Lapangan Terbang Istanbul paling sibuk di Eropah
Januari 31, 2022 @ 4:17pm
Lapangan Terbang Istanbul. - Foto AGENSI
MOSCOW: Lapangan Terbang Istanbul dinamakan lapangan terbang paling sibuk di Eropah pada 2021 dengan hampir 37 juta penumpang, menurut laporan tahunan Majlis Lapangan Terbang Antarabangsa (ACI) Eropah, lapor Sputnik.
Meskipun trafik penumpang merentasi rangkaian lapangan terbang Eropah meningkat sebanyak 37 peratus pada 2021 berbanding 2020, ia masih kekal 59 peratus di bawah paras prapandemik 2019, kata laporan itu.
Daripada lima senarai teratas secara keseluruhan, Lapangan Terbang Istanbul adalah lapangan terbang tersibuk di Eropah pada 2021 dengan 36,988,563 penumpang, diikuti oleh Lapangan Terbang Antarabangsa Sheremetyevo di Moscow dengan 30,943,456 penumpang, Lapangan Terbang Charles de Gaulle di Paris dengan 26,201,698 penumpang, Lapangan Terbang Amsterdam Schipholported dan Lapangan Terbang Moscow Doirmoded.
Lapangan Terbang Istanbul juga tersenarai di tempat pertama untuk jumlah penumpang paling banyak di antara lapangan terbang Eropah pada 2020, iaitu melebihi 20 juta penumpang walaupun terdapat sekatan perjalanan akibat pandemik. - BERNAMA
Post time 1-2-2022 07:40 AMFrom the mobile phone|Show all posts
seribulan replied at 31-1-2022 07:05 PM
Ubat doc bagi pun x jln
Kena ulcer kat lidah ke? Biasanya kalau ulcer dalam mulut, saya akan ke farmasi beli ubat titis.Agak berkesan .Pakai hari ni beberapa jam dah rasa kebas.Esok lusa dah ok.