'Pencalonan itu rezeki'Oleh Ardini Sophia Sina
[email protected]
Nyanyiannya seÂ-ring dikritik ketika bergelar pelajar Akademi Fantasia 2014 (AF 2014), tetapi ia tidak sedikit pun menjejaskan reputasi Aman di mata penyokong hingga berjaya menempatkan diri ke pentas akhir dan dinobatkan naib juara. Selepas beberapa bulan meninggalkan pentas AF2014, Aman atau nama sebenarÂ-nya Mohammad Razman Abdul Aziz mula melakar kejayaan apabila namanya turut dalam senarai pencalonan awal Anugerah Meletop Era (AME) kategori Artis Baru MeleTOP. Mungkin masih ada yang terus mempertikaikan Aman tidak layak dicalonkan. Bertemu Aman pada majlis pelancaran drama bersiri Dee baru-baru ini, Aman akui tidak pernah menyangka namanya akan disenaraikan dalam kategori itu. Katanya, dia juga tidak mahu terlalu memikirkan komen mengatakan dirinya belum menepati kriteria untuk disenarai dalam kategori itu. "Bagi saya, pencalonan itu rezeki saya. Walaupun baru pencalonan awal, ia umpama langkah kanan. Saya tidak mahu fikirkan sama ada saya layak atau tidak kerana tidak mahu tertekan dengan semua itu. "Saya bimbang apabila terlalu memikirkan komen orang, ia membuatkan saya rendah diri, kemudian memberi impak kepada kerjaya yang baru bermula. Apa pun, saya anggap itu langkah kanan," katanya. Antara semua pelajar AF2014, Aman disifatkan paling pemalu dan sifat malu yang tebal mengganggu persembahannya setiap minggu. Bagaimanapun dalam pertemuan itu, cara Aman menjawab setiap pertanyaan menunjukkan dia makin berani. Lulusan Diploma Seni Reka dari Kolej PolyTech Mara, Batu Pahat, Aman akui makin yakin dan kurang rasa malu apabila berdepan orang ramai. Dia menjadikan setiap kritikan diterima sebagai pemangkin semangat. "Apa pun, komen yang saya dapat tidak pernah jadi peluntur semangat, malah saya ambil dari sudut positif. Apabila ada komen di Instagram yang kurang menyenangÂ-kan, saya abaikan saja. "Sekarang saya tidak lagi pemalu seperti dulu. Sifat malu masih ada dan perlu ada dalam diri kita, namun tidak sampai mengganggu fokus. Saya kini mempunyai keyakinan lebih tingÂ-gi," kata anak bongsu daripada enam beradik ini. Jejaka kelahiran Klebang, Melaka itu juga meluahkan rasa syukur dan terima kasih kepada Awi Rafael kerana memberi kepercayaan kepadaÂ-nya menyanyikan lagu ciptaannya, Without You. Kata Aman, lagu itu saÂ-ngat membantu menaikkan namanya. Aman juga melangkah setapak lagi apabila menceburi dunia lakonan. Telefilem Cinta Pertama Kali arahan Michael Ang menjadi sandaran pertamanya. Berganding dengan Elfira Loy dan memegang watak utama dalam drama itu, ia cabaran baru buat Aman. "Itu pengalaman pertama saya dalam bidang lakonan dan diberi tanggungjawab besar pula. Pada hari pertama penggambaran, saya risau kerana Elfira sangat berpengalaman dalam bidang lakonan. "Saya banyak diam, tetapi pelakon dan kru sangat baik dan ramah. Begitu juga Elfira. Dia mengajak saya berbual dan caranya melayan saya seperti kami sudah lama kenal. Dia tidak menanggap saya sebagai orang baru dan melayan saya dengan sangat baik. "Cuma yang sukar ialah menimbulkan rasa cinta dan mencari keserasian bersamanya," katanya yang turut berlakon drama bersiri Dee. Tindakan Aman memuat naik video babak Cinta Pertama Kali di laman sosial Instagram miliknya membuatkan dirinya terkesima dengan komen negatif pengikutnya hingga memadam video itu. "Sebenarnya, video babak saya memeluk Elfira dimuat naik Michael dan saya muat naik semula. Saya tidak sangÂ-ka ramai memberi tanggapan negatif. " aling membuatkan hati saya terkesan apabila mereka berkata saya ingin membantu keluarga tetapi saya pula berpelukan dengan Elfira. "Apabila membabitkan keluarga, saya tidak dapat abaikan lagi perkara itu. Saya terus padam video itu kerana rasa kurang selesa apabila mereka mengaitkan keluarga dalam hal itu," katanya yang turut terfikir mahu menjalankan perniagaan berkaitan cetakan pada kemeja-T.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 11 January 2015 @ 5:01 AM
DISYORKAN
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/23001#sthash.QHxmIyDV.dpuf
yg mengutuk ckp aman x layak dicalonkan tu dah tau siapa.... puak2 yg retisnya x dicalonkan la tu...x ramai pun, satu dua je... berdengki benor diorg ni dkt aman...siap ckp konspirasi astro la... tapi dlm pd mengutuk astro, gigih juga buat pr dgn staff astro demi nk tolong retisnya... whatever la...at least kita semua jangan hadap spam penganjur nak memaksa retis dicalonkan ok...pathetic sgt cara camtu... kita x perlu nk harrass media/organizer bagai. kita jd fans yg sedar diri... klu retis dia tercalon pun kita tumpang bangga, tp nk buat mcm mana, rezeki belum sampai.. so muhasabah diri
kalau aman x tercalon, kita redha je...usaha lagi...x perlu nak spam2 bagai k... sgt x pro 
@mat_arof @cik_bambam89 @kak_min @orix @imah70 @omlee_nie1016 @diamond_honey & the rest 
|