|
KENCING MANIS / DIABETES: ask your questions here...
[Copy link]
|
|
oic. yg penting kawal permakanan, senaman serta mengamalkan life style yg sihat kan. dan sekiranya seseorang itu seorang perokok tegar...adakah dia terdedah dgn ED ni?
apa saranan yg dpt saudara info dr segi permakanan serta ubat2an?
|
|
|
|
|
|
|
|
problem dgn rokok ni ialah it can induce changes to the inside linings of the blood vessels; this can cause artherosclerosis.. nnt rosak la blood vessels yg bawak blood to the corpus spongiousm etc tu.. tu yg dapat ED from smoking: ie secondary to blood vessel damage.
yes lifestyle changes is very important. we trully are what we eat.
opinion i dari segi pemakanan? seriously kene reduce carbs kita di mesia nih; byk sgt carbs dlm makanan kita.
kena mkn 2000 calories je sehari. lain nyer minum je air to kill off the hunger pangs if still rasa hungry
|
|
|
|
|
|
|
|
thanks. nasi terutamanya....saranan nasi segengam mcm kevin ckp tu ok x? hehe
|
|
|
|
|
|
|
|
doktor nak tanya..kalau buah di malaysia kan banyak yang manis2? ada tak kena elak makan buah tertentu dalam mengurangkan kencing manis ni? |
|
|
|
|
|
|
|
doc .. sy umur 35
umur 33 doc detect sy ada kencing manis .. bacaan masa tu 6.5
adik sy MA .. dia kata awal sgt doc bagi sy makan ubat
for history ayah saya ada kencing manis, darah tggi n jantung
selang setahun sy dapat darah tinggi pulak .. paling tggi 144/120
dan sy pun start mkn ubat darah tggi
sy ada appointment di hospital pasal sy ada epilepsy so tiap 3 ke 4 bulan akan refer hospital.
awal bulan ari tu review darah sy tak berapa ok
kencing manis sy dalam 10 .. kolesterol pun tggi .. doc kata tggi sebab kencing manis tggi
so doc tambah dos ubat .. dari sebiji sehari (malam) ke 2 biji sehari. start esok 4 biji sehari
nama ubat tu metformin 500mg
sy naik takut sebab 4 biji kena makan .... doc tambah lagi satu jenis ubat kencing manis tp itu makan pagi2 tp sy lupa nama ubat tu.
sy tak larat nak makan ubat dah .. epilepsy, kolesterol, kencing manis, darah tinggi, tyroid
sy pun ambik injection depo sbb tak digalakkan pregnant .. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Edited by MrPharmacist at 11-5-2015 04:48 PM
salam. sekadar berkongsi pandangan.
1) bacaan awak 6.5. i assumed it is fasting blood glucose. bagi FBG, 6.1 hingga 7.0 adalah kategori impair. ia tak normal, tapi tak juga diabetes. tapi, diagnosis diabetes tidak hanya bergantung pada bacaan gula dalam darah, tp juga pada presentasi klinikal lain. i have patients as early as 22 and FBG dia 6.6 tp ada komplikasi lain, jadi kita kena start dah dengan ubat kencing manis.
2)dalam rawatan kencing manis, antara langkah rawatan ialah:
i) ubah cara pemakanan. jika tak berkesan;
ii) tambah satu jenis ubat kencing manis. biasanya metformin. jika tak berkesan (bacaan masih tinggi);
iii) ditambah kombinasi ubat kencing manis dalam kumpulan ubat yang berbeza. (sebab tu ada orang ubat kencing manis satu jenis, ada yang dua jenis, tiga jenis, empat jenis). jika tak berkesan (bacaan masih tinggi);
iv) kombinasi ubat makan ditambah pula dengan insulin.
sekarang ni you ada kat nombor (iii). Masalah awak ialah takut nak makan dua jenis ubat (satu lagi ubat awak makan tu ialah glipizide). untuk makluman awak, kencing manis ni jahat tau. bila kita makan, makanan tu jadi gula dan gula tu masuk dalam darah. patutnya, gula tu diserap kat tisu badan tapi sebab insulin tak cukup dan tak sensitif (insulin semulajadi badan tak cukup sensitif nak serap gula masuk akt tisu), jadi gula tu terumbang ambing kat darah. sebab tu bila cek paras gula dalam darah asek tinggi je. sebabnya, satu ubat tu tak cukup.
kenapa tak cukup?
1) ubat metformin yang awak makan tu, dalam kumpulan biguanide, iaitu fungsinya untuk tingkatkan sensitiviti insulin dalam badan kita supaya boleh tarik gura dari darah pegi kat tisu.
2) tapi, metformin sorang je tak cukup kuat. sebab tu kena tambah dengan kawan dia dari geng lain. nama dia glipizide (daripada kumpulan sulphonylurea). fungsi glipizide ni dia ransang insulin untuk hasilkan banyak lagi insulin sebab insulin yg dah sdia ada tak cukup banyak. harap-harap, dengan bantuan dua kawan ni (metformin n glipizide), dapatlah gula darah awak tu pegi kat tisu.
3) tapi, bila awal tak kawal pemakanan, awak bagi beban kat badan. sebabnya, setiap kali makan, setiap kali tu lah gula dalam darah meningkat banyak. ingat, karbohidrat lepas kita makan, ia akan jadi gula, dan gula tu akan pegi kat darah, so makin bertambah la kencing manis. jadi, makin berat tugas dua ubat tadi tu. bila dah makin berat, dia perlukan kawan lain. jadi, nanti datanglah kawan ketiga daripada kumpulan 'alpha glucosidase inhibitor' yang mana keje dia melambatkan proses penyerapan karbohidrat kat perut. jadi, dah 3 jenis ubat kencing manis awak kena makan.
4) kalau tak boleh kawal juga dengan 3 ubat, so datanglah insulin untuk bantu (suntikan insulin).
sebab itu, masa awak masih dengan dua ubat, cuba sedaya upaya untuk ubah gaya hidup. makan memang kena pantang. kurangkan karbohidrat, kurangkan garam (garam tak bagus untuk buah pinggang). lebihkan sayuran.
menjawab persoalan awak yang awak takut nak makan dua jenis ubat kencing manis, kalau saya pun, saya takut. TAPI, saya lagi takut kalau tak makan.
kenapa? sebabnya, bila insulin dalam badan kita tak cukup, gula dalam darah tak dapat pegi ke tisu. tisu perlukan gula untuk berfungsi. jadi apa tisu buat kalau tak dapat gula (sebab tak cukup insulin untuk hantar dari darah ke tisu)? jawapannya, badan kita akan mencernakan lemak untuk dijadikan tenaga. bagus ke lemak yang dicernakan ni? tak bagus. sebabnya, bila lemak tu dah dicernakan, ia hasilkan satu bahan sampingan yang dinamakan ketone. ketone ni lagi jahat. sebabnya, bila jumlah ketone dalam badan meningkat, akan berlaku komplikasi lain iaitu diabetic ketoacidosis atau DKa. bila jadi DKA, akan keluar macam - macam simptom lain dan masalah lain.
Terlalu ramai pesakit saya yang dapat masalah DKA ni. bila kena DKA, memang kena tahan ward sebab akan ada banyak komplikasi-komplikasi lain.
sebab tu, penting sangat untuk kita jaga pemakanan dan makan ubat ikut aturan dia. memang rasa seram bila nampak ubat banyak nak kena makan, tapi hakikatnya, bila tak makan ubat yang banyak tu, badan kita jugak yang merana.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ha? Kevin mana tuh?
Nasik segenggam, maksud Muslia, makan segenggam je sehari?
Hmm, kalau boleh maintain that diet of segenggam nasi, bagus lah.
yg utama is apa apa diet pon u kene buat yg boleh di maintain for years and years.
baru ade kesan. if diet and lifestyle change tu mampu bertahan 1 thn je, that is not good, and that is not a change; that would be just a phase.
|
|
|
|
|
|
|
|
Good question Dollie,
Scientists recommend kita makan 9 servings sehari, ie 2 cwn buah buahan (dan 2.5 cawan vegs).
tapi kita gi bantai rambutan dekat 20 biji satu kali makan.. epal 2 biji lepas dinner; pineapple slices lagi.. lepas tu mangga etc..
pada hal rambutan 6 biji dah 6 cawan dah.
Yes, buah buahan sebenarnya penuh dgn sugars esp fructose and this is one of the sources of extra sugars that we have in Europe; in Malaysia even more so
|
|
|
|
|
|
|
|
Askm mamasaffiya,
Sorry to hear that you were diagnosed as a DM.
At 33 masa diagnosis tu, sepatutnya, depa buat juga your anti-GAD levels; mugkin you ni LADA or DM type 1.5 or really late onset T1DM.
Entah MODY ke aper..
Apa- apa pon yg penting is that you yg run the DM, and not the DM run your life.
The answers from MrPharm is excellent and dah lebih dari cukup.
At a young age with BSL of 10, I ragu ragu if you really T2DM; kot kot T1DM?
Maybe at some point your doc kene check your insulin levels.. just incase you need insulin.
If u r thin, tak gemuk, then not likely u r T2DM.
Find that out form your doctors ok?
Apa apa pon, Metformin 1000mg BD (twice a day) tu standard la; amik 500mg BD dulu a few weeks so that your stomach acclimatize; lepas tu naik ke 1000mg BD. Kita tak advocate Gliclazide just yet.
Let me know your BMI.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mamasaffiya at 12-5-2015 08:45 AM
terima kasih atas penerangan panjang lebar ...
aah ubat satu lagi yg doc bagi glicizide tu
doc nak pantau 3 bulan for next appointment
sy sekarang memang amalkan pemakanan sihat
bulan 7 nanti sy ada appointment ambil darah .. masalahnya hari ke 4 hari raya
kena pantang makan lah jawabnya
rendang, nasi impit semua boleh makan atau saya kurangkan?
|
|
|
|
|
|
|
|
thanks doc ...
bmi saya 28.69
memang overweight .. sejak saya makan ubat, ambik depo memang berat naik
tapi dlm 2 tahun ni statik at 60-62kg .. takkan lebih dari itu
pasal ubat yg doc cakap tu glicizide memang itulah yg doc sy bagi ubat tambahan
untuk makan waktu pagi
|
|
|
|
|
|
|
|
org kencing manis boleh berbekam tak? my mum ada kencing manis dan kaki kiri selalu rasa sakit2 tp bkn kebas so i plan nak bekam tuk dia kat area kaki tu..risau ada side effect tp klau rawatan sunnah ni takkan la ada kesan buruk plakkan?
|
|
|
|
|
|
|
|
byk benda sunnah tetapi tidaklah semua kita patut consider.
membebaskan slave is sunnah but we dont do that do we?
sunnah nabi naik unta / baghal tetapi driving a car is better now sebab "..kamu lebih tahu urusan dunia me.." as RSAW pernah bersabda.
another point is pegi perang bawak pedang; habis lah ummah jika kita still perang sebegini.
tolonglah jangan berbekam. if u r a doctor, u will know why i say this
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
oh, cepatnyer dah di prescribed Gliclazide.
side effects gliclazide ni is weight gain; aslo, Gliclazide ni is a sulphonylurea, so it can cause hypoglycaemia; be careful OK.
for asians, BMI 18-22.9 is normal, 23 - 27 is overweight, above that is obesity.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
dr segi saintific boleh u explain tak?
gimme a clear pic beb..so i faham why n why
|
|
|
|
|
|
|
|
baru balik keje..
bekam ni hanya suck up the blood to the surface under the skin
in cases of diabetes, ini sgt bahaya sebab kita try very hard to prevent pt kita berdarah bawah ulit sbb in diabetics ni senang je get infected then all sorts of bad things happened. infact, bila kita tgk darah under the skin kat jari jari kaki in diabetics terus kita refer to chiropodist / podiatrist yg specialized in diabetes.
|
|
|
|
|
|
|
|
haa, apa decision awak? gi tak berbekam?
|
|
|
|
|
|
|
|
Terima kasih ada doctor yg sudi bg perkhidmatan percuma secara online, nanti kaka tulis banyak sikit..banyak betul soalan. |
|
|
|
|
|
|
|
no probs... byk pon takpe, saya cuba jawab.
...dan nanti sy poskan bill nyer ha ha
|
|
|
|
|
|
|
| |
|