CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dexa

Kes Isteri Benarkan Suami Kawin ke4: Latest- Mahkamah Luluskan -

[Copy link]
Post time 16-5-2008 05:35 PM | Show all posts
Originally posted by csham at 16-5-2008 03:00 PM
ye la... cuba ko jadik anak dia... ko nak ke dia kawen satu lagi...


buat apa aku jadi anak dia lak??

tak relevan langsung
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2008 05:53 PM | Show all posts
Originally posted by csham at 16-5-2008 03:00 PM
ye la... cuba ko jadik anak dia... ko nak ke dia kawen satu lagi...



best apa...dapat banyak mak...ehe
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2008 06:45 PM | Show all posts
apa la yang korang nak herankan.

Arwah atuk belah bapak aku bini tiga.

Arwah bapak aku sendiri pun bini dua.

Yang mustahaknya halal.
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2008 06:50 PM | Show all posts

Reply #103 jkkkj's post



kukukukkui......


ada potensi mengikut jejak langkah keturunan nie....hehehhehe






pssttt: gurau aje tau

Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2008 07:14 PM | Show all posts
meramaikan rakyat melayu.....tapi biarler melayu berguna.....bukan melayu tindas melayu....
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2008 07:21 PM | Show all posts
aku cadangkan ketiga2 bini pokcik ni pegi kaunseling dgn Sisters In Islam
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-5-2008 07:26 PM | Show all posts
pelik aku maideen dan rakan2 seperjuangan x masuk thread ni...
tiba2 rindu pulak kat diaorang...
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2008 07:50 PM | Show all posts
Korang agak pakcik tu dan is3=isteri, masa pru dulu undi apa ? BN atau PR
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2008 07:51 PM | Show all posts

Reply #104 maza's post

Dia satu jer lah kot... atuk 3, bapak 2.
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2008 07:52 PM | Show all posts

Reply #107 ~boolean's post

Tu lar pasal... aku tadi rasa pasti diorang antara yg first reply.
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2008 09:50 PM | Show all posts
Originally posted by Muntz at 16-5-2008 07:52 PM
Tu lar pasal... aku tadi rasa pasti diorang antara yg first reply.


mati kutu la tu dok ingat TGHA jerk bole kawen 3 (spt mana yg depa dok canang seentero forum)kat malaysia nih
pd hal bab kawen lebih pada satu nih bukan nya HARAM pun,asalkn memenuhi hukum2 yg ditetapkan dah la..
dlm syarat tak dipenuhi pun berlambak yg kawen lebih gak..(curi2 kawen. )
.cuma depa tak  dikenali ramai so no point la nak di war warkan
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2008 11:15 PM | Show all posts
kahwinlah bang...

orang lain dah umur 57 dah rileks rileks..

awak umur 57 tahun masih kena jaga baby lagi...

hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2008 11:22 PM | Show all posts
Originally posted by sapeon at 16-5-2008 07:50 PM
Korang agak pakcik tu dan is3=isteri, masa pru dulu undi apa ? BN atau PR


Bengong...
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2008 01:11 AM | Show all posts
laen org laen pandangan.

yg pelik:
1. gaji 1.5k, bini 3 anak ???
2. semua existing bini kasik approval lagi (x perlu pon), apokobondo tu?
3. umo dh 57? dah senja dah tu
4. adil ka? dgn sebenar2 kata adil... adil ka?

conclusion:
bodo.h
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2008 03:57 AM | Show all posts
benarkan sajer pakcik ni berkahwin. tuh dah terang dan nyata beliau ada pendapatan sampingan yang lain untuk membiayai keluarganya yang ramai tu.



          Kosmo! Online   

Mohamed Nor sudah sedia

Oleh MANIRAH OTHMAN dan NORAINI A. GHANI
[email protected]


Link to original article







INILAH rumah Suzi, bakal isteri keempat Mohamed Nor di Kampung
Chendering, Kuala Terengganu semalam.



MARANG - Mohamed Nor Awang, 57, sudah bersedia untuk berkahwin Jumaat depan di sebalik debaran menunggu keputusan mahkamah esok sama ada mengizinkannya berkahwin lagi untuk kali keempat.

Semua persiapan yang diperlukan untuk perkahwinannya dengan Suzi Sulong, 34, termasuk pakaian dan barang-barang hantaran sudah disediakan oleh tiga isterinya sejak awal lagi.

"Semua isteri saya sudah membeli keperluan yang patut dan bergotong- royong sesama mereka menyediakannya," katanya.

Ia sebagai mengulas laporan mengenai tindakan ketiga-tiga isteri Mohamed Nor yang sanggup tampil di Mahkamah Tinggi Syariah di sini bagi menyokong tindakan tersebut.

Isteri pertamanya, Wan Rukiah Mat Yusof, 52, isteri kedua, Khalthom Dollah, 39, dan isteri ketiga Noraini Daud, 40, bersetuju tanpa syarat membenarkan suami mereka berkahwin dengan Suzi yang bekerja sebagai kerani.

Malah, ayah kepada 18 anak serta empat orang cucu itu turut mendapat persetujuan daripada anak-anak bagi meneruskan hasratnya itu.

Menurut Mohamed Nor, kesemua urusan tersebut disediakan oleh isteri-isterinya dan dia tidak masuk campur mengenainya kerana untuk perkahwinan kedua dan ketiganya sebelum ini, turut diuruskan oleh isteri.

"Lega sebab semua keperluan sudah disediakan, tetapi apa yang saya takutkan sekarang ialah keputusan mahkamah Ahad ini (esok)," katanya ketika ditemui Kosmo! semalam.





Mohamed Nor sedang termenung di samping persalinan akad nikahnya memikirkan keputusan hakim Mahkamah Tinggi Syariah Ahad ketika ditemui di rumahnya di Kampung Tok Fakir, Merchang, Marang.



Menceritakan pertemuan kali pertama dengan Suzi, Mohamed memberitahu, ia berlaku di Pantai Batu Burok 10 tahun lalu ketika keretanya rosak.

Katanya, Suzi yang kebetulan lalu di situ berhenti dan membantu menolak keretanya.

Pertemuan kedua pula sewaktu dia menghantar anaknya ke sekolah, manakala Suzi menghantar adiknya yang kemudiannya diikuti dengan pertemuan-pertemuan seterusnya.

"Saya sukakannya sebab dia ikhlas dan saya yakin Suzi akan menjadi isteri yang baik sama seperti isteri- isteri saya yang lain," katanya yang merancang untuk membeli tanah bagi mendirikan sebuah rumah untuk Suzi.

Mengenai pekerjaan dan pendapatannya, Mohamed Nor berkata, dia mempunyai lori sendiri dan mengambil kontrak mengangkut getah sekerap dan kayu-kayan.

Katanya, bayaran mengangkut getah sekerap lebih mahal berbanding kayu-kayan dan jika dia mendapat banyak kontrak, pendapatannya ada kalanya pernah mencecah RM600 sehari, tetapi tidak selalu.

Jelasnya, dengan pendapatannya itu, dia mampu menyediakan keperluan tiga orang isteri dan anak-anaknya seramai 18 orang itu.


"Saya tidak pernah menghadapi masalah dengan keluarga besar saya ini memandangkan masing-masing pandai memainkan peranan dan saling mengambil berat.

"Biasanya, setiap hari saya akan jumpa semua isteri dan anak-anak dan jika bukan saya yang mengunjungi mereka, isteri-isteri akan datang jumpa saya di rumah isteri yang mendapat giliran pada hari tersebut,'' jelasnya.

Sementara itu, usaha untuk mendapatkan komen daripada Suzi gagal kerana dia tiada di rumah dan gagal dihubungi melalui telefon bimbitnya.

Bagaimanapun, salah seorang ahli keluarganya yang enggan dikenali memberitahu, mereka bercadang mengadakan kenduri doa selamat bagi meraikan perkahwinan tersebut.

"Kami sudah maklumkan kepada penyedia makanan untuk kenduri. Bagaimanapun, ia terpaksa ditangguh dahulu selagi belum mendapat jawapan mahkamah," katanya.

Mengulas bagaimana mereka boleh menerima Mohamed Nor sedangkan pada awalnya membantah, katanya, mereka menukar keputusan selepas melihat bakal suami Suzi, tiga isterinya dan anak-anak mempunyai jalinan kekeluargaan yang utuh.




Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2008 04:20 AM | Show all posts

Reply #115 oobi's post

pokcik ni dh kenal suzi sejak 10 tahun lepas...
agak2 3 isteri dia tau x dh lama dh pakcik ni kenal suzi...tunggu masa nak jadik isteri je....

kesian pulak aku tgk isteri2 dia... si laki yg nak kawen..isteri yang beria-ia uruskan pelbagai...

harap2 berkekalan lah ngan 4 isteri dia tu...aminnnn...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2008 04:33 AM | Show all posts
ayah pin & abuya pun kalah.
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2008 04:36 AM | Show all posts
Originally posted by jkkkj at 16-5-2008 06:45 PM
apa la yang korang nak herankan.

Arwah atuk belah bapak aku bini tiga.

Arwah bapak aku sendiri pun bini dua.

Yang mustahaknya halal.


ko pun ada chance la....bakal ikut jejak langkah.
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2008 04:42 AM | Show all posts
Originally posted by QAX at 16-5-2008 10:53 AM
kalo tak ensem ko kate gatal... kalo ensem ko kate caring....


klu ensem mcm sultan brunei semua pun pasrah..
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2008 07:13 AM | Show all posts
nasib baik shahrizat dah bungkuih..kalu tak dia dulu yg menyalak..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 04:15 AM GMT+8 , Processed in 0.463518 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list