CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

Daeng Parani 5 bersaudara

[Copy link]
Post time 13-4-2009 02:15 PM | Show all posts
di kedah ada ke yg ajar silat sendeng..???

yg original dari tanah seberang..

sapa ada info..??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-4-2009 09:31 PM | Show all posts

Balas #108 selendangmerah\ catat

SEGAYONG SEKENDI SEPERIGI SEMINUM SEJALAN SEJADI SEDARAH SEDAGING SEPADU

sama la kita....


tp tak bersambung lagi ni...last sekali dgn cikgu...di perak...
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2009 11:44 PM | Show all posts
saya pun keturunan dari daeng parani juga. dari sebelah perak.

ceritanya byk benar keturunan2 ni kerananya, daeng parani selalu berkahwin dengan rakyat tempatan, spt biasa, demi meluaskan agama islam, kuasa dsb.(Bugis adalah org yg paling org Inggeris takuti. itu pasal dilabel sebagai lanun. itu hanyalah propaganda mereka sahaja dlm memburukkan danmenjajah minda org lain.)

Badik ini adalah pengiring pedang. ;kalau ikutkan fakta, ke empat2 pedang Bugis adik beradik ini telah ditemui. Ada setengahnya diletakkan di muzium, dan ada juga yang dimiliki oleh Sultan yang sedang memerintah. Tapi satu pedang lagi masih belum ditemui oleh mereka, iaitu pedang Daeng Parani.

;Orang2 yang cuba mencuri pedang ini tidak dapat memegang lama.
Malah nak menyarung pedang kedalam sarungnya juga tidak mampu.

Andai kata pedang jatuh ketangan orang yg salah, iaitu bukan pewarisnya, akan menjadi gila.
Begitulah yang terjadi kepada org2 yg mencurinya sebelum ini.
Hidup tidak tenang lalu memulangkannya kepada pewaris yang asal. Namun begitu, hulu pedangnya yang asalnya telah dicuri kerana bernilai. Mungkin ada yang menggunakannya demi kerana wang tak pun demi utk memuja. Almaklumlah, pedang itu dah makan banyak darah. P
edang itu bukan sebarang pedang.. pada badan pedangnya kalau disentuh atau dilurut2, boleh membuat luka dijari yang kita tidak nampak.tujuannya adalah, apabila dihunus kebadan musuh, dan ditarik balik pedangnya akan meninggalkan luka-luka kecil yang tidak boleh diubati di badan musuh yang tidak boleh kita nampak.
Pedang ini ada cara penjagaanya. Sama juga seperti nak menjaga keris dsb.

Saya tidaklah ingin menjadi terlalu superstitious atau ape2. tapi, sebelum arwah ayah saya menghembuskan nafasnya yang terakhir, pedang ini爐elah bergegar didalam almari dirumah. Saya tidak mahu menjadi terlalu superstitious.. Tapi apa yang ayah saudara saya beritahu, pedang itu umpama ingin memberitahu tentang 'perkara buruk' yg bakal mendatang terhadap waris lelakinya. Beberapa牋minit selepas itu, ayah saudara saya menerima panggilan dari ibu saya mengatakan ayah baru sahaja 'pergi'.

Itulah alkisahnya. Gegarannya didalam almari agak luar biasa hingga mengejutkan seisi rumah.

[ Last edited by  lilyquzandrea at 9-6-2009 00:12 ]
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2009 01:34 PM | Show all posts

Balas #115 lilyquzandrea\ catat

haiyooo mcm itu ka... cik bee wlupun keturunan bugis tp byk jugak yg x tau ttg orang bugis ni....
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2009 01:41 PM | Show all posts

Balas #116 cikbeeqiu\ catat

sebabnya cik bee tak mau nak amik tau!
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2009 02:13 PM | Show all posts
selepas membaca dari page 1 sampai habiss...barulah saya paham sikit2 salah silah keturunan pahlawan bugis 5 saudara ni...selama ni tau sikit2 masa blajar sejarah tingkatan 3 dulu2. Apapun tahniah kepada sapa2 yg keturunan daeng yg cuba membongkar asal-usul anda. semoga berjaya
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-12-2009 12:42 AM | Show all posts

RE: Daeng Parani 5 bersaudara

Kalau saya jadi pengarah dokumentarinya saya akan buat perkara berikut:
1. Kenapa Daeng Perani tewas dengan mudah....adakah sebab telah berusia atau kesilapan starteginya..( raja kecil tahu jika dia  ...
sent626 Post at 20-3-2009 04:04 PM


Setiap bangsa dan masyarakat memiliki nilai2 luhur yang diwariskan dari turun temurun dan mempengarui pikiran dan pola hidup masyarakat bersangkutan.Bagi org Bugis hal ini tercermin dalam falsafah siri'  dan pesse.Kedua hal ini menjadi penggerak bagi seseorang utk bertindak pada saat dianggap perlu.Ada satu ungkapan SIRI'TAJI KITTALASSA.


Le'ba kusoronna biseangku, kucampa'na sombalakku, tamassaile punna teai labuang



salams
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2009 12:53 AM | Show all posts
ooo..saudara org kulim ke?
baguslah saudara berminat mengenai sejarah ni..klu saudara info ceritalah disini, bleh la kita berkongsi2 info..
sebenarnya kami sebagai pewarisnya pun masih mencari info2 ...
fuel_i Post at 19-3-2009 10:46 AM



jika rahsia itu dibongkar..mampukah ahli2 keluarga yang lain menerimanya...?mampukah berlapang dada sekiranya rahsia yg selama ini menjadi rahsia akan memberi impak pada sekalian ahli keluarga??beringat kerana ini membincangkan perihal orang yang sudah lama tiada apatah lagi membawa legasi dan tanggungjawab yg perlu dipikul oleh setiap anak cucu waris bukan hanya sekadar bermegah aku begitu dan begini...ini melibatkan maruah.Bukan senang membawa nama orang ternama...  salams
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-12-2009 04:57 PM | Show all posts
wah..baru abis membaca penerangan demi penerangan ..
hmm...norell dulu2 suka membaca ttg sejarah...terutama DAENG..
skrng nie ,norell ebih memahami..
tahniah la kpd saudara/i yg mewarisi darah keturunan itu.
norell xtau la samada norell nie dr kturunan nie..
apa2 pun...syabas utk anda utk mencari salasilah keturunan anda..
norell sokong kpd saudara/i utk itu..
:pompom::pompom:
teruskan niat itu...
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2009 07:18 PM | Show all posts
Mengikut apa yang aku belajar dalam pelajarah Sejarah masa sekolah dulu,orang Bugis adalah pengasas kepada kesultanan negeri Selangor Darul Ehsan pada hari ini.

Wallahualam.
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2010 11:20 AM | Show all posts
daeng chelak dikurniakan 2 anak iaitu raja lumu n raja haji. raja lumu tu yg ditabal sultan selangor yg pertama...
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2010 11:48 AM | Show all posts
ya btul tu..Raja Lumu (Sultan Sallehuddin Shah ibni Almarhum Daeng Chelak, Sultan Selangor yg pertama)
Raja Haji Ibni Almarhum Daeng Chelak (adik Raja Lumu) diikhtiraf sebagai Pahlawan Agung Nusantara kerana perperang melawan penjajah Belanda dan baginda syahid fisabillilah di Teluk Ketapang, Melaka
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2010 05:40 PM | Show all posts
siapa tahu daeng chelak khawin brape? yang tertulis cuma ada 2 anak. tp yg xtertulis ada x?
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2010 11:26 AM | Show all posts
125# harungemang

yg aku tau dulu ada tempat simpan bot belakang RAT AUTO dinamakan DAENG CHELAK...
byk kali gak aku gi situ dulu...
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2010 02:54 PM | Show all posts
Post Last Edit by pajajaran at 19-2-2010 15:00

Simaklah ucapan Sagimun MD dalam buku (kitab) nya tentang Sejarah Makassar dalam menilai sikap Sultan Alauddin kakek (datuk) kepada Sultan Hasanuddin raja Gowa.

"Raja siapa yg tidak memilih mati, bila melihat begitu ramainya tentara Gowa memenuhi semua pantai-pantai Makassar demi keselamatan raja." Ramai dan rapat seperti rapatnya kumpulan supporter sepakbola dalam stadion.

Hal ini terjadi ketika Laksamana Speelman hendak menyerang Kerajaan Gowa. Speelman tak pernah menaklukan Makassar sampai kapan pun melainkan dengan bantuan tentara Kerajaan Bone (punya orang bugis), Kerajaan Buton, Kerajaan Ternate dan org2 Ambon.

kenapa Bone membantu Speelman?
sebab maruah org Bugis tercemar menyusul penaklukan Gowa atas Bone.

kenapa Buton membantu Speelman?
salah satu penyebabnya ialah Raja Bone (Arupalakka) merupakan anak dari saudara seorang bangsawan Buton. Masih ada sebab2 yang lain lagi. (setelah ini saya akan postkan kisah pelarian Arupalakka ke Buton menyusul (ekoran) kekalahan Bone ketika diserang Gowa.

kenapa Ternate membantu Speelman?
sebab bukan rahsia lagi antara Ternate dan Gowa saling berebut pengaruh di Indonesia belahan timur. Setiap gangguan2 Gowa ke wilayah timur selalu mendapat reaksi politik mahupun militer dari Ternate. Demikian pula setiap ekspansi Ternate di wilayah timur selalu mendapat reaksi dari Gowa. Saling berebut pengaruh, ibarat USA dan Uni Soviet saat perang dingin.

kenapa org Ambon membantu Speelman?
sejak zaman dahulu sebaian org2 Ambon sering mendaftar (apply) sebagai tentara Belanda, saya tak bisa menjelaskan hal ini. Mungkin karena Belanda suka merekrut mereka karena kesamaan agama Kristian yg mereka anut. Belanda lebih percaya dengan kesetiaan tentara2 Ambon dibandingkan sekutu lainnya.
Betul apa yg ada dalam pikiran Belanda, sebab setelah Gowa takluk, Aru Palakka sang raja Bone merasa tugasnya dalam membebaskan Bone telah selesai, sehingga dia pun berkhianat dengan belanda (berpaling tadah?). Bone dan Belanda kini berubah menjadi musuh. So, motif dukungan bone pada Belanda hanyalah simbiosis mutualisme (hubungan yg saling menguntungkan).
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2010 02:24 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-8-2010 12:22 PM | Show all posts
Reply 126# pajajaran


    Adakah anda anak jati Sulsel? Boleh cerita secara detail tak kenapa orang Bugis dan Makassar boleh terpisah dua...ada yg mengatakan ini semua adalah angkara Belanda... Tetapi Orang Makassar mempunyai Kerajaan/Empayar yang dikenali sebagai Gowa dan orang Bugis mempunyai kerajaan yang dipanggil Bone dan apa yang mengelirukan saya..kebanyakan Bugis yang datang ke Malaya dalam tahun 1700 adalah dari Kerajaan Gowa...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2010 01:25 PM | Show all posts
kalau aku tak silap,dketurunan daeng nih berasal dari bugis endrekang.....apa yang aku tau,beza bugis endrekang dengan bone nih,bone nih kebnanyakannya itam2 (jarang yang putih2)...tapi endrekang nih banyak yang lawa2 dan hensem2.......
GRINDSAKHTANIC Post at 18-3-2009 03:19



Aku konpius sikit..memang Bugis boleh dibezakan secara fizikal dengan subsuku mereka yg len...Dari apa yang aku pernah dengar dari Bugis Sabah mereka ramai terdiri dr Bone...dan depa kata Bugis Bone ni putih2..macam Najib tu aku rasa dia Bone...

Tapi apa yang aku tengok dr orang2 tua kampung aku..kulit depa putih (ada gak hitam..x tau la kalau kena panas atau apa) dan hidung agak mancung....
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2010 02:35 PM | Show all posts
Yang aku tahu 5 bersaudara adalah keturunan Raja Luwuk... Kerajaan Luwuk ni adalah Kerajaan yang tertua di Sulawesi dan disebut dlm Kitab La Galigo... Kerajaan2 kecil di Sulawesi macam Bone, Wajo, Gowa, Soppeng dll suma asai dr Kerajaan Luwuk...

Sejarahwan Indon cuma mengakui kewujudan Luwuk dan 2 lagi Kerajaan yg disebut dlm La Galigo x diiktiraf sebab x da bukti kewujudannya...

Dulu yang paling hebat adalah Luwuk..lepastu kerajaan kecil perang ngan Luwuk pasai xmo Ketuanan Luwuk atas mereka...sebab tu Luwuk jadik lemah tapi kerajaan2 kecil ni tetap menghormati Luwuk sebagai sebuah kerajaan tertua....

Lepaih tu wujud la 2 Kerajaan yang kuat iaitu Gowa dan Bone..depa ni berperang pasai Bone rasa dia bagaikan telah ditakluk oleh Empayar Gowa..Kalau x silap Bone guna orang Belanda untuk lawan ngan Gowa...Gowa kalah..

Dan Raja Gowa terpaksa menandatangani Perjanjian Bongaya yang ternyata terlalu berat sebelah...
Untuk pengetahuan angpa sumua dlm istana Gowa ada gak Melayu Pattani ngan Bajau...so depa(Melayu-Bugis) ni kuar dr istana n pergi ke Semenanjung dan lebey tepat ke Barat...depa ni semua kecewa dengan Perjanjian Bongaya...

Pasai perjanjian Bongaya tu semua kubu Gowa dimusnahkan kecuali 2 Kubu yang berkepentingan kepada VOC antaranya Benteng Somba Opu yg wujud hingga kini...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2010 02:50 PM | Show all posts
Dan lepaih tu Bone berkuasa di seluruh Sulewesi Selatan tapi dibawah penguasaan Belanda...

Salah satu prinsip Bugis kebahagian itu hanya mampu dicapai melalui kebebasan dan kemerdekaan...maka depa pun lawan la ngan Belanda...dan sesetengahnya meninggalkan Sulawesi dan menyebar ke Sabah dan Semenanjung...inilah Bugis yang hat banyak korang jumpa boleh cakap Bahasa Bugis tu...hat yg dok dekat Sabah ngan Johor...depa ni skang dah nak masuk Generasi ke-3 dan ke-4...tapi yang hat lima bersaudara (luwuk) dah generasi yang ke-7 dan ke-8..yang ni dah x boleh cakap Bugis lagik....

So x heran la kalau ramai x tahu depa suku apa pasai korang dah campuq baik masa kat Sulawesi atau pun masa dah di luaq Sulwesi...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-2-2025 06:37 AM GMT+8 , Processed in 0.753853 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list