CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: iscol_klang

[MERGED] Faisal Tehrani

[Copy link]
Post time 22-6-2007 03:12 PM | Show all posts
baru beli td "bila tuhan berbicara"
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2007 05:47 PM | Show all posts

Reply #109 oracle_cute's post

jangan lupa review kat sini, setakat ni semua review positif yg aku baca, tebal ke bukunya
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2007 11:40 AM | Show all posts

Reply #110 mantan's post

ok ...............
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2007 11:59 PM | Show all posts


Sinopsis:
Sahlan saintis yg ingin menjadi wanita. Razlan pula ekstremis agama. Sedangkan Mazlan, doktor perubatan masih terasa panas darah isteri yg baru dibunuhnya. Mereka terkesima dan terperangkap bersama dalam kubu lantaran gempa bumi, taufan dan letupan gunung berapi yg melanda
Apabila mereka bangun setelah tertidur beribu tahun lamanya, mereka dikejutkan dgn sebuah dunia baru yg diperintah wanita, Paduka Ratu.
Novel drama ini sesekali ada kelucuannya, acapkali ditemui perbincangan separuh ringan dan sebagai naratif ia dapat mengesan jiwa. Dialog monolognya memberi cerminan kepada perangai, nilai dan falsafah kewujudan manusia.
Prosa segar Faisal Tehrani inin harus dimiliki.

Terbitan : Al-Ameen Serve Holdings
Mukasurat : 374 mukasurat
Harga : RM21.90

"Satu pengalaman estetik dan intelektual yang baru. Karya yang penting dalam sastera Melayu kita - Dato' Dr Anwar Ridhwan di majlis pelancaran Bila Tuhan Berbicara pada 6 Mei 2007, di PWTC KL."

*******************************************************************************************

Bagi aku yg fanatik FT, tak de kata lain  lepas khatam novel terbaru
mamat nie melainkan 'FT ko mmg best'
First time aku baca karya FT dlm bentuk drama
bg aku ia heavy sikit bg org yg tak biasa baca skrip drama &
daya imaginasi kena bekerja 300% lebih kuat drp
bila membaca novel biasa


[ Last edited by  NickyAzrai at 26-6-2007 10:25 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2007 12:29 AM | Show all posts


Judul : Maaf Dari Sorga
Pengarang : Faisal Tehrani
Penerbit : Zebra Editions Sdn Bhd
Genre : Novel Remaja
Mukasurat : 107 halaman
Cetakan Pertama : 2003


Rumah nombor 33 menyimpan pelbagai misteri. Ia malah dianggap berhantu dan diselaputi nasib malang sehinggalah Hakiki seorang pegawai bank berfikiran liberal duduk menginap di sini bersama isterinya Sarah, berbangsa Australia. Pelbagai peristiwa aneh melingkari persekitaran Sarah dan Hakiki setelah itu. Gangguan menakutkan dari bayangan-bayangan seram, kunjungan kerap jiran mereka Wan Adlin, kematian tiba-tiba Pak Idi dan kekeruhan hubungan rumahtangga diberi perlambangan yang kuat menerusi Sarah yang terperangkap dalam taufan ganas di tengah Sydney. Apakah dosa Hakiki yang disembunyikan sekian lama sehingga datang imejan aneh hampir-hampir mengorbankan Sarah. Apakah kemaafan yang bakal hadir dari sorga untuk mereka.
---------------------------------------------------------------------##-----------------------------------------------------------

baru je habis buku nie
novel nie dah lama
lain sikit dari karya FT yg pernah aku baca
ada sikit unsur mistik & seram tp tak de lah
sampai takut nak baca malam2

Cite pasal Hakiki yg kawin dgn Sarah dr Australia
sejak belajar di luar negara hingga kawin dgn Sarah
dia tak amalkan suruhan yg sepatutnya
lupa pada kedua ibu bapanya
bak kata Hakiki ' dia barang kali telah melangggar serba sedikit
arak sedikit, berjudi sedikit tp tidak sampai mempertikaikan agama '

gangguan yg dialami oleh Hakiki & sarah di rumah mereka bernombor 33
mcm mimpi, bayangan yg menakutkan
aku lihat mcm nak guide dia pulang ke pangkal jalan

aku seperti biasa apa2 saja dr FT semestinya Best
so aku bagi 4.5/5 bintang





Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2007 09:15 AM | Show all posts

Reply #113 NickyAzrai's post

er...mana nak cari?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-7-2007 09:48 AM | Show all posts
entri lama ttg FT:


Jumaat lepas, dapat buku baru yang dipesan online dari ujanailmu. abang yang pergi ambil di pejabat pos, kebetulan waktu bungkusan tiba, kami tiada di rumah. rasa naik buntang mata melihat buku baru, dan betapa gembiranya! sudahnya, walaupun auni suka mengacau ibu dia sibuk membaca buku, sudah dua buku berjaya dihabiskan.

teruja membeli buku baru hasil daripada promosi besar-besaran oleh ujanailmu berkaitan dengan pemenang Hadiah Sastera Utusan 2004. tahun ni, masih mendahului, Faisal Tehrani. suami asyik tanya, kenapa suka sangat baca tulisan Faisal Tehrani. banyak sebabnya, mungkin agaknya menambah ilmu pengetahuan (penulis sentiasa membuat penyelidikan sebelum menulis sesuatu novel) dan bahasa yang menarik. bila dah promosi pada abang, barulah dia sibuk membaca satu novel tulisan Faisal Tehrani dan kemudian, dia memujinya pula.

terus terang saya katakan, saya meminati tulisan Faisal Tehrani, Hizairi Othman, tulisan cerpen Ghafirah Idris, Siti Hajar Mohd Zaki, Amaruszati, dan seangkatan dengan mereka (termasuklah saudara Amiza Khusyri). begitu juga dengan penulis-penulis lama, Khadijah Othman, Othman Puteh, dan tulisan sajak Usman Awang.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2007 12:08 PM | Show all posts

Reply #114 mardhiah12's post

Hai Mardiah....

ko trylah kat Ujanailmu, aku rasa ade lagi kot

aku punya nie aku jumpa kat
Kedai Buku Secondhand Chowrasta, Penang
lebih kurang 2 minggu lepas aku lepak kat sana
rasa mcm nak melompat ke bumbung bila jumpa buku FT
dlm timbunan buku yg ade kat sana
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-7-2007 04:20 PM | Show all posts

Bila Tuhan Berbicara

Bila Tuhan Berbicara
Novel drama setebal 367 halaman terbitan Al-Ameen Serve Holdings berharga RM 21.90 senaskhah ini turut disulami dengan watak Paduka Ratu, pemerintah wanita yang berkuasa di kubu terbabit dengan perbincangan bertumpu kepada isu agama, sejarah dan sains rupa bumi - Berita Harian 23 Jun 2007

Buku ini patut dibaca semua. Ahli politik perlu baca, tokoh budayawan juga tokoh bahasa juga perlu baca. Mereka yang sering bergaduh di blog dan laman web dengan meninggalkan komen yang menyinggung dan mencemuh agama dan mengetepikan toleransi juga patut membaca buku ini. "

[size=130%]Ulasan ini dipetik dari blog seorang penggemar dan pengulas buku di internet yang tidak asing lagi, [size=130%]Jiwa Rasa. Sabtu, 14 Julai 2007 Insya-Allah (8.30 pagi) FT akan muncul di rancangan Selamat Pagi Malaysia, RTM 1 untuk mempromosikan Bila Tuhan Berbicara. Juga acara promosi pada 29 Julai 2007 jam 5-6 petang di Pesta Buku Selangor.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2007 08:36 AM | Show all posts
dah beli. tapi tak sempat nak baca lagi sebab waiting list panjang sangat.
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2007 01:34 PM | Show all posts
suka sangat
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2007 03:59 PM | Show all posts
insyaALLAH, ambe akan cuba dapatkan novel ini.
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2007 10:14 AM | Show all posts
excuse me, topik faisal tehrani ada kat subforum critical reading.. i will merge this later yaa
Reply

Use magic Report

Post time 21-7-2007 12:08 AM | Show all posts
rupa-rupanya dah ader thread pasal FT nie.
sekarang ni tengah cari bila tuhan berbicara.
nampak gayanya pakai online la nie.

anyways,aritu tersempak dengan FT dalam bas nak ke lcct.
tak sempat nak duduk sebelah,dah ada orang.
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2007 05:19 PM | Show all posts
ahad lepas pegi ler badan bookstore kat plaza angsana......ader sale 20%,so beli beberapa buah buku.....
terpandang satu novel baru faisal tehrani nih,terus sambar 1.....RM16 jer.....
tajuknye "ikan fugu,lukisan & jimson" dan ader tulis siri detektif indigo (harap2 novel nih bersiri macam komik penyiasat remaja tuh)...sbb saya suka baca novel detektif indigo,tak sangka FT nih pon tau pasal komik penyiasat remaja even dia penulis buku2 BM.....
tapi tak sempat baca lagi....
uiks,macam seronok jer....bertambah 1 lagik koleksi FT saya......

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2007 12:04 PM | Show all posts
http://www.tehranifaisal.blogspot.com/
Promosi Awal: Tuhan Manusia


(Mungkin ini adalah novel saya yang paling 'ambitious' dan provokatif sejak 1515, subjeknya sendiri 'meresahkan' ramai. Saya mengarangnya kala berada di Bonn, Jerman tahun lalu. Draf keduanya siap di Amsterdam pada hari Natal. Wacana murtad, pluralisme dan sikap sosial umat Islam menjadi bumbu TM. Doakan semuanya lancar dan Insya-Allah menemui pembaca Ogos ini.)


ANDAI kota itu peradaban, rumah kami adalah budaya, dan menurut ibu, tiang serinya adalah agama.

Ibu saya bersuara lagi, 慴erapa besar ikan paus, tempuling juga menghilangkan jiwa.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-7-2007 04:35 PM | Show all posts
Bakal Berada di Pasaran September Ini
http://www.tehranifaisal.blogspot.com/

ni cover page. MUST BUY (reminder to me)
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2007 06:03 PM | Show all posts

Reply #131 yangkhadijah's post

publishernya siapa
macam cover dr Ameen creatif je
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2007 11:03 AM | Show all posts
aku baru habis baca buku Kekasih Sam Bo PO
sorry la slow cam siput sikit..ada cerpen aku suka, ada yang biasa2...
tapi aku suka cerpen yg menyentuh isu royalti minyak (bulan mengambang di langit KL), isu rasuah (cahaya pada jiwa)...aku suka yg sentuh current issues
yg cerita macam zaman dulu2 tu, byk bersentuh fakta sejarah, mcm slow sikit aku baca...agaknya semangat naisonalisme kena tinggi baru okay, hehe
tapi mmg aku salute FT, sbb dia mampu sentuh macam2 genre.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2007 12:07 PM | Show all posts
Originally posted by yangkhadijah at 13-7-2007 04:20 PM
Bila Tuhan Berbicara
Novel drama setebal 367 halaman terbitan Al-Ameen Serve Holdings berharga RM 21 ...



arituh gi la kedai buku nih,carik BTB nih.....tp bila tgk buku nih dalam bentuk drama,macam tak jadik beli r.....sbb susah nak masuk lar baca dialog2 nih.....adeh!kene pk banyak kali nak beli ke tidak.....last2 beli ikan fugu,lukisan & jimson jerk.......hehehhe....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-11-2024 01:19 AM GMT+8 , Processed in 0.073215 second(s), 39 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list