Trivia
- banyak family yang datang FM ni. Siap ada yang dah bertongkat datang. Ahjumma dan ahjussi bawak anak2 datang. - KJK kan suka bercakap, cara dia bercakap, duduk dan body language dia sangat santai dan menunjukkan dia relaks berada di kalangan fans dia. - peminat Korea sangat mematuhi arahan (kebanyakannya), kalau tak boleh amik gambar memang diorang takkan buat. Tapi ada gak belakang I tu merakam. Ahjumma… - air mineral yang KJK minum pun dijadikan hadiah lucky draw. Pastu yang menang ahjussi ni, dia tanya bini dia nak tak..then bini dia kata taknak, bagi kat fans lain. - lepas dari tu ade dekat 3 botol la diorang suruh KJK minum sikit (kat belakang pentas) then bagi as lucky draw (tak sure dia ada sign ke tak botol tu) - aku, informer, fan indon, fan jepun dan fan korea decide nak pegi makan bersama lepas FM. - masa nak balik hujan lebat giler! Dapat la merasan angin taufan diorang. Sampai payung I terkelepet dan ada gak terkuncup balut kepala sendiri. Masa nak buka payung tu, payung tu terkelepet..gelak semua fans kat situ.. hahahaha.. - pastu duk jalan dalam hujan tu kan, aku pakai topi fan brunei bagi tu..sekali terbang! Jauh giler! Mencicit fan jepun dan korea tu kejar.. fan korea tu dah la siap pakai heels! Mujur dapat balik topi tu..
- rasa memang FM untuk tempat dia bercakap kot. So pasrah je la I ni..hehehe
11 Ogos 2014 (Send off RM cast)
Time tu pergi sembahyang, balik je tengok orang dah jerit2.. I punya handphone tengah charge dekat kawan. So gigih la mencari kawan tu. Time tu YJS masuk. Lepas tu HaHa then JSJ. Yang lawaknya, gigih la I meninjau mana kawan aku sampai tak sedar aku dah berjalan dalam group diorang. Kiranya time tu depan HaHa..then guard sedar kot. Pastu tolong i. hahaha… lawak!
Masa dekat airport tu, memang YJS dikawal ramai sekuriti. Boleh kata ssemua sekuriti untuk dia sahaja. Nation MC la katakan. Dia senyum je sambil lambai orang. JSJ memang Nampak dah tua sangat. Perlahan je dia jalan sambil sengih. HaHa masuk sambil tarik Skull dari terpisah dari dia. Pastu ada budak kot terjatuh, then HaHa terus angkat budak tu.
Pastu aku nampak Lee Hwang Jin PD. Aku tegur dia tanya boleh ambil gambar tak? Dia cakap sorry, dia tengah kerja. Ok takpe.. tapi best la jumpe dia.. aku suke dia!
Tunggu KJK langsung tak nampak batang hidung. Ada macam2 rumours time tu. Yang paling kuat rumours, diorang dah datang awal dan tengah buat misi dekat departure gate. Lepas tu, cakap diorang kalah so tak boleh fly ke Taiwan. Macam2 la. Tapi kesian la, sebab masa tu ramai peminat KJK yang tunggu sebabkan FM dia semalam kan. so balik dalam tanda tanya Last edited by syue86 on 19-8-2014 05:52 PM
|