CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Nicki_Meow

Novel: PHANTASMAGORIA

[Copy link]
Post time 21-4-2015 10:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Hey dariz wake up...syakilla xmo kat hang :

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-4-2015 01:44 PM | Show all posts
Syakilla merenung jauh ke hadapan. Lata Desa Atari sudah jauh ditinggalkan. Ishan ditunggang pulang ke Istana Suriyan dalam keadaan senyap. Dua nama bermain dalam fikiran. Dua wajah bersilih ganti dalam minda. Pemuda asing itu dan Dariz.
Syakilla tahu, Dariz sudah memendam rasa sekian lama. Dan tadi, untuk pertama kali Dariz berterus-terang tentang perasaannya. Bait bicara Dariz masih terngiang-ngiang di telinga.

“Tiadakah peluang untuk aku, menjadi penjaga hatimu?”

Satu keluhan dilepaskan. Kata-kata itu meninggalkan sedikit kesan dalam jiwa.

Qi, yang munculnya secara tiba-tiba. Sehabis daya, dia cuba untuk tidak mengaitkan kehadiran pemuda itu dengan ramalan lama dari pendeta Amariya. Itu hanyalah ramalan, kesahihannya belum dapat ditentukan. Tapi, kemunculan Qi yang penuh misteri itu menimbulkan pelbagai tanda-tanya. Kaintan kemunculan Qi dan ramalan itu juga seperti sukar diputuskan walaupun sepertinya mustahil. Soalan yang sama bermain dalam fikiran Syakilla. Apakah benar, wira dari dunia asing akan menjadi penyelamat?

Nafas dihela seketika.

“I Love you.”


Kata-kata Qi pula merasuk minda. Kata-kata itu langsung tidak dapat difahami namun pengucapannya penuh makna. Apa maksudnya?

Tidak jauh, Istana Suriyan sudah dapat dilihat. Dari tempatnya sekarang, kelihatan empat orang hulubalang mengawal pintu masuk utama. Dua di menara, dua di pintu. Syakilla mengarahkan Ishan supaya mempercepatkan langkah lalu Ishan berlari lebih laju.

Tatkala menghampiri pintu masuk utama, Syakilla megarahkan Ishan supaya berhenti. Dia kemudiannya turun dari tunggangannya. Dua hulubalang sasa itu segera membuat tunduk hormat. Syakilla melemparkan senyuman walaupun tidak dibalas. Pintu masuk utama dibuka untuknya.

“Terima kasih.” Syakilla berlalu masuk.

“Puteri Syakilla!”

Pintu utama baru saja ditutup dibelakangnya apabila namanya dipanggil lagi. Segera, Syakilla memandang ke arah empunya suara. Wajah Dayang Suri, dayang utama penjaga Arania itu muncul dihadapannya. Kelihatan cemas sekali.

“Ada apa, Suri?”

“Hampir seharian patik menunggu kepulangan Puteri.” Ujar Seri.

“Apa yang terjadi?” Kening Syakilla berkerut.

“Puteri Arania telah jatuh gering.”

“Apa?” Hampir gugur jantung Syakilla mendengar berita itu.

“Ratu menyuruh Puteri Syakilla agar segera ke kamar Puteri Arania sejurus kepulangan nanti.”

Tidak berlengah lagi, Syakilla pantas melangkah menuju ke kamar Arania.
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2015 01:58 PM | Show all posts
nanti Qi datang balik bawak panadol utk arania..
terus sume org sembah ratu kat die
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-4-2015 05:04 AM | Show all posts
Edited by Nicki_Meow at 24-4-2015 08:09 AM

Di hadapan kamar tidur milik Arania, langkah Syakilla terhenti. Dia teragak-agak mahu melangkah masuk. Rasa bersalah yang terbit dalam hati menyebabkan kakinya berat. Dayang Suri yang mengikuti dia dari belakang turut terpinga-pinga jadinya.

"Mengapa Puteri?" Suri menyoal. Syakilla memandang Suri tanpa suara. Tidak tahu bagaimana mahu dijelaskan perasaannya.

"Bagaimana Puteri Arania boleh jatuh gering?" Syakilla pula mengutara soalan.

"Beberapa hari ini, memang Puteri Arania kelihatan tidak bermaya. Bila patik tanyakan keadaannya, Puteri mengatakan tidur malamnya kini sering terganggu. Di suruh berehat tapi Puteri berdegil."

"Sudah beberapa hari?" Berkerut kening Syakilla. Beberapa hari ini, dia langsung tidak mengambil tahu akan perihal saudara angkatnya itu. Masanya banyak dihabiskan bersama Qi di Lata Desa Atari.

"Benar." Suri mengangguk beberapa kali. Satu keluhan keluar dari bibir Syakilla.

Maafkan aku, Arania. Semakin berat perasaan bersalah yang menguasai diri.

"Pagi ini, keadaan Puteri Arania semakin teruk. Wajahnya terlalu pucat. Ketika mahu bersiap, Puteri jatuh pengsan. Badannya panas dedar. Puteri juga meracau-racau tak tahu biji butirnya." Suri menambah berita.

"Sudahkan dukun dipanggil?"

"Sudah."

"Apa katanya?"

"Patik kurang pasti, Puteri. Patik disuruh menunggu kepulangan Puteri Syakilla." Jujur Suri menjawab.

"Puteri tidak mahu masuk?" Suri bertanya lagi apabila Syakilla diam membatu. "Ratu sudah lama menunggu." Sambungnya.

Syakilla tersenyum pahit dan kemudian, mengangguk sedikit.

"Suri masuklah dahulu. Kita masuk sebentar lagi." Ujar Syakilla. Suri memandang Syakilla dengan wajah tanda tanya namun, tidak pula meneruskan niatnya untuk menyoal lebih lanjut.

"Baiklah." Suri kemudiannya menolak daun pintu. Kelibatnya menghilang.

Syakilla termangu sendiri. Mencari sedikit kekuatan untuk berhadapan dengan Arania. Rasa bersalah semakin menjadi-jadi. Dia sepatutnya melindungi dan menjaga Arania. Namun, sejak beberapa hari ini, perhatiannya teralih. Lebih mengikut kata hati yang mahu bertemu dengan pemuda asing itu sehinggakan dia langsung tidak mengambil tahu akan perihal Arania. Dia langsung tidak sedar dalam masa beberapa hari ini, Arania menunjukkan tanda-tanda bahawa kesihatannya telah terganggu.

Nafas dihela panjang buat meredakan hati yang galau. Pintu kamar Arania ditolak perlahan. Belum sempat dia melangkah masuk, bahunya ditepuk perlahan. Lantas, dia berpaling kebelakang.

"Ayahanda..."

Raja Amsyar tersenyum padanya. Namun senyuman itu tidak mampu meredakan ketegangan yang dirasa.

"Mari ikut ayahanda. Ada beberapa perkara yang mahu ayahanda bicarakan denganmu." Tutur Raja Amsyar.

Hati yang galau belum pun reda. Permintaan Raja Amsyar itu menambahkan keresahan yang ada. Syakilla terdiam di situ.

"Syakilla..."

Teguran Raja Amsyar mematikan lamunan.

"Baiklah."

Mahu tidak mahu, Syakilla terpaksa akur. Dengan langkah berat, dia menuruti Raja Amsyar. Kamar Ilmu, itulah tempat yang mereka tuju.
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2015 05:47 AM | Show all posts
Nicki_Meow replied at 24-4-2015 05:04 AM
Di hadapan kamar tdiru milik Arania, langkah Syakilla terhenti. Dia teragak-agak mahu melangkah masu ...

jaga2 syakilla, kang dukun yang datang ala2 dukun kokedei bawak teropong dengan buah nyok....




Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2015 06:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa Arania? Adakah betul telahan cik @cegitu...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 24-4-2015 11:51 AM | Show all posts
Edited by Nicki_Meow at 24-4-2015 11:55 AM
cindelira replied at 24-4-2015 05:47 AM
jaga2 syakilla, kang dukun yang datang ala2 dukun kokedei bawak teropong dengan buah nyok....

: ...

Hahahaha. Itu pasai tak bagi muncul. Takut terkejut....

Actually, nak letak doktor. Tapi, apekehal pulak kat Amariya ada 'doktor'?

Nak tak nak, terpaksalah gantikan dengan Dukun.



Guna perkataan 'Perawat' agak-agak sesuai tak?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-4-2015 11:53 AM | Show all posts
Zamzam2013 replied at 24-4-2015 06:14 AM
Kenapa Arania? Adakah betul telahan cik @cegitu...

Jeng jeng jeng

Cegitu baca cerita ni ek? Tak pernah pulak nampak muncul kat sini. Terima kasihlah pasai sudi baca citer ni...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2015 12:16 PM | Show all posts
Nicki_Meow replied at 24-4-2015 11:51 AM
Hahahaha. Itu pasai tak bagi muncul. Takut terkejut....

Actually, nak letak doktor. Tapi, ...

kalo citer cina zaman maharaja dorang panggey tabib..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-4-2015 12:22 PM | Show all posts
cmf_conan replied at 24-4-2015 12:16 PM
kalo citer cina zaman maharaja dorang panggey tabib..

Ah yesssss! Tabib. Thanks Conan.

Aku terfikir pasal Maharaja Cina gak, tapi yang keluar kat kepala adalah Singsei. Lagi tak sesuai Singsei wujud kat Amariya....


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-4-2015 12:44 PM | Show all posts
Kamar Ilmu itu sunyi sementelah hanya mereka berdua sahaja yang berada di situ. Syakilla memandang wajah ayahanda angkatnya itu. Walaupun tersenyum, namun Syakilla tahu, Raja Amsyar sedang resah. Pastinya kerana Arania yang telah jatuh gering.

Syakilla tetap membatukan diri. Tidak berani untuk berkata apa-apa lalu dia membiarkan Raja Amsyar yang terlebih dahulu memulakan bicara.

“Duduklah anakanda.”

Arahan Raja Amsyar dipatuhi. Mereka duduk saling berhadapan. Nada suara Raja Amsyar cukup tenang tapi, itu tidak sedikit pun membantu menghilangkan semua keresahan dalam diri. Jika tidak kerana sesuatu yang penting, pastinya dia tidak dipanggil untuk berbincang begini.

“Kita sudah jarang bersua dan berbual sejak akhir-akhir ini.”

Kata-kata Raja Amsyar disambut dengan senyuman. Syakilla turut mengangguk, mengiyakan. Memang sejak akhir-akhir ini, mereka jarang bertemu melainkan ketika waktu santap malam. Selebihnya, waktu mereka dihabiskan dengan membuat rencana masing-masing.

“Syakilla ke mana tadi?”

“Lata Desa Atari.” Soalan ayahandanya dijawab jujur.

“Dan hari-hari sebelum ini?”

“Ke sana juga.”

“Apa yang terlalu istimewa, sehinggakan terlalu kerap anakanda mengunjungi tempat itu kebelakangan ini?”

Ada dia. Tak termampu Syakilla menjawabnya secara lisan lalu dia biarkan saja ayat itu bergema dalam hati.

“Tempat itu sudah sebati dengan jiwa anakanda. Dari dulu lagi, jika kelapangan, di situlah tempat yang anakanda pergi.” Jawab Syakilla, separuh benar. Lata Desa Atari memang istimewa namun, jika bukan kerana pemuda asing itu, tidak mungkin dia mengunjungi tempat itu selama tiga hari berturut-turut.

“Benarkah begitu?”

Pantas dia melarikan anak mata apabila Raja Amsyar memandangnya agak lama, sepertinya mencari kejujuran. Resah. Berharap benar agar ayahanda tidak bertanya lebih lanjut tentang itu. Dia tidak mahu bersoal-jawab tentang Qi. Itu akan hanya menambahkan kacau-bilau pada keadaan yang sedia rumit.

“Benar ayahanda.” Saat ini, merahsiakan perkara itu adalah pilihan terbaik. Semoga Raja Amsyar memahami bahawa dia tidak mahu berbicara lanjut tentang Lata Desa Atari dan sebab-sebab mengapa dia sering ke sana sejak akhir-akhir ini.

Anggukan beberapa kali dari Raja Amsyar mengundang rasa lega. Setidak-tidaknya, perkara itu tidak akan disentuh lagi, buat masa sekarang.

“Apa sebenarnya yang menjadi keresahan ayahanda?” Syakilla mulai bertanya. Wajah Raja Amsyar perlahan-lahan bertukar riak. Muram.

“Arania…” Nafas berat terlepas dari mulut Raja Amsyar.

“Syakilla minta maaf, ayahanda.”

“Kenapa perlu Syakilla meminta maaf pula?”

“Kerana Syakilla sepatutnya melindungi Arania. Tetapi…” Tidak mampu Syakilla menuturkan ayat seterusnya. Ada sedikit rasa bimbang andai Raja Amsyar jatuh murka.

“Syakilla…Syakilla. Bukan silap anakanda jika Arania jatuh gering. Itu diluar kawalanmu.”

“Tapi Syakilla sepatutnya lebih mengambil tahu. Cuma sejak-sejak akhir ini, Arania juga sibuk dengan rencananya sendiri. Masa bagai tidak cukup untuk kami habiskan masa bersama seperti dulu. Jikalau anakanda tahu, Arania sudah menunjukkan tanda-tanda gering beberapa hari yang lalu, pasti anakanda akan lebih berikan perhatian padanya.” Syakilla berkata, sesal.

Kepala Raja Amsyar tergeleng beberapa kali. Melihatkan ulah Syakilla itu, timbul rasa kasihan dan kagum. Sikap dan tingkah laku Syakilla tidak ubah seperti seseorang yang dikenalinya suatu masa dulu. Andainya lelaki itu masih hidup…  

“Jika ayahandamu yang sebenar masih hidup, pasti dia berbangga punya anak sepertimu, Syakilla…”

Syakilla memandang Raja Amsyar. Bergetar perasaannya mendengar tutur kata Raja Amsyar. Tapi itu semua tidak bermakna apa-apa. Ayahandanya sudah tiada. Ibunya juga telah lama meninggal dunia. Apa yang nyata, dia anak sebatang kara. Air mata cuba ditahan dari gugur lalu dia tunduk.

Untuk seketika, masing-masing tidak berkata apa-apa.
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2015 01:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian syakilla... Tersepit di antara Qi dgn Arania
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-4-2015 03:43 PM | Show all posts
Zamzam2013 replied at 24-4-2015 01:18 PM
Kesian syakilla... Tersepit di antara Qi dgn Arania

What to do...

Adakalanya, cinta itu memerlukan pengorbanan...



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-4-2015 03:46 PM | Show all posts
Perhatian mereka teralih apabila satu susuk tubuh datang lalu duduk di sebelah Raja Amsyar.

“Bonda…” Sapa Syakilla. Ratu Malaeka tersenyum walaupun riak wajahnya terlukis bimbang dan gelisah.

“Bagaimana dengan Arania?” Raja Amsyar bertanya.

“Dia masih seperti tadi. Cuma racaunya sudah berkurangan.”

“Apa kata tabib?”

“Semangat Arania lemah. Tapi tidak tahu apa puncanya.” Jawab Ratu Malaeka.

“Apa yang Arania racaukan, bonda?” Syakilla mencelah perbualan ayahanda dan bondanya.

“Bonda kurang pasti biji butirnya. Sesuatu tentang pedang. Dan adalakanya, kedengaran Arania menyebut nama seseorang.”

“Nama siapa yang disebut?”

“Kurang jelas...jadi, bonda tidak pasti.”

Syakilla mendiamkan diri. Wajah ayahanda dan bonda angkatnya itu dipandang bergilir-gilir. Walau tidak diluah secara lisan, keresahan dan kebimbangan keduanya itu tidak dapat disembunyikan lagi.

“Terus-teranglah dengan Syakilla. Apa sebenarnya yang merisaukan ayahanda dan bonda berdua?” Kali ini, Syakilla mahukan lebih penjelasan. Raja Amsyar dan Ratu Malaeka berpandangan seketika.

“Ayahanda dapat merasakan, rahsia itu bakal terbongkar tak lama lagi.”

Riak wajah Syakilla terus berubah. Suasana bertukar hening sekali lagi…
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2015 08:52 PM | Show all posts
Biji dan butir bukan sama ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-4-2015 07:52 PM | Show all posts
Ipo replied at 24-4-2015 08:52 PM
Biji dan butir bukan sama ke?

Memang sama.

'Biji butir perkataan' tu sekadar nak menyedapkan ayat gitu...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-4-2015 07:53 PM | Show all posts
BAB 40

Kamar Arania dihampiri. Dengan tangan sebelah kiri memegang dulang makanan yang telah disediakan oleh Suri, pintu kamar ditolak. Sejak Arania jatuh pengsan akibat gering dua hari yang lepas, Syakilla tidak pernah lagi meninggalkan Arania keseorangan dalam masa yang lama. Waktu beradu pun, dia tetap setia menemani Arania.

Gering Arania masih belum sembuh sepenuhnya. Seperti kata Tabib, Arania menjadi lemah semangat sehingga terganggu kesihatannya. Tidak diketahui apa punca. Dua malam itu juga, dia saksikan sendiri bagaimana Arania meracau-racau tak tentu biji butir. Sepertinya dia bercakap-cakap dengan seseorang. Anehnya, Arania langsung tidak dapat mengingati akan mimpinya setelah sedar.

Dengan satu helaan nafas, pintu kamar ditolak.

“Arania...” Syakilla memanggil perlahan.

Tiada sahutan. Katil beradu juga kosong. Melingas matanya mencari namun kelibat Puteri itu tidak kelihatan di mana-mana. Syakilla mula cemas. Dulang makanan segera diletakkan di atas meja berhampiran.

“Arania...” Suara dikuatkan kali ini. Masih lagi tidak bersambut.

“Arania...”

Lega terasa apabila melihat Puteri itu di beranda. Sedang menyandarkan diri sambil jarinya bermain-main dengan gelang emas di tangan kiri. Mata Arania juga sepertinya tidak lepas dari merenung gelang itu. Kata bonda, itulah tabiat Arania sejak akhir-akhir ini, sebelum Puteri itu jatuh gering. Entah sudah berapa lama, Arania bersikap begitu, Syakilla kurang pasti. Beberapa minggu yang lalu, mereka menjadi renggang kerana sibuk dengan urusan masing-masing sehingga tidak punya masa untuk dihabiskan bersama.

Rasa bersalah terbit lagi dalam hati. Satu keluhan Syakilla lepaskan. Sehingga kini, Arania tidak tahu bahawa dia yang memaksa Qi menghadiahkan gelang itu. Hati berkecamuk. Jiwa bercelaru. Kasihan melihat Arania yang sedang merindu. Cemburu memikirkan bahawa orang yang dirindu itu adalah pemuda asing itu...

Sungguh, rasa ini sukar sekali untuk dimengerti.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-4-2015 07:55 PM | Show all posts
Edited by Nicki_Meow at 26-4-2015 10:12 PM

Arania terlalu asyik dengan gelang itu sehingga tidak menyedari kehadirannya. Lalu, Syakilla menghampiri.

“Arania.”

Barulah perhatian Arania teralih. Segera dia memandang ke arah empunya suara. Tersipu-sipu apabila melihat Syakilla. Lantas, tangan kiri disorokkan ke belakang tubuh. Entah mengapa, terasa malu apabila menyedari, tingkahnya diperhati.

“Mengapa berseorangan di sini?” Syakilla bertanya.

“Mahu mengambil angin. Seharian berada di katil, aku jadi bosan.” Balas Arania, sepertinya mengadu.

“Tapi, kau belum pulih sepenuhnya. Lebih baik jika kau berehat sahaja.”

Nasihat Syakilla itu hanya dibalas dengan senyuman. Arania tahu, jika dibalas dengan kata, Syakilla akan membebel lebih panjang, sama seperti Bonda. Dia benar bosan, terbaring seharian. Bonda langsung tidak membenarkan dia melakukan apa-apa. Lagipun, dia bukan ke mana-mana. Hanya mengambil angin saja di beranda.

“Apa yang kau fikirkan?” Syakilla sudah berada di sebelah. Wajah Arania dipandang dan diteliti. Masih pucat dan tidak bermaya. Walau begitu, kecantikan Sang Puteri itu masih terserlah. Personanya tidak hilang walaupun sedang gering.

“Banyak perkara yang aku fikirkan.” Jawab Arania dengan satu keluhan. “Fikiran aku tidak menentu sejak akhir-akhir ini. Aku cuba mengingati semua mimpi-mimpi itu tetapi, setiap kali aku cuba, kepalaku menjadi sakit. Terlalu sakit sehingga tak mampu aku menahannya.”

“Jika begitu, usah difikirkan lagi. Kelak sakitmu akan lebih teruk. Lapangkan kepala dan hatimu.” Ujar Syakilla. Terbit kebimbangan di wajahnya.

Arania cuma mendiamkan diri. Nasihat yang sama juga diberi Bonda namun dia tidak mampu mematikannya dari fikiran. Setiap malam, tidurnya terganggu. Seolah-olah mimpinya membawa petanda. Petanda apa?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-4-2015 10:17 PM | Show all posts
“Arania...” Panggil Syakilla. Risau melihat Arania yang terdiam tiba-tiba.

“Apa lagi yang kau fikirkan?”

“Pedang Ghowir.” Terlantun dua perkataan itu dari mulut Arania menyebabkan kening Syakilla berkerut.

“Pedang itu masih berada di kamar senjata, bukan?”

“Kenapa tiba-tiba saja kau bertanyakan tentang Pedang Ghowir?”

“Aku tidak tahu. Tiba-tiba saja ianya terlintas di fikiran.” Jujur Arania menjawab. Dia sendiri tidak pasti mengapa tiba-tiba saja dia terfikirkan Pedang itu.

“Sudahlah Arania. Kau sepatutnya berehat panjang. Usah terlalu banyak berfikir. Nanti lebih lambat sembuhnya.”

“Sakitku bertambah bila kau berleter, tahu?”

Kata-kata Arania itu membuatkan Syakilla langsung tertawa. Arania juga turut tertawa. Mereka berterusan begitu buat beberapa ketika.

“Ah...sudah lama rasanya aku tidak rasa seronok begini.” Tutur Arania dengan sisa ketawa. Sengaja kepalanya disandarkan ke bahu Syakilla yang berdiri disisnya.
“Kita sudah lama tak menghabiskan masa bersama-sama...” Arania berkata lagi. Nadanya lebih perlahan kali ini. “Aku rindu dengan masa lalu...”

“Malangnya, kita tak boleh kembali ke masa dulu. Tambahan pula, kau sekarang perlu melatih diri menjadi seorang pemimpin. Kau perlu menjadi seorang yang cekal dan tegas. Bukan bersikap keanak-anakan seperti ini.” Balas Syakilla. Arania tertawa kecil. Kepalanya diangkat kembali.

“Entahlah. Kadang-kadang, aku merasa terbeban, Syakilla. Aku sendiri tidak tahu, mampukah aku menggalas tanggungjawab sebesar itu?” Arania meluahkan rasa. Hanya pada Syakilla saja tempat untuk dia mengadu.

“Kau pasti boleh, Arania. Kau memang telah ditakdirkan untuk menjadi pemerintah Amariya.”     

Kata-kata Syakilla dibalas dengan senyuman.

“Jadi, sepanjang kita tidak bertemu, apa yang kau lakukan?” Arania bertanya, mengubah tajuk perbualan. Sengaja mahu memanjangkan masa berbual dengan Syakilla. Tanpa Arania sedari, wajah Syakilla berubah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-4-2015 10:34 PM | Show all posts
“Aku...” Syakilla teragak-agak mahu menjawab. “Aku menghabiskan masa di Lata Atari...”

“Oh...” Arania terangguk-angguk. “Aku juga terasa rindu mahu ke sana lagi. Kau pergi berseorangan saja?” Soal Arania lagi walaupun dia sudah sedia maklum dengan sikap Syakilla itu,

“Ah...iya.” Syakilla menelan air liur. Matanya dilarikan. Dia tidak mahu Arania mengetahui bahawa dia berbohong.

“Arania. Apa kau tidak lapar? Marilah bersantap dahulu. Tidak elok jika perutmu dibiarkan kosong. Lebih-lebih lagi, dalam keadaan kau yang seperti ini.” Syakilla segera mengajak. Dia tidak mahu perbualan tentang dia dan Lata Desa Atari dilanjutkan. Bimbang terlepas kata. Sedaya mungkin, dia mahu merahsiakan pertemuannya dengan Qi. Cukuplah Dariz saja yang mengetahui tentang itu.

“Aku tidak berselera untuk menjamah sebarang makanan.” Balas Arania.

“Jangan begitu, Arania. Makanlah walau sedikit.” Pujuk Syakilla.

“Baiklah.” Untuk tidak mengecewakan Syakilla, Arania bersetuju juga walaupun dia benar-benar tiada selera.

Mereka kemudiannya berjalan beringan masuk ke dalam kamar.

***
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 06:12 AM GMT+8 , Processed in 0.419440 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list