ofcoz we all know its just gimik..tp weols tetap nak jihan kekal di konsert!!
Jihan: Penyingkiran Saya Dari #AF2014 Itu Hanya Gimik
KUALA LUMPUR, 9 SEPT 2014: Pelawak dan pengacara Jihan Muse akui penyingkirannya sebagai pengacara utama di konsert Akademi Fantasia 2014 (AF 2014) pada malam ahad lalu adalah hanya satu gimik dan dia sengaja kelihatan seperti terkejut.
Jihan berkata dia sudah pun diamanatkan untuk mengacarakan program itu hanya untuk minggu pertama konsert sahaja dan minggu seterusnya akan ada hos lain yang akan menggantikannya.
“Sebenarnya itu salah satu gimik sahaja dan saya sengaja kelihatan terkejut dengan penyingkiran itu. Sedangkan, saya sudah pun sedia maklum tugas saya sebagai pengacara kosert AF2014 hanya untuk malam itu sahaja.
“Saya gembira kerana gimik itu menjadi dan ramai yang tidak menyangkanya. Sedangkan komitmen utama saya di AF 2014 adalah untuk mengendalikan episode Diari AF2014 sahaja.
“Lagipun memang konsep Akademi Fantasia yang sentiapa mahu memberikan kejutan setiap minggu,” katanya ketika dihubungi murai.com.my
Malam Ahad lalu, AF 2014 membuat kejutan apabila mengeluarkan 4 bagasi yang membuat penonton menyangka 4 orang pelajar akan tersingkir pada malam itu.
Namun ianya hanyalah gimik semata-mata apabila Faizal Ismail muncul. Zizan mengumumkan nama Jihan yang akan tersingkir pada malam itu manakala Faizal Ismail akan menggantikan tempat Jihan bagi konsert yang akan datang dan seterusnya.
Mengulas mengenai pengalaman pertama kali mengacarakan konsert AF2014, Jihan memberitahu perasaannya bercampur baur.
“Saya gembira dan teruja apabila diberi peluang mengacarakan acara pada malam itu namun tak dinafikan buat pertama kalinya saya rasa agak gugup namun aianya masih terkawal ,” ceritanya.
Kak Zai aka Joan Rivers Malaysia Perunding Gaya #AF2014
Kredit Foto: Majalah GLAM
KL, 9 SEPT 2014: Murai Batu percaya, tak begitu ramai yang mengenali siapa Kak Zai. Tapi di kalangan orang-orang di dalam dunia hiburan tanah air khususnya di bidang penyiaran televisyen, khidmat Kak Zai sangat penting serta sangat diperlukan oleh pihak produksi.
Sebab Kak Zai bersama teamnya yang sibuk menguruskan gaya dan pakaian seseorang peserta mahu pun selebriti yang terlibat di dalam sesebuah acara atau program hiburan.
Dan, seingat Murai Batu, selaku perunding gaya, Kak Zai atau nama sebenarnya, Zaihani Zain memang sangat tegas orangnya, lebih-lebih lagi dalam menentukan hala tuju gaya dan pemakaian seseorang peserta atau selebriti. Tak hairanlah kalau dia digelar Joan Rivers Malaysia uols.
Tapi, biasalah. Dalam apa pekerjaan pun, tak semua benda kita boleh dapat. Sama jugalah macam Kak Zai. Tapi, hujung-hujung, bila ada problem dengan gaya dan pemakaian, yang kena bukan orang lain. Dia dengan team dia jugak.
Mungkin korang pernah tertanya, apakah program yang melibatkan Kak Zai dengan teamnya. Well..well..well..Kalau nak tahu, Akademi Fantasia (AF) yang dulu-dulu, adalah antaranya.
Kemudian Kak Zai berhenti seketika daripada Astro dan beberapa musim terakhir Akademi Fantasia telah menggunakan khidmat Perunding Gaya yang lain.
Namun, yang menariknya, dalam AF2014, khidmat Kak Zai diperlukan semula. Bagai, sirih pulang ke gagang, begitulah ibaratnya kepulangan semula Kak Zai dalam AF kali ini.
So, buat kak Zai, selamat kembali bertugas semula di AF2014 dan selamat berjuang...
Edisi kesebelas untuk program realiti nyanyian Akademi Fantasia membuka tirai pada Ahad lalu. AF2014 mempertaruhkan bakat nyanyian 12 orang anak muda yang bertarung sesama sendiri dalam mengejar gelaran juara. Membuka gelanggang konsert, AF2014 mengumumkan kejutan yang boleh dijangka, iaitu mereka memperkenalkan Datuk Hattan sebagai pengetua.
Syarat yang ditetapkan oleh Hattan untuk mengharamkan peserta-peserta AF2014 menyanyikan lagu Indonesia dilihat sebagai sesuatu yang sangat menarik dan pastinya Hattan bakal memberikan satu kelainan dalam mengemudi AF2014.
Melihat kepada potensi peserta, terlalu awal untuk menilai persembahan mereka kerana ini baru minggu yang pertama. Namun begitu, GUA suka dengan persembahan yang ditonjolkan oleh Nuha dalam menyanyikan lagu ‘Tunggu Sekejap’.
Selain lontaran vokal yang mantap dan membuai, Nuha kelihatan sangat jujur dalam menyampaikan nyanyiannya. GUA boleh katakan yang Nuha memang betul-betul memasuki AF untuk menjadi seorang penyanyi apabila tamatnya program ini nanti, bukannya sekadar menjadikan AF sebagai platform untuk dia mencari rezeki dalam lapangan seni dan akhirnya bergelar pelakon, penyampai radio dan sebagainya.
Selain itu, GUA juga turut tertarik dengan Adel kerana cara dia menyanyi sangat ‘effortless’ tetapi apa yang cuba disampaikan oleh Adel berjaya difahami penonton. Nuha dan Adel pastinya boleh digilap lagi di minggu-minggu seterusnya dan GUA sendiri tidak sabar untuk melihat evolusi yang bakal mereka tampilkan.
Sedikit komen mengenai gandingan pelawak Zizan Razak dan Jihan Muse yang beraksi sebagai pengacara di konsert pertama AF2014, GUA boleh katakan ini merupakan satu pilihan bijak. Gandingan mereka berdua kelihatan serasi dan ketika di zaman kebangkitan komedian ini, gabungan antara Zizan dan Jihan membuatkan orang geli hati dan tertarik untuk menonton, tetapi kadang kala gandingan mereka boleh membuatkan penonton keliru sama ada mereka sedang menonton program realiti AF atau pun program pencarian pelawak seperti Raja Lawak.
Sekali lagi, AF menyajikan kejutan basi iaitu tiada penyingkiran pelajar untuk minggu pertama dan AF juga mendedahkan satu pengumuman yang sangat mengejutkan. Bekas penyampai radio, Faizal Ismail bakal bertindak selaku pengacara konsert bergandingan dengan Zizan, manakala Jihan akan terus kekal sebagai pengacara Diari AF. Pastinya ramai yang ternantikan apakah yang bakal disajikan oleh AF2014 untuk konsert minggu kedua.
Secara tuntasnya, konsert pertama AF2014 berada di tahap memuaskan dan kredit harus diberikan untuk tenaga produksi yang bertungkus lumus dalam menjayakan AF. Akhirnya, pasti ramai tertanya-tanya adakah AF masih relevan di masa kini? Jawapannya terletak kepada penonton sendiri. GUA percaya, selagi ada sambutan dan selagi ada penonton yang menonton, selagi itu AF akan terus bersiaran. Sama ada mengulang siar kejutan basi atau mencipta sensasi baru, GUA berpendapat yang AF akan terus bersiaran selagi masih ada yang menyokong.
Apesal zizan ckp mcm berlumba jer? Cam kalut jer bunyi klu yg part ikut skrip. Part dia menyakat org ok pulak. Jihan gak yg best. Pandai control keadaan. Takde kalut2 cam zizan. But they are a good match laa. Fbi tu hmm tah laa. Tunggu next concert baru blh komen.
My fav of the nite - adel, nuha, firman, ewal and nina. Adel n nuha mmg best laa. Adel rilekkkk jer nyanyi. Muka cool jer tarik high note. Tak gedik walaupun dia cantik. Nuha mmg favorite la. Selamba jer pompuan ni. Langsung tak control. Sore pun deep n nice.
adoi tak suka lah fbi jadi pengacara. astro ni dah kenapa kutip budak media prima masuk astro. punyalah banyak produk astro. jihan dah cukup bagus dah untuk orang hadap. fbi tu dah la lawak gelak sendiri tak lawak poyo. jihan lah weh!!!!!
btw, hattan dah kuar statement yg dia haramkan lagu dari indonesia dinyanyikan di af11. andai kutahu je yg terlepas 1st week hari tu ek...hattan mmg lantang bab lagu indon ni masa zaman af hazama hari tu. kpop pun hattan xgemor time eirul cuba mengkpopkan af dulu.