian ini bukan akibat kemalangan.
– Menurut siasatan polis, Henry Chin juga mengakui bahawa kedatangan 2 pegawai tertinggi Carrian ke pejabat BMF adalah kedatangan mengejut. Tanpa temujanji awal.
– Sebelum ini memang Jalil sendiri menegaskan tidak akan memberikan apa-apa pinjaman tambahan kepada Carrian Group. Apatah lagi Carrian Group juga gagal melunaskan bayaran pinjaman terdahulu. Bukan sahaja gagal membayar semula bahkan proses meluluskan pinjaman juga tidak mematuhi etika kerja yang sepatutnya. Senang cakap, berlaku kes pecah amanah ketika meluluskan beberapa pinjaman terdahulu. Maka, Jalil mahu menghentikan perkara tersebut dari terus berlaku. Sungguhpun ianya juga didalangi oleh pegawai tertinggi BMF sendiri, Lorrain Esme Osman.
– Sebulan lebih sebelum Jalil dibunuh, terdapat satu petikan ayat yang memberikan teka teki kepada team pendakwaraya Hong Kong. Ianya tertera dalam diari milik Jalil.
Jalil dikatakan telah menulis ;
“Honestly, i have reached the limit of my patience here. The problems in Hong Kong are not my making. And from today onwards, I am going to think of myself and my family first. They must know that i have had enough and i mean it”.
– Seperti Altantuya, kes pembunuhan Jalil Ibrahim juga gagal menemukan motif disebalik pembunuhan.
– Individu yang dikatakan bertanggungjawab membunuh Jalil Ibrahim dikenali sebagai Mak Foon Than.
– Apa yang menarik perhatian ialah ketika disoalsiasat pada awalnya Mak mengakui dia bertugas mengutip wang dan diarahkan oleh orang kenamaan dari Malaysia. Nama orang kenamaan tersebut didedahkan kepada pegawai penyiasat.
– Yang dimaksudkan mengutip wang itu sebenarnya merujuk kepada SOGOKAN.
– Pada tahun 1986, Tan Sri Ahmad Nordin Zakaria, bekas ketua juruaudit negara mengatakan “Pembongkaran skandal BMF hanyalah kecil. Walaupun mereka yang disabitkan kesalahan sudahpun menerima hukuman, dia percaya ada pihak yang lebih penting turut terbabit”.
Rujukan.
– Sepanjang dipenjarakan sebelum dijatuhkan hukuman, Mak seringkali menerima postcard yang menulis perkataan ‘Diam itu lebih baik’.
– Pasukan penyiasat mempercayai postcard itu bertujuan memastikan Mak tidak mendedahkan dalang sebenar kepada punca kenapa Jalil diarahkan bunuh.
– Mak dijatuhkan hukuman bersalah oleh mahkamah Hong Kong pada tahun 1984 dan sepatutnya menjalani hukuman mati yang mana kemudiannya ianya ditukar kepada penjara seumur hidup.
– BBMB menerima tempias yang teruk berikutan apa yang berlaku kepada anak syarikatnya BMF. BBMB akhirnya terpaksa menanggung berbillion2 kerugian disamping intergriti perbankan yang tercalar teruk apabila BMF bukan sahaja dikaitkan dengan skandal pecah amanah, rasuah, penyelewengan bahkan pembunuhan salah seorang pegawainya yang jujur dalam menjalankan tugas.
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 25-1-2017 10:27 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
– Henry Chin, yang juga rakan sejawat Jalil Ibrahim enggan tampil di mahkamah dan memberikan keterangan pada awalnya kerana mempercayai nyawanya mungkin dalam taruhan.
Kesudahannya. |
|
|
|
|
|
|
|
Siapakah orang kenamaan itu? Adakah dia masih hidup senang lenang? |
|
|
|
|
|
|
| |
|