Kes pembunuhan Junko Furuta
Ini adalah kisah benar yang berlaku di Jepun. Pada 22November 1988, seorang gadis berusia 16 tahun bernama Junko Furuta telah diculik oleh empat orang lelaki. Furuta kemudian diseksa dengan cara yang paling kejam dan akhirnya mati selepas 44 hari menderita kesakitan yang tidak tertanggung.
Ketika kejadian, gadis kelahiran wilayah Misato, Saitama, Jepun ini sedang dalam perjalanan ke tempat kerja. Saat itulah empat samseng remaja tiba-tiba muncul dan menculik beliau. Kumpulan penjenayah itu kemudian melarikan Furutake Ayase yang terletak dalam wilayah Misato dan Adachi, Tokyo. Jarak wilayah Misato dan Ayase lebih kurang sejam perjalanan.
Di Ayase, Furuta disembunyikan dalam sebuah rumah milik salah seorang penculik terbabit bernama Kamisaku. Bagi mengelakkan perbuatan jenayah ini dihidu ahli keluarganya, Kamisaku memperkenalkan Furuta sebagai teman wanita kepada salah seorang kawannya.
Usaha melakukan kejahatan itu diteruskan dengan mengarahkan Furuta menghubungi ibu bapanya dan memberitahu mereka bahawa dia diperintah untuk meyakinkan orang tuanya bahawa dirinya selamat dan tidak berada dalam keadaan berbahaya.
Semasa dalam kurungan, anak dara ini banyak kali merayu kepada ibu bapa Kamisaku untuk membantu dirinya. Sedihnya, rayuan itu tidak diendahkan. Pernah beberapa kali juga dia cuba melarikan diri. Tetapi usahanya itu selalu tidak berjaya. Bertambah malang, Setiap kali dia ditangkap, gadis yang tidak bersalah ini akan disakiti dengan seksaan yang lebih dasyat.
Penculik Junko
Berikut adalah seksaan-seksaan yang dilakukan terhadap Furuta dari 22 November 1988 - 4 Januari 1989
Hari Pertama
- Mangsa diculik dan dirogol lebih 400 kali oleh keempat-empat penculik.
- Kebuluran dan kekurangan nutrisi.
- Lipas dan air kencing sendiri adalah makanan dan minumannya.
- Dipaksa melakukan onani.
- Dipaksa berbogel di hadapan para penculik.
- Dibakar dengan pemetik api.
- Dubur dan kemaluannya dimasukkan objek asing.
Hari Ke-11
- Dipukul dengan berulang-ulang kali.
- Mukanya diletakkan di lantai konkrit dan para penculik melompat di atas kepalanya.
- Tangan diikat ke syiling dan badannya dijadikan beg penumbuk.
- Darah memenuhi hidung dan hanya boleh bernafas melalui mulut.
- Alat pengangkat berat dijatuhkan ke atas perutnya.
- Muntah ketika minum air (perutnya sudah tidak dapat menerima makanan).
- Dicucuh rokok di lengan kerana cuba melarikan diri.
- Cecair mudah terbakar dicurahkan di atas kakinya, lalu terbakar.
- Botol dimasukkan ke dalam dubur mengakibatkan kecederaan.
Hari Ke-20
- Sukar berjalan kerana luka terbakar yang teruk pada kaki.
- Dipukul dengan buluh.
- Duburnya dimasukkan mercun dan kemudian dinyalakan.
- Tangan dihempap dengan objek berat dan kukunya dipecahkan.
- Dipukul dengan kayu golf.
- Rokok dicucuh ke dalam kemaluan.
- Dipukul dengan batang besi berulang kali.
- Dipaksa tidur di balkoni pada musim sejuk.
- Batang besi pemanggang ayam dimasukkan ke dalam kemaluan dan dubur mengakibatkan pendarahan teruk.
Hari Ke-30
- Lilin panas dititskan di muka.
- Kelopak mata dibakar menggunakan pemetik api.
- Bahagian dadanya dicucuk jarum.
- Puting buah dada kiri dipotong dan dihancurkan dengan playar.
- Mentol lampu yang panas dimasukkan ke dalam kemaluan.
- Pendarahan teruk pada kemaluan akibat dimasukkan gunting.
- Mengalami kesukaran membuang air kecil.
- Mengambil satu jam untuk turun dan pergi ke tandas kerana mengalami kecedaraan yang teruk.
- Gegendang telinga mengalami kerosakan yang teruk.
Saiz otak mengecut.
Hari Ke-40
Merayu kepada penculik supaya membunuh saja dirinya.
Hari Ke-44
Penculik bertindak memukulnya dengan pemberat kerana bengang dengan alasan kalah Mahjung. Akibatnya, darah keluar mencurah-curah dari hidung dan mulutnya.Tidak cukup dengan itu, mereka mencucuhkan api lilin ke arah muka dan matanya.
Minyak dicurahkan pada kaki, ketiak dan perutnya dan kemudian dihidupkan api.Penyeksaan terakhir ini dilakukan selama dua jam.
Keesokannya, dia menghembuskan nafas terakhir seorang diri dengan keadaan yang nazak. Tiada apa yang dapat menandingi 44 hari penderitaan yang ditanggungnya selama ini.
Menurut kenyataan mereka semasa perbicaraan,keempat mereka merogol dan mendera Furuta. Apabila mereka enggan membebaskannya, dia merayu agar mereka "membunuhnya agar menamatkannya."
Pada 5 Januari, pembunuh itu menyorokkan mayatnya dalam dram 55-galon berisi konkrit; dan penjenayah tersebut membuang dram tersebut di sekeping tanah tembus semula di Kōtō,, Tokyo.
Pemuda tersebut ditahan dan dibicara sebagai orang dewasa; tetapi, menurut cara negeri Jepun menangani jenayah yang dilakukan oleh remaja, identiti mereka dirahsiakan. Bagaimanapun, majalah Shūkan Bunshun melaporkan nama sebenar mereka, mendakwa bahawa "hak kemanusiaan tidak terpakai pada binatang".
Bagi pembabitannya dalam jenayah, Kamisaku dihukum lapan tahun di tahanan remaja sebelum dia dibebaskan pada Ogos1999. Pada Juli 2004, di ditahan kerana menyerang kenalan, yang dia percaya mengumpan teman wanitanya darinya, dan dikatakan bercakap besar mengenai kelakukan sebelumnya. Kamisaku dipenjara selama tujuh tahun kerana memukul.
Keluarga Junko kecewa dengan hukuman yang diterima oleh pembunuh anak perempuan mereka dan memulakan saman awam terhadap keluarga pemuda di mana jenayah dilakukan. Apabila sesetengah sabit kesalahan dibatalkan kerana masaalah bukti fizikal (mani dan rambut ari-ari yang diambil dari mayat tidak menyamai pemuda yang ditahan), penguambela yang mengendali saman awam memutuskan tiada kesuntuk diteruskan dan enggan meneruskannya.
Pada Julai 1990 mahkamah rendah menjatuhkan hukuman ketua pendera selama tujuh belas tahun dipenjara. Mahkamah menjatuhkan salah seorang yang terbabit empat hingga enam tahun, seorang lagi selama tiga hingga empat tahun, dan seorang lagi hukuman tidak ditetapkan antara lima hingga sepuluh tahun. Ketua dan dua yang pertama merayu hukuman mereka. Mahkamah tinggi menjatuhkan hukuman lebih berat kepada ketiga-tiga pihak merayu.
Hakim bersidang, Ryūji Yanase, menyatakan bahawa mahkamah melakukannya kerana sifat jenayah, kesannya pada keluarga mangsa, dan kesan kepada masyarakat.Ketuanya menerima hukuman dua puluh tahun, hukuman kedua berat selepas penjara seumur hayat. Bagi kedua yang bersubahat, yang menerima hukuman asal empat hingga enam tahun, menerima hukuman lima hingga sembilan tahun. Seorang lagi hukumannya ditingkatkan kepada lima hingga tujuh tahun.
Kisah ini menerima perhatian seluruh negara mengenai hukuman dan pemulihan penjenayah remaja, terutamanya dalam konteks remaja yang didakwa sebagai orang dewasa, dan menjadi sensasi media. Sekurang-kurangnya terdapat tiga buah buku yang ditulis mengenai kejadian tersebut. Manga Jepun, 17 Sai, yang ditulis oleh Fujii Seiji dan dilakar oleh Kamata Youji, dibebaskan pada tahun 2004, mengisahkan masa kejadian jenayah tersebut. Filem explotasi, Joshikōsei konkurīto-zume satsujin-jiken 女子高生コンクリート詰め殺人事件, Kes Pembunuhan Pelajar Perempuan Dalam Konkrit), mengenai kejadian tersebut dihasilkan oleh Katsuya Matsumura pada tahun 1995. Yujin Kitagawa (kemudian ahli kumpulan 2 orang Yuzu) memainkan watak pesalah utama.[5][6] Satu lagi filem, Konkrit]] (コンクリート, aka Pelajar Wanita dalam Semin, 2004), berdasarkan satu dari buku yang ditulis mengenai kejadian tersebut. Pada tahun 2006, kumpulan rock/metal Jepun The Gazette membebaskan satu lagu dalam album mereka Nil berjudul "Taion" ("Suhu Badan") yang dikhaskan pada gadis tersebut. Artist manga Ero guro, Waita Uziga "Kisah moden sebenar yang pelik" termasuk kisah "Pelajar wanita dalam konkrit", berdasarkan kes pembunuhan Junko Furuta.
Filem Concrete dari kisah pembunuhan Junko Furuta yang mendapat tentangan sebelum tayangan premier lagi.
|