CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: fazss

tiupan sepi (U)

  [Copy link]
 Author| Post time 18-1-2011 12:02 PM | Show all posts
Reply 1028# norza79


    mana boleh hbs.. klu dia hbs.. hbs lah citer
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-1-2011 12:04 PM | Show all posts
Reply 1027# calla


    hmy3:susah nak cakap ni...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-1-2011 12:05 PM | Show all posts
Reply 1026# nallepooh


    salah faham zaman dolu2...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-1-2011 12:05 PM | Show all posts
Reply 1025# shahrinas


    tengah usaha... sabar..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-1-2011 12:06 PM | Show all posts
Reply 1024# merahsilver


    Kira tak sihat...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-1-2011 12:07 PM | Show all posts
Reply 1023# naza81


    kira psiko dah la ni..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 18-1-2011 12:08 PM | Show all posts
Reply 1022# iwimz


    api yang menyala bukan sahaja meningkatkan bara tapi membawa haba yang membahang..
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2011 02:16 PM | Show all posts
Reply 1039# fazss


    fazss....tak cukup lah....blh
tambah lg n3....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-1-2011 02:37 PM | Show all posts
Reply 1048# Ju'a


    bukan hari ni la yer...
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2011 02:40 PM | Show all posts
fazz..sbg lagi ..kesiannya lisa & kira.....
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2011 07:19 PM | Show all posts
Kira demam terkejut tu....
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2011 08:36 AM | Show all posts
sian LISA baru lepas dr dugaan...
nie dtg lagi dugaan lagi besar pulak...
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2011 09:04 AM | Show all posts
Jahat bebetul si rusdi ni................
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2011 09:45 AM | Show all posts
Sian kat Kira
Kecik2 dah kena dugaan yg besar
sampai demam2
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2011 11:47 AM | Show all posts
aduii  suspen  suspen  suspen !!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2011 12:36 PM | Show all posts
Hari keempat aku lalui seperti semalam. Tanpa ada sedikit perubahan. Kira masih lagi tidak sihat. Keadaan semakin tenang, tiada sudah kuncu2 Rusdi yang berkeliaran seluruh tempat kurungan ini.

Aku meninjau keadaan sekitar. Aku masih mencari peluang untuk melarikan diri. Pintu tidak berkunci? Padahal setiap saat dan masa pasti ia terkunci. Hanya ada seorang yang duduk di tepi pintu depan. Dari gayanya mungkin tengah tidor.

“Kira…” aku mengelus lembut Kira yang sedang lena. Ini lah peluang untuk kami bergerak.

“Kira…” panggilan kedua, Kira mula membuka mata. Syukur. Aku merasa dahi dan lehernya. Semakin hilang panas tubuhnya.

Aku mendukung Kira yang masih lemah. Letih ditambah dengan panas badannya membuatkan dia semakin lemah. Syukur, kami Berjaya melepasi ‘penjaga pintu’.

Langkah aku atur berhati2, sambil mata meninjau keadaan sekeliling. Suasana yang kelam malam membuatkan aku mudah menyorok disebalik rumah2 yang berdekatan ini. Masyarakat di sini juga mungkin sudah berkurung di dalam rumah.

Aku merentasi jalan2 berbatu, entah berapa jauh aku berjalan. Kira yang tadi terlena tiba2 bersuara.

“mama”

“ye sayang..”

“kita nak pergi mana ni? Gelap mama..Kira takut”

“mama kan ada..”

Hujung denai, ada 2 persimpangan. Mana satu harus aku lalu? Ikut gerak hati sahaja lah. Aku berehat di satu anak sungai, sekadar menghilang tegang kaki dan lenguh bahu.
Bulan sudah terangi bumi, aku mula melangkah.

“mama..Kira jalan sendiri”

“larat ke?” aku memandang sayu. Sememangnya dialah permataku.

Kami mengambil langkah berjaga2, sesekali bila ada cahaya yang melalui jalan yang kami lalu kami akan menyorok di sebalik pokok. Siapa sangka kami masih mampu berjalan secara teratur walaupun suasana sudah semakin cerah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-1-2011 12:37 PM | Show all posts
Langkah kami terhenti di satu perkampungan. Dalam keadaan takut aku cuba juga menyapa tuan rumah yang kebetulan sedang menjemur pakaian. Jelas mak cik tua itu agak terkejut.

Pertuturannya pekat Kelantan, hanya sedikit yang aku faham. Tanpa banyak perbalahan, dia menarik aku dan Kira masuk ke dalam rumah melalui pintu berdekatan, pintu dapur.

Mak cik tua ini terlalu baik, seakan mengetahui keadaan kami. Air di hulurkan untuk kami.
Sehelai tuala dan persalinan diletakkan di riba ku, walaupun tidak memahami pertuturannya. Perbuatannya sudah menerangkan padaku. Aku membawa Kira mandi bersama, pakaian kami yang sudah pun berbau aku basuh. Aku sidai di dalam bilik air sahaja.

Keluar dari bilik air kami sudah pun siap berpakaian bersih yang diberikan mak cik tadi. Aku lihat mak cik itu rancak berbual dengan seorang lelaki di meja makan. Teragak2 aku mendekati, pantas mak cik itu menarik tangan aku duduk sebelahnya.

“Puan buat apa kat sini?” terkejut aku tengok lelaki tadi. Tadi dia berbual rancak dengan mak cik dengan bahasa yang aku tak faham, tapi sekarang dia boleh cakap bahasa melayu.

“syukur..awak boleh cakap bahasa Melayu”

“saya Lisa, ini anak saya Kira”

“saya Prasat, ini nenek saya”

“maaf kan saya Prasat, kampong awak ni kat mana?” pelik muka dia melihat aku.

“selatan Thailand”

“Puan Lisa dari mana? Asal dari mana?” muka Prasat merenung aku menagih jawapan.

“saya orang Malaysia, kami kena culik di bawa ke sekitar sini. Semalaman kami berjalan, hingga sampai ke sini. Saya tak tahu macam mana nak balik semula”

“ooo..begitu, kalau macam tu. Kawan saya mungkin boleh tolong Puan Lisa.”

“tapi saya takut, orang yang culik saya pasti ada orang sekitar sini” dia mengangguk2 beberapa kali.

“kalau begitu, saya akan teman Puan Lisa sampai Puan Lisa jumpa keluarga Puan Lisa”
Walaupun semuanya nampak mudah buat Prasat kerana di kerap melalui tembok yang menghubung Thailand dan Malaysia kami perlu berhati2. Semua orang perlu diragui.

Dua hari menginap di sini, Kira sudah semakin sihat. Ini semua jasa baik nenek Prasat menyiapkan minuman herba kepada Kira. Adakala aku juga dipaksa minum, menjaga kesihatan. Sebagai penghubung, Prasat lah perantaraan kami. Kalau tidak ibarat ayam dan itik bunyinya.

“mama..lama kita tak balik rumah”

“sabar lah sayang..abang Prasat tengah usaha” aku memeluk Kira, merangkul dia. Aku rindu pada semua, terutama my hubby. 6 hari dah kami tak berjumpa, walaupun sekarang aku sudah tidak di kurung secara amnya, aku masih terkurung juga.

Kami tidak boleh turun ke tanah, takut ada kuncu2 Rusdi yang terlihat.
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2011 01:02 PM | Show all posts
memintak LISA ngan KIRA terus selamat...
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2011 05:00 PM | Show all posts
harap jgnlah Lisa dgn Kira terlepas...
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2011 05:45 PM | Show all posts
Harap2 dpt mengatasi saat genting ni......
Jgn smpi jumpa mereka.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 03:03 AM GMT+8 , Processed in 0.056713 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list