CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ariellin

:: Cik Ya vs Encik Tak ::

[Copy link]
 Author| Post time 23-9-2010 03:37 PM | Show all posts
Pelik Laila Suria dengan perangai Sharifah Umairah kali ni.  Sekejab-sekejab Sharifah Umairah tarik hujung baju kurung dia.  

"Kau ni kenapa?  Rimas lah..", tangan sebelah kiri masih tekun membelek majalah Mingguan Wanita yang terbentang di depan mata.  Perasan yang mamak kedai ni asyik menjeling memerhatikan tindakannya.

"Beli Dulu, Kemudian Baca"..ops..baru perasan ada warning signed tu.  

"Aku rasa ada orang follow kita lah..", berbisik-bisik suara Sharifah Umairah sehingga menimbulkan kerut di dahi Laila Suria.  

Siapa pulak lah nak skodeng awek macam kita ni, Sharifah Umairah.  Terasa macam nak dicekik-cekik aje leher si Sharifah yang seorang ni.  Ni mesti terpengaruh dengan filem James Bond ni.  Konon nak thrill lah tu.

Sharifah Umairah jadi sakit hati dengan Laila Suria.  Buleh Laila Suria buat don't know aje dengan perasaan dia ni.  Sharifah Umairah yakin benar lelaki berbaju hijau tu mengekori mereka.  

Saat kaki melangkah keluar dari kedai buku tu, mata Sharifah Umairah menangkap susuk tubuh orang yang disyaki.  Saspek telah berjaya ditemui.  Dia yakin seratus peratus kali ini.

"Hei...awak nak apa ha?  Tak ada kerja lain ke nak mengekor anak dara orang?", terhambur kata-kata dari mulut Sharifah Umairah.  Bercekak pinggang dia dengan beg plastik itu.

Kata-kata itu juga memeranjatkan Laila Suria.  Dan dihadapan mereka berdiri lelaki berbaju hijau itu.  Mencerlung mata Laila Suria memandang lelaki itu.  Siapa dia ni?

Lukman Sham buat selamba padahal dalam hati ni dah malu gila.  Rasanya kulit mukanya dah setebal kulit biawak komodo tu.  Malu ni !  Hampeh betul perempuan ni.  Main sound jek.  Orang yang lalu lalang memerhatikan drama mereka bertiga turut kehairanan.  Mesti diorang fikir kes gaduh laki bini.  Ataupun kes bini muda ternampak suami sedang beramah mesra dengan bini tua.  Bila Lukman Sham dah mula merepek.  Sempat lagi dia berfantasi.

"Wei..pekak ke?  Kau ikut kitorang kan?", lantang suara Sharifah Umairah.  

Dia memang geram.  Geram dengan lelaki berbaju hijau yang boleh menunjukkan muka tak bersalah.  Mujur muka kacak, sempat lagi dia memuji dalam hati.

Lepas tu, geram dengan Laila Suria yang tak percaya cakap dia.  Tu yang habis dia selamba badak menjerit kat depan kedai buku ni.  Dah macam drama spektra dulu-dulu kala pulak.

"Dah lah Umai, jom lah...", Lukman Sham dengar suara perempuan yang ayu tu memujuk perempuan seorang lagi yang garang macam singa nak mengawan.  Tapi lagak perempuan yang garang tu tetap mantain begitu.  Tegak berdiri macam dah siap sedia nak menyanyikan lagu Negaraku.

Lukman Sham fikir dia harus ambil tindakan drastik.  

"Plan harus ditukar pada saat-saat akhir..", desis hatinya.

Laila Suria dan Sharifah Umairah buat langkah berjaga-jaga bila nampak lelaki berbaju mula menapak sedikit ke arah mereka.

"Cik, saya ni cuma nak kenal dengan cik adik yang manis ni je", Lukman Sham menghulur tangannya ke arah Sharifah Umairah.  Terkejut dia..!

"Ha!!", Laila Suria turut terkesima.  

"Nak kenal je?", luntur ego Sharifah Umairah.  Dah hilang diterbangkan dek angin semangat kepahlawanan yang dia tunjukkan sebentar tadi.   Dia sambut tangan lelaki itu.

"Lukman.  Lukman Sham..", kuat genggaman Lukman Sham.  Dia memang suka mengambil kesempatan.  

"Umai...", perlahan Sharifah Umairah menyebut nama pendeknya.  Laila Suria geli hati dengan sikap Sharifah Umairah.  Tiba-tiba gorilla bertukar menjadi cacing tanah.

"Umai..??", peliknya nama dia?

"Sharifah Umairah..", tersenyum malu Sharifah Umairah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-9-2010 03:38 PM | Show all posts
Bukan main pandai Lukman Sham menukar strategi.  Sekarang mereka bertiga berada di dalam KFC berdekatan dengan office Sharifah Umairah dan kawannya yang ayu ni.

Lukman Sham mengambil tempat duduk di hadapan Sharifah Umairah sementara kawan perempuannya itu pula disebelah kiri Sharifah Umairah.  Nak mengurat bukan senang, dia memujuk diri sendiri.  Biar lambat asal dapat, motto hidup Lukman Sham.  Dia tersengih sendiri.

Oleh sebab Sharifah Umairah dan kawan perempuannya dah beli makan tengah hari, jadi mereka hanya minum sahaja.  Sementara Lukman Sham pula memesan dinner plate.  Dia cakap dekat perempuan yang berdua tu dia lapar.  

Laila Suria tak peduli dengan lelaki  yang duduk di hadapan Sharifah Umairah kini. Yang dia peduli sekarang tentang Sharifah Umairah yang dah berubah wataknya  360 darjah dalam sekelip mata.  Hilang semangat kepahlawanan, terus manja meliang liuk macam tak cukup tulang belakang.  Lepas tu, Laila Suria peduli dengan keadaan singa betina yang confirm dah siap sedia nak menyerang bila sekembalinya mereka ke office.  Mengamuk sakanlah makcik tu.  Tak sanggup nak membayangkan betapa ngerinya keadaan tersebut.  Night mare sungguh lah..

Rancak perbualan Sharifah Umairah dengan lelaki itu yang Laila Suria masih tak hafal namanya, tidak berbekas di hati Laila Suria.  Dia kuis-kuis kaki Sharifah Umairah dengan sandalnya.

"Kawan yang ni diam je, bisu ke?", hampir tersembur air milo yang dihirup Laila Suria mendengar pertanyaan lelaki berbaju hijau tu.  Tersedak-sedak dia.

Sharifah Umairah menepuk-nepuk belakang Laila Suria dengan perlahan.

"Sorry lah..saya tanya sebab you diam je dari tadi", Lukman Sham menunjukkan rasa bersalah.

"Sepatutnya I yang mintak maaf.  Nama kawan I ni Ya", Sharifah Umairah menyedari kekhilafannya tersenyum manis memandang Lukman Sham.

"Handsome dan smart.  Mesti somebody ni", Sharifah Umairah berbisik nakal sendiri. Ibarat bulan jatuh ke riba bila Lukman Sham menghulurkan salam perkenalan tadi.  Hatinya dah berbunga-bunga cinta.

Laila Suria memandang Sharifah Umairah.  Gila.

"Umai, aku balik office dulu.  Dah lambat ni.  Risau pulak kalau Tuan Haji cari", perlahan suara Laila Suria kedengaran di cuping telinga Sharifah Umairah yang masih buat selamba.  Jengkel Laila Suria dengan perangai Sharifah Umairah.

Dia bangun sambil menjinjit plastik yang berisi polistren makanan tengah harinya.  Menyumpah-nyumpah di dalam hati mengenangkan perangai Sharifah Umairah.

Lukman Sham menghentikan suapannya bila melihat 'Ya' yang menjadi idaman hati bangun dengan tiba-tiba.

Melihatkan Lukman Sham yang bergegas bangun, Sharifah Umairah turut kelam kabut.

"Sham..wait..", terkocoh-kocoh Sharifah Umairah membontoti Lukman Sham yang tidak memberi isyarat untuk menamatkan pertemuan mereka.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-9-2010 03:39 PM | Show all posts
tuk readers, selamat baca baca smpai

selamat komen gak
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2010 03:56 PM | Show all posts
cite ni dah masuk dlm penulisan 2u kan?..next2 n3
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-9-2010 03:57 PM | Show all posts
cite ni dah masuk dlm penulisan 2u kan?..next2 n3
asnita Post at 23-9-2010 14:56



as...dah ade ker? x tau pulak...aritu tgk x dak g...
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2010 04:03 PM | Show all posts
Reply 85# ariellin

semalam baru ada kat penulisan2u...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-9-2010 04:06 PM | Show all posts
Reply 72# ariellin


  akhirnya ada juga....
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2010 04:08 PM | Show all posts
wah banyaknya n3...
sukanya aku....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-9-2010 04:15 PM | Show all posts
Reply  ariellin

semalam baru ada kat penulisan2u...
bb_75 Post at 23-9-2010 15:03



ye ker...suka2 tuk diri sndiri
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2010 04:18 PM | Show all posts
arie...
pasni taipkn utk citer KASMARAN skali
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-9-2010 04:20 PM | Show all posts
arie...
pasni taipkn utk citer KASMARAN skali
amandaatika Post at 23-9-2010 15:18



1 huruf baper mau kasik upah
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2010 04:26 PM | Show all posts
Reply 91# ariellin


sempena syawal yg masih brlangsung ni
ada baiknya arie brsedekah
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2010 04:33 PM | Show all posts
arie...best la sangat cite nih...sambung la lagi yer...panjang2 ekkk...
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2010 05:42 PM | Show all posts
lain ikan nak dipancing, lain lak yg dapat..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-9-2010 08:50 AM | Show all posts
Reply  ariellin


sempena syawal yg masih brlangsung ni
ada baiknya arie brsedekah
amandaatika Post at 23-9-2010 15:26


sedekah..?? aku sedekah senyum jek lah   
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-9-2010 08:50 AM | Show all posts
lain ikan nak dipancing, lain lak yg dapat..
mijot Post at 23-9-2010 16:42



bak kata memey di umah sanun....hanya manikam kenal jauhari
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-9-2010 08:51 AM | Show all posts
arie...best la sangat cite nih...sambung la lagi yer...panjang2 ekkk...
asyriqa Post at 23-9-2010 15:33


terima kasih...insya allah..
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2010 09:01 AM | Show all posts
Reply 95# ariellin


ala. setakat senyuman, x leh nmpk pn
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-9-2010 09:05 AM | Show all posts
Reply  ariellin


ala. setakat senyuman, x leh nmpk pn
amandaatika Post at 24-9-2010 08:01



ko bygkan jek aku senyum semanis lusa surihani   pasan
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2010 09:17 AM | Show all posts
ko bygkan jek aku senyum semanis lusa surihani     pasan
ariellin Post at 24-9-2010 09:05



ceh...mmg perasan la
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 11:35 PM GMT+8 , Processed in 0.352255 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list