|
Misteri "Kehilangan" Istana Sultan III (Perak pulaak)
[Copy link]
|
|
byk kenangan kt situ...ehheheh |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 86# bronches
menara tu mmg terbakar tapi lepas tu repair balik
aku pernah lepak dgn kawan aku kat situ zaman 90 an dulu bertembung tgh jalan terus lepak situ kejap
skrg ni takde dah rasanya bangunan tu |
|
|
|
|
|
|
|
mmg pulau cempaka sari ni tgh2 pulau
baru2 ni jek dibangunkan semula
lps wat jambatan baru antara ...
catalina Post at 23-4-2010 15:26
klau betul la ni kt sini dlu letaknyer istana tu,mmg sah2 la istana tu boleh lenyap,
sal klau ingat lg bah merah taun 20 an ngan banjir besar kt kuala kangsar taun 70-an dlu smpai air naik cecah bumbung menara jam besar kuala yg kat tngah roundabout tu, mmg skali ngan pulau cempakasari ni pun kene effect/tenggelam sal banjir tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Eh..kamu ni....tak baik citer..citer pasi sultan derih main judi.......tapi mmg dia kuat main ...
ladyrock Post at 21-4-2010 16:53
cerita sal die mangkat masa tonggang arak tu, mmg sah khabar angin,
ikut ati aku nk citer hal sebenarnyer sal almarhum,
tp org yg dh xder, xelok la di cerite kan lg...... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 92# oni313
aku pernah baca kat mastika ke mana ekk... ADC dia ke siapa yang cerita, tuanku sebenarnya pegang cawan berisi teh cina, bukan arak seperti yang didakwa. malah tuanku sempat ke mekah sebelum itu... |
|
|
|
|
|
|
|
Orang Kalur (pemain nobat diraja)
1. Yang Dihormati Toh Setia Guna (Ketua),
2. Toh Setia Lela,
3. Toh Setia Indera.
gelaran untuk orang kalur pemain nobat |
|
|
|
|
|
|
|
Reply oni313
aku pernah baca kat mastika ke mana ekk... ADC dia ke siapa yang cerita, tuanku s ...
nazurah Post at 24-4-2010 19:54
nazurah,
yup,
mmg betul,
masa almarhum tuanku di mekah, almarhum xnmpak kaabah,
bila ditanya pd pengiring almarhum, pengiring tu kata tu petanda 'masa' (hayat) seseorang tu dh xlama dh.....
trus almarhum xbuat keje2 lama dia....
mmg btul, almarhum minum teh cina masa function ngan statesman di lumut.....
al fatihah utk almarhum sultan idris II.... |
|
|
|
|
|
|
|
almarhum sultan idris (kiri sekali) bersama dngan band orkrishah |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 95# oni313
hmm.... citer tu dah lama sangat aku baca...
apapun orang2 johor sangat sayangkan raja zarith sofia...tapi aku pelik ni apsal takde majlis pertabalan raja zarith as sultanah johor, kenapa dia tak pakai gelaran sultanah zarith sofia macam mak mertua tiri dia...:cf: |
|
|
|
|
|
|
|
agak2nya la kan, tuanku zara kena kalih tak kalau tido kat istana? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 98# smeetasmitten
dia ada darah kerabatkan.... |
|
|
|
|
|
|
|
Sejarah Kampung Tua-sumber tenet
Setelah mati Haluan Tok Paduka Masuka Perak didalam lingkungan tahun 1525, maka kedua Kerabat itulah yang memberitahu kepada Tun Saban, supaya, iaitu :-
1. Nama gelaran HALUAN digantikan dengan nama gelaran SULTAN.
2. Kerana Tok Masuka tidak mempunyai zuriat anak lelaki, maka Sultan pertama Negeri Perak hendaklah diambil Raja Muzzaffar Shah, iaitu putera kepada Sultan Mahmud Shah, Kampar (Sumatera), bekas Sultan Melaka yang akhir, ditabalkan menjadi Sultan Perak yang pertama dan ulung.Tun Saban mahu tidak mahu terpaksa menurut kata sebagaimana yang dikehendaki oleh kedua Mubaligh Islam itu, terpaksalah dilaksanakan juga
Sekembalinya rombongan Pembesar Perak yang diketuai oleh Tun Saban dan Nakhoda Kasim dari Sumatera bersama-sama Duli Yang Maha Mulia Sultan Muzafar Shah Pertama yang dijemput menjadi pemerintah Negeri Perak yang pada ketika itu tiada mempunyai Raja
Maka belayar lah Rombongan DiRaja menyeberangi Selat Melaka dan apabila sampai di Kuala Sungai Perak di suatu tempat bernama 'Beting Beras Basah', bahtera Raja Muzaafar Shah telah terdampar di atas sebuah beting dan tidak dapat di mudik. Tiba-tiba angin ribut datang dengan laut yang bergelora. Berbagai ikhtiar dibuat namun bahtera baginda tetap tidak berganjak. Maka di situlah baginda berseru dengan melafazkan kata-kata:-
Selilit Tanah Minangkabau,
Selengkung Pulau Perca,
Dilengkung ular Saktimuna,
Sebenarnya Aku keturunan Raja,
Jauhkan segala malapetaka
Sebaik sahaja baginda habis melafazkan kata-kata itu, tiba-tiba muncul 'JIN' yang sangat besar sahingga mencecah awan yang tinggi. Jin tersebut telah berkata kepada baginda
Sekiranya Tuanku hendak bersemayam dan memerintah Negeri Perak ini, hendaklah Tuanku buangkan Mahkota Tuangku kedalam laut
Maka Raja Muzzaffar pun mengambil mahkota baginda dan dibuangkan kedalam laut. Secara tiba-tiba laut yang bergelora menjadi tenang dan beting yang timbul hilang dari pandangan. Satelah itu barulah bahtera baginda boleh belayar semula mudik kehulu dari Beting Beras Basah untuk mencari tempat yang sesuai untuk persemayaman baginda, Baginda telah mengenal pasti satu tempat yang didiami beberapa keluarga yang sedang memainkan sejenis permainan.
Nama asal Kampung Tua
Baginda memeritahkan agar didirikan sebuah masjid untuk kegunaan masyarakat dikampung itu dan menamakan tempat baginda mendirikan masjid tersebut "KAMPUNG TUA". Dikatakan bahawa tempat tersebut berada di lot 315 Mukim Lambor.
Setelah beberapa lama baginda menetap di Kampung Tua , berlaku satu wabak penyakit cirit birit yang telah menyebabkan Guru Agama baginda meninggal dunia, Guru agama Baginda bernama Shaikkul Islam dan Imam Peduka Tuan dikebumikan di Kampung Tua.
Tanah Abang
Setelah kejadian tersebut baginda berpendapat bahawa tempat (Kampung Tua) tidak sesuai untuk dijadikan pusat pemerintahan lalu baginda pun memerintah agar Masjid tersebut diruntuhkan dan dibawa mudik ke hulu sungai dan terus bersemayam di Air Mati. Disana lah baginda di tabalkan dan tempat baginda bersemayam itu dinamakan Tanah Abang.di Telok Bakong. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by pu3_fiona at 25-4-2010 12:35
Hikayat Pak Kadok dan Sultan Perak - SUMBER TENET
[size=85%]
[size=85%]
[size=85%] Lagenda Ikan Tapah - Hikayat Pak Kadok
[size=85%]
Cerita ini bermula dari mulut ke mulut dan dikumpulkan oleh Haji Pandak Logam Bin Pandak Demat salah saorang keturunan Pak Kaduk yang terlibat sepenuhnya menyimpan dan menjaga emas kerongsang Ikan Tapah, beliau dilahirkan pada tahun 1873 dan telah meninggal dunia pada tahun 1963 dalam usia 90 tahun
[size=85%]
[size=85%]
Bermula Kisah
--------------------------------------------------------------------------------
Di zaman pemerintahan Sultan Muzafar Shah Ibni Al-Marhum Sultan Mansur Shah, permainan menyabung ayam amatlah disukai ramai, ianya menjadi satu temasya hiburan di samping menonton dan berjudi. Permainan ini melibatkan semua golongan daripada rakyat jelata, bangsawan sehinggalah Sultan.
Si Kaduk
--------------------------------------------------------------------------------
Kebetulan pada zaman itu, seorang pemuda berketurunan raja daripada Negeri Siak, Sumatera yang bernama Kaduk memulakan pelayaran datang ke Negeri Perak untuk mencari tempat baru, akhirnya telah sampai ke satu tempat di tepi Sungai Perak bernama Lambor (Menurut cerita mulut Pandak Logam) di Kampung Pulau, Lambor Kiri, di sana Kaduk diterima baik oleh masyarakat kampung dan akhirnya dijodohkan dengan seorang gadis kampung dan menetap beberapa lama di sana (Kampung Pulau Lambor Kiri). Kaduk mempunyai kegemaran menangkap ikan, mencari rotan dan menyabung ayam. Adapun menyabung ayam adalah satu permainan yang amat digemarinya
Ayam
--------------------------------------------------------------------------------
Pada suatu hari Kaduk ternampak seekor ular sedang menggonggong sebiji telur ayam dan meletakkannya di atas tanah berhampiran rumahnya, kemudian ular tersebut pun berundur dan menghilangkan diri. Kaduk pun mengambil telur tersebut dan dieramkan oleh ayamnya. Telur tersebut akhirnya menjadi seekor ayam sabung yang cantik dan handal dan dinamakan Biring Si Kunani. Ayam ini sentiasa menang dalam semua pertandingan sehinggakan semua penduduk termasuk pembesar Istana takut dan tidak mahu menyabung dengan ayam Kaduk. Kaduk menjadi resah kerana tidak menyabung dan akhirnya Kaduk menerima apa juga syarat yang dikenakan asalkan dia dapat menyabung ayam
Pertarungan Ayam
--------------------------------------------------------------------------------
Berita kehebatan ayam sabungan Kaduk mendapat perhatian daripada Sultan, lalu baginda mencabar Kaduk untuk menyabung ayam dengan syarat yang ditetapkan oleh Sultan. Syarat-syaratnya ialah: Ayam Kaduk hendaklah ditukarkan dengan ayam Sultan yang bernama Si Jalak Putih Mata . Pertaruhannya adalah kampung halaman dan isi rumahnya
Dan di pihak Sultan pula:
Kaduk akan diberikan sebahagian kuasa memerintah dan kawasan negeri jika ayam Sultan kalah.
Tanpa berfikir panjang Kaduk menerima syarat-syarat tersebut kerana sudah lama tidak menyabung ayam.
[size=85%]
[size=85%]Rumah Hjh Hasmah, Kg Tua
[size=85%]
Kekalahan
--------------------------------------------------------------------------------
Sebagaimana yang dijangkakan pada peringkat awal, ayam Kaduk yang ditukarkan dengan Sultan telah menang. Kaduk pun bersorak kerana ayamnya menang, tetapi dia lupa bahawa ayam itu telah menjadi milik Sultan. Setelah pengumuman dibuat baru lah Kaduk sedar bahawa dia telah dipermainkan oleh Sultan.
Maka dengan berpegang pada janji dan syarat penyabungan Kaduk terpaksa menyerahkan kampung halamannya, isteri dan anak perempuannya kepada Sultan, hanya yang tinggal pada Kaduk sehelai sepinggang dan seekor kucing kerana masa Sultan mengambil pertaruhan kucing tersebut tiada di rumah, kalau tidak semuanya akan menjadi milik Sultan.
Kaduk pun berundur ke sebuah pulau (Pulau adalah satu tempat di tepi tebing Sungai Perak dimana orang menanam padi Huma) bersama kucingnya dan tinggal di sebuah dangau. Sambil Kaduk memikirkan masa hadapannya kucing itu datang sambil mengiau-ngiau dan mengigit kaki kaduk seakan memberitahu sesuatu, puas juga dihalau kucing tersebut tetap juga begitu.
Kaduk pun mengikut kucing tersebut ke tepi tebing sungai, apa yang didapatinya ialah seekor ikan tapah yang besar, Kaduk pun berlari ke dangau dan mengambil mata tuai yang terselit di celah atap lalu dibelahnya perut ikan tapah tersebut dan keluarlah emas dengan banyaknya. Kaduk bersyukur dan beranggapan itu adalah rezeki daripada Tuhan
Sumpah
--------------------------------------------------------------------------------
Maka Kaduk pun menjahit perut ikan Tapah tersebut dengan menggunakan jarum patah dan berbenangkan urat batang pisang lalu melepaskan ikan itu semula ke dalam sungai. Semasa inilah Kaduk melafazkan sumpahnya yang berbunyi:
"Mulai hari ini dan kehadapan, aku tidak menyabong lagi, dan aku, anak isteri aku, cucu-cicit aku, piyat-piyut aku, empas-empas endaun, entahkan ia entahkan bukan tidak boleh memakan, menganiaya atau mengkianati akan Ikan Tapah. Barang siapa melanggar sumpah ku, akan mendapat sakit gatal, melecur dan bengkak-bengkak, kiranya tahan badan tidak selamat hidupnya..."
Ikan Tapah itu terus menyelam dan timbul sekali seolah mengucap selamat tinggal dan kemudiannya hilang ke dalam air
[size=85%]
[size=85%]Hajah Hasmah Binti Pandak Logam yang kini tinggal di Kampung Tua, Batu 16, Lambor Kanan
[size=85%]
Tebus
--------------------------------------------------------------------------------
Kaduk pun pergilah mengadap Sultan dan menebus kampung halamannya dan anak isterinya, dan bakinya sebahagian disimpan untuk menyara hidupnya dan sebahagian lagi dibawa ke Kampar untuk dijadikan barangan perhiasan, kerana di zaman itu tukang emas hanya berada di Kampar Sumatera sahaja.
Kepada anak cucu Kaduk, sebagaimana disebut dalam sumpahannya dan telah terkena penyakit yang disebutkan kerana memakan, mengkhianat secara sengaja atau tidak sengaja, terkena air-air dari Ikan Tapah maka ubatnya ialah dengan menyapu atau meminum air yang direndam Kerongsang Emas Tapah sebagai penawar bisa sumpahan tersebut. Adalah difahamkan bahawa ada keturunan Kaduk yang tidak boleh melintasi asap masakan isteri jika yang dimasak itu adalah ikan Tapah. Setelah segala nya selesai Kaduk tidak menyabung lagi dan hiduplah Kaduk dalam aman damai dan sentiasa mensyukuri rezeki yang diberikan Allah serta melakukan amal ibadah dengan taatnya sehingga berlaku perkara-perkara luar biasa
Diantaranya Sultan Perak melantik Kaduk menjadi Orang Besar Jajahan yang membawa gelaran Tok Tua Sakti yang mana tugasnya memberi nasihat dan tujuk ajar kepada Datok Bendahara Garang mengenai selok belok tempat di Aceh dalam usaha membawa pulang Puteri Limau Purut dari Istana Aceh sebagaimana dalam kisah Megat Terawis.
Pemegang Amanah Emas Kancing Ikan Tapah
--------------------------------------------------------------------------------
[size=85%]
[size=85%]Emas Kancing adalah satu-satunya saki baki emas Ikan Tapah yang masih ada, ianya berbentuk Empat Segi Iris Wajik digunakan sebagai Keronsang baju wanita. Jumlah yang ada sekarang ialah sebanyak tiga keping dan ini lah digunakan sebagai penawar kepada cucu atau keturunan Kaduk jika terkena bisa Ikan tapah.
Sekarang Emas Kerongsang Ikan Tapah di jaga oleh salah seorang keturunan Pak Kaduk yang bernama Hajah Hasmah Binti Pandak Logam. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by bronches at 23-4-2010 15:19
Menara tu dah terbakor dulu, tak salah aku anta ...
bronches Post at 23-4-2010 15:18
ko orang kuale?
kalau ko org kuale mesti ko ingat ada sebuah banglo kat tepi jalan kampung basung kalau tak silap aku...rumah tu jalan nak masuk sekolah rendah cliford dgn datin khatijah
errrr aku ada snap gambo bangunan port sultan idris dulu...tapi kabel telepon takde plak esok aku upload |
|
|
|
|
|
|
|
so smpai skang la keturunan pak kaduk mmg takleh mkn ikan tapah neh ekk....
buatnye ader yg tak kenal rupe ikan tapah......maen bedal jek....jenuh ler tergaru2 gatal.... |
|
|
|
|
|
|
|
so smpai skang la keturunan pak kaduk mmg takleh mkn ikan tapah neh ekk....
buatnye ader yg tak ken ...
kilometrico Post at 2010-4-25 14:17
lepas tu jenuh le nk mencari mkcik [size=85%]Hajah Hasmah Binti Pandak Logam ni pulak yer..hummmm |
|
|
|
|
|
|
|
nama Perak ni asalnya dr mana?
Perak - sempena nama logam berharga
atau
Perak - Sempena Nama Tun Perak?
|
|
|
|
|
|
|
|
nama Perak ni asalnya dr mana?
Perak - sempena nama logam berharga
atau
Perak - Sempena Nama Tu ...
pisang69 Post at 2010-4-26 09:27
Sejarah Ringkas Negeri Perak
Ada berbagai-bagai pendapat mengenai asal usul nama Negeri Perak. Setengah pendapat mengatakan bahawa nama itu diambil bersempena dengan Bendahara Tun Perak dari Melaka dan setengahnya pula mengatakan ia diambil dari 'kilatan ikan dalam air' yang berkilau seperti perak. Justeru dari pengenalan nama negeri ini sendiri telah membayangkan tentang khazanah yang terkandung di buminya.
Negeri Perak sebenarnya telah wujud pada zaman pra sejarah lagi. Kota Tampan di Lenggong merupakan satu-satunya kawasan yang terbukti wujudnya Zaman Batu Lama di Tanah Melayu. Bertolak dari tarikh antara 400,000 hingga 8,000 tahun sebelum masihi, Negeri Perak telah mengalami evolusi dari masa ke masa. Kesan peninggalan sejarah zaman batu ini terbukti dengan jumpaan alat-alat batu dan fosif-fosil manusia dikenali dengan nama Perak Man.
Negeri Perak merentasi Zaman Hoabinhian seterusnya Zaman Batu Baru dan Zaman Logam, yang dapat dibuktikan dengan jumpaan-jumpaan tertentu.
Ini disusuli pula dengan zaman Hindu/Buddha yang dijangkakan berlaku serentak dengan lain-lain kawasan di Tanah Melayu. |
|
|
|
|
|
|
|
aku tak percaya sgt dgn sumpahan tak blh makan itu ini... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by ladyrock at 21-4-2010 14:59
Aku tak pandai tepeklah...ini one of ...
ladyrock Post at 21-4-2010 14:46
wah..aku dah lalu 2-3 kali tempat ni..pi kg gajah...
aku suka sgt kawasan ni..cantik pada mataku... |
|
|
|
|
|
|
| |
|