|
............
30 Permintaan Kepada Ibumu Ketika Beliau Masih Hidup
-----
1. "Mak, saya nak minta maaf segala salah silap sejak kecil. Halalkan susu mak yang mengalir dalam darah daging saya."
2. "Mak, saya teringin nak makan masakan mak. Ayam goreng pun jadilah. Janji mak masak."
3. "Mak, doakan saya berjaya dalam segala lapangan sepanjang hidup di dunia. Hinggalah di akhirat kelak."
4. "Mak, doakan saya lepas dari seksa kubur."
5. "Mak, doakan saya jadi anak yang soleh/solehah."
6. "Mak, kalau boleh saya nak tengok senyuman mak tiap-tiap hari."
7. "Mak, boleh tak mak temankan saya jalan-jalan di taman tiap petang?"
8. "Mak, boleh tak mak pilihkan saya kasut, baju yang mak berkenan saya pakai?"
9. "Mak, boleh tak mak temankan saya masa saya sedih?"
10. "Mak, nak peluk, boleh? Hati saya sakit."
11. "Mak, pinjam riba. Nak nangis banyak-banyak di ribaan mak."
12. "Mak, kalau boleh, mak jangan tinggalkan saya selama-lamanya, boleh tak?"
13. "Mak, mak janganlah menangis risaukan saya bila saya demam atau jatuh sakit. Saya sedih bila mak nangis."
14. "Mak, mak doakan saya dapat hafal Al-Quran. Supaya suatu hari atau setiap hari saya boleh perdengarkan hafazan saya depan mak. Sampai mak tersenyum."
15. "Mak, kita pergi umrah sama-sama ya nanti."
16. "Mak, nak manja-manja dengan mak, boleh?"
17. "Mak, nak pegang tangan mak, nak pimpin tangan mak, nak elus tangan mak. Boleh?"
18. "Mak, setiap kali Ramadhan, setiap kali raya, setiap apa event sekalipun dalam hidup saya, saya nak mak ada bersama."
19. "Mak, boleh tak kejutkan saya bangun tahajjud, ingatkan saya solat dhuha?"
20. "Mak, boleh tak sikatkan rambut saya lagi walaupun saya dah besar panjang?"
21. "Mak, nak mak yang suapkan saya makan boleh?"
22. "Mak, boleh tak mak marah saya setiap kali saya tinggalkan solat? Sebab orang lain marah tak mampu menyedarkan saya."
23. "Mak, ingatkan saya untuk tutup aurat selalu. Kadang, saya terlupa. Terbabas dari landasan."
24. "Mak, boleh tak mak jangan menua? Boleh tak mak jangan bertambah usia?"
25. "Mak, boleh tak mak jangan suruh saya cabut uban mak sebab terlalu gatal? Sebab bila cabut, saya rasa hati saya nak tercabut sama. Sebab fikir mak dah tak lama akan pergi tinggalkan saya."
26. "Mak, boleh tak pilih saya riba mak di akhir waktu nanti?"
27. "Mak, boleh tak saya nak panggil mak sampai saya mati, dan mak menyahut setiap panggilan saya?"
28. "Mak, boleh tak..boleh tak jangan pergi?"
29. "Mak, bila mak tiada lagi. Boleh tak datang dalam setiap mimpi, sebab saya teramat rindukan mak."
30. "Mak, boleh tak, saya nak sayang mak selama-lamanya? Boleh tak saya nangis bila saya rindu mak tiap-tiap saat nanti? Mak, mak, boleh tak mak hidup selama-lamanya temankan saya meniti hidup ini?
Mak, saya tak kisah mak dah tua. Mak dah tak larat. Mak dah berusia. Mak dah beruban putih satu kepala. Mak dah rabun mata, lemah pendengaran telinga.
..atau suatu hari mak dah tak ingat siapa saya.
Asalkan mak ada di sisi tiap ketika.
Mak, saya sayang mak sangat-sangat.
Selama-lamanya.
Nukilan: Muhammad Rusydi
|
|