CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dauswq

Gangnam University College - PENGUMUMAN BERSEJARAH SETIAP 9.00 PM BERMULA ESOK

 Close [Copy link]
Post time 9-12-2015 05:40 PM | Show all posts
yeay pass.!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-12-2015 05:42 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2015 07:41 PM From the mobile phone | Show all posts
esok kelas ni blh join x ni?first kelas xkn dh ponteng kot...hrp de ms esok..akhir thn ni byk keje nk kn siapkn...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-12-2015 07:52 PM | Show all posts
Edited by dauswq at 9-12-2015 07:54 PM
naqibnasuha replied at 9-12-2015 07:41 PM
esok kelas ni blh join x ni?first kelas xkn dh ponteng kot...hrp de ms esok..akhir thn ni byk keje ...

kelas boleh diikuti anytime
lecturer start post bhn lectures esok
lantaklah nk bace bile2 mase..

Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2015 10:20 PM | Show all posts
kat mana nak amik ujian.. walaupun achik nie tak la up to date sgt dgn kdrama nie... tapi cam nak cuba jugak la... hihihih
wpun rasa macam akan gagal..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-12-2015 10:25 PM | Show all posts
zanierpk replied at 9-12-2015 10:20 PM
kat mana nak amik ujian.. walaupun achik nie tak la up to date sgt dgn kdrama nie... tapi cam nak cu ...

check pm
dh anto code
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-12-2015 10:28 PM | Show all posts
okok... sempat lagi kan kalau zanie nak amik test nie kan... jap, baru balik dari ofis.. nak mandi... kang zanie try...
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2015 11:04 PM | Show all posts
wow.. soalan boleh tahan susah jugak... tapi kita berjaya.. yeahhh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-12-2015 11:06 PM | Show all posts
zanierpk replied at 9-12-2015 11:04 PM
wow.. soalan boleh tahan susah jugak... tapi kita berjaya.. yeahhh

tahniah
jgn lupa download course structure di depan kt post #5
klu ade soklan, leh tanye directly @ismaha atau iols


Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2015 11:11 PM | Show all posts
kak @ismaha tak reti camne nak register..
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2015 11:21 PM From the mobile phone | Show all posts
zanierpk replied at 9-12-2015 11:11 PM
kak @ismaha tak reti camne nak register..

Check pm
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-12-2015 01:03 PM | Show all posts
Edited by dauswq at 10-12-2015 01:13 PM



Khamis, 10/12/2015

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Hari ini bermulanya sesi kuliah.
Tajuk yang dibentangkan adalah Hallyu dan Kdrama Addicts.
Fokus kuliah selepas ini hanya pada tip2 exam dan olahan terhadap sesuatu drama dalam bentuk point form.
Soalan kuiz di bawah, jawapannya akan ditanya dalam exam. Kredit akan diberi on the spot.


Apa itu Hallyu?

Hallyu / "Gelombang Korea" - penyebaran budaya pop Korea secara global dalam pelbagai negara di seluruh dunia.
South Korea pada mulanya mengamalkan polisi tertutup sehinggalah kejatuhan Presiden Chun Doo Wan yang mana bermulanya era demokrasi. MBC & KBS yang pada awalnya dikawal ketat oleh kerajaan dibiarkan beroperasi secara bebas. Sejak SBS mula ditubuhkan, dunia penyiaran dipelbagaikan drama-drama yang berkonsepkan isu semasa , sejarah peradaban dan romantik. Drama korea mula dieksports ke rantau asian berdekatan bermula dengan China, diikuti Japan, Taiwan dan lain-lain.

2 Drama  pertama yang berjaya menembusi pasaran global pada masa itu adalah Winter Sonata & The Jewel in The Palace. Winter Sonata sangat popular di Japan sehingga pelopornya, Choi Ji Woo digelar " Puteri Ji Woo" dan Bae Yoo Joon menjadi pelakon Korea plg mendapat tempat di hati penonton Nippon pada masa itu. Jewel In The Palace ialah drama pertama yang berjaya menembusi hampir seluruh negara di dunia termasuklah China, Iran, Jepun, Turkey dan juga Malaysia dengan mencapai rating tertinggi dalam dunia penyiaran negara tersebut. Antara drama-drama popular membantu mengembangkan hallyu ini termasuklah Boys Over Flowers (sangat popular di Filipina) , Princess Hours dan Coffee Prince (sangat popular di Vietnam) , Jumong (sangat popular di Iran), Secret Garden dan Coffee Prince (sangat popular di rantau Amerika Syarikat) serta Autumn In My Heart (popular di kalangan rakyat Indonesia).

Di Malaysia, pengenalan terhadap hallyu drama bermula dengan Succesful Story of Bright Girl yang diterajui oleh Jang Nara dan Jang Hyuk seterusnya dipopularkan menerusi drama hit Winter Sonata. Tv2 menjadi satu-satunya cenel tv yang mula mengorak langkah menyiarkan kdrama. Winter Sonata berjaya menembusi pasaran penonton Malaysia ketika itu daripada pelbagai kaum dengan jumlah 1.5 juta tontonan untuk setiap episod. Faktor2 menyebabkan Winter Sonata begitu diterima di kalangan rakyat Malaysia seperti dikatakan expert Diana Lee : 1) cinta monyet , 2) cinta pertama 3) cemburu kerana tak dapat memiliki cinta 4) cinta kekeluargaan , 5) cinta terhasil akibat rindu teramat sangat , 6) cinta sebenar atau "true love". Rakyat Malaysia telah mengalami sekurang-kurangnya salah satu jenis cinta tersebut seterusnya mereka mengaitkannya dengan kehidupan sebenar mereka menjadikan drama ini betul-betul sangat sentimental di kalangan mereka. Setelah kejayaan Winter Sonata, kegilaan terhadap kdrama diteruskan dengan Autumn In My Heart. Dikatakan sebuah lagu digubah oleh seorang lelaki yang ditinggalkan aweknya kerana terlalu obses terhadap Song Seung Hyun mencetuskan fenomena awam ketika itu.  Trends ini diikuti dengan kejayaan Full House, Sassy Girl Chun Yang, Lovers in Paris dan terutamanya, Jewel in The Palace disiarkan melalui cenel swasta 8tv. Hasil pengaruh drama ini, rakyat Malaysia mula menikmati makanan korean seperti "bulgogi" dan "kimchi" sehingga ada yang sanggup merantau jauh ke semenanjung Korea sana untuk menikmati makanan tersebut.

Pada masa kini, trend kdrama mula mendatar dan sedikit menurun di Malaysia tetapi kdrama tetap juga dihayati seolah-olah menjadi rutin seharian sebahagian mereka yang sudah biasa menonton kdrama sejak dulu.

Apa itu "K drama Addicts" ?




Kdrama addicts - definisi lazimnya diketengahkan untuk non-Korean iaitu ketagihan menonton k drama berpanjangan.  Term ini tidak terpakai untuk mereka yang jarang menonton kdrama atau mereka yang hanya mengikuti drama-drama yang popular bermusim sahaja. Symptom "penyakit" ini dapat dikesan  melalui perlakuan berikut:

1. Tetap menonton drama tanpa saringan kata kerana ingin tahu apa yang berlaku seterusnya
2. Kerap berdebat dan berhujah mengenai adegan-adegan dalam drama tersebut di laman-laman blog, forum, facebook, twitter tanpa batasan masa
3. Menonton sesuatu drama "non-stop" berjam-jam dengan harapan dapat menghabiskannya dalam seharian

Mereka yang ketagih tidak seharusnya berasa malu, malah berasa bangga. Seperti yang dibincangkan dalam dramafever , anda secara tidak sedar:

1. Menghargai kepelbagaian budaya - melalui drama anda akan mengenali budaya, memahami antara satu sama lain
2. Mempelajari personaliti untuk dipraktikkan dalam dunia sosial - anda tau macamana untuk kelihatan "cool" dihadapan awek atau sebaliknya
3. Mempelajari cara-cara untuk balas dendam terhadap bekas  misalnya
4. Ingin tahu terhadap bahasa Korea berserta dialek atau longat negeri tertentu
5. Diajar untuk berdisiplin - South Korea dan Japan antara negara yang mendidik rakyat mereka menepati masa dan berkerja keras untuk mendapatkan sesuatu
6. mempelajari bagaimana untuk berfesyen
7. Berfantasi akan calon-calon yang dijadikan pasangan hidup di kemudian hari
8. Mendidik diri bersosial dengan rakan-rakan dari minat yang sama

Kaedah-kaedah untuk mengurangkan ketagihan:

1. Mengakui anda sebenarnya ada masalah ketagihan ini



2. Cari sesuatu yang hebat untuk memberikan anda kekuatan



3. Dapatkan bantuan psikologi daripada mereka yang sudah sembuh



4. Berbaik semula dengan mereka yang tak pasal-pasal diderai kerana ketagihan anda



5. Ubahsuai rutin seharian dengan tatacara menonton kdrama yang baru





Quiz:
1. Selain cabang kdrama, elemen lain apakah yang membantu mengembangkan Hallyu?
2. Jika anda terlalu ketagihan menonton kdrama, apa yang anda akan buat biasanya untuk mengurangkannya?



Sekian lecture pada hari ini...Ini kali terakhir dan satu-satunya lectures yang se-details sebegini..
Sila baca kerana sebahagian akan ditanya dalam exam
Lecture kemudiannya disampaikan secara ringkas, mudah & direct to the points
fokus pada hint-hint exam.


SEKIAN SAHAJA.. WASSALAM

NEXT LECTURE 02: Assoc Prof @ismaha



Students: @masdiana-ana   @ayushuhada04 @MellyNad @masdiana-ana  @naqibnasuha  @anissa_kyra  @rukiaichigo  @plasterhati  @zanierpk  



Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2015 01:27 PM | Show all posts
dauswq replied at 10-12-2015 01:03 PM
Khamis, 10/12/2015

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Hari ini be ...

wah, kelas arini agak menarik... gigih Prof @dauswq buat teks ni utk kelas yg pertama hari ni!!!

btw, psl soalan tu kan, Prof. kena jwb kat sini jugak ke??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-12-2015 01:33 PM From the mobile phone | Show all posts
rukiaichigo replied at 10-12-2015 01:27 PM
wah, kelas arini agak menarik... gigih Prof @dauswq buat teks ni utk kelas yg pertama hari ni!!! { ...


Yup jwb kt sini terus
Konsepnye bukan siapa cpt dia dpt gtuh... Yg lmbt pun masih leh jwb..terpulang pd olahan masing2

Kiteorg leh terus bg kredit
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2015 02:25 PM | Show all posts
Edited by rukiaichigo at 10-12-2015 02:34 PM
dauswq replied at 10-12-2015 01:33 PM
Yup jwb kt sini terus  
Konsepnye bukan siapa cpt dia dpt gtuh... Yg lmbt pun masih leh jw ...

orait, noted!!

Quiz:
1. Selain cabang kdrama, elemen lain apakah yang membantu mengembangkan Hallyu?

- Selain cabang kdrama, elemen lain yang membantu mengembangkan Hallyu adalah K-POP dan FESYEN.


K-POP : atau nama panjangnya adalah KOREAN POP yang lebih tertumpu kepada bidang nyanyi dan persembahan. Seperti juga KDRAMA, K-POP semakin berkembang ke seantero dunia dalam mengembang dan menaikkan nama Korea Selatan sehinggakan peminat-peminat K-POP tidak kisah dalam berbelanja untuk menonton konsert, membeli album dan sebagainya. Nama-nama besar dalam industri k-pop seperti Super Junior, Shinhwa, Big Bang, 2NE1, EXO, CNBlue, Miss A, f(x), dan banyak lagi sememangnya tidak asing dalam dunia peminat-peminat k-pop.


FESYEN : Menerusi kdrama dan k-pop, secara tidak langsung telah mengetengahkan fesyen-fesyen yang terkini daripada Korea Selatan. Kini fesyen-fesyen daripada Korea Selatan semakin mendapat tempat di kalangan rakyat Malaysia. Terbaru dengan inisiatif gedung membeli-belah Parkson Malaysia telah berjaya membawa masuk bukan sahaja satu jenama malah tiga di antara ikon-ikon fesyen yang telah menjadi ikutan di Malaysia iaitu jenama SPAO, MIXXO dan WHO.A.U di Pavilion, Kuala Lumpur.

2. Jika anda terlalu ketagihan menonton kdrama, apa yang anda akan buat biasanya untuk mengurangkannya?

- Sekarang ini saya telah mempunyai hobi yang baru selain menghabiskan masa berjam-jam di hadapan komputer dalam menghilangkan ketagihan menonton kdrama. Hobi yang saya maksud kan ialah mewarna. Sememangnya dengan hobi baru ini, serba sedikit membantu dalam mengurangkan ketagihan menonton kdrama. Walaubagaimanapun, hobi baru saya ini telah mendatangkan ketagihan dari segi yang lain pula di mana saya teruja apabila ternampak pelbagai pilihan pensel warna dan buku-buku mewarna semasa singgah di kedai-kedai buku  Kini Malaysia dan seluruh dunia telah dilanda dengan fenomena mewarna terutama sekali bagi golongan dewasa. Buku 'Colouring Book For Adult' kini boleh mudah diperolehi di kedai-kedai buku di seluruh negara dengan pelbagai saiz dan harga.


Sekian...




nota kaki:
bahasa mmg skema giler, menjawab soalan kuiz katanya... maaf la kalo bahasa yang digunakan agak tunggang terbalik! hahaha

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2015 02:29 PM | Show all posts
gigih aku jawab kuiz. jawapan pun tahapahapatah, bedal je la kan!!!! hahahahahaaaaaaa.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-12-2015 02:34 PM | Show all posts
br sudah review lecture utk first kelas today.. tp x faham soalan....cikgu daus sile jawab..

lamanya x jwb soalan kuiz ni....otak pun beku nak karang keje byk tekan calculator jer

soalan 1: camana cara nk jawab?? jwpn soalan ni berdasarkan pendapt sendiri ke?
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2015 02:37 PM | Show all posts
naqibnasuha replied at 10-12-2015 02:34 PM
br sudah review lecture utk first kelas today.. tp x faham soalan....cikgu daus sile jawab..

...

mcm yg prof @dauswq reply kat soklan aku td -> terpulang pd olahan masing2
so aku rs boleh je jwb mcmaner pun asalkan ada jawapan??!!
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2015 02:42 PM | Show all posts
rukiaichigo replied at 10-12-2015 02:37 PM
mcm yg prof @dauswq reply kat soklan aku td -> terpulang pd olahan masing2
so aku rs  ...

tq soalan 1 ni mmg nas x pandai..soalan 2 confident jawab...smbg jawab kuiz
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2015 02:48 PM | Show all posts
naqibnasuha replied at 10-12-2015 02:42 PM
tq soalan 1 ni mmg nas x pandai..soalan 2 confident jawab...smbg jawab kuiz

aku pun ikut gerak hati je dgn soklan kuiz no 1 tu. ntah betul ntah tidak, mmg cuba jaya!!! hahahaha
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-12-2024 12:35 AM GMT+8 , Processed in 0.257650 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list