CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mzmegang

Minyak dagu-MERGED

[Copy link]
Post time 6-11-2009 03:43 PM | Show all posts
tak sangka minyak dagu ni punya la kompleks dia punya susur galur.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-11-2009 04:33 PM | Show all posts
First time aku dengar pasal minyak dagu masa umur aku 6 tahun. Masa tu kat Sarawak. Kalau tak silap aku, ceritanya, pahlawan orang Iban yang bawak balik kepala musuh untuk digantung kat rumah panjang tu, akan bakar kepala tu, dan minyak dari dagu tu ditadah dan dipuja. Itulah minyak dagu.

Kalau silap cerita ni aku mintak maaf.
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2009 05:09 PM | Show all posts
klu minyak cagu blh gune tak????
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2009 09:10 PM | Show all posts
jgn kata dagu... apa2 jenis minyak pon kalau dipuja-puja kann akan mendatangkan JIN.... itu yang 'facts' nyerr...
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2009 09:21 PM | Show all posts
o jadinya kalu inyak rambut pun kalu di puja mendatangkan jin la........
ok la kalu terkene minyak ni,,,ada ak cara nak kesan n nak bunag ha?
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2009 09:31 PM | Show all posts
memang laa boleh.. tapi tak thrill laa... contohnya si abu berdamping dengan khadam... dia tanya khadamnya macamana nak buat minyak pengasih... takkan khadam nak bagi si abu tu buat kerja senang pergi ambil minyak rambutnya dan puja.. mesti khadam nya suruh si abu tadi pergi kubur laa, bakar dagu laa, bakar buah dada laa, ambil rambut mayat laa.. takkan JIN nak bagi kita senang kot... dia bagi susah2 laa... jenis yang bodoh pon ikut aje kata2 jin itu.... sanggup cari anak dara mati malam jumaat laa... itu semua syirik... terang-terangan salah dari segi hukum...

berdamping dengan JIN satu hal... buat lagi perkara tak senonoh macam tuhh..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-11-2009 09:49 PM | Show all posts
Teringat satu ketika pernah kudebik sipencalit minyak ni.....bacul cittt!
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2009 11:58 PM | Show all posts
Penah org cerita la, cara buat minyak dagu ni mcm ni...

1. Cari mayat(yang dah hampir reput) org mati dibunuh...
2. Bakar api kat dagu mayat tersebut sampai keluar minyak dia...kemudian tadah..
3. lepas dah dapat minyak tu kena la ade jampi serapah (selalunya menyeru nama org yg kita nak kena kan la) dia kat minyak tu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-11-2009 01:30 AM | Show all posts
kekdah buat minyak dagu tak nak share skali ker
miss_honda Post at 6-11-2009 10:37




Seperti yang telah aku pelajari:

Dengan memakai pakaian serba hitam dan agak longgar, aku telah bersiap sedia untuk mengerjakan pekerjaan yang amat jarang orang lakukan.
Pada siang harinya aku telah pergi ke satu tanah perkuburan yang agak jauh dari tempat aku tinggal.
Ini adalah untuk mengelakkan diriku di jejaki oleh mereka yang tidak senang akan perbuatanku.

Hamburan tanah yang masih merah menjadi perhatianku.

Aku pun mula melangkah menuju destinasi ku.

Jam pada waktu itu menunjukkan tepat ke angka dua belas tengah malam.
Aku melangkah agak laju daripada kebiasaanku.

Sebatang cangkul terletak kemas di bahuku.
Berselimpangkan sebuah beg kain yang berisi peralatan yang lainnya.
Setelah agak hampir didalam kelam- kelam kesamaran, aku mula membaca mentera.
Berkumat- kamit mulutku.

Langkah aku perlahankan sambil mata memandang liar mencari lokasi yang telah ditentukan terdahulu.
Keadaan menjadi sejuk.Mungkin pertama kali danmungkin kerana aku keseorangan.
Sememangnya perbuatan sebegini haruslah dirahsiakan.

Kesejukkan bertambah dan sekoyong-koyong hujan rintik mula turun.
Aku mendekati timbunan tanah yang baru dikambus beberapa hari yang lalu.

Cangkul ku letakkan disisiku.
Kain putih yang menutupi batu nesan ku tanggalkan danku simpan di dalam selokan baju.
Batu nesan ku cabut dengan mudah dan ku letakkan di tepi.
Aku berdiri tegap, mulutku membaca mentera yang kedua.
Aku mengambil cangkul dan menghayun ke bawah betul betul di tempat batu nesanyang telah kucabut.

Sebaik saja mata cangkul mengenai tanah kedengaran lolongan anjing mendayu- dayu.
Memula satu kemudian di sambut oleh lolongan yang lain sehinggakan serasa terdapat anjing di sekeliling tanah perkuburan.
Aku tidak memperdulikannya dan terus membenam mata cangkul ke tanah.
Keringat membasahi tubuhku bercampur dengan air hujan yang turun rintik.

Setelah agak beberapa lama maka terdengar bunyi mata cangkul mengenai papan.
Aku berhenti.Dan membongkok.Dan kemudian menggali lagi, kali ini menggunakan kedua belah tangan.
Papan ku angkat sedikit dan kemudian menolaknyake tepi.

Sekujur tubuh berbalut kain berwarna coklat ku angkat dan ku terlangkupkan.
Aku mengeluarkan kain yang menutupi batu nesan tadi dan mula mengambil beg aku yang berada di sisi.
Aku mengeluarkan beberapa batang lilin.Sebuah botol kukeluarkan juga.
Aku mengoyakkan secebis cebisan dari kain putih penutup nesan dan ku masukkan ke dalam botol.

Lilin ku nyalakan dan mula menyuluh ditepi muka tubuh tersebut.
Kemudian aku menghalakan api lilin ke bawah mukanya.
Satu satu lilin aku gunakan sehingga habis.
Sambil itu botolku suakan di antara api lilin.
Cecair yang mengalir mengenai kain putih dan masuk ke dalam botol.

Setelah habis lilin, aku menyimpan botol kembali dan meletakkan tubuh seperti posisi asalnya dan melompat keluar dari lubang yang telah ku gali.
Aku mula mengkambus tanah masuk ke dalam lubang.
Walaupun kambusan tanah tidak sempurna, aku meletakkan semula batu nesan ke tempatnya.

Hujan telah mula reda.Hanya rintik- rintik halus.
Lolongan anjing pun tiada kedengaran lagi.
Dan kini aku mula melangkah pulang.  

Melangkah aku sambil menahan kesejukan.

Kini cuaca bertukar dengan hembusan angin.
Sesekali bertiup dari belakang dan sesekali dari tepi.
Ini menambahkan lagi sejuknya diriku.

Dalam perjalanan pulang terlihat beberapa kelibat.         

Aku meneruskan perjalananku.
Aku harus sampai ke tempat ku seberapa cepat yang boleh.
Beg kain ku pegang erat.
Aku meneruskan langkah dengan lebih laju.
Kelibat- kelibat kerap kulihat.


   

Akumakin mempercepatkan langkah.
Entah jam berapalah kini.
Aku harus sampai sebelum azan berkumandang.
Seeloknya tiada orang yang akan nampak aku meninggalkan tempat tersebut atau pun melihat aku melalui jalan ke situ.

Seketika maka sampailah aku ketempatku.
Mentera yang ku baca aku tamatkan.
Aku menukar pakaian dan meletakkan beg di atas meja.

Aku kemudian membuka beg dan mengambil botol serta membelek- beleknya.




Begitulah ceritaku....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2009 01:38 AM | Show all posts
ade jual x?
nak beli la ahaks~
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2009 01:13 PM | Show all posts
Minyak dagu yg paling power stau haku.......diambil pd org yg plg kuat, org yg paling brani, org yg paling kejam.......  pendek kata org yg paling hebat dikalangan yg terhebat.....:@

Cara nak amik pun meme kejam skali.........:kant:
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2009 08:30 PM | Show all posts
minyak dagu terbaik hanya 2km dari rumah nenek ku...
boleh dikatakan, setiap hari ada saja kereta besar2 lalu depan rumah nenek ku...
plat number ada Johor, Wilayah...
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2010 07:55 PM | Show all posts
KELAB MINYAK DAGU (KMD)

MINYAK DAGU – Nam Man Prai

3 JENIS TAHAP MINYAK DAGU :

TAHAP 1 – Belum Bertuan
TAHAP 2 – Sekali Calit Berkesan
TAHAP 3 – Minyak Dagu Suruhan

Medium Perantaraan.. (roh manusia atau Jin atau hantu raya)
Ada juga yang berkata seorang mayat hanya boleh dibuat untuk satu botol atau seorang tuan saja..Ada nama si mati akan dipanggil..Tetapi yang peliknya ada bomoh membuat minyak ini berpuluh botol pada satu mayat..

Ada yang berkata kalau nak minyak dagu yang berkesan pergi ambik sendiri..Jika kita bertanya kepada ustaz,perawat,bomoh,sami hindu atau buddha,tokcha hajat ingin memiliki minyak dagu anda biasanya akan ditampar di smash..kalau anda bertanya pun sudah kena syarahan..haha

Minyak dagu ni dah banyak gred.

Gred pertama yang originalnya dari orang yang mati sama..Lebih bagus kalau orang yang mati dibunuh dengan kejam..Ada juga diambil dari perempuan yang mati kemalangan..Ada juga yang diambil dari perempuan mati beranak..Ada juga minyak ini diambil dari buah dada dan dagu..atau apa jua anggota mangsa..

Gred kedua pulak dari sembelihan beruk,monyet atau mawas.Ikut jenis dan warna la. Ada juga dibuat dari kerbau kot..

Yang paling murah pulak dari jenis anjing hitam.

Kegunaan Minyak Dagu:
Minyak dagu yang asli gred tinggi boleh disuruh melakukan tugas berat seperti menggerakkan sesuatu barang serta merta seperti menolak kereta..Biasanya minyak ini sangat berat..Ada cerita mengatakan kapal terbang pun tak boleh berlepas..Boleh dilihat dan diuji dengan mata kasar sesuatu bukti itu.

Boleh membunuh musuh atau pukulan jarak jauh…Lebih hebat dari silat nasrul Haq..Boleh mematah-matahkan kaki musuh beberapa minit sahaja..Boleh menyakitkan mangsa serta merta…

Boleh mendapatkan cinta berahi dan seks palsu atau mengikat pasangan sehingga akhir hayat….Ada yang tahan beberarap bulan dan ada yang tahan sangat lama..

Boleh membuat aniaya kat kedai atau premis orang lain supaya perniaagaan tidak laku..Biasa untuk bisness war..

Ia juga boleh diperintah apa saja..Seperti cerita lampu aladin..

Kebanyakan yang asli dari siam dan utara semenanjung..Ia amat sukar dibawa semasa hujan..Jika ingin membawa semasa hujan perlu disimpan didalam sesuatu yang neutral. Berhati-hati semasa membawa menyeberangi sungai..Dan hindarkan merentasi lautan..Jika minyak ini tidak digunakan ia akan disimpan kedalam tanah untuk mengelakkan disambar petir. Ada rahsia mengenai minyak dagu ini untuk mengelakkan dari disambar petir..Hanya bomoh siam rangking tinggi (ajarn) yang boleh melakukannnya..Minyak dagu ini kekuatannya bergantung pada wilayah..Dan banyak lagi rahsianya..

Kita sering mendegar mengenai puja dan di jampi oleh Tok Bomoh, seperti minyak dagu, minyak berpuja ( minyak orang mati di bunuh ) telur ayam, kulit kerbau balau yang mati di panah petir, tulang orang mati, tulang babi, tulang kongkang, kulit babi, besi bath siam, tahi besi, paku, rambut, gigi, patung siam, tanah kubur, tengkorak, batu tokong siam atau tokong Hindu, serpihan batu asah dan sebagainya dari segi mentalitinya amat menggerunkan..Tapi kebodohan sesetengah orang dia hanya dengar dan percaya pada sesuatu yang belum pasti..Seperti memiliki barang mistik untuk dibuat tangkal..Padahal tanpa tangkal pun dia mampu melakukannya..Mungkin tangkal itu untuk meningkatkan keyakinan diri..

Group ini juga untuk para pencari atau pemburu yang berhajat ingin memiliki minyak dagu (MD) yang asli..

Group ini juga untuk yang ingin menjual beli minyak dagu di antara satu sama lain atau yang ingin memindah milik minyak dagu secara percuma kerana tidak ingin bersekongkol dengan minyak dagu ini..

Group ini juga untuk membincangkan para penjual minyak dagu palsu atau tidak berkesan dan juga ingin berkongsi pengalaman..

Group ini juga untuk para peminat minyak dagu berinteraksi berjumpa dan juga berkerjasama untuk mendapatkan minyak dagu dari siam dan malaysia..Kerana risiko yang tinggi..

Group ini juga untuk para pengkaji minyak dagu yang ingin membuktikan sendiri dengan mata kepala sendiri..Kerana ini zaman moden, ramai yang tidak percaya kewujudan hantu (jin)…

Group ini juga untuk mereka yang sukar mahu percaya sembang-sembang di warung/kampung atau khabar angin yang belum pasti keampuhannya..Setakat borak/syarahan saja panjang..

Group ini juga yang ingin mencari jalan penyelesaian membebaskan diri dari dibelenggu oleh minyak dagu ini atau yang ingin mencari penawar untuk memulihkan mangsa yang terkena minyak dagu ini..Kerana penangan minyak ini sukar disembuhkan dalam waktu yang singkat bergantung kepada gred minyak dagu dan kaedah membuatnya…

Serta para peminat hantu-hantu(tidak boleh masuk islam) dan juga yang tidak percayakan hantu(Jin)..

Group ini tidak secara terbuka kerana banyak yang takut dan membantah mengenai maklumat minyak dagu, apatah lagi memiliki minyak maksiat atau syirik ini..

Kata Kunci Minyak Dagu: MD

Join Group: http://topmagick.com/ilmu/ilmu-h ... /kelab-minyak-dagu-(kmd)-nam-man-prai/
Ps: Saya hanya mendengar sembang2 cerita dan mengkaji..tapi belum penah menyaksikannya keberkesanannya lagi..tq

Ps; Terlalu banyak mitos dan dongeng dalam masyarat melayu..

http://topmagick.com/ilmu/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2010 09:01 PM | Show all posts
mane lagik kuat minyak cenuai or minyak dagu?..pak cik aku ade simpan sebtol minyak cenuai ni.tpi simpan lam umah.bile malam bulan penuh,minyak tu jadik penuh.
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2010 01:24 AM | Show all posts
Salam....

kalu ada sesapa yg ada masalah ttg perkara misteri , kena santau ke minyak dagu ke org sihir ke try la g web site ni...

http://www.darunnur.webs.com

Insyaallah....

Esa Allah pada zat, sifat, asma' dan af'al-Nya. Tenggelam diri ini di dalam-Nya. Aku milik Dia. Dia rahsia Aku dan Aku rahsia Dia.....
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2010 09:57 AM | Show all posts
Nk tahu lebih lanjut boleh join..

http://topmagick.com/ilmu/ilmu-hitam-black-magick/
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-7-2010 02:18 PM | Show all posts
terseksanya mayat...kejam sungguh manusia yg sanggup buat kerja macam tu....
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2010 07:48 PM | Show all posts
Astagfirullahalazim...
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2010 08:29 PM | Show all posts
sapa nak buat minyak dagu???  aku nak ikuttt...nak tgk!!!     
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2010 01:06 AM | Show all posts
aku tau mana nak dpt ori,siap kita leh tgk dan ikut tukang wat MD ni...care2 dia amik MD...tempat tu kg kat thailand,mmg kg tu org slalu upah amik mayat....lgpun aku ade member kat saner...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 03:30 PM GMT+8 , Processed in 0.324607 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list