|
|
"Tidak Laris Di Pasaran" Harris Baba Berundur Dari Dunia Seni
Disebabkan kemerosotan kerjayanya dalam industri seni sejak tiga tahun lalu, penyanyi dan pelakon Harris Baba membuat keputusan mahu meninggalkan industri hiburan.
Foto: IG
Memetik laporan BH Online, Harris Baba kini lebih menumpukan perhatian pada perniagaan keluarga di Sabah.
"Saya berulang-alik hampir setiap minggu dari Sabah ke Kuala Lumpur. Bagaimanapun, tiada rezeki saya menempa nama, jadi saya fikir keputusan mahu berundur diri adalah jalan terbaik.
"Saya berundur diri secara baik daripada syarikat rakaman, World Peace Entertainment walaupun baru lapan bulan menandatangani kontrak," katanya.
Foto: IG
Harris juga mendedahkan dia terpaksa meninggalkan isteri dan anak kerana berulang-alik dari Sabah ke Kuala Lumpur setiap minggu.
"Cukuplah, saya berada dalam industri hiburan. Jika diteruskan sekali pun, saya bimbang kerjaya berada di landasan yang sama. Jadi, saya harus bijak membuat keputusan" ujarnya lagi.
Foto: IG
Penyanyi kelahiran Singapura itu berkata, dia semakin seronok menguruskan perniagaan bersama isteri. Perniagaan milik kakak iparnya diserahkan kepada Harris dan isteri, sejak setahun lalu.
Foto: IG
Semoga semuanya berjalan lancar buat Harris sekeluarga. Rezeki ada di mana-mana dan tidak semestinya kena tertumpu pada satu kerjaya saja, kan? - CARI |
|