Uqasha dipilih kerana VIP?
Pelbagai polimik yang Cik Pang dengar apabila penerbit teater Ombak Rindu, Siti Rohayah Atan memilih Uqasha Senrose untuk menjayakan watak utama sebagai Izzah. Antaranya ialah gosip yang sampai ke pende-ngaran Cik Pang kononnya Uqasha dipilih atas kehendak pihak penaja yang membiayai pementasan itu.Daripada apa yang Cik Pang dengar dan selepas dirisik daripada teman lain, Uqasha dipilih kerana dia antara pelakon yang mempunyai kelapangan waktu untuk menjayakan teater terbabit selepas beberapa senarai nama asal yang ditawarkan untuk menjayakan Ombak Rindu tidak dapat melakukannya kerana terikat de-ngan komitmen lain. Tapi selepas mengumumkan Uqasha dipilih, gosip bertiup kencang kononnya kakak dramatis popular, Nelydia Sen-rose itu diambil atas arahan penaja yang juga seorang VIP. VIP itu memberi syarat jika produksi Ombak Rindu mahu dia mengeluarkan sejumlah wang untuk menaja, mereka harus memilih Uqasha sebagai bintang utamanya. Cik Pang percaya pasti Uqasha sendiri mendengar khabar ini dan sudah tentu dia berasa sedih. Kalau dilayani gosip yang bertiup kencang ini, bimbang ia mengganggu tumpuannya menjayakan Ombak Rindu yang bakal dipentaskan 22 April depan. Nasihat Cik Pang kepada Uqasha, jangan pedulikan dakwaan yang diperkatakan itu sebaliknya gunakan peluang ini untuk menimba ilmu berlakon di pentas teater. Tidak semua pelakon hebat dapat peluang ini apatah lagi membintangi drama pentas yang hebat dan diangkat daripada naskhah novel popular. Buktikan kepada mereka yang menyebar gosip ini bahawa Uqasha dipilih atas bakat dan apabila ia dipentaskan nanti, berikan persembahan terbaik. Semoga selepas ini Uqasha mampu menjadi pelapis terbaik untuk mewarnai industri pentas teater tempatan. ---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
p/s : waaaa ....bukan punye baik Cik Pang ni back up Uqasha sendatrose ni....dulu bukan hencap ke perempuan ni sbb attitude sheols yg tak semenggah tu ...
Siapa VIP tu chuolsss....
|