wehhhh yg hujung tu iols tak pernah perasan okeh hahahahahah! iols igt time ni dia mcm nak tumbuk je rudeyy fonen tu hahahah rupanya sempat wink bahahahahah
Post time 3-1-2020 11:08 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Kalau tidak silap dgr. Tadi pun ada ditanya pasal fans. Katanya dua2 fans juara bergaduh. Hady cakap dia ada merisik juga. Tkde bergaduh pun. Begitulah lebih kurang. Hahaha. Hady risik kat mana tuh?
Post time 3-1-2020 11:13 PMFrom the mobile phone|Show all posts
sarajevo replied at 3-1-2020 03:08 PM
Kalau tidak silap dgr. Tadi pun ada ditanya pasal fans. Katanya dua2 fans juara bergaduh. Hady cakap ...
Hady pun tahu pasal video azan dia viral
Hady kata 'menyanyi boleh
,tak kan azan tak boleh'
Ada kat berita gempak tadi.
Nak tepek pakai hfon iols tak reti la.
Post time 3-1-2020 11:15 PMFrom the mobile phone|Show all posts
SR4tahun replied at 3-1-2020 10:42 PM
wehhhh yg hujung tu iols tak pernah perasan okeh hahahahahah! iols igt time ni dia mcm nak tumbuk ...
Sebenarnya heols time tu da ngantok sangat tuh. Dedua mata da tekulat2. Pulak si ponen2 ni meleret tanya bebenda yg sama cam radio burok. Kalau meols da ku cili da mulut tuh..
Post time 3-1-2020 11:25 PMFrom the mobile phone|Show all posts
"Menyanyi Boleh Takkan Azan Tak Boleh…" - Hady Mirza Perjelas Video Viral Laungan Azan
Beberapa minggu lalu, viral sepotong rakaman video memaparkan juara Gegar Vaganza 2019 (GV2019) Hady Mirza melaungkan azan di sebuah acara dipercayai di Singapura .
Melaungkan azan dengan cukup merdu dan mendayu, kebolehan Hady Mirza itu mendapat pujian ramai.
BACA: "MasyaAllah Syahdunya Mendayu-Dayu!" - Netizen Puji Kemerduan Suara Hady Mirza Laung Azan, Minta Rakamkan Takbir Raya 2020
Menjelaskan lebih lanjut, Hady Mirza memberitahu video berkenaan sebenarnya dirakam pada satu majlis di Singapura penghujung 2018.
Menurutnya, menjadi kebiasaan jika di Singapura, ramai akan memintanya melaungkan azan sebelum acara bermula.
"Setiap kali ada acara di Singapura, mesti ada yang minta saya azan. Sejujurnya memang saya selesa untuk melaungkan azan kerana sekurang-kurangnya kerinduan saya pada azan di Makkah dan Madinah terubat.
"Saya dah buat umrah lebih empat hingga lima kali, jadi bila dengar saja azan di tanah suci sebagai pemuzik alunan azan itu akan meresap. Bila saya azan, pada masa sama kita akan dapat pahala jadi tak rugi pun," katanya.
Ditanya sama ada dia pernah bersekolah agama yang khusus, Hady menjelaskan dia banyak memperlajari ilmu agama daripada rakan-rakan ustaznya.
"Ilmu agama itu tidaklah banyak, saya biasa-biasa saja. Cuma saya banyak berkawan dan bercampur dengan ustaz-ustaz.
"Adalah belajar sikit, kalau kita mengaji tu tahulah taranum atau dengung tu dekat mana. Sebagai pemuzik, kita boleh tiru satu-satu nada tu.
"Saya tiru azan di Makkah dan Madinah tidaklah sempurna mana tapi saya akan kasi sehabis baik. Takkan menyanyi boleh buat bagus, azan tak boleh kasi 100 peratus kan?," katanya.
Hady ditemui pada konsert ‘Picnic In The Farm’ yang berlangsung dengan penuh meriah di Ladang 16, Universiti Putra Malaysia (UPM), 28 Disember lalu.
Konsert itu turut diserikan dengan persembahan daripada juara GV6, Hady Mirza dan Naqiu Boboy serta beberapa bintang lain termasuk One Nation Emcees, Nurfatimah, Jatt, Sham Visa, Wann dan Noorshila Amin.