CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sang_arjuna

CIK YAH & CHE MAMAT

[Copy link]
Post time 26-4-2014 12:09 AM | Show all posts
Bestnya cita ni..x sbr nak tgu sambungan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2014 12:28 AM | Show all posts
Best! sambung lagi ya...dah tahu dah.citer yg related tu tajuk..che yah and che mamat! Hahahah!
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2014 04:21 PM From the mobile phone | Show all posts
nallepooh posted on 24-4-2014 04:16 AM
wah smile ada cite baru..best2..

Nalle...lama tak nampak
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2014 04:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Kaka juna....iols sokmo singgah sini
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2014 01:57 AM | Show all posts
ciksurie posted on 26-4-2014 04:21 PM
Nalle...lama tak nampak

busy sikitlah ciksurie....banyak sgt kursus..
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2014 11:20 AM | Show all posts
Bestnyaaa...ni la cik yah che mamat ya
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 4-5-2014 10:13 AM | Show all posts
tks semua yg membaca

sori lambat sambung ( hehehehe... mcm tak tahu plak kaka smiley selalu lambat)

.....................................................................................................................................................................

Bab 10

“ What do you mean? Takkan dia boleh hilang begitu saja?” Muaz meninggikan suara. Bodoh betul si Dev!

“ Apa pula tak boleh, boss. Kapalterbang besar pun boleh hilang” selamba Devan menjawab.

Haprak punya penyiasat! Urat urat di leher dan pelipis Muaz mula timbul “ Don’t try to be funny Dev. Macam mana you buat kerja? Dah dekat seminggu I bagi you this assignment and you have nothing?”

“ Betul, boss. Selama tiga hari I suruh orang stake out rumah dia di Bandar Utama tapi tak nampak apa apa. Jiran jiran pun dah lama tak nampak dia. Handphone line dan internet dah kena potong. Credit card transaction, ATM transaction pun tak ada. Tapi ada berita baik.  Dia tak masuk hospital, kereta tak kena police report,  tak ada insurance claim, tak ada sijil kematian.  I suppose she is still alive.”

Alhamdulillah! Tapi ke mana dia menghilang?   Cik Su pun dah keluar dari rumah Zahira. Something is very fishy!

“ So , macam mana? Nak I terus cari? Tapi I cakap terus terang,  I dah buntu. There are no leads in this case.”

“ You are a lousy PI! I nak cari PI lain.” Jerkah Muaz pada lelaki India yang telah banyak berjasa pada keluarganya. Beberapa tahun dulu Devan pernah di gajikan oleh Datuk Ahmad Zaki untuk mengintip pegawai atasan syarikat nya yang cuba menjual rahsia syarikat pada pesaing. Devan menyelamatkan Datuk Ahmad Zaki dari kerugian berpuluh juta.  Datin Sakinah pula pernah guna Devan untuk menyiasat status bekas teman lelaki Amy. Memang betul pun, lelaki itu sah sah suami orang dan nasib baiklah Amy sempat tarik diri sebelum kena ganyang dengan isterinya. Tapi kali ini prestasi Devan  mengecewakan. Muaz meraup wajahnya dan keluar ke balkoni untuk menghirup udara segar. Matanya tertancap pada dua figura  di gazebo.

Rancak betul Azalea bergebang dengan Tok Ibu, siap beraksi dengan tangan dan memek muka. Entah apa dia "goreng" kat orang tua itu. Tok Ibu asyik tersengih dan sekali sekala menyampuk, siap bertepuk tampar lagi. Tak pernah aku tengok Tok Ibu ceria sebegini. Selalunya Tok Ibu makan, tidur, dan merungut. Semua serba tak kena. Pandai juga Azalea mengambil hati orang tua tu, berselera Tok Ibu bila Azalea menyuapnya makan. Waktu malam pula, dia menemani Tok Ibu tidur. Selalunya paling lama Tok Ibu tinggal sini dua hari, tapi kali ini dah empat hari tak balik balik. Sungguh serasi mereka berdua.

Muaz akui Azalea ada daya tarikannya. Dia peramah dan pandai bawa diri. Ada sesuatu pada Azalea yang buat orang berkenan walaupun baru jumpa.  Makin lama di pandang, makin menawan walaupun Azalea sikit pun tak cuba rapat dengannya. Jauh sekali menggoda. Cisss! Ini tak boleh jadi. Aku tak benarkan Azalea mengalih perhatian aku dari misi pencarian Zahira. Apa kelasss jatuh hati pada perempuan pilihan ibubapa. So kampung okay! Muaz masuk semula ke bilik dan menutup pintu balkoni. Kunci kereta di capai dan dia berlari anak ke bawah.
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2014 10:17 AM | Show all posts
Next...next...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-5-2014 10:17 AM | Show all posts
“ Mamat! Nak pergi mana tu?” Tok Ibu dan Azalea tiba tiba muncul bila Muaz membuka pintu kereta Porsche Cayenne.

“ Nak pergi rumah kawan.” Jawab Muaz ringkas.  Setiap kali Tok Ibu sebut Mamat, mesti Azalea menahan tawa dan menjulingkan mata ke atas. Lawak sangat lah!

“ Tunggu kejap. Tok teringin  nak makan roti yang taruh kopi tu. Apakenama? Ada boboi ke boy kat belakang. “

“ Rotiboy?”

“ Ha.. betul. Mamat tolong belikan ya”

“ Mamat tak lalu kat tempat jual Rotiboy. Rumah kawan Mamat kat tempat lain. Besok saja lah, Tok Ibu”

Tok Ibu mencebik minta simpati “ Tak apa lah Mamat. Kalau Tok Ibu mati malam ni, kempunan lah”

Over lah Tok Ibu ni, takat Rotiboy pun nak  emotional blackmail, Muaz membentak dalam hati.   Azalea nampak serba salah. Kasihan Tok Ibu, tapi takkan dia nak paksa Muaz. Memang minta makan penampar lah, kalau tak pun terus kena talak.

“ Biar Yah pergi beli.” Cadang Azalea. Sambil itu aku boleh window shopping, dah lama aku terperuk di rumah. Tapi tempat paling dekat yang jual Rotiboy di 1 Utama. Aku belum boleh memandu kereta, Qayyum dah balik ke kampus dan pemandu Papa masih bercuti. Macam mana ni?

“ Macam mana kau nak pergi? Kau tak boleh drive lagi. “ tingkah Muaz.

“ Naik teksi lah. Tak ada masaalah”

“ Mamat lah bawa Yah. Kamu ni suami dia. Takkan nak biarkan isteri kamu yang baru kena bedah keluar sendiri. Kalau apa apa jadi siapa yang susah? Lagi satu, Tok tak suka Mamat ber aku –kau dengan Yah. Dah kurang ajar tu. Isteri kamu tak ada nama ke? ” Tok Ibu mencekak pinggang.

Waduhhh! Tok Ibu dah berpaling tadah, lebih sayangkan Cik Yah the kaki ampu dari aku, darah daging dia sendiri. Ini sudah lebih!

“ Okay… okay. Mamat bawa Joyah... eh silap, Yah. “ Muaz terpaksa mengalah. Buat rosak plan aku!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-5-2014 10:20 AM | Show all posts
“ Muaz, drop me at I Utama, then you can go off.  I boleh balik sendiri.” Setelah 10 minit masing masing membisu, akhirnya Azalea memecah kelohongan. Dia rasa bersalah sebenarnya bila muka Muaz nampak mendung sepanjang perjalanan. Mesti ada hot date menunggu.

“ Memang pun. Kau ingat aku nak temankan kau shopping?” Muaz menjeling pada isterinya yang memakai T shirt putih dan skirt labuh sampai buku lali. Rambutnya di suak ke belakang dengan cekak. Simple but so sweet.  Stop it Muaz. Jangan hilang focus.

“Aku buat ayat penyata, tak ada niat nak kenen ajak kau shopping.”

Muaz mendengus. “ Baik betul kau dengan Tok Ibu ya. Apa yang korang selalu borak?”

Kepochi juga si Mamat ni. Azalea senyum nipis. “ Macam macam. Cerita zaman Tok Ibu muda muda dulu. Her life is very interesting. Tak sangka, she was one of the few Malay career women. Tok Ibu banyak pindah randah dan kenal ramai orang. Tak sangka pula dia kenal dengan arwah nenek dan atuk aku masa di Kuantan. Masa itu  bapa aku mula jadi kawan baik  bapa kau.”

“  Kau orang Kuantan? Entah entah kita pernah jumpa masa kecil dulu. Aku dengan Kak Long tinggal dengan Tok Ibu di Kuantan masa umur aku empat tahun.”  Muaz dan Amy di tinggalkan dengan Tok Ibu dan Tok Ayah semasa bapa mereka bertugas di South Africa.

“ Mustahil kita pernah jumpa. Masa kau empat tahun aku belum lahir lagi pun.”

“ Patutlah aku tengok kau macam budak berhingus lagi. Gatal! Kecik kecik lagi nak kahwin” Muaz ketawa.  I couldn’t resist that.

Azalea mengherotkan mulut. Seronok ya dapat kenakan aku. Kau tu yang tua tak sedar diri. Solat pun culas, macam budak belum baligh.

“ I’m really curious. Kenapa kau kawin dengan aku?” Muaz mengetuk jari di steering ketika lampu trafik merah menyala.

“ To cut a long story short, keluarga aku ada masaalah kewangan dan bapa kau bantu bagi duit. Bila parents kau merisik, parents aku dah terhutang budi …. And you know the rest” Cuma itu yang mampu di luah pada Muaz. Azalea malu dengan masaalah yang melanda bagai tsunami bila abangnya Hazif terlibat dengan Ah Long. Hazif memang tak guna, berlagak tak hengat. Nak berkawan dengan anak anak orang kaya yang pandu Lamborghini dan Ferrari, hujung minggu bercuti sambil berjudi di kasino Macau dan Singapore. Kalau berhibur di club, Chivas Royale dan champagne di minum macam air masak. Perempuan kaki kikis bergayut kiri kanan. Dia tak sedar atau buat tak tahu yang ayah  dapat gelaran Datuk kerana jawatan sebagai pengarah di Jabatan Pendidikan, ayah bukannya Datuk jutawan tokoh perniagaan. Bila hutang Hazif berlipat ganda kerana kadar faedah yang tinggi, Ah long mula menggertak ahli keluarga yang lain. Bulu romanya tegak bila mengingati episode hitam dalam hidup mereka.

“ Jadi kau terus setuju? Takkan kau tak ada boyfriend? Never been in love? Or you would do anything for money?”

Hisyyy! Keji!!! Muka Azalea berubah tapi suaranya masih tenang. Memang dah boleh agak, Muaz akan berprasangka buruk.




Last edited by sang_arjuna on 4-5-2014 10:37 AM

Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2014 10:31 AM | Show all posts
raser tak cukup jer
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-5-2014 10:33 AM | Show all posts
“ Aku sanggup buat apa saja demi keluarga. Tak payahlah aku buka aib keluarga aku tapi kita memang stress sangat masa tu. Bapa aku kena  stroke sebab blood pressure tinggi. Syukur lah dia dah sembuh. Bila dia suruh aku tunaikan permintaan keluarga kau, mulanya aku tak setuju. Siapa nak kawin dengan orang yang kita tak kenal? Tapi bila mak dan bapa aku start emotional blackmail, aku terpaksa terima.  Aku tau kau pun tak suka aku jadi aku bersedia untuk berpisah anytime. Its your choice. Aku tak kisah pun.”

Jari Muaz berhenti mengetuk steering. Dia terkedu dengan jawapan Azalea. Relaks je minah ni, seolah bercerita tentang peristiwa yang berlaku pada orang ketiga. Tak ada emosi langsung.  Dia boleh cabar aku untuk berpisah pula tu. Memang cari padah.

“ Jalan lah. Mengelamun! Lampu dah hijau” desak Azalea bila kereta di belakang membunyikan hon. Tak sabar aku nak tawaf kedai ni.

Muaz menekan minyak dan melencongkan kereta ke arah 1 Utama. Seperti biasa ada deretan kereta yang beratur untuk masuk ke tempat parkir bawah tanah. Azalea membuka tali pinggang keselamatan dan mengambil tote bag di lantai kereta.

“ Okay, aku boleh turun di sini. Thanks for the ride. Enjoy your date!” Pintu Porsche Cayenne di tutup. Azalea melambai tangan dengan senyuman lebar dan berlari anak ke pintu masuk. Rambutnya yang panjang beralun di buai angin. Macam kuda liar terlepas dari kandang lagaknya.

Muaz menggeleng perlahan memandang kelibat Azalea hilang di sebalik pintu gelangsar otomatik. Tanpa di sedari bibirnya mengorak senyum. Pantas dia membuat pusingan U menuju ke rumah Zahira.  Kali ini dia nekad untuk periksa setiap inci rumah hingga dapat petunjuk ke mana perginya Zahira.

...............................................................................................................


Setelah meninjau G2000 dan Forever 21, Azalea rasa puas dapat melepas gian. Sambil otak menghitung bajet untuk pakaian baru, langkah di atur menuju Rotiboy di tingkat bawah.

“ Sorry mengganggu tapi you nampak familiar sangat. Dulu you sekolah kat SMKS ke?” Azalea menegur seorang gadis jelita yang sedang tercegat memegang bungkus plastik. Gadis itu berkaca mata gelap dan memakai baju kurung hitam berlabuci di dada. Selendang bercorak hitam putih di lilit di kepala gaya datin muda.

“ Er… yes. Macam mana you tahu?” Kacamata gelap nya di tolak ke atas kepala. Mata mereka bertaut dan sejenak kemudian senyum tersungging di bibir masing masing.

“ Kak Faten? Saya Azalea. Ingat lagi tak?”

“ Of course! Oh My God! Tak sangka kita bertembung di sini. Jom, kita cari tempat duduk. Boleh borak borak. Akak nak dengar cerita Lea.”

Azalea segera menghulurkan wang pada cashier dan mengambil bungkusan berisi Mexican Bun yang di pesan oleh Tok Ibu dan terus membontoti Faten ke café bersebelahan. Cappucino di pesan sebelum memulakan sesi jejak kasih

“ Masa Kak Faten masuk Dewi Remaja kita orang  excited sangat bila ada wakil dari sekolah kita. Semua pakat isi borang untuk vote Kak Faten. Bila Kak Faten jadi artis, kita orang tak pernah miss tengok rancangan Kak Faten. ” Dengan penuh teruja Azalea bercerita. Walaupun Faten senior dua tahun, tapi mereka rapat sebab sama sama jadi ahli Pandu Puteri dan  Kelab Kebudayaan.

“ Itu semua kenangan lama. I dah bersara. ” Ada kesayuan dalam nada nya. Kopi yang berasap di cicip.

“ Kak Faten bersara sebab berkahwin ke? Dah berapa anak sekarang? Akak tinggal di mana?” Aiyoo, kepoh nya aku. Begini lah gayatnya peminat bila jumpa artis.

“ Hmm.. I tinggal di Indonesia lepas kawin. Anak tak ada lagi. Still trying tapi belum ada rezeki.  Sudah sudah lah cerita pasal I, kisah hidup I membosankan. Lea punya turn, I nak dengar dari A sampai Z.” Faten membetulkan sunniesnya. Walaupun dia sudah bersara tapi ada yang masih mengenalinya. Mata mata yang menjeling ke arah mereka membuat dirinya kurang selesa.

“ Alaa… cerita I lagi lah boring. Lepas SPM, I buat Communications degree di UPM. Sekarang I kerja di Prima Group. Itu saja, A sampai Z. The End. ”

“ Takkan itu saja. What about your love life? Dah kahwin? Parents sihat ? How is your brother?”

Azalea ketawa. Hazif pernah tergila gilakan Faten walaupun bertepuk sebelah tangan. Masa sekolah dulu Faten antara pelajar perempuan yang paling cantik dan di minati bukan saja oleh pelajar lelaki tetapi juga guru muda. Hebat betul penangan Faten hingga ramai yang angau.

“ Hazif is okay. Dia kerja di Penang. My parents pun sihat, masih tinggal di rumah sama.” Sengaja dia mengelak soalan tentang perkahwinan. Malu weii… kena kawin paksa.

“ Ooh…pandai mengelak ya. Dari tadi I dah nampak inai di jari you. Bila Lea kawin? Dengan siapa?”

“  Dia anak kawan baik parents I. I baru kawin dua minggu lepas. I kenal dia pun tak lama. Kak Faten kawin dengan siapa?” Malas aku nak cerita panjang pasal Mamat aka Muaz. Membazir airliur.

“ Biarlah rahsia. Let’s just call him Mr Z.“ Faten senyum segaris.

Jeng! Jeng! Jeng! Naluri Azalea kuat mengatakan Faten berkahwin dengan lelaki yang sudah beristeri. Sudah menjadi perkara lumrah bila artis muda jelita di sambar oleh orang tua kaya dan jadi isteri kedua atau ketiga. Sedih… sedih… Kak Faten deserves better. Tapi kalau itu jodoh yang tertulis, siapa boleh menolak. Janji jadi isteri yang sah, bukan gundik.

“ You mesti tertanya tanya kan? Terus terang dia dah beristeri dan I isteri no 2. Tapi I tak kacau hidup dia dan family dia. Lepas kahwin dia suruh I pindah ke Jakarta dan dia jumpa I bila dia free. I kenal Mr Z dah lama, sejak menang Dewi Remaja lagi. Masa tu I budak mentah yang baru nak kenal dunia. Mr Z suruh I sambung belajar dan dia  sponsor my studies. I cuma belajar satu semester lepas tu berhenti bila I jadi artis. Mula mula memanglah I enjoy hidup dalam dunia glamour tapi banyak pahit dari manis. Hidup I tak seindah mana. ”

Azalea ingin bertanya lanjut tapi telefon bimbit Faten berdering. Dari bahasa tubuh Faten, Azalea dapat meneka si pemanggil adalah suaminya.

“ Lea, I kena pergi dulu. Driver dah tunggu nak hantar I ke KLIA. Bagi I phone number you, nanti bila I datang KL kita jumpa lagi” Mereka bertukar nombor telefon dan berpelukan.

“ Nice meeting you, Kak Faten. Jaga diri baik baik. ”

Sebaik Faten hilang di celah orang ramai mata Azalea tertancap pada jam besar di dinding café.  Alamak, dah berapa lama aku di sini? Kesian Tok Ibu tunggu Rotiboy tak tiba tiba. Dia bergegas ke pintu utama dan sempat melihat Faten menaiki kereta Jaguar hitam. Lutut Azalea terus jadi lembik. I know the car, the driver, and who Mr Z is…… OMG!
Last edited by sang_arjuna on 4-5-2014 10:39 AM

Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2014 10:45 AM | Show all posts
best cerita ni. santai je baca!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-5-2014 10:47 AM | Show all posts
Ipo posted on 4-5-2014 10:45 AM
best cerita ni. santai je baca!

Tks Ipo
rasa terharu bila penulis hebat komen camtu
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2014 10:50 AM | Show all posts
sang_arjuna posted on 4-5-2014 10:47 AM
Tks Ipo
rasa terharu bila penulis hebat komen camtu

eh eh..ipo baru kt sini, tak ada hebatnya cik smiley..rasa rendah diri sgt..sbb tak kenal sgt forumer kt sini...huhuhu...nak berkwn gak..

dah tu, tk malu plak pi mencelah bod borak tu...sib baik forumer sume baik2..
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2014 10:59 AM | Show all posts
Nak speku! Nak speku!  *angkat tangan sambil melambai*

Faten = Zahira = Bini nombor dua Zafran....


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-5-2014 10:59 AM | Show all posts
Ipo posted on 4-5-2014 10:50 AM
eh eh..ipo baru kt sini, tak ada hebatnya cik smiley..rasa rendah diri sgt..sbb tak kenal sgt foru ...

kaka pun tak kenal ramai porummer sbb jarang masuk, sibuk memanjang

takyah rasa rendah diri Ipo.... ipo dah memeriahkan bod ni
sini semua sama je, lama dan baru
bod ni antara yg aman .... tak mcm setengah bod lain, nak masuk pun takut



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-5-2014 11:00 AM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 4-5-2014 10:59 AM
Nak speku! Nak speku!  *angkat tangan sambil melambai*

Faten = Zahira = Bini nombor dua Zafran ...

tahniah....hampir tepat!

tp kena tunggu lama sikit utk jawapan
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2014 04:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Jenuh merempit..best giler..sambung lg yer.
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2014 07:42 AM | Show all posts
life iscomplicated...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 06:57 AM GMT+8 , Processed in 0.052997 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list