CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sang_arjuna

ANDAINYA KAU JADI MILIKKU ( rating U)

   Close [Copy link]
Post time 3-5-2010 10:10 AM | Show all posts
arjunn??? mano ko pegi ni,, windu bebangat sama yem ngan lala, kepingin dua2nya kawin,,,, ngak sabar ni...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-5-2010 12:01 PM | Show all posts
Is g bertapa kot...
midar Post at 3-5-2010 08:32

midar is dah balik dgn campur tgn bling is dpt balik msia...
bergegas nak ke kuantan...ambil taxi malang nasib taxi ketahan dgn JPJ....;)
sehingga kini x dpt dihubungi
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2010 12:06 PM | Show all posts
Reply 1142# qimi08

akak..
g kuantan buat aper lagi..
lala dh ader kt KL...
tp kalo dia g cr ular besar..
x tau la plak...
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2010 12:12 PM | Show all posts
Reply 1143# midar
katanya...lala dilarikan yem ke kuantan....
kat pahang ada tasik chini...so mungkin is nak cari naga la kut
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2010 12:17 PM | Show all posts
Reply 1144# qimi08
naga tasik chini?
jenuh nk cr tu...
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2010 12:45 PM | Show all posts
smiley...jangan lupa hapdate ye.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-5-2010 01:43 PM | Show all posts
Tuan umah tak balik agi eekk.......
Xper la.....  boleh la Mami n the geng pektis lama skit.......
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2010 02:42 PM | Show all posts
smiley.... n3 nya....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-5-2010 03:10 PM | Show all posts
Reply  midar
katanya...lala dilarikan yem ke kuantan....
kat pahang ada tasik chini...so mun ...
qimi08 Post at 3-5-2010 12:12


alahaiiii... mcm2 speku korang.....
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2010 04:54 PM | Show all posts
akhirnya smpai gak aku kat page terakhir ni.....
ingatkan dah berjela2 n3 masuk..... hmmm smiley busy dgn kerja amal tu...
Off Topic jap....
aku pun ada gak tolong2 kat umah org2 tua kat JB ni... Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan....
mcm2 rasa ada bila kita bergaul dgn mereka... sedih, happy dan terharu.... sedih bila ada citer ttg anak yg berjwtan tggi dan mewah senang2 je tggalkan ibu yg tua dan uzur kat depan pagar umah jagaan tu.... pastu ibu dia merengek2 nak balik umah jumpa si anak.... yg happy bila ada yg terlalu peramah mcm2 citer dia bualkan sbb nak tutupkan kesedihan dihati masing2....
yg terharu sgt2 bila ada org VIP dtg or badan k'rjaan dtg melawat smbil menderma... macik2 kat situ siap tnya brp jumlah wang yg dibelanjakan tuk derang dan mintak maaf sbb derang tak mampu nak balas jasa baik penderma semua...
nmpak sgt yg derang sebenarnya tak mau dibantu secara percuma.... walaupun derang tak berkemampuan tapi hati tetap nak balas jasa baik org tu......

Smiley.... bila nak bagi n3 majlis Lala n Yem tu?
nak tau cam ne wajah terkujat Puan Noraini yg tamak haloba tu....
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2010 05:10 PM | Show all posts
smiley ada wat keje amal gak ek? best nye klu dpt ikut
smiley, next time klu ada keje amal lg ...
bunick Post at 3-5-2010 08:42



akak ada gak join my closest fren, time posa and raya, mesti dia buat Donation Drive utk anak yatim, kami tolong edar2 barang serta duit raya kat rumah2 yang terpilih. so kalau tahun ni dia buat, bunick nak join ?
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2010 07:42 PM | Show all posts
akak ada gak join my closest fren, time posa and raya, mesti dia buat Donation Drive utk anak  ...
detox Post at 3-5-2010 17:10



nak nak!!!nt detox gtau ye. x bln pose pn xpe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-5-2010 10:28 PM | Show all posts
sori semua
problem dgn internet
...........................................................................

Adham melambai sebaik saja ternampak Najlah. Kafeteria di tingkat dua Wisma Prima Peninsular yang menjadi tempat warga Akitek Karyabina melepak sambil mengisi perut agak lengang selepas waktu pejabat. Najlah meletak beg di kerusi kosong. Rindu Adham terus terubat. Walaupun bekerja di tempat sama tapi jadual dan masa mencemburui mereka. Seorang ke hulu, seorang ke hilir. Kebelakangan ini jarang sekali mereka dapat berjumpa,  apatah lagi makan bersama.

“Are you okay? Takkan tengok muka I terus mengantuk ” tanya Adham bila Najlah menahan kuap.

“ Penatlah. Pagi tadi  kena  cari furniture untuk rumah di Duta Nusantara. Letih I pusing Janine, Vivencia dengan Urban Culture. Lepas tu rush pergi meeting kat KLGCC then balik semula ke Duta Nusantara sebab orang  datang ambil ukuran curtains. Masa nak balik ke sini jam teruk  kat Jalan Duta. Lenguhnya badan aku. “

Najlah terjerit  bila hidungnya di tarik.  

“ Lupa dah?” Adham menjegil

“ Sorry. Lenguhnya badan I” Tiga perkataan terakhir di sebut dengan mengada dan manja. Sejak Adham melamar, kata gantinama pun berubah kepada I dan you  bukan aku dan kau. Susah woo nak tukar dengan sekelip mata. Adham pula kaki buli. Asyik kena denda saja.

“ Nak I urut?” pelawa Adham. Najlah menjeling. Saja tau cik abang ni.  

“ Saja nak test iman you kuat ke tidak. Tak lama lagi, sayang.”  bisik Adham. Senang betul nak buat Najlah blush. Pipi Najlah yang merah di cuit. Geram!

“ Oww!” Adham menenyeh tangannya yang di cucuk dengan garfu. Main kasar cik adik ni.

“ Padan muka. Mengada lagi jadi Kassim Selamat. Oh, terlupa pula. My parents  ajak datang rumah for dinner besok. Dia orang dah rindu kat you” Apa lah jampi yang Adham pakai sampai Mak dan Abah asyik sebut nama dia. Sayangnya mereka pada Adham. Aku sendiri kena sideline.

“ You masak apa untuk I?” Tak pernah lagi aku rasa air tangan Najlah. Kalau setakat tolong Mak Tam pernahlah. Sekurangnya aku tahu dia pandai potong bawang, potong sayur, goreng ayam dan buat omellete. Syukur Najlah bukanlah anak orang kaya yang  tak pernah masuk dapur.

“ Tak boleh cakap. I belum dapat ilham lagi. Tengok apa mimpi I malam ni”

“ Bukan you selalu mimpi I kah?”

“ Huk eleh… perasan!” cemuh Najlah. Melihat wajah Najlah yang merona dan matanya yang di larikan, Adham dapat menebak jawapan sebenar. Bibirnya mengorak senyum lebar.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-5-2010 10:29 PM | Show all posts
Najlah menukar topik dan terus bercerita tentang projek terbarunya, rumah berkembar dua di Duta Nusantara. Nasib baik pemiliknya memberi bajet yang lumayan. Tak perlu dia membanding harga dari kedai ke kedai. Ini pertama kali dia di beri bajet yang lumayan dan kebebasan menata gaya menurut citarasanya sendiri. Alangkah bagus kalau semua klien macam itu. Cuma deadline yang di beri sangat suntuk. Sesak nafas di buatnya.

“ Sampai hari ini, I masih hairan kenapa dia boleh trust my work seratus peratus. Tak pernah sekalipun dia datang menjenguk atau bagi apa apa arahan. PA dia Puan Yana itu pun tak kisah, cuma suruh I letak saja apa yang I rasa cantik dan sesuai. I cuma takut dia melenting bila dah siap nanti“ Najlah menyisip teh o ais yang baru sampai. Sepiring cucur udang dan cempedak goreng menjadi hidangan petang mereka.

“I’m sure dia tak akan melenting. Dia sibuk kot. Tak ada masa nak ambil tahu. Agaknya dia nak sewakan rumah itu untuk expatriate. Area macam tu sewanya tinggi”

“ Maybe. You pernah dengar anything pasal company nama Insani Holdings?”

Adham menelan airliur “ Kenapa?”

“ The owner is the MD of Insani Holdings. Dia mesti kaya sebab PA dia pun bawa BMW 3 series.”

“ Ini yang buat I jealous. Don’t tell me you are attracted to this mystery man? ”  

“ Of course not. Jumpa pun tak pernah nak attracted macam mana. I’m just curious. Siapa tuan punya rumah itu? Duit pun dia dah bayar in advance. RM200,000. Percaya betul dia kat I. Kalau I beli furniture Courts Mammoth macam mana.”

Adham menarik muka seolah sangat bosan. Najlah cepat menukar topic

“  Okay lets talk about something else. Semalam I terserempak dengan ex girlfriend you”

“ Siapa?”

“ Berapa ramai ex girlfriend you? Seramai satu pasukan netball?” Inilah bahana bila dapat bakal suami idaman ramai.

“ Bukan, satu pasukan cheerleaders. Tapi I pilih you over all of them, sayang. You jangan risau. Dia orang boleh buat somersault tapi you make my heart somersault”

“ Urghhh… so cheesy.” Najlah mengherotkan muka. Adham menahan diri dari mencubit pipi Najlah lagi sekali. Buat muka macam mana pun tetap comel.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-5-2010 10:40 PM | Show all posts
Post Last Edit by sang_arjuna at 3-5-2010 22:44

“ Siapa you jumpa?” desak Adham walaupun dia sudah dapat mengagak

“ Liza.  Kereta I sebelah kereta dia kat traffic light di Bangsar. Dia pandang I macam nak telan. Pagi tadi dia datang ofis nak jumpa I, kata Tasha. Nasib baik I kat luar. Entah apa yang dia nak.” Najlah melipat paper napkin, satu petanda dia sedang resah. Adham menakup dan mengusap tangan Najlah.

Adham mengetap rahang. Minah tu tak habis habis nak buat onar. Beberapa malam lalu Liza menelefon waktu malam sambil mengerang kesakitan. Kononnya kena gastric dan meminta Adham membawanya ke klinik. Macam tak ada orang lain. Ingat aku tak tahu helah perempuan. Nasib baik ketika itu Adham bersama Shahrul dalam perjalanan pulang dari bermain futsal. Mereka berdua singgah di  rumah Liza dan perempuan  itu cuma memakai baju tidur spaghetti strap yang jarang bila membuka pintu. Tak ada tanda macam orang sakit pun. Terbeliak mata mereka di sajikan dengan tubuh montoknya. Senang senang dapat free show.  Dosa kering pun dapat sama. Liza juga terlopong melihat Shahrul ada sekali. Mukanya macam cicak tertelan kapur. Mesti dia ada niat jahat nak perangkap aku. Melampau! Tak sangka seorang yang berpelajaran tinggi macam Liza tergamak melakukan sesuatu yang jijik. Di mana letak maruahnya sebagai perempuan Islam? Hilang langsung respek aku. Kalau Najlah tahu entah apa reaksi nya. Aku harus berhati hati dengan Liza. Najlah juga mesti di lindungi darinya.

“ Please Adham, I nak tahu. You ada janji apa apa dengan dia? Is there something I should know” Mata Najlah yang bundar memaku raut wajah Adham yang tegang

“ Of course not. I tak ada apa apa dengan dia. I mengaku, I rapat dengan dia masa di Melbourne dulu. Makcik Mariah amanahkan I supaya jaga Liza sebab keluarga kami kenal dah lama. Lagipun komuniti pelajar Melayu di sana tak ramai masa itu. So kita semua  very close. But there was nothing more between me and her. Bila dah kerja pun I dengan Liza selalu jumpa kalau ada gathering dengan kawan satu uni. Kalau balik kampung pun kadang kadang dia tumpang I. Tapi I tak pernah cakap I sayang kat dia. I tak pernah terfikir nak kahwin dengan dia walaupun dulu dia calon favourite Mak Tam.  Kalau dia perasan yang I jatuh hati kat dia, well…. apa I nak buat.” Panjang lebar penjelasan Adham untuk melegakan resah di hati Najlah. “ Tinggal saja pesanan kat receptionist suruh kata you tak ada kalau Liza cari you”

Najlah mengangguk walaupun masih ada sangsi. Cempedak goreng di suap ke mulut. Dia mengunyah sambil berfikir. Makanan cempedak goreng pun nampak cute, bisik hati Adham.

“ Takkan you tak pernah jatuh cinta? Don’t tell me you have never had a serious relationship in your life. “ Mesti Adham ingat aku ni menyibuk. Segala rahsia nak korek. Tapi perasaan ingin tahu membuak buak. Mustahil seorang lelaki berusia 28 tahun tak pernah bercinta. Kalau spesis Iskandar tu lain cerita lah.

Adham menggeleng. Dulu dia selalu tertanya bagaimana perasaan bila jatuh cinta. Bagaimana kita nak tahu ? Tapi kini jawapannya sudah terang tak perlu nak suluh. Rasanya terlalu indah. Wajah Najlah mengulit jaga dan lenanya. Perbualan dengan Najlah, segala tindak tanduk  Najlah berulang ulang dalam kepala nya tanpa perlu di tekan butang replay. Indahnya cinta. Syoknya angau!

“ It was hard for me to fall in love. I tak pernah ada rasa cinta pada mana mana perempuan yang I jumpa until  I fell for you. Masa first time nampak you I akui you memang cantik  tapi I mula suka you bila kita di Kuantan. Rupanya baru I tahu my heart belongs to this one little girl yang I kenal 20 tahun dulu. Makin lama I rasa makin rindu bila tak jumpa, rasa berdebar debar bila dengar suara you,  rasa happy bila bersama you. It just feels good to be in love with you. Kalau you tak sayang I macam I sayang you pun I tak kisah. Cinta I pada you tak perlu balasan. I tahu you nak kata I ni cheesy… tapi that’s the truth.”

Mata Najlah berkaca.
“ Its cheesy but nice, Macam pizza. I liiikkkkeeee” Najlah mengerdip matanya. Kalaulah hubungan aku dan Adham halal, ingin saja aku memeluknya. Aiyooo… siapa yang gatal sekarang.
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2010 10:43 PM | Show all posts
Najlah menukar topik dan terus bercerita tentang projek terbarunya, rumah berkembar dua di Duta Nusa ...
sang_arjuna Post at 3-5-2010 22:29

Perkembangan mutakhir, dah pandai tarik-tarik hidung ni...ehemmmm
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-5-2010 10:43 PM | Show all posts
thanks smiley....comey comey


alamak ada hero lain ka ? or rumah tu rumah si adham .....kasik surprise ka...
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2010 10:43 PM | Show all posts
Smiley mana Is ku??? patutnya dah lama sampai dah
(ayat pembakar)
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2010 10:45 PM | Show all posts
thanks smiley....comey comey


alamak ada hero lain ka ? or rumah tu rumah si adham .....kasik su ...
detox Post at 3-5-2010 22:43

agak pun mcm tu...tak pun hadiah dr bapa Adham, tak pun Is nak hadiahkan
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2010 10:50 PM | Show all posts
alahai...comelnya diorg...sukernya

“ Maybe. You pernah dengar anything pasal company nama Insani Holdings?”

Adham menelan airliur “ Kenapa?”

adakah adham tahu mengenai syarikat ni??
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-3-2025 06:22 AM GMT+8 , Processed in 0.346181 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list