|
Aaanntuu~Close encounter dan ...(siri 1 (pg25)~151 ...) bercakap dengan jinn`
[Copy link]
|
|
Bercakap dengan jin ~ 53 ~
Ghaib dalam bas
"Kalau sudah balik, bila pula nak datang ke sini lagi?”, anak angkat Mahyuddin mengeluarkan pertanyaan.
Datuk tersenyum sambil merenung wajah Dumba.
"Kalau panjang umur dan diizinkan Allah yang Maha Kuasa, saya akan datang juga ke sini."
"Dengan kehendak Allah juga kita bertemu dan awak lerusaha mem betulkan kesilapan yang saya lakukan."
Dengan mendadak Dumba meningkah cakap datuk. Semua yang ada di situ terus ketawa. Bila ketawa berakhir, aya lihat lagi sekali datuk merenung bumi agak lama. BiIa kepalanya diluruskan, saya lihat matanya merah. Tahulah saya bahawa datuk menahan air matanya membasahi kulit pipinya.
"Memang tidak pernah terfikir dalam hidup ini yang saya akan berjumpa dengan orang- orang di sini, kemudian menetap di sini hampir dua minggu, semuanya terjadi atas kehendak Allah”, nada suara datuk tersekat-sekat.
Dumba terus menerpa pada datuk. Mereka berpeluk- pelukan sejenak. Bila Dumba melepaskan lingkaran tangannya dari tubuh, anak angkat Mahyuddin segera berjabat salam dengan datuk.
"Mari ke rumah saya untuk makan pagi?”, bisik anak angkat Mahyuddin.
"Terima kasih lain kali saja”,balas datuk sambil mengajak kami naik ke rumah arwah Mahyuddin.
Semuanya tidak membantah. Bila berada dalam rumah, datuk mengarahkan anak angkat Mahyuddin mengarnbil beberapa helai kain pelikat, sehelai sejadah serta sekeping tikar mengkuang panjang dua belas. Barang-barang itu datuk suruh hantarkan kc masjid untuk digunakan oleh ramai yang berjemaah di situ. Datuk juga minta anak angkatnya menyelesaikan hutang- piutang Mahyuddin, sekiranya dia ada berhutang ketika hayatnya.
"Peti hitam dah tak ada tuk”, kata saya bila melihat tempat peti hitam itu kosong.
Datuk terdiam sejenak, kemudian dia senyum.
"Kembali pada yang hak”, pendek datuk menjawab.
"Ada perca kain kuning tiga segi di tempat peti hitam tuk."
"Biarkan. Orang yang berhak memberitahu kita dia sudah mengambil haknya”
Selesai sahaja datuk berkata, perca kain itu melayang- layang macam ditiup angin, sedangkan angin tidak bertiup ketika itu. Perca kain itu bergerak menuju ke tingkap dan akhirnya hilang. Apa yang saya lihat itu, dilihat juga oleh Dumba dan anak angkat Mahyuddin. Dan kehilangan peti hitam itu juga disedari oleh anak angkat Mahyuddin tetapi dia tidak kelihatan cemas.
|
|
|
|
|
|
|
|
Bercakap dengan jin ~ 53 ~
Ghaib dalam bas
"Ayah dah beritahu saya, katanya, peti hitam dan isinya akan hilang bila dia mati. Ayahnya juga berhasral unlllk memberikan isi peti hitam pada saya."
"Kau dapat isinya'?", celah datuk.
"Tak dapat. Sebenarnya, kalau tak dapat, kata ayah, saya tak cukup syarat. Tetapi ayah berjanji sebelum dia mati barang dalam peti hitam akan diberikan pada orang yang difikirkannya layak”, terang anak angkat Mahyuddin lagi.
Datuk tidak bertanya lebih lanjut lagi tentang perkara itu pada anak angkatnya Mahyuddin. Datuk mengajak kami keluar dari rumah dan duduk kembali di halaman. Saya sudah pun membimbit beg rotan empat segi. Di dalamnya termuat beberapa helai pakaian saya dan datuk. Semuanya sudah saya basuh semalam. Mungkin dalam petua datuk, ketika matahari sudah berada di paras pucuk kelapa dara serta tiupan angin lembut dari arah selatan, adalah saat paling baik untuk memulakan perjalanan. Lagi sekali datuk berjabat salam dengan Dumba. Saya lihat Dumba tidak dapat menahan kesedihan.
"Awak banyak menolong saya dan menyedarkan saya”, kata Dumba.
"Bukan saya. Allah yang membuka hati awak. Saya cuma berusaha”, balas datuk sambil merangkum tangan.
Saya dan datuk pun mula mengatur langkah. Sampai dekat pokok macang (bacang) di liku jalan, dua orang lelaki muncul dengan pakaian yang agak kotor. Baju dan seluarnya terdapat kesan- kesan getah yang sudah keras. Mereka menahan datuk dan saya.
"Kenapa?", suara datuk lembut.
"Tolong kami."
"Tolong apa?
Nak minta tolong toreh getah?”, tanya saya.
Sesungguhnya, saya kurang senang dengan kedatangan dua manusia itu. Mereka mengganggu perjalanan saya dan datuk untuk segera pulang.
"Jangan biadap. Mana budi bahasa kamu sebagai Melayu?”, telapak tangan kanan datuk menekan pipi kanan saya.
Marah sungguh dia dengan sikap saya itu. Datuk terus melayan kedua penoreh getah itu.
"Kami ni selesai menoreh kira- kira pukul tujuh pagi, sementara menanti getah berhenti menitik dalam mangkuk, kami pergi ke kubur Mahyuddin”, terang penoreh yang berbadan kurus.
Dari jauh saya nampak Dumba dan anak angkat Mahyuddin menuju ke arah saya dan datuk.
|
|
|
|
|
|
|
|
Bercakap dengan jin ~ 53 ~
Ghaib dalam bas
"Apa yang nak kamu cari di kuburnya?”, datuk jegilkan biji mata.
Kedua lelaki itu tersengih. Mereka kelihatan serba salah.
"Apa yang kau orang nak cari di sana?", soal datuk lagi.
"Mahyuddin tu banyak ilmu dunia. Kami nak cari sesuatu darinya”, sahut lelaki yang berbadan kurus.
"Habis, dapat apa yang kamu cari?"
"Huh, kami jumpa harimau atas kuburnya."
"Apa yang kau orang dapat dari harimau tu?"
"Kami takut, lalu lari”, sahut lelaki yang bermata sepet.
Datuk menggigit bibir sambil merenung muka dua lelaki itu.
"Aku tahu, kau orang mahu meninjau. Kemudian kau orang nak menurun nombor ekor di kuburnya”, nada suara datuk meninggi.
Kedua lelaki itu anggukkan kepala, mengakui apa yang datuk katakan itu. Ketika itu juga anak angkat Mahyuddin dan Dumba sampai. Datuk terus menceritakan apa yang berlaku.
"Biadab, tidak tahu menghormati perasaan orang lain”, tiba-tiba tercetus ungkapan dari mulut anak angkat Mahyuddin.
"Sabar”, pekik datuk lalu menangkap pergelangan tangan anak angkat Mahyuddin yang mahu melepaskan penumbuk ke muka salah seorang daripada lelaki itu.
Badan anak angkat Mahyuddin kelihatan menggeletar menahan perasaan marah.
"Memang, dia orang dagang, tapi,aku anak angkatnya, apa kau orang berdua tidak memikirkan perasaan aku? Apa rasa hati kamu berdua kalau kubur saudara-mara kamu dipermainkan begitu,” anak angkat Mahyuddin terus meluahkan perasaannya.
Saya kira, kalau datuk tidak ada di situ, pasti berlaku pertengkaran.
“Sudahlah, lupakan semuanya itu”, datuk memujuk.
Dan lelaki itu segera meminta maaf pada anak angkat Mahyuddin. Dada saya terasa lapang, bila anak angkat Mahyuddin bersedia memaafkan perbuatan kedua lelaki itu. Kemudian datuk menyuruh kedua lelaki itu pergi ke kebun getah untuk mengutip susu getah. |
|
|
|
|
|
|
|
Bercakap dengan jin ~ 53 ~
Ghaib dalam bas
“Kami takut”, ujar kedua lelaki itu serentak.
“Takut apa?”, soal Dumba.
“Takut harimau”
“Pergilah, tak apa. Kalau kau orang tidak berniat serong .Tetapi kalau berhajat nak menurun nombor ekor di situ, batang tengkuk kau orang akan dipatahkan oleh harimau itu”, kata datuk.
Ternyata, kedua lelaki itu enggan beredar. Mereka tidak yakin dengan apa yang datuk katakan itu.
“Apa tunggu lagi, pergilah buat kerja”, Dumba bersuara.
Kedua lelaki itu berpandangan sama sendiri, sesekali menoleh ke arah kebun getah, macam mengawasi sesuatu.
“Aku nak balik aje”, tiba-tiba yang berbadan kurus bersuara.
Biji matanya tertumpu ke wajah datuk. Kemudian, dia terus melangkah dengan diikuti oleh kawannya. Datuk segera memintas di hadapan mereka hingga langkah mereka mati.
“Ingat, jangan cuba menurun di kubur atau di pangkal pokok kerana mahu menikam nombor ekor. Itu perbuatan orang syirik. Carilah rezeki cara yang halal, nanti hidup di berkati Allah”, ujar datuk dengan nada suara yang rendah.
Kedua lelaki itu anggukkan kepala. Datuk langkah setapak ke depan sambil mendepangkan kedua belah tangannya.
“Ingat”, jerit datuk serentak dengan itu kedua belah tangannya singgah ke atas bahu lelaki itu
Saya menarik nafas panjang, bila saya lihat datuk menekan bahu kedua lelaki tersebut. Tekanan yang datuk lakukan itu, saya kira cukup kuat, kalau tidak masakan wajah kedua lelaki itu macam menahan kesakitan. Datuk jatuhkan kedua belah tangannya dari atas bahu kedua lelaki itu. Datuk terus membongkok lalu mengambil sekepal tanah.
"Kamu tahu, asal kita semua dari tanah, ambil tanah ini”, ujar datuk lalu menyerahkan kepalan tanah di tangannya kepada kedua lelaki itu.
Macam kena pukau, kedua lelaki itu menahan tangan, menerima tanah yang diberikan oleh datuk.
"Bawa”, sahut kedua lelaki itu serentak.
Mereka renung muka saya sejenak, kemudian mengalihkan biji mata merenung wajah Dumba dan anak angkat Mahyuddin. Tanpa mengucapkan sesuatu, mereka melangkah menuju ke kebun getah meneruskan kerja masing-masing.
|
|
|
|
|
|
|
|
Bercakap dengan jin ~ 53 ~
Ghaib dalam bas
"Apa azimat yang diberi pada mereka?”, soal Dumba pada datuk.
"Azimat?"
"Azimat apa yang awak beri pada mereka”, ulang Dumba.
"Dalam hidup ni, tidak ada azimat. Aku cuma memberi sekepal tanah biasa yang tidak membawa apa-apa makna pada mereka. Tetapi, aku yakin mereka merasakan tanah itu sebagai tangkal yang boleh menghalau harimau."
"Jadi awak menipu mereka?", sanggah anak angkat Mahyuddin sambil tersenyum sinis.
Datuk menggigit bibirnya sambil mata merenung pada pohon getah yang berbaris di hadapannya.
"Aku tidak menipu, apa yang aku lakukan adalah petua orang tua-tua. Manusia yang sedang takut, kalau kita sergah dengan sekuat hati akan jadi berani. Lebih-lebih lagi selepas disergah, kita berikan sesuatu yang kita kirakan boleh memberi kepercayaan atau semangat pada mereka”, datuk membocorkan rahsianya.
Menurut datuk, ketika menyerahkan benda-benda itu mesti cepat dilakukan. Jangan beri kesempatan pada orang yang menerimanya bertanya sesuatu kepada orang yang memberi. Bila orang itu sudah bertanya, pasti menimbulkan keraguan dalam dirinya. Bila sudah ada keraguan dalam dirinya, semangatnya tidak akan padu lagi dan boleh menimbulkan rasa waswas. Terkejut anak angkat Mahyuddin dan Dumba mendengar penjelasan itu.
"Sebab itulah, orang-orang Melayu dulu, kalau memilih panglima perang, terdiri dari orang yang suara garang. Berbadan tegap dan pintar, kerana orang-orang seperti itu boleh memberi semangat pada anak buahnya. Dari itu lah timbulnya tangkal dan azimat di kalangan orang-orang kita yang kononnya boleh membuat seseorang itu kebal”, sambung datuk lagi.
Saya tersenyum. Dumba saya lihat gelengkan kepala.
"Tetapi, semuanya itu ada sesuatu yang sengaja awak tak beritahu pada kami”, anak angkat Mahyuddin mula mencungkil rahsia diri datuk.
"Tak ada apa-apa. Mana ada azimat dalam Islam. Para sahabat nabi berjuang menentang musuh tidak pakai azimat tetapi mereka berbekalkan semangat dan keyakinan. Mereka berjuang penuh semangat untuk menegakkan Islam. Mereka yakin, mereka tidak akan mati kalau tidak diizinkan Allah yang Maha Besar”, kata- kata yang datuk ucapkan itu membuat anak angkat Mahyuddin dan Dumba tidak mengajukan sebarang pertanyaan lagi
|
|
|
|
|
|
|
|
Bercakap dengan jin ~ 53 ~
Ghaib dalam bas
"Mari”, datuk menarik tangan saya.
"Ke mana tuk'?"
"Hai, baliklah, ke mana lagi?"
Saya pun melangkah menuju ke jalan raya. Dumba dan Mahyuddin terus mengiringi kami. Lebih kurang sepuluh minit berjalan, kami pun sampai ke bibir jalan raya. Berdiri di situ menunggu bas yang mahu pergi ke Tanjung Malim. Matahari terus bersinar. Bas yang dinanti belum juga tiba. Saya sudah tidak sanggup berdiri dan terus duduk di atas seketul batu.
"Bas”, kata Dumba.
Saya segera melompat untuk menaiki bas. Bas pun berhenti, dan saya melangkah ke dalam perut bas. Datuk masih lagi berdiri di tepi jalan. Perbuatannya itu kurang disenangi oleh penjual tiket bas yang berbangsa Cina. Penjual tiket terus memukul alat penekan lubang tiket ke besi bas, memberitahu datuk supaya segera naik.
"Hai orang tua cepatlah. Ini bas bukan sendiri punya”, sergah penjual tiket bas.
Pemandu bas yang berbadan tegap membunyikan hon bas. "Hei cepatlah”, pekik pemandu bas yang berbangsa India itu, sambil memaki-maki datuk. Saya mula terasa takut dan terus duduk di bangku. Tidak ada penumpang di dalam bas.
"Sekejap Encik”, kata datuk
"Apa lu ingat ini bas lu punya ke?”, sergah pemandu bas dengan wajah yang garang.
Datuk tersenyum padanya sambil mengangkat tangan tanda minta maaf. Rupanya, sikap baik yang datuk ditunjukkan itu menambahkan rasa marah pada penjual tiket bas.
"Eh, bodoh naiklah”, sergah penjual tiket.
"Encik, saya tahu saya salah, tapi cakaplah baik-baik sikit”, balas datuk.
"Apa lu ingat lu besar”, jawab penjual tiket.
"Saya tak besar, tapi Tuhan lagi besar dari semua tau”, suara datuk mula meninggi.
Dinding bas terus ditamparnya, serentak dengan itu enjin bas terus mati. Saya turun dari bas. Berdiri dekat datuk yang buat tidak tahu dengan apa yang berlaku. Muka pemandu bas dan penjual tiket mula dibasahi peluh dalam sinar panas mula terik.
|
|
|
|
|
|
|
|
Bercakap dengan jin ~ 53 ~
Ghaib dalam bas
"Satu perkara yang mahu aku ingatkan pada kamu berdua, jangan cemas bila melihat harimau berkeliaran di halaman rumah arwah Mahyuddin selama tiga petang berturut-turut. Lepas tiga hari harimau itu akan hilang. Tolong perhatikan kubur Mahyuddin jangan sampai dikeramatkan oleh orang- orang tertentu”, datuk meninggalkan pesan pada Dumba dan anak angkat Mahyuddin.
Mereka bersalaman dan berpeluk-¬ pelukan. Datuk pijak tangga bas, begitu juga dengan saya. Kami duduk di bangku belakang pemandu bas.
"Apa pasal tak jalan?", tanya datuk pada pemandu bas yang sedang terbongkok- bongkok dengan stereng bas.
Pemandu bas segera merenung muka datuk dengan wajah yang masam. Dia menggigit bibir.
"Saya panas, jalanlah apa tunggu lagi”, datuk merungut dan rungutan itu didengar oleh penjual tiket yang berdiri dekat datuk.
Dia pun menghempaskan papan tiket atas bangku, dan memperlihatkan rasa marahnya yang amat sangat pada datuk. Kalau datuk menegur atau bersuara, pasti dia bersedia melakukan sesuatu. Datuk bangun dan menepuk bahu penjual tiket.
"Saya tolong awak hidupkan enjin bas”, ujar datuk.
Penjual tiket dan pemandu bas menjuihkan bibir ke depan sambil merenung sinis pada datuk.
"Sudahlah, lu apa tahu”, ejek pemandu bas.
"Dengan izin Allah, saya boleh menolong awak”, balas datuk lalu memukul kepala gear bas yang tertonjol di situ.
Sebaik sahaja datuk melakukannya, enjin bas segera hidup. Pemandu bas terkejut dan terus mematikan suis bas, kemudian menghidupkan kembali. Ternyata enjin bas berjalan dengan baik. Tanpa mengucapkan sesuatu, pemandu bas duduk kembali di tempatnya lalu menekan minyak dan menolak gear satu, bas pun meluncur dengan tenang. Saya dan datuk melambaikan tangan pada anak angkat Mahyuddin dan Dumba. Saya terasa ada sesuatu yang aneh berlaku dalam bas. Penjual tiket tidak meminta wang pada datuk walaupun bas itu sudah berjalan hampir tiga batu. Sampai di satu selekoh bas berhenti kerana mengambil orang. Ketika orang itu naik, datuk segera bangun.
"Saya turun di sini, cucu saya saja yang naik bas sampai ke Tanjung Malim. Ini tambangnya”, datuk menghulurkan wang pada penjual tiket.
Dalam keadaan serba salah penjual tiket mengambil wang dari tangan datuk, tetapi, wang itu diserahkan pada saya kembali tanpa pengetahuan datuk. Bas terus berjalan, datuk melambaikan tangan pada saya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Bercakap dengan jin ~ 53 ~
Ghaib dalam bas
"Apa pasal tak ambil tambang?", tanya saya pada penjual tiket.
"Tak apa, lu duduk. Kalau ada inspektor tiket datang, saya boleh cakap."
"Nanti datuk saya marah sama saya."
"Dia mana tahu, dia sudah turun."
"Betul, awak cakap”, balas saya.
Penjual tiket itu terus ketawa. Bas berhenti lagi mengambil penumpang. Saya perhatikan hampir separuh bangku dalam bas sudah dipenuhi dengan penumpang. Dan bas kian kerap berhenti lagi mengambil penumpang. Tekak saya mula terasa loya kerana tidak tahan dengan bau minyak diesel. Bagi menghilangkan rasa loya itu saya tekan perut dengan tangan. Akhirnya, saya terlelap. Bila saya terjaga, bas sudah berhenti di perhentian Tanjung Malim. Dua tiga kali saya gosok mata. Saya biarkan penumpang-¬ penumpang lain turun dulu. Biarlah saya turun kemudian. Pemandu dan penjual tiket masih berdiri di tempat masing-masing. Semua penumpang sudah turun. Dada saya mula berdebar. Saya renung wajah penjual tiket.
"Turunlah apa tunggu lagi?", katanya pada saya.
"Tunggu di luarlah. Saya ingat dia tumpang lori, awak tunggu di sana”, ujar penjual tiket sambiI menuding jari telunjuk ke sebuah gerai menjual buah-buahan.
Saya terdiam, fikiran saya jadi kelam-kabut. Saya salahkan diri saya sendiri, sepatutnya saya bertanya datuk, ketika dia turun dari bas tadi. Aneh, semuanya tidak terfikir oleh saya ketika itu. Lagi sekali saya menarik nafas panjang. Kali ini pandangan saya tertumpu ke wajah pemandu bas.
"Lu punya datuk bodoh punya orang. Sudah naik bas apa pasal mahu turun?”, pemandu bas menyatakan rasa kesalnya.
Tiba-tiba wajah pemandu bas jadi pucat, mulutnya terlopong. Matanya tajam merenung ke bahagian belakang bas. Saya segera menoleh, saya juga terkejut besar. Dua tiga kali saya gosokkan mata bagi memastikan apakah yang saya lihat itu satu kenyataan atau khayalan saya saja.
“Tuk”, kata saya.
"Ya, ini memang datuk kau Tamar, kau tidak berkhayal kau menghadapi kenyataan”, suara datuk parau.
Saya segera menerkam ke arahnya lantas menjabat tangannya. Datuk terus menghampiri pemandu dan penjual tiket.
"Eh, orang tua lu manusia ke hantu?'', tanya penjual tiket penuh rasa curiga.
Datuk tersenyum lalu menepuk bahu penjual tiket. "Saya manusia serupa macam awak”, kata datuk.
"Tadi, awak turun macam mana awak boleh duduk di belakang?"
"Betul, saya turun. Saya jalan kaki ke sini. Masa bas berhenti di sini, saya naik tapi awak tak nampak”, datuk memberi penjelasan pada pemandu bas yang menyoal.
Saya gosok batang hidung dua tiga kali. Saya tidak tahu kenapa datuk melakukan semuanya itu.
"Saya buat macam ni, supaya lain kali awak jangan cakap besar dan sombong. Saya mahu awak belajar menghormati orang tua-tua, tidak kira apa bangsa pun, kerana awak juga satu hari akan menjadi tua”, datuk memulangkan paku buah keras pada pemandu dan penjual tiket.
Saya lihat pemandu dan penjual tiket terdiam. Mereka tarik nafas panjang penuh rasa takjub. Saya dan datuk turun dari bas. Tiba-tiba pemandu dan penjual tiket meluru ke arah datuk. Kedua belah tangan datuk mereka sambar untuk dicium, kemudian mereka terus membongkok macam mahu menyembah datuk.
|
|
|
|
|
|
|
|
Bercakap dengan jin ~ 53 ~
Ghaib dalam bas
"Jangan”, kata datuk sambil menarik tangan kiri dan kanannya.
Kemudian datuk menyuruh mereka menegakkan badan. Mereka patuh dengan cakap datuk.
"Dalam ajaran Islam, tidak boleh menyembah sesama manusia kerana manusia itu adalah sama di sisi Allah, baik dia hitam atau pun putih”, datuk terus menepuk-nepuk bahu kedua lelaki itu.
"Tapi, awak lain macam punya orang?"
"Lain macam mana?"
"Awak boleh mati dan hidupkan enjin kereta, kemudian awak boleh berjalan laju macam bas."
"Semuanya itu cara kebetulan saja”, kata datuk tersekat-¬ sekat.
Orang ramai mula menghurung datuk. Pemandu bas itu terus juga mengajukan berbagai-bagai pertanyaan. Semua pertanyaan itu mempunyai unsur-unsur memuja dan mengagumi diri datuk. Satu perbuatan yang tidak disenangi oleh datuk.
"Mari”, datuk terus menarik tangan saya.
Kami menyusup di celah-celah orang ramai yang mengelilingi pemandu dan penjual tiket.
"Tengok, tadi orang tua tu ada di sini sekarang dia sudah hilang. Dia banyak ganjil punya orang, saya ingat dia hantu”, suara pemandu bas meninggi.
Orang ramai yang berada di perhentian bas jadi kelam-¬ kabut lalu menuju ke tempat pemandu dan penjual tiket. Tidak lama kemudian suara pemandu bas itu kian menurun dan hilang, digantikan oleh suara ketawa dari orang ramai. Datuk dan saya hanya melihat peristiwa yang melucukan dari jarak dekat, kira-kira lima atau sepuluh kaki saja jaraknya dari orang ramai yang mengelilingi pemandu bas. Anehnya, setiap orang yang lalu di hadapan kami bagaikan tidak nampak dengan batang tubuh saya dan datuk. Seolah-olah kami tidak wujud di situ. Mereka berulang-alik dan kami terpaksa mengelakkan diri dari dilanggar.
"Sebenarnya, aku mahu bercerita panjang pada mereka. Aku mahu menjelaskan kedudukan yang sebenar, bila mereka buat bising aku terpaksa melarikan diri”, keluh datuk penuh rasa kesal.
"Bagaimana bila orang sudah tidak ada, kita jumpa mereka tuk?"
"Tak payahlah, lain kali saja kalau ada umur aku jumpa mereka."
"Tapi, mereka jadi serba salah tuk, orang menuduh mereka gila."
Datuk memicit pangkal dagunya. Orang ramai yang menghurung pemandu dan penjual tiket mula berkurangan. Dan setiap orang yang meninggalkan kawasan itu menuduh mereka mabuk todi. Akhirnya pemandu dan penjual tiket mula sedar yang perbuatan mereka, adalah perbualan sia-sia. Mereka masuk ke dalam perut bas kembali, kerana bangku- bangku kosong dalam bas sudah dipenuhi dengan para penumpang.
|
|
|
|
|
|
|
|
Bercakap dengan jin ~ 53 ~
Ghaib dalam bas
"Syukurlah, keadaan sudah tenang”, kata datuk.
Tanpa banyak soal saya terus mengekori datuk menuju ke jalan besar. Ketika kami berjalan di kaki lima bangunan di situ, sebuah kereta Morris Minor berwarna hitam berhenti. Seorang lelaki keluar dari kereta tersebut dan meluru ke arah datuk.
"Kenal saya?", kala lelaki itu.
"Rasanya, saya kenal."
"Bukan rasa, memang dah kenal. Bukankah awak yang menolong anak saya dulu."
"Oh, bagaimana dengan anak awak?"
"Sudah jadi manusia. Awak nak ke mana ni?"
"Saya sebenarnya nak ke Ipoh."
"Begini”, lelaki itu tidak meneruskan perkataannya.
Ada semacam keraguan bermain dalam kepalanya. Dia nampak keberatan untuk menyatakan sesuatu pada datuk.
"Terangkan pada saya”, datuk mendesak.
Lelaki itu mempamerkan senyum. Dengan nada suara yang lemah dia berkala: "Saya tak dapat nak menolong awak. Saya tak dapat nak menghantar awak hingga ke Ipoh."
"Itu yang awak susahkan, saya tak minta awak berbuat begitu."
"Saya tahu, awak sudah menolong saya. Alangkah baiknya dalam saat begini saya boleh menolong awak."
"Jangan begitu. Setiap pertolongan yang saya berikan tidak minta dibalas”, suara datuk cukup tenang.
Lelaki itu tunduk merenung simen kaki lima.
"Saya mahu ke Sungkai. Bagaimana kalau awak berdua menumpang saya sampai ke Sungkai?"
"Boleh juga”, balas datuk.
Tanpa membuang masa, saya dan datuk masuk ke perut kereta. Sepanjang perjalanan itu, lelaki tersebut tidak putus-putus melahirkan rasa kesalnya kerana tidak dapat menghantar datuk hingga ke Ipoh.
"Kalau saya tak ada hal mustahak di Sungkai, saya hantar awak hingga ke Ipoh. Jasa awak menolong anak saya dulu, belum dapat saya balas”, lelaki itu terus mengeluh sambil memaut stereng kereta erat-erat.
Saya yang duduk di bahagian belakang kereta, terus melihat pokok-pokok dan bukit- bukau yang tertegun di kiri kanan jalan. Satu pemandangan yang amat mengasyikkan buat saya. Seronok benar saya melihat daun-daun pokok yang menghijau itu.
"Awak tak usah sebut-sebut lagi perkahwinan itu. Bersyukurlah pada Allah kerana anak awak sudah baik. Awak tak perlu memikirkan untuk membalas jasa saya”, cara mendadak datuk bersuara.
|
|
|
|
|
|
|
|
Bercakap dengan jin ~ 54 ~
Penunggu rotan semambu
|
|
|
|
|
|
|
|
Bercakap dengan jin ~ 54 ~
Penunggu rotan semambu
“Sebagai manusia saya juga merasakan satu kesilapan kalau saya sudah menolong seseorang kemudian minta dikenang atau dibalas, Islam tidak menyuruh kita menuntut sesuatu bila sudah menolong orang lain. Kerana tolong menolong antara satu sama lain itu adalah amal jariah kita sesama manusia.
” Saya lihat lelaki itu anggukkan kepala mendengar kata-kata dari datuk itu. Mungkin sudah kehabisan modal atau sengaja mahu menumpukan perhatian pada kenderaan yang dipandunya, membuat lelaki itu tidak mengemukakan sebarang pertanyaan pada datuk. Rupa- rupanya datuk senang dengan keadaan demikian. Dia merapatkan kedua belah kelopak matanya macam orang tidur.
Saya tahu benar- benar, bila datuk berbuat demikian fikirannya tidak tertumpu pada keadaan kelilingnya. Dia sebenarnya memusatkan hati dan perasaannya pada sesuatu tempat dan jarak yang berpuluh-puluh atau beratus batu dari tempat dia duduk sekarang. Saya tidak tahu bagaimana datuk boleh mencantumkan seluruh perasaannya pada tempat tersebut, kadang-kadang dia bagaikan tahu tentang sesuatu kejadian di tempat yang dihayatinya.
"Tamar."
"Ya Tuk."
"Nenek kau tidak berapa sihat, sudah dua hari demam tapi masih boleh berjalan dan menumbuk padi" "Kasihan nenek tuk, kalau kita sampai cepat saya tolong dia menumbuk padi di lesung."
"Sabarlah”, kata datuk dengan tenang.
Rupanya percakapan saya dengan datuk diikuti dengan teliti oleh orang yang memandu kereta itu. Dia mengerutkan dahi mungkin sedang memikirkan sesuatu, fikir saya. Kereta yang kami tumpangi terus merempuh beberapa selekoh tajam.
"Macam mana awak boleh tahu tentang hal isteri awak?", tanya lelaki itu sambil menjeling ke arah datuk.
Saya renung muka datuk.
"Menggunakan pancaindera yang lima pemberian Allah, saya manfaatkan pemberian itu dengan sebaik mungkin. Tetapi, sebelum menggunakan kita harus mengenali Allah terlebih dahulu. Andainya kita mahu menggunakannya tanpa mengenali Allah terlebih dahulu pun boleh juga tetapi ... “, datuk berhenti bercakap, matanya merenung keluar.
Dua tiga kali datuk mengangkat bahu kanannya, macam ada sesuatu yang mengusik di bawah ketiaknya.
"Cuba jelaskan biar saya faham?”, desak lelaki itu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Bercakap dengan jin ~ 54 ~
Penunggu rotan semambu
“Air kelapa mengeluarkan panas tetapi melemahkan badan. Dengan itu, dia akan dapat berehat, air sirih dapat mengembalikan pergerakan urat-urat yang lemah”, bisik datuk pada saya.
Dia terus ke dapur mengambil bawang putih dan halia. Semua bahan- bahan itu ditumbuk dalam lesung batu hingga hancur. Bila sudah hancur, dikeluarkan dari lesung batu dan dimasukkan ke dalam gelas lalu di campur dengan satu sudu madu lebah serta air panas.
"Bila nenek kau bangun nanti, suruh dia minum benda ini", datuk menyerahkan gelas pada saya. Datuk terus meninggalkan bilik nenek.
Datuk menuju ke halaman rumah. Saya tidak tahu apa yang dilakukannya di situ. Saya terus memicit- micit jari-jari kaki nenek. Tiba- tiba nenek bangun dan membuang kain batik jawa yang menyelubung tubuhnya. Muka nenek kelihatan merah dan berpeluh.
"Aku dahaga, ambilkan aku air.”
"Ini airnya."
Saya serahkan cawan yang diberikan oleh datuk itu pada nenek. Tanpa membuang masa lagi nenek terus meminumnya. Atas permintaan nenek saya meninggalkan biliknya. Menurut nenek badannya sudah tidak sejuk lagi, sendi- sendi badannya juga sudah tidak terasa sakit.
Sudah enam bulan saya dan datuk tinggal di kampung. Setiap pagi kami ke kebun dan ke sawah. Sesekali datuk mengulangi kerja lamanya dengan mengajak saya memasang jerat pelanduk dan memburu ayam hutan. Boleh dikatakan setiap kali ke hutan kami tidak pernah pulang dengan tangan kosong. Saya sudah pandai mengesan jejak pelanduk dan rusa. Hidung saya juga dapat menghidu bau binatang dari jarak setengah batu.
Semua kebolehan yang saya miliki itu, berkat dari kesabaran saya belajar dari datuk. Selain dari memburu, ada minat baru yang datang secara mendadak dalam diri datuk. Minat baru datuk ialah mencari rotan. Tujuan datuk mencari rotan bukanlah untuk mencari wang seperti yang dilakukan oleh pencari-pencari rotan yang lain. Datuk cuma mencari rotan semambu untuk dibuat tongkat yang jumlahnya bukan sedikit dan bentuknya pula bermacam- macam. Semua tongkat rotan itu datuk aturkan di ruang tengah rumah dan berjaya menarik perhatian setiap tetamu yang datang ke rumahnya. Datuk tidak akan menjual tongkat-tongkatnya itu, walaupun ditawar dengan harga yang tinggi. Tetapi, datuk akan memberikan tongkat secara percuma pada sesiapa yang difikirkan layak diberi.
"Bersiap, pagi esok lepas sembahyang subuh kita ikut Mamat Bukit dan kawan- kawannya mencari rotan di hutan Bubu dekat Senggeng”, kata datuk pada saya pada suatu pagi.
"Itu pun kalau kau nak ikut”, tambah datuk.
"Saya nak ikut tuk”, jawab saya tegas.
Datuk terus menepuk kepala saya berkali- kali. Pagi itu, nenek terpaksa bangun pukul tiga pagi, menanak nasi dan menggoreng ikan. Nasi dan ikan goreng ditaruh dalam upih lalu dibalut dengan kertas surat khabar. Datuk sudah pun menyediakan air dalam satu tong plastik besar.
|
|
|
|
|
|
|
|
Bercakap dengan jin ~ 54 ~
Penunggu rotan semambu
"Nasi bekal itu taruh dalam beg Tamar. Tong air itu biar aku yang bawa”, kata datuk sebaik saja dia
menunaikan sembahyang Subuh. Datuk sudah pun mengenakan pakaian yang biasa digunakannya ketika masuk hutan. Sementara menanti Mamat Bukit dan kawan- kawannya tiba, datuk dan saya duduk di anjung rumah. Beberapa minit kemudian Mamat Bukit dan kawan-¬ kawannya pun tiba. Saya dan datuk pun meninggalkan rumah. Nenek cuma melihat langkah kami dengan teliti hingga hilang dari pandangannya. Berjalan di hutan dalam keadaan cuaca yang agak samar dan sejuk itu amat menyulitkan bagi diri saya. Badan saya menggeletar sendirian. Sebelum matahari terbit di kaki langit, kami sudah pun meredah empat hutan dara dan hutan tebal.
Akhirnya, kami sampai di satu kawasan lapang lalu berehat di situ. Saya sandarkan badan ke pangkal pokok meranti. Mamat Bukit dan kawan-kawannya (empat orang semuanya) terus menebas anak-anak pokok di situ dengan golok perak. Datuk terus bergerak dari pokok ke pokok, memukul perdu dengan sepotong kayu. Badan saya masih terasa dingin walaupun sinar matahari mula menjalar di bumi yang lembap. Burung- burung liar yang beraneka bentuk dan warna mula berterbangan sambil berbunyi. Matahari terus memancar, keadaan di sekeliling juga turut beransur cerah.
"Kita minum dulu”, kata datuk sambil duduk.
Mamat Bukit dan kawan-kawannya berhenti menebas. Mereka terus duduk dan mengeluarkan bekalan air kopi masing-masing. Selesai minum kopi Mamat Bukit segera menggulung rokok daunnya bersama tembakau jawa. Dia kelihatan puas setelah menyedut rokok daun.
"Dah mandi embun?", Mamat Bukit menyoal datuk.
"Sudah."
"Rotan semambu banyak sebelah sana."
Mamat Bukit mengarahkan jari telunjuk ke arah barat daya yang berhutan tebal. Datuk merenung ke situ sambil menganggukkan kepalanya beberapa kali. Kawan-kawan Mamat Bukit memasukkan bekalan air kopi ke tempat asalnya, mereka terus bangun sambil mengeliatkan pinggang masing-masing beberapa kali.
"Kita berpecah. Udin Candung ikut aku. Dollah Beranggas ikut Samad Perang. Sebelum waktu Asar kita bertemu di sini dan dirikan pondok untuk bermalam. Petang esok baru kita balik”, Mamat Bukit mengeluarkan perintah pada kawan-kawannya.
Mereka pun bergerak mengikut arahan yang telah ditetapkan oleh Mamat Bukit.
"Kita macam mana tuk?”, saya renung muka datuk.
"Kita ada rancangan kita sendiri, sabarlah Tamar."
"Tapi, kita dah bercerai dengan mereka?"
"Tak apa”, nada suara datuk cukup lembut.
Dia terus menyangkutkan golok perak di tali pinggang yang dibuat dari kulit yang selebar satu inci. Saya segera bangun, beberapa ekor pacat hutan kelihatan merayap di atas daun kering menuju pada saya. Datuk saya lihat masih lagi berdiri di situ, tidak ada tanda-tanda untuk melangkah.
|
|
|
|
|
|
|
|
Bercakap dengan jin ~ 54 ~
Penunggu rotan semambu
"Bagaimana kita tuk, boleh kita mulakan sekarang?", soal saya lagi.
Datuk tetap membisu dan masih mundar mandir di hadapan saya. Inilah saat-saat yang paling saya benci, bila datuk bertindak demikian. Cara yang paling baik saya lakukan ialah turut sama membisu. Biarkan apa saja yang mahu datuk lakukan. Tindakan saya ilu memang ada untungnya. Saya tidak marah atau merungut sesuatu yang akan menimbulkan kemarahan pada datuk. Matahari kian meninggi, saya renung ke utara dan nampak barisan Gunung Titiwangsa yang tertegun kaku, kabus nipis kelihatan mengelilinginya.
Buat beberapa saat saya bagaikan terpukau pada keindahan semula jadi dalam pancaran sinar matahari pagi yang kian meninggi. Dari arah belakang saya terdengar sesuatu yang agak ganjil, macam bunyi orang mematahkan anak-anak pokok hutan yang kecil. Bunyi itu makin lama makin jelas dan dekat. Saya renung datuk yang sedang membongkok, mencabut anak pokok besar jari kelingking. Mustahil datuk tidak dapat mendengar bunyi suara terscbut, pendengarannya lebih tajam dari saya. Tetapi, kenapa dia tidak bertindak atau membuat persediaan?
Sedang saya melayan pertanyaan dalam hati, Bunyi suara ranting dan pokok hutan yang dipatahkan bertambah hebat, saya jadi cemas. Tanpa berfikir panjang saya terus memalingkan muka ke belakang. Saya terkejut, sepasang kaki saya menjadi lemah tidak mampu menahan tubuh untuk berdiri tegak. Sekawan gajah dalam jumlah enam hingga tujuh ekor mengangkat belalai masing- masing ke arah saya sementara kaki gajah yang sebesar batang kelapa dara memijak anak-anak pokok hutan di sekeliling hingga menjadi rata dan ranap.
Dalam waktu cemas begitu, saya jadi panik tidak lahu apa yang palut saya lakukan. Gajah- gajah liar itu terus mara seolah-olah batang tubuh saya tidak wujud di depan mereka. Telinga gajah yang lebar itu terus memukul badan masing-¬ masing dan melahirkan bunyi yang agak kurang menyenangkan buat diri saya. Dalam keadaan yang tergamam itu, saya terasa badan saya macam disambar sesuatu, melayang-Iayang dan akhirnya tercampak di perdu pokok besar, kira-kira tiga puluh kaki jaraknya dari kumpulan gajah-gajah liar. Buat beberapa saat pandangan saya berpinar-pinar dan pendengaran saya jadi pana (tuli).
Bila keadaan sudah pulih, saya lihat datuk berdiri di hadapan kumpulan gajah liar sambil memegang sebatang pokok kecil di tangan kanan. Tangan kirinya diangkat melepasi kepalanya. Gajah-gajah liar itu bagaikan berhenti dari melangkah sambil menegakkan belalai masing-masing setinggi yang boleh. Tempikkan dilahirkan oleh gajah-gajah itu dalam keadaan yang serentak membuat suasana di dalam hutan menjadi kacau bilau dan kelam kabut.
"Pusing ke sana”, pekik datuk dengan sekuat hati.
Kesemua gajah-gajah liar itu memusingkan badannya mengikut arahan tangan kiri datuk.
"Kita semua makhluk Allah dan sama-sama mencari rezeki pemberian-Nya. Kau dengan cara kau. Kami dengan cara kami. Jalankan kewajipan masing-masing dan jangan kami”, tambah datuk sambil menjatuhkan tangannya.
Aneh sekali gajah-gajah liar itu bagaikan mengerti dengan cakap datuk. Sambil menjatuhkan belalai gajah- gajah itu bergerak ke kanan menuju ke kawasan yang banyak ditumbuhi pokok enau dan bayas.
|
|
|
|
|
|
|
|
Bercakap dengan jin ~ 54 ~
Penunggu rotan semambu
"Bangun Tamar."
"Tak boleh tuk, saya sakit."
"Di mana?"
"Tangan dan paha kanan tuk.”
"Hum..."
Datuk segera menghampiri saya. Paha kanan saya dirabanya hingga di pergelangan kaki. Dengan sepenuh tenaga datuk merentap kaki saya hingga setiap sendi sebelah kanan badan saya berbunyi.
"Bangun”, ucapnya.
Saya pun bangun dan melangkah duatiga tapak.
"Lagi di mana terasa sakit Tamar?"
"Bahu."
Datuk terus memeriksa bahu kanan saya. Dari pangkal bahu membawa ke hujung siku, kulit saya menjadi lebam. Setiap kali datuk menekan daging badan di bahagian itu, saya terasa sakit yang bukan kepalang dan membuat saya terasa mahu buang air kecil dengan serta-merta.
"Tunggu di sini”, bisik datuk ke telinga.
Saya anggukkan kepala. Datuk menuju ke perdu pokok salak, selembar daun salak yang masih hijau diambilnya. Dari situ datuk melangkah ke arah pokok jelutung dan terus terbongkok-bongkok di situ, macam mencari sesuatu. Datuk datang pada saya kembali menatang sesuatu di dalam daun salak, saya lihat benda yang datuk tatang itu lembik berwarna agak hijau muda. Tanpa berkata apa-apa datuk terus melumurkan benda itu di bahagian badan saya yang lebam dan daun salak muda terus dibekamnya sekali. Bagi mengelakkan daun salak itu jatuh, datuk terus mengikatnya dengan akar berwarna kebiru-biruan yang datuk ambil di tanah.
"Baring, luruskan kaki dan tangan. Bila aku kata bangun, kau bangun."
"Baik tuk”, badan saya rebahkan ke bumi.
Datuk terus duduk di sisi saya dengan wajah yang tenang dan sabar.
"Apa rasanya?", tanya datuk.
"Panas sampai ke tulang."
"Tak apa, sikit lagi sakit kau baik."
Lama juga saya terbaring di tanah. Muka saya berpeluh disimbah sinar matahari, tetapi rasa sakit seluruh badan terasa beransur-ansur kurang, kemudian hilang terus.
|
|
|
|
|
|
|
|
Bercakap dengan jin ~ 54 ~
Penunggu rotan semambu
"Bangun, dan berlari.”
Saya segera bangun dan terus berlari dengan mengelilingi kawasan tanah lapang. Saya berhenti berlari atas perintah datuk.
"Apa rasanya badan kau?"
"Dah tak sakit lagi tuk."
"Mari dekat aku. Biar aku buka balut di lengan kau."
Saya terus menghampiri datuk. Tangan kanan saya hulurkan padanya. Datuk terus membelek-belek tangan saya itu seketika. Daun salak yang hijau itu saya lihat menjadi kecut, macam terkena bahang api. Sebelum membuka balut tersebut datuk terlebih dahulu merentap tangan kanan saya secara mengejut hingga berbu¬ nyi. Bila balutan itu dibuka, lebam yang memanjang dari bahu hingga ke hujung siku sudah tidak ada lagi. Bila datuk menekannya dengan ibu jari, sudah tidak terasa sakit lagi. Saya boleh menggerakkan lengan kanan itu seperti biasa. Baju yang koyak datuk cantumkan kembali dengan menggunakan sejenis getah yang diambilnya dari sebatang pokok. Datuk tidak menyatakan pada saya, getah pokok jenis apa yang diambilnya dan saya tidak berminat untuk bertanya padanya.
"Kita melangkah sekarang, menuju ke arah yang ditunjukkan oleh Mamat Bukit. Aku harap kita dapat rotan semambu yang elok”, datuk menggeliat dua tiga kali sambil melihat arah kedudukan matahari. Dalam perjalanan menuju ke tempat yang dikatakan oleh Mamat Bukit, langkah datuk terlalu cepat, andainya saya menoleh ke arah lain datuk akan hilang dari pandangan saya. Berjalan dalam hutan yang penuh dengan akar-akar kayu, tunggul-tunggul lama serta pokok-pokok besar bukan satu hal yang mudah bagi diri saya. Tetapi, hal semacam itu tidak menimbulkan masalah buat diri datuk.
"Ubat apa yang tuk balutkan ke lengan saya tadi?"
"Tahi gajah."
"Tahi gajah?”, ulang saya dengan rasa yang amat terkejut.
Datuk berhenti melangkah lalu merenung muka saya bersama segaris senyum. Tekak saya terasa loya dan badan terasa geli.
"Itu petua orang tua-tua dan hasilnya sudah kau lihat sendiri. Kau tak perlu risau, petang nanti kau cuci badan kau dengan tujuh jenis daun yang aku cari”, kata datuk lagi.
Dia meneruskan perjalanan. Saya juga begitu. Saya dan datuk terpaksa menyeberangi sebatang anak sungai yang airnya mengalir jernih. Anak- anak seluang berkejaran di celah-celah batu. Airnya terasa sejuk sekali. Kemudian kami mendaki bukit kecil sebelah kanan tebing sungai.
|
|
|
|
|
|
|
|
Bercakap dengan jin ~ 54 ~
Penunggu rotan semambu
Di lereng- lereng bukit itu kami menemui rotan yang banyak tetapi rotan yang ada di situ bukanlah rotan yang dicari oleh datuk. Kami mendaki ke puncak bukit. Datuk terpegun melihat rotan semambu yang terdapat di situ. Dia bagaikan orang gila menerkam dari satu perdu rotan ke satu perdu rotan. Semua rotan semambu yang dilihatnya menarik belaka, tidak tahu yang mana satu harus diambilnya. Mungkin kerana penat bergerak, datuk terus duduk sambil melunjurkan kedua belah kakinya. Saya masih lagi melihat daun rotan yang menghijau, bergoyang- goyang ditiup angin.
"Kau pergi ke bawah ambil air di sungai”, datuk mengeluarkan perintah.
Wajahnya saya renung dan datuk bagaikan tahu apa yang menjadi persoalan dalam diri saya ketika itu.
"Kau tak ada bekas nak isi air?"
"Ya tuk."
"Itu perkara mudah, biar aku buatkan", datuk pun bangun.
Dia mengambil daun hutan yang lebar lima enam lembar, daun-daun itu di cantumkannya. Bagi mengelakkan daun yang dicantumkan itu terbuka, datuk menggunakan rotan kecil yang ditajamkan dan dicucuk pada setiap sendi atau pelipat daun hutan yang sudah dijadikan dalam bentuk baldi empat segi.
"Sekarang kau pergi ambil air."
Saya pun menuruni lereng bukit dengan hati-hati. Tetapi, hati berasa kurang sedap. Saya bagaikan merasa ada mata di dalam hutan itu yang memerhatikan gerak-geri saya. Bila saya berdiri di tebing sungai, saya terdengar bunyi orang berenang di sebelah hilir. Saya terus menoleh ke arah itu, apa yang saya lihat ialah air jernih kelihatan berkilau-kilauan dipanah matahari.
Saya kira, apa yang saya dengar itu cuma perasaan saja, mana mungkin ada manusia di dalam hutan selain saya dan datuk. Tidak masuk di akal air sungai yang cetek itu membolehkan manusia berenang di dalamnya. Kalau boleh pun pasti yang melakukannya manusia dungu, fikir saya. Saya terus mengambil air sungai dan membawa pada datuk. Kami terus makan tengahari dalam hutan. Setelah makan datuk pula pergi ke sungai, mandi dan mengambil air sembahyang. Lepas itu, barulah datuk memilih rotan semambu yang dikira baik untuknya. Datuk cuma mengambil tiga batang saja.
"Tiga pun sudah cukup, lain kali aku datang lagi”, kata datuk pada saya sambil meneliti ruas rotan semambunya.
Kedua belah tangan datuk genggam, dengan genggaman itu juga datuk menyukat rotan semambu dari hujung ke pangkal. Datuk memulakan sukatan itu dengan perkataan untung dan rugi. Bila sampai ke bahagian pangkal semuanya berakhir dengan perkataan untung. Kepalang gembiranya datuk, senyuman terus bermain di bibirnya. Senyuman di bibir datuk terus berhenti dikejutkan oleh bunyi perdu rotan semambu, dedaun rotan berguguran macam ada tangan raksasa yang menggoncangnya, akar- akar rotan tercabut sendiri.
|
|
|
|
|
|
|
|
Bercakap dengan jin ~ 54 ~
Penunggu rotan semambu
"Syaitan”, kata datuk.
"Bukan tuk, penunggu rotan semambu."
"Mana ada penunggu, penunggu tu syaitan”, suara datuk mula meninggi dan dia terus berdiri merenung ke arah perdu rotan semambu yang sudah tercabut.
Saya menarik nafas panjang. Rasa takut dan cemas terus menguasai diri. Datuk tidak berganjak dari tempat asalnya, matanya tidak berkedip merenung pada setiap perdu rotan yang tercabut. Saya terkejut bila terdengar bunyi deru seperti bunyi jentera penolak datang, semua pokok-pokok di situ bergoyang. Datuk segera membongkok lalu mengambil tanah dan tanah itu dikepal- kepalnya macam nasi. Dengan sepenuh tenaga dia melemparkan kepalan tanah itu pada perdu yang tercabut. Suara jentera hilang dan perdu rotan semambu saya lihat tetap seperti keadaan asal, tidak tercabut.
"Syaitan, syaitan”, datuk menyebutnya berulang kali sambil mengajak saya beredar dari situ tanpa membawa rotan semambu yang diambilnya.
"Ke mana kita nak pergi tuk?"
Saya terus mengikutinya menuju ke arah timur bukit kecil, sambil berjalan itu datuk terus memperkenalkan jenis pokok hutan pada saya. Akhirnya datuk mematikan langkahnya. Dia terasa kakinya tersepak kan sesuatu yang keras. Dia terus membongkok dan memeriksa tanah yang dipijaknya. Bila datuk tegakkan badan, di tangannya terlekap sepotong besi yang panjangnya kira- kira enam inci. Besi itu sudah berkarat dan bentuknya bulat kecil, kira-kira sebesar ibu jari tangan orang dewasa.
"Tulang mawas agaknya tuk?"
"Bukan."
"Kalau bukan besi apa pula tuk?"
"Inilah yang aku fikirkan."
Datuk terus duduk di tanah. Besi itu terus ditelitinya. Ketika itu matahari sudah agak condong kedudukannya. Dalam perkiraan saya, jika matahari itu bergerak atau tergelincir dari kedudukannya dalam jarak dua jengkal bererti waktu Asar sudah tiba. Saya mencadangkan pada datuk supaya pulang saja ke tempat asal (tempat bermalam yang dicadangkan oleh Mamat Bukit). Datuk menolak cadangan saya itu, dia masih mahu mencari rotan semambu lagi. Mahu atau tidak, saya terpaksa mengikutinya. Kami terus mara dalam hutan tebal. Tetapi perjalanan yang rancak itu berhenti juga, bila kami berhadapan dengan rangka besi yang bentuknya macam ekor ikan paus tersadai di satu kawasan.
"Rangka bas tuk."
"Bukan. Aku tengok macam ekor kapal terbang”, balas datuk.
Dia terus menghampiri ekor kapal terbang sambil mengetuk-ngetuknya dengan belakang parang. Pada bahagian ekor yang terpacak ke atas terdapat nombor. Manakala pada bahagian tepinya (badan) terdapat perkataan ‘The Air Transport Command’ serta ‘The US Army Air Force'. Perkataan itu terus melekat di kepala saya hingga kini. Seluruh kawasan itu kami periksa dengan teliti, begitu juga dengan bahagian dalamnya. Semua alat di dalamnya masih baik. Tanpa mengusik sesuatu kami meninggalkan rangka kapal terbang itu. Kami mengambil keputusan untuk pulang ke tempat asal.
|
|
|
|
|
|
|
|
Bercakap dengan jin ~ 54 ~
Penunggu rotan semambu
Bila sampai di tempat datuk mengambil rotan semambu tadi, dilihatnya tiga batang rotan semambu yang dipilihnya masih berada di situ. Tanpa berfikir panjang datuk terus mengambilnya, kemudian kami mandi di sungai. Bila kami sampai ke tempat mula-mula tiba tadi, Mamat Bukit dan kawan-kawan sudah ada, malah mereka sudah pun membuat bangsal kecil untuk bermalam. Beberapa longgokan rotan seni terdapat di situ.
"Sebelah sana, ada alur air untuk mandi dan ambil air sembahyang. Airnya jernih yang datang dari gunung”, kata Mamat pada datuk.
Alur ialah aliran air atau parit kecil yang airnya sentiasa mengalir. Datuk senang dengan penerangan Mamat Bukit. Dia terus ke situ mengambil air sembahyang. Setelah selesai menunaikan sembahyang Asar, saya terus berborak dengan kawan- kawan Mamat Bukit. Macam- macam hal yang kami kisahkan. Tetapi datuk tetap merahsiakan kejadian ganjil yang dialaminya ketika mengambil rotan semambu tadi.
"Kami jumpa bangkai kapal terbang orang putih”, ujar Samad Perang sambil menunjukkan barang-barang yang diambilnya dari bangkai kapal terbang.
Antara barang- barang itu ialah tiga biji topi yang ada lambang tentera, dua bekas air, selimut, dua pasang sepatu kulit, pisau, serta buku catatan.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|