|
[V75] ALL ABOUT FATTAH AMIN - Fattah Amin on the 100 Sexiest Men in the World li
[Copy link]
|
|
Betol tu..ioll pon rasa walaupun kita just support sekadar yg kita mampu..tetap besar bagi fattah..dia pun sgt hargai..walaupun hanya sekadar doa dari kita di forum..hehe..ioll berforum kat sini bila ada masa free sebab ioll happy..kadang bukan hanya sebab fattah dan faz jer..tp mcm2 knowledge boleh dpt dr forumer sini...
|
|
|
|
|
|
|
|
MmTy replied at 8-1-2019 01:30 PM
Betui la pa yg u kata tu..mungkin i ni dah penat kot dlm masa dua tiga tahun ni mcm2 jd...Kalau it ...
Hehe..relax2 je U..
I pn support FA sbb suka tgk cara dia futhermore skrg dia dh jd ketua keluarga.. 
Santai2 je kat sini..masa bz x on9 lansung..bila ada ms free sikit..haaa..lompat terus masuk ngintai...hahahaha...
Nahhhhh...mungeee for U !!.. hihi.. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
#shooting #matkilau #awang
|
|
|
|
|
|
|
|
CikJah87 replied at 8-1-2019 01:41 PM
Betol tu..ioll pon rasa walaupun kita just support sekadar yg kita mampu..tetap besar bagi fattah. ...
I suka komen kat forum...sebab bagi meol forumers lebih matang berbanding di ig. Di ig komen2 byk yg agak bbnu and kalau kat ig roti kayap or meletus, jadi medan peperangan between supporters pulak....kosserrr.... |
|
|
|
|
|
|
|
Ada banyak agenda-FAZURA
Ridzuan Abdul Rahman
[email protected].
Bukan saja cantik, keperibadiannya yang mudah mesra membuatkan pelakon dan penyanyi Nur Fazura terus diminati ramai sehingga ke hari ini.
Kemunculan isteri kepada pelakon Fattah Amin itu sering dinanti dan menjadi tumpuan peminat apabila menghadiri apa saja acara termasuk sebagai tetamu kehormat majlis pelancaran filem Petta lakonan Rajinikanth baru-baru ini.
Dalam pertemuan bersama media, bintang terkenal berusia 36 ini mengakui merangka pelbagai agenda menarik berkaitan karier seni sepanjang tahun ini.
“Banyak perancangan sebenarnya tetapi saya tak boleh bercerita lebih-lebih kerana tidak tahu apa apa yang akan jadi esok hari. “Kita tak tahu ketentuan Allah SWT kerana kalau kita rancang tiba-tiba tak jadi, saya yang akan malu sendiri.
“Nanti ada pula yang cakap Fazura ‘propa’ dan sebagainya. Insya-Allah, saya akan maklumkan satu persatu apa yang dirancang bila sampai masanya nanti,” katanya.
Fazura berkata, dia memilih untuk jujur berkongsi perkembangan terkini dengan semua pihak.
“Ya, saya janji akan beritahu semua. Kalau ada berita itu juga (hamil), saya janji akan maklumkan pada masa sesuai. Doakan saya.
“Saya dan Fattah amat menghargai perhatian semua pihak terhadap kami. Syukur kerana semuanya sayangkan kami.
“Tak dinafikan ada juga yang membenci tetapi kami bersyukur kerana ramai menyayangi kami,” katanya.
Desas-desus Fazura mengandung mula hangat diperkatakan apabila dia memuat naik video menggayakan baju agak besar di Instagram.
“Saya sedia maklum pasti ada yang akan bercakap saya hamil apabila memuat naik video ini. Saya tidak kisah dan tetap buat juga.
“Selepas itu ramai yang buat spekulasi ini. Sebenarnya, ia berlaku ketika kami dalam perjalanan ke Maldives.
“Sehari suntuk saya dan Fattah tak makan kerana penerbangan yang agak lama,” katanya.
Sambungnya, pada awalnya mereka mahu ke Bora Bora tetapi menukar fikiran kerana perjalanan terlalu lama dan akhirnya memilih Maldives.
“Kami memang tak makan sepanjang hari dan apabila sampai terus memesan macam-macam makanan.
“Sudah tentulah apabila makan perut saya nampak besar. Orang tengok pasti ingat saya mengandung.
“Semua pasangan suami isteri mahukan anak. Lepas bernikah kami memang merancang soal anak kerana jadual agak ketat,” katanya.
Menurutnya lagi, selepas setahun berkahwin, mereka melalui detik indah berdua dan kini bersedia untuk menimang cahaya mata pada bila-bila masa.
“Sekali lagi saya janji akan umumkan apabila masanya sudah tiba. Sebenarnya sekarang saya lebih selesa menggayakan baju yang agak longgar.
“Rasanya ini trend sekarang dan di Hollywood pun sama. Itu lebih selesa. Ramai tertanya-tanya kenapa saya suka pakai baju longgar dan anggap saya hamil.
“Saya akan berpakaian ikut kesesuaian situasi. Saya jenis yang tidak peduli kata-kata orang. Kalau nak fikir kata orang terutama di media sosial, mungkin kita akan jadi gila, tak boleh hidup dan tak boleh nak jadi diri sendiri,” katanya.
Berbicara mengenai drama terbaru, Fazura kini lebih memilih kerana enggan bawa watak stereotaip.
“Ada banyak tawaran tetapi saya tolak kerana skripnya kurang menarik.
“Saya perhatikan industri kita banyak cerita sama. Balik-balik cinta tiga segi dan kisah orang kampung dipaksa berkahwin dengan anak orang kaya.
“Saya tahu ramai peminat merindui kemunculan saya di kaca TV dan di layar perak. Insya-Allah saya nak buat satu siri untuk peminat dan harap dapat skrip yang baik dan pengarah juga bagus,” katanya.
Fazura menginginkan sesuatu yang berbeza seperti diperlihatkan menerusi drama Nur yang menjadi fenomena.
“Saya dalam proses pujuk pengarah Bernard Chauly untuk hasilkan drama untuk Samarinda ataupun siri di Astro.
“Diharapkan saya dapat juga bekerjasama dengan pengarah hebat seperti pengarah Nur, Shahrulezad Mohameddin dan ramai lagi.
“Saya harap dapat hadiahkan peminat dengan drama berkualiti. Selain itu, filem lakonan saya, The Legend of Pontianak akan ditayangkan pada Jun ini,” katanya.
Begitu juga perihal gandingannya dengan Fattah apabila Fazura mahukan sesuatu yang segar.
“Ada banyak tawaran tapi kami mahu pilih skrip yang bagus. Kalau boleh kami mahu elak digandingkan kerana bimbang orang muak.
“Lagipun, sejak awal bernikah lagi kami bersetuju untuk tidak terlalu kerap tampil berdua kerana masing-masing ada ‘brand’ tersendiri.
“Tak mahulah setiap masa asyik Fatzura. Kalau sesekali okey. Bagaimanapun, kami lebih selesa teruskan kerjaya mengikut aliran masing-masing,” katanya.
Mereka bagaimanapun akan muncul dengan single duet berjudul Paling Sempurna. Selain itu, Fazura juga tampil dengan single Inggeris berjudul sementara Can’t Forget Me yang dirakam di sebuah studio di Los Angeles, Amerika Syarikat, tahun lalu.
|
|
|
|
|
|
|
|
MentariSenja replied at 8-1-2019 04:58 PM
I suka komen kat forum...sebab bagi meol forumers lebih matang berbanding di ig. Di ig komen2 byk ...
Yup.. Kat forum ada tempat2 yg kita boleh bercakap tntang apa yg kita suka.. Kita boleh elak untuk benda2 yg kita x suka.. Kalau kat ig bercampur baur even kat fattah dan faz punya ig pon masih ada haters yg suka komen bukan2..kdg mcm nk tolong delete jer... |
|
|
|
|
|
|
|
CikJah87 replied at 8-1-2019 05:56 PM
Yup.. Kat forum ada tempat2 yg kita boleh bercakap tntang apa yg kita suka.. Kita boleh elak untuk ...
Betul3...i pun suka baca comment2 kat Forum.
Kat IG & FB tu tgk comment2 beribu riban...but when u browse through...hmmmmm...so disgusting..segala mcm tok nenek moyang ado!!
Dah laaa masing2 malas mmbaca article..hentam org ikut suka membabi buta je especially yg so proud sgt dgn gelaran masyarakat bawang2 tuhh..cakap tak tentu butir..siap package maki hamun mencarut..mental betuiii..
If ada pun comment2 yg ok positive & bernas , bkn nya they all nk agree..
Dah mcm kat different planet pulak jd nya..
|
|
|
|
|
|
|
|
Wahhh fighting sceneee 
|
|
|
|
|
|
|
|
qwerty02 replied at 8-1-2019 07:33 PM
Wahhh fighting sceneee
Seram plak tgk depa guna senjata real nih.. moga baik2 aje semua dlm berlakon pakai senjata ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Siapa yang free jom lah undi Fattah.. Nih link dia.. Boleh clear history dan undi byk kali.. Sehari sekali pun boleh.. 
http://pinoypower.ph/2019/01/voting-for-group-4-of-100-asian-heartthrobs-of-2019-is-now-open/
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Zaiajay replied at 8-1-2019 06:27 PM
Betul3...i pun suka baca comment2 kat Forum.
Kat IG & FB tu tgk comment2 beribu riban...but when ...
Tulah.. Dah bertambah usia nih semakin mls ioll nak layan komen2 yg kurang adab mcmtu.. Kadang budak2 sekolah pun dh pandai komen caci maki kat IG and fb.. Terlalu berlebihan guna sosial media smp mak bapak pun tak dpt nak pantau.. Seram ioll baca.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ramai pulakk rakyat india mengevote.. |
|
|
|
|
|
|
|
☆☆☆ Fattah in Group 4..jommm3 voting lg ☆☆☆
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
CikJah87 replied at 8-1-2019 08:51 PM
Siapa yang free jom lah undi Fattah.. Nih link dia.. Boleh clear history dan undi byk kali.. Sehari ...
Why yg Fa punya derang guna gambar lama?...adehhh...sib baik bukan gambar masa pisa..heheh.. |
|
|
|
|
|
|
|
CikJah87 replied at 8-1-2019 08:58 PM
Tulah.. Dah bertambah usia nih semakin mls ioll nak layan komen2 yg kurang adab mcmtu.. Kadang bud ...
Sebab tu parents kena pantau...anak meol, meol kontrol. No ig, no fb...main game only during weekend dan tak lebih dari dua jam. Kat internet mcm2 ada, seram kadang2 budak baru sekolah rendah, parents dah belikan smart phones. Bila anak meol dah naik menengah nanti, meol nak beli kan dia phone nokia yg tekan2 tu je. Tak perlu smart phone. Awas parents, paedophiles dimana2...sorry ot. |
|
|
|
|
|
|
|
MentariSenja replied at 8-1-2019 09:29 PM
Why yg Fa punya derang guna gambar lama?...adehhh...sib baik bukan gambar masa pisa..heheh..
Takpe.. Nampak muda remaja belia sikit... |
|
|
|
|
|
|
|
MentariSenja replied at 8-1-2019 09:34 PM
Sebab tu parents kena pantau...anak meol, meol kontrol. No ig, no fb...main game only during weeke ...
Tulah.. Ioll pon tak sokong bebudak guna hp berlebihan..kalau sekolah rendah tu tak payah bg hp pon takpe lg...pada2 lah nak bg anak hp.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kat india skrg ni kul bape ehh..  |
|
|
|
|
|
|
|
melur2 replied at 8-1-2019 10:48 PM
Kat india skrg ni kul bape ehh..
Tanya mesti ada makna ni ....tak terlawan lah kita dgn penduduk yg berbillion tu |
|
|
|
|
|
|
|
MentariSenja replied at 8-1-2019 11:11 PM
Tanya mesti ada makna ni....tak terlawan lah kita dgn penduduk yg berbillion tu
Hope yg billion tu tak layan socmed..hhhha  |
|
|
|
|
|
|
| |
|