|
[Jenayah]
Umat Islam di Xinjiang, China dilarang berpuasa oleh kerajaan Komunis
[Copy link]
|
|
China larang umat Islam di Xinjiang berpuasa
KERAJAAN China terus melarang umat Islam di wilayah Xinjiang daripada menunaikan ibadah puasa pada tahun ini sama seperti sebelum ini, lapor beberapa media antarabangsa.
Larangan yang dipercayai dikeluarkan oleh Biro Keselamatan Awam di Beijing itu dihebahkan melalui laman web beberapa agensi kerajaan kepada kakitangan awam, guru dan pelajar.
Jabatan kajicuaca di Qaraqash di barat Xinjiang menyebut larangan itu sebagai "arahan pihak atasan" dan ia meminta "semua kakitangan dan bekas kakitangan untuk tidak berpuasa dalam bulan Ramadan".
Parti Komunis China dan pemerintah di Xinjiang sebelum ini menyekat sebarang perhimpunan berbentuk keagamaan atas sebab-sebab keselamatan. Ia bimbang perhimpunan seumpama itu dijadikan pentas untuk menyebarkan mesej gerakan pemisah.
Biro hal ehwal perdagangan di Turfan melalui laman webnya meminta kakitangannya tidak berpuasa atau terlibat dalam sebarang aktiviti keagamaan. Sebuah laman web lain menyebut: "Kami mengingatkan semua bahawa mereka tidak dibenarkan untuk berpuasa."
Sama seperti tahun-tahun sebelum ini, larangan itu dikecam oleh kumpulan etnik Uighur yang melarikan diri dari China dan hidup dalam buangan.
Jurucakap Kongres Uighur Sedunia, Dilxat Raxit berkata tindakan kerajaan China yang menindas itu akan mencetuskan lebih banyak ketegangan.
"Kami menggesa China agar memastikan kebebasan agama untuk Uighur dan menghentikan sebarang penindasan politik melibatkan bulan Ramadan," katanya dalam satu kenyataan yang dipetik oleh media antarabangsa.
Menurut Raxit, pihaknya juga dimaklumkan oleh penduduk di Xinjiang bahawa mereka diberi makanan percuma sebagai galakan untuk tidak berpuasa manakala pihak berkuasa juga membuat pemeriksaan dari rumah ke rumah untuk memastikan tidak ada yang berpuasa.
Xinjiang, yang juga dikenali sebagai Turkestan Timur, merupakan wilayah autonomi di barat laut China. Ia didiami oleh etnik Uighur beragama Islam yang menuntut kemerdekaan daripada pemerintah di Beijing. Wilayah itu juga didiami oleh penduduk Islam daripada etnik lain termasuk Kazakh, Kyrgyz, Uzbek, Tatar dan Tajik.
Berdasarkan bancian penduduk pada tahun 2000, etnik Uighur di Xinjiang dicatatkan berjumlah 10.2 juta orang. Bancian terbaru yang dibuat pada 2010 bagaimanapun tidak mendedahkan jumlah yang terkini biarpun jumlah etnik lain dicatatkan dalam bancian empat tahun lalu itu.
China menuduh etnik Uighur menggerakkan kempen keganasan untuk menuntut kemerdekaan. Dakwaan itu bagaimanapun tidak dapat disahkan dan dilihat oleh kumpulan yang bersimpati dengan Uighur sebagai helah untuk menghalalkan diskriminasi ke atas golongan minoriti itu.
Read more at: http://www.astroawani.com/news/s ... g-berpuasa-38953?cp |
|
|
|
|
|
|
|
cmf_almondpecan posted on 3-7-2014 07:19 AM
Sebutan seakan shin chiang
|
|
|
|
|
|
|
|
sebab waktu berpuasa kat sana panjang kan? |
|
|
|
|
|
|
|
cmf_almondpecan posted on 3-7-2014 07:21 AM
Hak ni kalo Cina Mesia sebut. Kalo Cina PRC diaorg sebut xie xie tu bunyi shie shie. Cina mesia bu ...
bunyi la apa pun takpa. sbb omputeh klu sebut nama tempat2 di negara kita lagi lahabau bunyiknya. cthnya Sepang jadi Sepeng.
|
|
|
|
|
|
|
|
tobby posted on 2-7-2014 10:06 PM
cina mana boleh sebut ZZZ . depa sebut JJJ so jinjang la bunyinya
really..? jadi panggil jinjiang la kan
|
|
|
|
|
|
|
|
cmf_almondpecan posted on 2-7-2014 10:28 PM
Actually X ni sebutan dia sh dalam hanyu pinyin. J pulak sebutannya seakan ch. Jadi sebutannya s ...
peliknya bahasa dorang memanipulasikan huruf aksara
|
|
|
|
|
|
|
|
azrain98 posted on 3-7-2014 05:09 PM
peliknya bahasa dorang memanipulasikan huruf aksara
Dlm pelbagai bahasa yg gunakan huruf Latin ni, bukan semua yg guna representasi mcm dlm bahasa Inggeris atau Melayu. Misalnya dlm bahasa Jerman, huruf v disebut f, huruf with disebut v, gabungan eu sebutannya oy. Jadi volkswagen tu sebutannya folksvagen ertinya kereta rakyat. Neumamn pula sebutannya noyman. |
|
|
|
|
|
|
|
ajie2000 posted on 3-7-2014 03:25 PM
China larang umat Islam di Xinjiang berpuasa
Terus melarang umat islam?
Maksudnya bukan tahun ni saje lah... memang dari dulu2 larang suda... |
|
|
|
|
|
|
|
cmf_almondpecan posted on 3-7-2014 05:15 PM
Dlm pelbagai bahasa yg gunakan huruf Latin ni, bukan semua yg guna representasi mcm dlm bahasa Ing ...
konfius gilerr...rasanya kalu ikutkan bahasa yg betul2 ikut standard aksara ni english/malay/indon jela kan...?
|
|
|
|
|
|
|
|
sekngucing posted on 3-7-2014 01:46 AM
bangla tak reti sebut j
kalau baju dia akan sebut bazu
b akan jadi v, berak jadi verak
kalau dia sebut 'sekarang' mesti tambah 'ish' kat depan jadi 'ish sekarang'
|
|
|
|
|
|
|
|
yang kat chaina sana nk posa tp kerajaan xbagi....
yg kat malaysia nie kerajaan suruh posa tp depa p tapau kat mamak....
mcm nie la hantar duta ke china mintak la tukar islam yg nak posa tu bg kat malaysia... yg islam tak nak posa kat malaysia ambik la kat china...
apa mcm ok? |
|
|
|
|
|
|
|
azrain98 posted on 3-7-2014 05:29 PM
konfius gilerr...rasanya kalu ikutkan bahasa yg betul2 ikut standard aksara ni english/malay/indon ...
Tak juga. Kalau katakan ikut bahasa yg fonetik Spanish pun fonetik tp ikut representasi dia. Bg diaorg, bahasa Inggeris atau Melayu yg manipulasi representasi aksara ni. Bahasa Inggeris antara bahasa paling tak fonetik. Heard dan beard sebutan berbeza lenggok walaupun beza satu huruf je. |
|
|
|
|
|
|
|
cmf_almondpecan posted on 3-7-2014 06:21 PM
Tak juga. Kalau katakan ikut bahasa yg fonetik Spanish pun fonetik tp ikut representasi dia. Bg di ...
oh yeke....maknanya bahasa malaysia ni terkenal jugak la ek...?
|
|
|
|
|
|
|
|
Ya Allah bantu lah mrk yg dilanda musibah disana... |
|
|
|
|
|
|
|
azrain98 posted on 3-7-2014 08:55 PM
oh yeke....maknanya bahasa malaysia ni terkenal jugak la ek...?
Biasa kalo mat salleh belajar bahasa kita dlm, kursus dia dinamakan bahasa Indonesia. |
|
|
|
|
|
|
|
Ya ampun dah terlalu amat terkeluar topik. Sori. |
|
|
|
|
|
|
|
lkick2113 posted on 3-7-2014 05:30 PM
b akan jadi v, berak jadi verak
pakar bahasa bangla ..
|
|
|
|
|
|
|
|
tobby posted on 3-7-2014 11:28 PM
pakar bahasa bangla ..
bangla cakap melayu pun lagi fasih dari rakyat malaysia bangsa cina. Ada juga org melayu lupa diri lupa bhs malaysia... tak malu le dgn bangla... |
|
|
|
|
|
|
|
sahamboi posted on 3-7-2014 11:30 PM
bangla cakap melayu pun lagi fasih dari rakyat malaysia bangsa cina. Ada juga org melayu lupa diri ...
itu masalahnya selagi ada sekolah vernacular. patut dah haramkan sejak dulu. tapi nakkan undi cina punya pasal terpaksa la layan kebodohan ini.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|