|
[Jenayah]
Mohd Sajjad pi Mekah pakai telekong ?
[Copy link]
|
|
MissVixen replied at 3-2-2020 12:59 PM
Katanya dah terlepas sebab konsulat malaysia selamatkan? Ye ke? Kuasa diorang lebih besar dari polis ...
Kalau konsulat kita buat macam ni, selayaknya lah kedutaan China hamput kekononnya kita tak boleh halang Chinese prc masuk malaysia. Duta over yakmat |
|
|
|
|
|
|
|
haryatie replied at 3-2-2020 07:53 AM
org selalu ckp kalau pegi sana jgn mcam2
walau pun terdetik dlm hati
tp dia ni elok jerk walau pun ...
Saya sendiri pun ditegur Allah semasa di sana. Alhamdulillah diberikan ingatan. Cuma kita jangan anggap bila tak nampak balasan buruk tu sebagai tak ada balasan. Kadang2 Allah tetap bagi nikmat sebab nikmat tu la balasan untuk terus seseorang itu kufur. |
|
|
|
|
|
|
|
Owlknight replied at 3-2-2020 03:17 PM
Saya sendiri pun ditegur Allah semasa di sana. Alhamdulillah diberikan ingatan. Cuma kita jangan a ...
Oh sis, insof akak baca ayat last tu sis. Mantap kena sedebuk kat akak gituh. |
|
|
|
|
|
|
|
epal21 replied at 2-2-2020 08:47 PM
Okay,iols baru tengok kat komen ttkm. Sajad drp sini pakai jubah biasa. Tapi bila dah sampai makkah, ...
Dlm flight lg la dah bertelekung |
|
|
|
|
|
|
|
Sajat dibawa keluar dari Makkah
KUALA LUMPUR: Agensi yang membawa ahli perniagaan kontroversi, Muhammad Sajad Kamaruzzaman atau Nur Sajat mengerjakan umrah, mengesahkan ahli perniagaan itu sudah dibawa keluar dari Tanah Suci.
Ia susulan kontroversi usahawan kosmetik itu mengenakan pakaian jemaah wanita ketika di Makkah sehingga tular di media sosial.
Jurucakap Albayt Travel (M) Sdn Bhd berkata, pihaknya terpaksa mengambil tindakan terbabit selepas ia menjadi kontroversi dan mendapat perhatian banyak pihak.
“Kami sudah meminta mutawwif membawa keluar rombongan Nur Sajat seramai 10 orang (termasuk mutawwif) keluar dari Makkah.
“Mereka dibawa untuk sesi lawatan di sekitar Madinah.
“Setakat ini, sukar untuk mendapat kerjasama Nur Sajat, sebaliknya perbincangan lebih banyaj menerusi pembantu peribadinya,” katanya ketika dihubungi BH, hari ini.
Albayt Travel turut meminta Nur Sajat membuat permohonan maaf secara terbuka khususnya kepada umat Islam di tanah air, susulan kekecohan dan kecaman terhadap video yang dimuat naiknya ke media sosial, baru-baru ini.
“Setakat ini, Nur Sajat hanya menjawab meminta tunggu sehingga dia kembali ke tanah air.
“Pihak kami terutama mutawwif cuba berhubung dengan ibu bapanya, kerana hanya keluarga terdekat yang mengetahui status jantinanya.
“Bagaimanapun, ibu bapa Nur Sajat juga agak sukar diajak berbincang,” katanya.
Jurucakap Albayt Travel turut memaklumkan, dakwaan kononnya Nur Sajat ditangkap polis Arab Saudi belum disahkan kedutaan di sana.
Petang ini, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan akan mengadakan pertemuan dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai isu jantina usahawan berkenaan. |
|
|
|
|
|
|
|
Muhammad Sajat telah dibawa keluar dari Mekah
86 1 minute read
USAHAWAN kosmetik kontorversi Muhammad Sajat Kamaruzzaman telah dibawa keluar daripada Mekah susulan kontroversi yang dicetuskan oleh beliau.
Agensi yang membawa Muhammad Sajat bagi mengerjakan umrah, Albayt Travel (M) Sdn Bhd berkata tindakan membawa Muhammad Sajat keluar daripada kota suci umat Islam itu terpaksa dilakukan selepas beliau mendapat perhatian daripada banyak pihak di sana.
“Kami sudah meminta mutawwif membawa keluar rombongan Nur Sajat seramai 10 orang (termasuk mutawwif) keluar dari Makkah. Mereka dibawa untuk sesi lawatan di sekitar Madinah.
“Setakat ini, sukar untuk mendapat kerjasama Nur Sajat, sebaliknya perbincangan lebih banyaj menerusi pembantu peribadinya,” kata jurucakap agensi tersebut kepada Berita Harian, hari ini.
Usahawan kosmetik itu mencetuskan perasaan tidak senang umat Islam apabila memakai pakaian wanita di Mekah dan kemudiaannya berkongsi di media sosial.
Gambar beliau kemudiannya menjadi tular dan menyebabkan pelbagai pihak mengecam tindakannya yang tidak menghormati syarat wajib ketika mengerjakan umrah di Mekah sekaligus menghina kota suci umat Islam itu.
Sementara itu usaha Albayt Travel juga telah meminta Muhammad Sajat membuat permohonan maaf secara terbuka kepada umat Islam dengan segera tetapi tidak diendahkan oleh usahawan itu.
“Setakat ini, Nur Sajat hanya menjawab meminta tunggu sehingga dia kembali ke tanah air.
“Pihak kami terutama mutawwif cuba berhubung dengan ibu bapanya, kerana hanya keluarga terdekat yang mengetahui status jantinanya. Bagaimanapun, ibu bapa Nur Sajat juga agak sukar diajak berbincang,” katanya.
Tindakan Muhammad Sajat bukan sahaja menimbulkan keresahan dalam kalangan umat Islam tetapi turut meresahkan Mentri di Jabatan Perdaha Menteri Datuk Dr. Mujahid Yusof hari ini.
Mujahid berkata, tindakan Muhammad Sajat itu boleh memberi kesan terhadap hubungan antara Malaysia dan Arab Saudi. |
|
|
|
|
|
|
|
Mutawwif dgn TA ni patut diboikot jer sbb selamatkan sajat. Kenapa cepat-cepat bawa keluar dari Mekah?
Kalau rasa bertanggungjawab, patut reportlah kat polis Mekah tu, biar kena tangkap.
Kalau betul dia perempuan, apa nak takut.
Lagipun TA jgn nak ber alasan,kat dlm flight lagi sajat tu dah bertudung mcm perempuan, takkan tak perasan.
Bodo punya TA & mutawwif.
|
|
|
|
|
|
|
|
hopefully imigresen arab dpt tahan sajat & family |
|
|
|
|
|
|
|
mama juwie di hujung2 hayat dia byk berkongsi pasal keagamaan, dia mmg ke arah yg lebih baik. xde pun menghina agama. beza mcm langit dgn bumi sajat & arwah mama juwie
|
|
|
|
|
|
|
|
harapnya macam tu sebab ramai dah hantar complaint ke saudi gomen pasal sajat ni...
|
|
|
|
|
|
|
|
boikot dan bagi melingkup bisnessnya...
tapi kan... nak salahkan theyolss 100 peratus pun tak boleh sebab babi jat tu yang gatai nak pergi... anytime dia boleh pergi pakai agen lain.... silap2 agen pun tak kenal sape...
|
|
|
|
|
|
|
|
Sajat mengaku lelaki daftar umrah - Agensi
AGENSI yang membawa ahli perniagaan kontroversi, Muhammad Sajad Kamaruzzaman atau Nur Sajat mendakwa ahli perniagaan itu mengaku sebagai lelaki ketika mendaftar untuk mengerjakan umrah.
Jurucakap Albayt Travel (M) Sdn Bhd berkata, ketika proses untuk pendaftarannya mengerjakan umrah, Nur Sajat memang mengemukakan dokumennya sebagai lelaki dan tidak pernah memberitahu dia seorang khunsa.
Menurutnya, apabila tiba di tanah suci Makkah, dia sebaliknya memberitahu kepada mutawiff di sana dirinya seorang khunsa.
“Menjadi persoalan jika betul dirinya seorang khunsa mengapa ketika ingin menaiki penerbangan dari Kuala Lumpur dirinya masih seorang lelaki.
“Pihak Konsulat Malaysia di Jeddah, Arab Saudi juga sudah menghubunginya bertanya kejadian itu sebelum dia mendakwa memiliki surat dari mahkamah menyatakan dirinya seorang khunsa,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Bagaimanapun, jurucakap itu berkata, surat mahkamah yang dikatakan ada padanya itu tidak pernah dimaklumkan kepada pihak Albayt Travel.
“Kami sudah meminta dia (Nur Sajat) membuat permohonan maaf semalam dan memadamkan semua gambar serta video di dalam laman sosialnya.
“Saya juga nasihatkan dia terus jadi lelaki sepanjang berada Tanah Suci selepas tiba di Makkah kelmarin,” katanya.
Mengulas lanjut, jurucakap itu menjelaskan Nur Sajat masih berada di Tanah Suci kerana sebelum ini, dia sudah menziarah Madinah dan hari ini mutawiff membawanya bersama rombongan ziarah di Makkah.
“Kami ada menyemak tiket penerbangan kemungkinan diaada membeli tiket lain untuk pulang, namun setakat ini belum ada.
“Kami juga sudah bertemu wakil Wisma Putra dan setakat ini menafikan Sajat ditahan pihak berkuasa di sana,” katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
tahan dan libas depan khalayak umum... baru dia tau... iolsss tak sabar nak dengar jeritan kejantan sheolss...
|
|
|
|
|
|
|
|
Sajat masih di Makkah, agensi umrah arah mutawif ‘slow talk’ - “Kami minta dia ubah penampilan, kembali kepada fitrah”
3-4 minutes
USAHAWAN kontroversi Nur Sajat masih berada di Kota Suci Makkah bagi meneruskan ibadah umrah, demikian menurut agensi pelancongan Albayt Travel Sdn Bhd yang menguruskan perjalanannya sekeluarga.
Menurut pemilik agensi itu, Sofwan Che Seman, Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman bersama rombongannya akan pulang ke Malaysia pada Jumaat ini.
"Dia masih berada di sana. Namun mutawif kita yang mengikuti rombongan itu sudah pesan kepada Sajat supaya mengubah penampilannya dan kembali kepada fitrah yang asal.
"Bagaimanapun sehingga kini saya masih belum menerima maklum balas perkembangan terkini berhubung isu berkenaan," katanya ketika dihubungi mStar pada Isnin.
Sajat mengenakan pakaian wanita sewaktu menunaikan ibadah umrah.
Sementara itu Sofwan berkata pihaknya juga sudah merujuk konsulat Malaysia di Jeddah, Arab Saudi untuk tindakan selanjutnya.
Susulan itu Sofwan turut membuat laporan polis di Kota Bahru, Kelantan bagi menjelaskan mengenai kontroversi Sajat memakai pakaian wanita dan bertelekung di Makkah.
"Pada mulanya Sajat dah ahli kumpulannya telah dimaklumkan lebih awal berkenaan perbezaan pengurusan dan tatacara hukum hakam ibadah umrah serta ziarah mengikut jantina berbeza yang perlu dipatuhi.
"Mereka juga telah bersetuju serta akur dengan arahan pihak syarikat kami. Bagaimanapun setibanya di Madinah, Sajat dan dua orang lagi rakannya didapati melanggar garis panduan yang telah ditetapkan dengan memakai busana wanita di tempat awam dan Masjid Nabawi.
Laporan polis dibuat susulan isu lelaki berpakaian wanita yang kecoh di media sosial.
"Ini menimbulkan reaksi negatif daripada masyarakat terhadap syarikat kami," katanya menerusi laporan polis berkenaan.
Hasil semakan, laman Facebook agensi itu juga sudah dinyahaktifkan kerana dipercayai menjadi mangsa kecaman netizen yang mahu menyatakan rasa marah.
Sementara itu menerusi laporan polis yang sama, Sofwan turut memaklumkan bahawa Sajat mahu mendiamkan diri buat sementara waktu.
"Pihak Albayt Travel mengarahkan pihak Sajat dan ahli kumpulannya membuat permohonan maaf secara terbuka terhadap insiden yang berlaku tetapi mutawif beritahu saya bahawa Sajat ingin mendiamkan diri kerana tidak ingin mengeruhkan lagi keadaan," katanya.
Terdahulu, kecoh di media sosial apabila Sajat dilihat mengenakan pakaian seperti wanita ketika mengerjakan umrah di Tanah Suci Makkah.
Perkara itu ternyata mengundang kemarahan netizen yang rata-rata menyifatkan ia suatu penghinaan yang dibuat terhadap agama Islam.
|
|
|
|
|
|
|
|
“Pakaian dia lelaki bentuk macam wanita itu bukan isu” - Mujahid percaya Sajat bertelekung di Makkah isu individu, tak jejas kuota haji Malaysia
ISU mengenai usahawan terkenal, Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajad Kamaruzzaman yang berpakaian seperti wanita sewaktu mengerjakan ibadah umrah di Makkah ternyata menimbulkan kemarahan ramai.
Selain dihujani kecaman di media sosial, ia turut mendapat perhatian Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mujahid Yusof.
Mujahid berkata bentuk badan Sajat tidak menjadi isu sekiranya dia berpakaian mengikut fitrah jantina asalnya iaitu seorang lelaki.
"Kembalilah kepada fitrah asal dan hormatilah agama dengan kita mengikuti ajarannya.
"Pakaian, kalau lelaki, pakailah macam lelaki. Tidak kira dia berpakaian lelaki bentuk dia macam wanita... itu bukan isu.
"Tapi dia kena kembali kepada fitrahnya sebagai seorang lelaki seperti termaktub dalam kad pengenalan, DNA dan sebagainya," ujarnya kepada pemberita pada Isnin.
Mengulas keberadaan semasa Sajat, Mujahid turut memberi nasihat agar dia pulang ke tanah air.
Malah katanya, tindakan Sajat yang berkelakuan sedemikian di Tanah Suci juga boleh menjejaskan imej Malaysia.
"Please do so (pulang ke Malaysia). Saya ingin menggunakan platform ini untuk beritahu dia, jangan kerana perbuatan anda, ia menimbulkan kebimbangan dan kemarahan orang awam.
Kita boleh tengok dari segi dia muat naik benda itu dalam Instagram dan Facebook, di situ mungkin ada undang-undang yang kita ambil atas sebab menimbulkan sensitiviti dan kemarahan orang ramai.
DATUK SERI MUJAHID YUSOF
MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI
"Yang kedua, fikirlah bahawa tindakan yang anda lakukan di negara orang, bumi Makkah dan bumi Madinah, akan terjejas imej kita dan mungkin boleh menjadi satu isu antara negara," ujarnya.
Namun kata Mujahid, dia tidak mempunyai sebarang kuasa untuk memperkatakan mengenai tindakan yang boleh dikenakan kerajaan Arab Saudi ke atas usahawan itu.
Tambahnya, Arab Saudi mempunyai undang-undang tersendiri dan sesiapa sahaja yeng berkunjung ke negara itu sepatutnya menghormati segala ketetapan yang telah termaktub.
Dalam pada itu, Mujahid turut mengulas kebimbangan orang ramai sekiranya tindakan Sajat akan menjejaskan kuota kemasukan rakyat negara ini ke Arab Saudi.
"Tidak ada... itu tidak ada, saya rasa ini kita tak boleh jadikan sebagai satu alasan. Ia lebih kepada individu yang perlu ditangani secara individu.
"Ia tak akan memberi kesan kerana ia merupakan perbuatan individu yang tidak mewakili polisi kita dan ia bertentangan dengan Islam untuk memakai pakaian yang tidak sepatutunya dipakai di Makkah dan Madinah serta memberitahu satu dunia bahawa anda melakukannya.
Kelakuan Sajat yang berpakaian wanita di Tanah Suci ternyata menimbulkan kemarahan ramai pihak.
"Itu isu lain yang saya rasa kita kena ambil sikap yang agak tegaslah," ujarnya lagi.
Mengulas lanjut tindakan usahawan dengan 1.4 juta pengikut Instagram itu yang berkongsi foto-fotonya di Tanah Suci, Mujahid berkata ia tertakluk kepada undang-undang di bawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
"Kita boleh tengok dari segi dia muat naik benda itu dalam Instagram dan Facebook, di situ mungkin ada undang-undang yang kita ambil atas sebab menimbulkan sensitiviti dan kemarahan orang ramai.
"Tapi ia bukan di bawah bidang saya, sebab itu di bawah SKMM, akta SKMM dan lebih penting saya minta juga berita-berita fake news yang timbul hasil daripada berita-berita ini, kita pada waktu yang sama kena menjaga keselamatan dan nyawa beliau.
"Kita tidak mahu timbul kata dia akan dibelasah... dia akan dipukul, saya harap konsulat kita di Saudi mengambil perhatian inilah," ujarnya lagi.
|
|
|
|
|
|
|
|
Albayt Travel mahu Sajat minta maaf secara terbuka
3 February 2020
KUALA LUMPUR – Pihak Albayt Travel (M) Sdn Bhd yang mengurus umrah usahawan kosmetik kontroversi, Muhammad Sajad Kamaruzzaman atau dikenali sebagai Sajat bertindak membuat satu laporan polis hari ini.
Menurut laporan polis itu, pihak pengurusan syarikat itu telah mengarahkan mutawif yang bertugas untuk memberi arahan kepada Sajat dan ahli kumpulannya agar segera menghentikan penyebaran imej dan juga video kontroversi ibadah umrah dalam mana-mana saluran media sosial.
Malah, syarikat itu turut menasihatkan agar Sajat membuat permohonan maaf secara terbuka terhadap kejadian yang berlaku.
“Mutawif memberitahu saya bahawa Sajat ingin mendiamkan diri kerana tidak mahu memudaratkan lagi keadaan,” kata pemilik syarikat itu yang bernama Sofwan.
Laporan polis itu dibuat ekoran terdapat ancaman daripada luar kepada pihak pengurusan dan ahli keluarga mereka.
Menurut Sofwan, langkah itu diambil kerana dikhuatiri boleh memberi kesan negatif kepada pihak keluarga kerana mereka tidak langsung terlibat dalam isu yang berlaku.
Albayt Travel dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur malam tadi berkata, pihaknya juga sudah merujuk insiden Nur Sajat memakai pakaian wanita dan bertelekung itu kepada pihak Konsolat Malaysia di Jeddah, Arab Saudi untuk tindakan selanjutnya.
Laporan polis itu dibuat di Balai Polis Kota Bharu, Kelantan di mana syarikat itu dipercayai beroperasi.
Kumpulan umrah khas oleh keluarga Sajat dan rakan perniagaannya itu disertai sembilan orang iaitu tujuh dewasa dan dua kanak-kanak bersama seorang Mutawwif bermula 28 Januari lalu hingga 7 Februari ini.
Ketika di Mekah, Sajat bertindak memakai telekung yang dikhususkan kepada wanita dan melakukan ibadah umrah di sana bersama dua rakannya. |
|
|
|
|
|
|
|
ROTIKAYA ,apa komen ???
|
|
|
|
|
|
|
|
betul... biar jadi pengajaran...
buat yang beking, pernah tak dengar anjuran dalam islam supaya tangan kanan sorok kebaikan dan tangan kiri sorok kejahatan dan juga jangan dibukak aib yang boleh mendorong kearah fitnah dan umpatan... so, its clearly stated that kalau nak jadi jahat, takyah la war2kan pastu meroyan bila orang kecam... pastu pada masa yang sama dok mengajak orang buat kejahatan juga...
aku pernah pertikaikan pasal dia ni solat pakai telekung seumpama wanita... tak terfikir ke pada pembekap tentang aurat wanita lain kepada sajad jadah ni... tak terfikir ke punya la wanita2 tu jaga aurat dia pada mata lelaki, tapi tanpa sengaja "ditunjuk" juga pada lelaki yang menyamar "perempuan" ni... tu belum kira lagi dosa berpeluk bercium batal wuduk segala sehingga membuatkan solat jatuh tak sah, bla bla bla yada yada yada...
jangan kerana nak normalize kan dosa sendiri sampai membuatkan pihak lain sama2 berdosa... dont be stupid people!!!
|
|
|
|
|
|
|
| |
|