CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: rayyanrafael

Benar - Rumah Nenekku - Kejadian 8 di page # 11 update 13/01/11

  [Copy link]
 Author| Post time 4-11-2010 01:54 PM | Show all posts
Post Last Edit by rayyanrafael at 4-11-2010 13:56
slow la TT update citer dia.. aku x sabar ni, xtau ke?
MommyRayyan Post at 4-11-2010 13:28



    Bizi lak ari ni. Keja lum abis lagik. Tgk lepas lunch nanti camne
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-11-2010 01:55 PM | Show all posts
TT nie g maner? cuti deepavali ker aper? dr td nunggu citer nie ....
seri2010 Post at 4-11-2010 13:29



    jangan sebut pasal deepavali leh x ???
sebab saya tak dapat cuti. kena keja.  
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2010 01:59 PM | Show all posts
Reply 81# rayyanrafael


    OK, i'll wait. tapi kena jugak post episod terbaru, klu boleh b4 430 sbb 430 i balik dh... lagi pulak, isnin smpai khamis depan attend congress, sure xkn sempat nk baca posts TT nnt....
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2010 02:03 PM | Show all posts
jangan sebut pasal deepavali leh x ???
sebab saya tak dapat cuti. kena keja.
rayyanrafael Post at 4-11-2010 13:55



    TT..nanti dah letak cite baru, update la title, indicate page berape cite baru tu..huhuhu klu tak tiap2 jam sy masuk thread ni just nak tgk TT dah update blom..hihihihihihi
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2010 02:04 PM | Show all posts
Reply 81# rayyanrafael

tak per la TT, take your time... memang paham.. adat orang bekerja makan gaji... nak update citer pun kena curi2 kan...  yg penting citer tetap bersambung... walaupun satu hari satu cerita... "namun kau tetap ku tunggu..."...
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2010 02:07 PM | Show all posts
TT ramai sungguh fan..leh box0ffice neh!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-11-2010 02:21 PM | Show all posts
best la...tp aku ni penakut sket...huhuhuu..tp respect la kat TT sbb berani gile...ade ape2 ilmu ke TT
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2010 02:39 PM | Show all posts
Kejadian Keempat pula terjadi sewaktu umurku handak masuk 16. Waktu tu ayah dan keluargaku pulang ke ...
rayyanrafael Post at 3-11-2010 15:55



    pergghhh...seram giler cite ko rayyan....meremang bulu roma ku di kala ini....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-11-2010 02:41 PM | Show all posts
Besh ar cerita TT ni...
takpe take ur time k? Shaz pun curi2 time bila nak mengarang cerita. ye lah nak ingat balik fakta2 dia dan mengarang semula jadi cerita senang difahami pembaca... ni semua mengambil masa... (aik! dah mcm editor plk aku.. )

apa2 pun aku tetap kan menunggu ceritamu! kekeke!!
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2010 03:14 PM | Show all posts
best2 walau serem!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-11-2010 03:44 PM | Show all posts
Kejadian kelima pula berlaku pada keesokkan harinya daripada kejadian keempat. Mula-mula terjadi bila waktu aku hendak mandi. Pada hari tersebut, aku mandi agak lewat dari biasa. Dah masuk waktu maghrib, barulah aku handak masuk bilik mandi. Pada waktu ini, semua family aku dah bersiap sendak solat berjemaah sama-sama. Sewaktu berjalan ke bilik air, aku sudah terdengar ada sesuatu di bilik air kerana air didalam kolah tadahan berbunyi seperti orang menyelam. Padahal kolah tersebut tidaklah sebesar manapun, hanya untuk tadahan air sahaja.

Keadaan rumah kampung, tak seperti rumah bandar. Suiz lampu terletak di dapur, bukannya dibilik air. Jadi, aku memberanikan diri dengan menuju kebilik air selepas lampu dibuka. Bila sampai dibilik air, tak ada sesuatupun disana. Aku sangkut tualaku diatas pintu bilik air da akupun mandilah seperti biasa. Tiba-tiba, disebalik dinding bilik air, aku terasa ada sesuatu yang berangin berlalu dengan laju. Bukan sekali, tetapi sampai empat kali. Sedangkan cuaca masa itu seperti biasa saja. Air yang tidaklah sesejuk mana, menjadi semakin sejuk bagiku. Tanpa sempat bersabun dan menoleh, aku terus mencapai tualaku dan terus menelap badanku. Baru sahaja membuka pintu, aku terlihat tualaku ada terjatuh didepan pintu. "Ya Allah" jeritku kerana tuala yang kugunakan untuk mengelap badanku dan kupakai sekarang ni adalah kain putih seakan-akan kain kapan yang telah digunakan. Cepat-cepat aku ambil tualaku dan aku campakkan kain tersebut ke luar. (Nasib baik "dia" tinggalkan tuala, kalau tak, mahunya berlari dalam bogel masuk bilik )

Selesai pakai baju, terus aku masuk saf solat bersama-sama dengan familiku. Kerana sudah tertinggal 1 rakaat, aku cuma dapat barisan belakang saf. Selasai sahaja solat, barulah aku terperasan yang ada terlebih terlebih dalam saf tersebut. Sedangkan ahli keluarga termasuk nenekku cumalah 8 orang, makmunya ada 9 orang. Terlebih 2 orang. Aku cuma mendiamkan diri sahaja. Semasa bersalaman selepas solat, ayahku tersenyum padaku dan mengenyitkan matanya padaku dan memberikan tanda supaya aku tidak menanyakan apa-apa.

Malam itu, satu-satunya adik lelakiku yang pernah lari keluar tidur dengan nenekku, tidur lagi dengan aku dalam satu bilik. Setelah agak lama terlelap, tiba-tiba adikku mengejutkan aku dengan diam. Dengan jari telunjuknya diletakkan dibibir yang dimuncungkan sebagai tanda diam dan memberikan aku arahan supaya mendengar keadaan diluar. (Tak lari pula adikku malam tu ) Aku merapatkan telingaku ke dinding, dan terdengar seperti ada orang melagakan 2 batang kayu dan seperti orang sedang menebas rumput. Aku dan adikku ambil keputusan untuk mengintainya melalui lubang tingkap. Aku dan adikku berdiri diatas katil dan secara berduet untuk mengintai. Baru sahaja mataku dan mata adikku sampai dilubang tingkap, rupa-rupanya dah ada mata berwarna merah tanpa anak mata sudah pun ada mengitai kami dari situ. Mata kami dengan mata makhluk tersebut hanyalah berjarak antara dalam dan luar tingkap sahaja. Tergolek aku dan adikku jatuh diatas katil.

Yang bagusnya pada malam tu, adik aku tidak meninggalkan aku keseorangan. Tapi kami sama-sama keluar tidur dengan nenekku diruang tamu . Aku tidur disebelah kiri dan adikku tidur disebelah kanan nenekku sampailah dikejutkan oleh ibuku untuk solat subuh. Ibu dan nenekku tidak bertanyakan apa-apa soalan pun sebab mereka dah faham dan masak dengan aku dan adikku.

p/s~ bersambung lagi untuk kejadian keenam. Jangan marah ye

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2010 03:45 PM | Show all posts
ermmm aku pun tersangkut kat thread nih .. hari2 aku selak page kalo ade cerita terbaru ..nampaknya senin depan baru aku bole baca cerita selanjutnya .. aku kursus coti2 nih
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-11-2010 03:47 PM | Show all posts
Reply  rayyanrafael


    OK, i'll wait. tapi kena jugak post episod terbaru, klu boleh b4 430 s ...
MommyRayyan Post at 4-11-2010 13:59



  mommyku ke ni???
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-11-2010 03:49 PM | Show all posts
Reply 84# ritzz


    Terima kasih. Saya dan buat seperti yang dicadangkan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-11-2010 03:51 PM | Show all posts
best la...tp aku ni penakut sket...huhuhuu..tp respect la kat TT sbb berani gile...ade ape2 ilmu ke  ...
surwanis Post at 4-11-2010 14:21



    Mana ada berani sangat pun. Tercicit lari sampai terlompak pagar gak dulu
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2010 03:52 PM | Show all posts
Reply 93# rayyanrafael


    bukan, ni mak rayyan... terima kasih la ye taruk cerita ke-5 tu b4 430pm...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-11-2010 03:59 PM | Show all posts
Menarik cerita TT.... walaupun agak seram...
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2010 04:02 PM | Show all posts
Reply  ritzz


    Terima kasih. Saya dan buat seperti yang dicadangkan
rayyanrafael Post at 4-11-2010 15:49


yeayy..thanks!..senang nak carik =)
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2010 05:00 PM | Show all posts
TT,

Aku assume ko lelaki,,

1)nenek ko tak kisah ke ko tidur dgn die,walaupun ko dah besar?
2) Kampung ko Tumpat kat mane,,name kampung ke,,bley riki2 kampung ko yg angker ni.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-11-2010 05:09 PM | Show all posts
TT,

Aku assume ko lelaki,,

1)nenek ko tak kisah ke ko tidur dgn die,walaupun ko dah besar?
2) ...
king_kenny Post at 4-11-2010 17:00



    Yup. Aku memang lelaki.
Cuma tumpang tidur disebelahnya, bukan tidur sambil memeluknya.
Bukan kampung tu yang angker, tapi kebetulan kena dirumah nenekku. Walaupun rumah dah berusia, tapi tetap teguh disebabkan diperbuat daripada kayu cengal.
Kampungku terletak di Pengkalan Kubor, Tumpat. Silakan melawat dijalau ada masa terluang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 02:25 PM GMT+8 , Processed in 0.090082 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list