|
Zarema kantoi ganggu Rita Royani tgh2 malam
[Copy link]
|
|
NazilaSK replied at 26-5-2015 11:06 AM
sekarang tengah gaduh sesame sendiri pasal rm20 sebulan ke rm20 sehari. kehkehkeh. dengar kat ber ...
Kan..
Kalau iols jd edel. Cakap mampu bayar 50 sen jer. Kasi ajar sikit sama mak jan. Nak 300k sangat kan. Nahh. Rasain permainan ku. Hehe.
Kedekut tak kedekut belakang kira. Nk war kita kasi war. Tetibah. Hehe |
|
|
|
|
|
|
|
izreen ckp apa.. dh try beklog tetap x jumpa
|
|
|
|
|
|
|
|
ye ke uols? i rase diorang dua ni apart from orang yang diorang tak suke, deyolls nice je kot. rita pun ngan followers kat ig ok je boleh gurau2.
rita tu pada iols kalo dia tak meroyan, she's a nice person to follow on ig. in person i tak tau le cemane. caption dia kadang lawak ngan bahasa utagha dia tu. bila dia buat lawak pasal kerenah anak2, iols suka je baca (contoh masa anak dok berdarah hidung pasai suka korek ). dulu iols follow dia, tapi bila dah banyak post pasal bisnes, iols unfollow 
|
|
|
|
|
|
|
|
rita ni sebenarnya sayang lg kat aidil. blh nampak yg dia masih nak kan aidil tu |
|
|
|
|
|
|
|
haruslah pagi petang siang malam edel. kalau post kat ig mesti ada bau2 nak berkait dgn edel.
"saya suka cium bau ketiak edel" - rita
|
|
|
|
|
|
|
|
Rita Rudaini hilang sabar
Oleh HARYATI KARIM
RITA mendedahkan nombor telefon individu yang didakwa mengganggunya di akaun Instagramnya pada malam Rabu lalu.
Pelakon Rita Rudaini kembali membikin panas apabila memuat naik nombor telefon individu yang tidak dikenali di akaun Instagram miliknya pada malam Rabu lalu. Dakwa Rita, tindakan itu dilakukan kerana hilang sabar selepas kerap diganggu dengan panggilan daripada nombor tersebut pada tengah malam.
Kata ibu kepada Airit Rayyan Rizqin, 6, dan Airit Qaqa Arjuna, 4, itu lagi, niatnya sekadar memberi amaran kepada pemilik nombor tersebut supaya berhenti mengganggunya. Dalam akaun Instagramnya, Rita tidak pernah menyebut identiti pemilik nombor berkenaan. Namun difahamkan, nombor telefon tersebut milik Zereema Zainal, isteri kepada bekas suami Rita, Aidil Zafuan.
Sehubungan itu pada Khamis lalu, Aidil telah membuat laporan di Balai Polis Nusajaya, Johor Bahru kerana privasinya diganggu selepas Rita mendedahkan nombor telefon milik Zereema di laman sosial tersebut.
Dalam satu kenyataan kepada media, Aidil mengaku nombor tersebut milik isterinya. Dia menggunakan nombor tersebut untuk menghubungi Rita pada malam Rabu lalu kerana ingin bercakap dengan anak-anaknya. Dakwanya lagi, dia berbuat demikian selepas nombornya telah disekat oleh Rita.
Meskipun begitu, Rita menjelaskan, dia langsung tidak tergugat dan terkesan dengan laporan polis yang dibuat oleh Aidil kerana percaya berada di pihak yang benar.
Kosmo!: Apakah tujuan Rita memuat naik nombor telefon individu yang tidak dikenali di akaun Instagram?
Rita: Saya muat naik nombor telefon itu kerana sudah hilang sabar dan tidak tahan diganggu. Sebagai amaran, saya muat naik nombor telefon tersebut di akaun Instagram supaya individu tersebut menghentikan perbuatannya.
Adakah anda sedar bekas suami, Aidil Zafuan telah membuat laporan polis berhubung nombor yang dimuat naik di akaun Instagram itu?
Saya tahu dia ada buat laporan polis tetapi berdasarkan apa? Sebenarnya saya langsung tidak tergugat dan terkesan, sebaliknya bersyukur kerana Aidil buat laporan polis. Sebabnya, saya tidak pernah menyebut atau mendedahkan identiti pemilik nombor tersebut. Dia sendiri yang mendedahkan siapa pemilik nombor tidak dikenali itu. Lagipun saya ada bukti telah diganggu daripada nombor berkenaan. Buat Aidil, tidak perlulah memalukan ibu kepada anak-anaknya.
Sudah berapa lamakah anda diganggu?
Sebenarnya, sebelum Aidil berkahwin lagi dan ia berlanjutan sehingga sekarang. Panggilan sering dibuat pada tengah malam atau awal pagi ketika anak-anak sedang tidur. Apabila saya angkat panggilan tersebut, tiada pula orang yang jawab. Jika sekali dua, saya boleh tahan lagi tetapi sudah banyak kali. Sebagai manusia, kesabaran saya juga ada batasnya.
AIDIL ZAFUAN memuat naik sekeping gambar di akaun Instagramnya selepas membuat laporan di Balai Polis Nusajaya, Johor Bahru pada Khamis lalu.
Mengapakah anda tidak membuat laporan polis selepas diganggu sekian lama?
Sepatutnya memang saya perlu buat laporan polis kerana sering diganggu. Sebab itu, saya mengambil langkah memuat naik nombor telefon berkenaan di akaun Instagram sebagai amaran terlebih dahulu.
Agaknya, apakah punca anda terus diganggu oleh individu yang tidak dikenali itu?
Saya tidak tahu mengapa saya diganggu. Bagi saya individu yang membuat panggilan tersebut tidak boleh melihat orang lain bahagia dan hidup senang. Barangkali dia terlalu banyak masa dan tidak ada kerja sehingga sanggup mengintip aktiviti saya dengan panggilan telefon.
Bagaimanapun, Aidil mendakwa dia yang membuat panggilan daripada nombor tidak dikenali itu selepas nombornya disekat oleh anda. Adakah benar?
Kenapa tidak menghantar mesej? Kenapa suka menipu sedangkan hari jadi anak pun dia tidak telefon atau menghantar mesej. Bagi saya, cukup-cukuplah melindungi perbuatan orang lain. Dia sendiri tahu perkara yang sebenar, sebab saya pernah mengadu hal ini kepadanya.
Sejak bercerai sehingga hari ini, ‘drama’ antara anda dan bekas suami tidak pernah tamat. Tidakkah anda berasa penat dengan semua kontroversi yang berlaku?
Orang luar tidak faham, mereka ingat saya suka naik turun mahkamah dan suka cari gaduh dengan bekas suami. Apa yang saya pertahankan adalah hak kami anak-beranak. Saya percaya Allah sentiasa membantu orang teraniaya.
Hidup saya telah bahagia bersama anak-anak dan tidak perlu cari gaduh dengan sesiapa termasuk bekas suami kerana dia juga telah mempunyai kehidupan sendiri. Saya tidak mungkin berdiam diri jika terus diganggu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Aidil hanya mampu beri RM20 sehari kepada Rita
26 Mei 2015 1:46 AM
SHAH ALAM 25 Mei – Pemain pertahanan bola sepak pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Mohd. Aidil Zafuan Abd. Razak mengaku di Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini, hanya mampu memberi RM20 sehari sebagai perbelanjaan makan dan minum kepada bekas isterinya, pelakon Rita Rudaini.
Dia berkata, jumlah tersebut adalah RM10 untuk perbelanjaan makan dan minum pada sebelah siang dan RM10 untuk sebelah malam.
Ketika ditanya peguam syarie, Datuk Mohd. Zaidi Mohd. Zain yang mewakili Rita tentang perbelanjaan sarapan dan minum petang untuk Rita, Mohd. Aidil Zafuan berkata, dia jarang bersarapan dan tidak makan lewat malam.
Mohd. Aidil Zafuan, 27, juga menyifatkan jumlah sebanyak RM43 sehari yang dicadangkan Mohd. Zaidi sebagai perbelanjaan makan dan minum untuk bekas isterinya itu adalah di luar kemampuannya.
Rita atau nama sebenarnya Rita Rudaini Mokhtar, 39, memohon tuntutan nafkah yang meliputi sarapan, makan tengah hari, minum petang dan makan malam yang berjumlah RM50 sehari.
Mohd. Aidil Zafuan juga me-negaskan dia hanya mampu memberi RM1,000 sebagai perbelanjaan tersebut setiap bulan berbanding RM1,500 sebulan yang dituntut Rita.
Dia berkata demikian semasa disoal balas oleh Mohd. Zaidi dalam prosiding perbicaraan tuntutan tunggakan nafkah berjumlah RM102,000 yang difailkan Rita pada 20 Januari tahun lalu.
Rita mengemukakan tuntutan itu bagi tempoh 20 bulan dari tarikh Mohd. Aidil Zafuan yang diwakili peguam syarie, Rushdan Sujak Rafie, meninggalkannya pada Januari 2012 hingga dia diceraikan pada Ogos 2013.
Tuntutan tersebut meliputi makan dan minum sebanyak RM30,000, bil utiliti (RM12,000), pakaian dan keperluan diri (RM10,000), kos pe-ngangkutan (RM20,000) dan sewa rumah (RM30,000).
Dalam pada itu, Mohd. Aidil Zafuan juga mengaku sepanjang tempoh 20 bulan tersebut dia tidak pernah membeli bahan mentah untuk dimasak oleh Rita, tidak pernah membawanya makan di luar ataupun membeli pakaian untuk bekas isterinya itu.
Namun dalam afidavit keterangan bertulis pemain bola sepak kebangsaan itu, dia memberitahu telah memperuntukkan RM2,000 atau RM3,000 sebulan selain RM4,000 setiap kali musim perayaan untuk Rita dan anak-anaknya sejak tinggal berasingan.
Katanya, dia akan memaklumkan melalui telefon dan khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Rita jika telah memasukkan sejumlah wang dalam akaun milik pelakon itu namun tiada maklum balas daripadanya sama ada telah menerima wang berkenaan.
Mohd. Aidil Zafuan berkata, bekas isterinya itu tidak pernah memaklumkan kepadanya sama ada wang berkenaan tidak mencukupi untuk perbelanjaan dan keperluannya.
Dalam pada itu, ketika disoal peguam sama ada Mohd. Aidil Zafuan tahu bahawa Rita tidak menghalalkan nafkah yang tidak diberi olehnya, pemain JDT itu berkata dia tidak tahu.
Hakim Syarie Mawardi Che Man yang mendengar prosiding kes tersebut menetapkan perbicaraan bersambung 14 September ini.
Terdahulu beliau menetapkan 1 Julai untuk hujahan kedua-dua pihak bagi kes tuntutan mutaah RM300,000 oleh Rita. |
|
|
|
|
|
|
|
buat amaran konon.
ngaku je lah ko post supaya karat PPRT ko serang edel dan zarema. there should be no other reason kot. kalau nak buat report polis kena ada call logs, buktikan nombor tu ganggu ko, tapi ada kewww?
ini baru edel buat report polis terus terbirit2 delete post hapuskan bukti. |
|
|
|
|
|
|
|
kalo dah kata bahagia & tak perlu carik gaduh then keep ur mouth shut la cik kak oiii...
tak payah duk berhashtag & mengumpat berjemaah kat ig...
dan anak2 tu tetap anak edel....sampai mati pun edel ada hak sbg bapak....
|
|
|
|
|
|
|
|
Syd replied at 26-5-2015 11:30 AM
Rita Rudaini hilang sabar
Oleh HARYATI KARIM
Kurang cerdik jugak Zarema ni guna number yg boleh ditrace. Kurang2 gunalah number skype ke.. Iols pernah jugak ada org kacau mcmni tpi guna ajelah number yg untraceable untuk siasat. |
|
|
|
|
|
|
|
ngumpat dan maki hamun zarema secara berjemaah sambil mengaku Allah bersama dia. entah bila pula dia dapat wahyu bercakap bagi pihak Allah. Perintah Allah yg simple2 pun main langgar, pftttt. ada hati nak mengaku Allah bersama dia. |
|
|
|
|
|
|
|
yang ni....iols tak sampai hati tak setuju. beragak la wehhh kalo nak jadi batu hapi ponnn 
|
|
|
|
|
|
|
|
contra & annoying sgguh statement rr ni.
kalo org tu penuh hatred mmg bleh join sekaki la dgn dia...
nasib edel tu jns lembut... kalo dpt jantan baran mau senget mulut kena penerajang
(ps: aku bkn sokong keganasan kat wanita...tp rr & geng ketupat ig dia ni bahasa toooooo muchhh. aku lak rasa nk kunci mulut depa)
|
|
|
|
|
|
|
|
Katanya, dia akan memaklumkan melalui telefon dan khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Rita jika telah memasukkan sejumlah wang dalam akaun milik pelakon itu namun tiada maklum balas daripadanya sama ada telah menerima wang berkenaan.
Mohd. Aidil Zafuan berkata, bekas isterinya itu tidak pernah memaklumkan kepadanya sama ada wang berkenaan tidak mencukupi untuk perbelanjaan dan keperluannya communication breakdown at its best.
|
|
|
|
|
|
|
|
sebelah sapa yer agaknya tu
dendam membara
|
|
|
|
|
|
|
|
Senang citer Zarema, kalo tak nak kantoi, tak payah stalk. Kalo rasa perlu juga nak stalk, risikonya kantoi atau....tunjuk terang2 ko stalk 
|
|
|
|
|
|
|
| |
|