|
kedai buku yg jual second hand punya english books@ Sewa Buku
[Copy link]
|
|
Jimat dan lebih berdisiplin
Trend menyewa buku semakin mendapat perhatian generasi masa kini. Mengapa mereka memilih kaedah ini? Wartawan ADHAM SHADAN dan jurugambar IZHAM JAAFAR mencari jawapannya
SETIAP kali berbicara tentang amalan membaca di negara ini, Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) akan mendedahkan semula hasil kajian pada tahun 1996 yang menunjukkan rakyat negara ini membaca purata dua buku setahun. Paluan 'irama' yang sama itu kadang kala jelak di pendengaran tetapi itulah hakikat yang patut diterima. Tambahan pula, apabila kajian pada tahun 2005 juga tidak menampakkan peningkatan. Ibaratnya, 'tak berasak lenggang dari ketiak' yang maksudnya tidak ada banyak perubahan berlaku.
Dalam konteks ini, ramai yang menyalahkan rakyat Malaysia sebagai malas membaca, namun pada masa yang sama, kita turut terdengar keluhan yang berbeza. Ada juga yang memberi alasan harga buku masa kini semakin mahal sekali gus mengundang kepada permasalahan ini. Peningkatan kos kertas dan volum penerbitan buku yang rendah antara yang dikaitkan dengan masalah kenaikan harga buku. Buku luar negara pula menjadi lebih mahal ekoran cukai import yang lebih besar.
Akibatnya, harga buku melambung tinggi sehinggakan sebuah novel mungkin berharga RM35 dan buku tentang kepakaran mencecah ratusan ringgit senaskhah. Ini menyebabkan anak muda lebih cenderung mendapatkan tiket wayang yang harganya kira-kira RM10 sekeping untuk berhibur daripada 'bercanda' dengan bahan ilmiah.
Justeru, bagaimana untuk melepaskan diri daripada kekangan ini? Sesetengah anak muda yang gemar membaca memilih untuk menyewa buku. Cara ini lebih murah dan trend menyewa buku semakin mendapat perhatian dalam kalangan generasi muda kini.
" Pada saya, ia menjimatkan. Kalau beli memang mahal tetapi dengan hanya menyewa, saya dapat jimat banyak wang. Misalnya, kalau sebuah novel di pasaran harganya RM30 hingga RM35, tetapi melalui sewa, dengan hanya RM30, saya boleh dapat lima buah novel. Ternyata ia bukan sahaja lebih menjimatkan malah saya dapat lebih banyak bahan untuk dibaca," kata Jess See, 30.
Dia ditemui semasa sedang membelek-belek bahan bacaan di sebuah kedai sewa buku yang baru dibuka di Shah Alam, Selangor.
Dia yang tinggal di Subang Jaya, tidak kisah turun ke Shah Alam semata-mata untuk menyewa buku.
RAMAI memilih untuk menyewa buku kerana
ia menjimatkan dalam situasi harga buku
semakin mahal di pasaran.
"Untuk menyewa buku, biasanya kita kena bayar harga jualan buku itu terlebih dahulu. Katakan saya membayar RM30 untuk menyewa sebuah buku. Pecahan harganya ialah RM24 adalah harga buku itu manakala bayaran sewa, RM6. Apabila saya memulangkan buku itu, wang sebanyak RM24 akan dikembalikan kepada saya.
"Mula-mula memanglah terasa berat, sebab ia seperti membeli buku itu tetapi tidak boleh memilikinya. Bagaimanapun, selepas duit deposit dipulangkan, barulah terasa ia benar-benar menjimatkan," kata Jess panjang lebar.
Dia sudah dua kali menyewa buku di kedai sewa buku Book-A-licious dalam tempoh tiga bulan kedai itu beroperasi.
Seorang lagi peminat sewa buku, Timothy Laurentius, 22, berkata, sewa buku membuatkannya lebih berdisiplin untuk menghabiskan bacaan.
"Kalau di perpustakaan, kita pinjam buku tanpa membayar satu sen pun. Akibatnya motivasi untuk membaca sehingga habis buku itu kurang. Kita tidak peduli sama ada mahu membacanya lagi atau tidak.
"Tetapi dengan menyewa buku, ia mendidik kita agar lebih berdisiplin dalam membaca. Mahu tidak mahu, kita kena habiskan. Takkan mahu bazirkan wang pula. Bukan itu sahaja, ia juga mendorong kita untuk membaca buku yang disewa dengan segera dalam tempoh masa yang diberikan. Kalau lambat, takut tak sempat habis baca.
Berbanding dengan membelinya, kita akan lebih terdorong untuk berlengah-lengah sebab ia hak milik kita dan tidak perlu dipulangkan," kata pelajar itu yang ditemui ketika asyik membaca buku dan komik di Book-A-licious.
Seorang lagi pelajar, Fatiha Ruzlan, 21, berkata, kelebihan menyewa buku ialah kita dapat membuat penilaian sebelum membeli sesebuah buku.
"Kita boleh menyewa buku untuk menilai kandungan sesebuah buku. Tambahan pula kalau ia buku terbaru di pasaran yang tentunya masih belum ada di perpustakaan awam. Kalau kita betul-betul berminat dengan buku itu, kita boleh membelinya di kemudian hari," kata pelajar jurusan fesyen di Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu yang sedang meninjau ruangan majalah fesyen.
Secara umumnya, proses menyewa buku mengkehendaki seseorang individu membayar harga jualan dan sewaan buku tersebut terlebih dahulu. Ia seakan deposit dan apabila buku itu dipulangkan, penyewa akan menerima kembali deposit buku tersebut. Pada akhirnya, penyewa hanya membayar duit sewa buku itu sahaja.
Harga jualan buku dan kadar sewa selalunya ada dicatatkan pada muka surat pertama sesebuah buku.
Kebiasaan yang diamalkan di kedai-kedai sewa buku, kadar sewa sesebuah buku adalah dalam lingkungan RM10 ke bawah. Ada juga yang mencecah RM20 terutamanya buku yang terlalu mahal atau sangat popular seperti siri Harry Potter yang baru diterbitkan di pasaran.
Selain harga buku yang dijual di pasaran, kadar sewa turut dipengaruhi oleh faktor-faktor lain seperti kondisi buku, status buku seperti buku terpakai atau tidak dan buku terbaru atau sebaliknya.
Tempoh sewaan biasanya ialah selama 30 hari. Seperti juga di perpustakaan, kelewatan boleh dikenakan tindakan dan kebiasaannya 'denda' 10 sen sehari lewat bagi setiap buku yang dipinjam.
"Tetapi, kami tidak menamakannya sebagai 'denda' atau 'penalti', sebaliknya ia dianggap sebagai bayaran tambahan agar lebih mesra pelanggan," kata Khadijah Abdul Hamid, pengusaha kedai sewa buku Reader's Paradise yang terletak di pusat beli-belah Ampang Point.
Sudah beroperasi selama 10 tahun, Khadijah mengakui trend sewa buku semakin jelas dari setahun ke setahun.
Sekarang kaedah sewa buku semakin mendapat perhatian ramai. Saya dapat rasakannya. Mungkin ekoran harga buku yang semakin mahal. Kalau dulu sebuah novel luar negara boleh dapat pada harga RM22, sekarang harganya mencecah RM35,"ujarnya.
Beliau menambah: "Jika dahulu, saya boleh dapat RM50 sehari yang dikira sudah baik, tetapi kini pendapatan yang dicatat adakalanya sampai RM2,000 sehari. Ini peningkatan yang begitu menggalakkan."
Khadijah juga memiliki sebuah lagi cawangan kedai sewa buku di pasar raya Warta di Bandar Baru Bangi, Selangor.
"Kalau mereka tidak pulangkan buku yang disewa, kami menganggap ia telah dijual. Tetapi, sepanjang 10 tahun beroperasi, ia jarang berlaku. Kebanyakannya datang memulangkan buku yang disewa," tambah Khadijah.
Sementara itu, pengusaha kedai sewa buku Book-A-licious, Nurfathiha Mokhter memberitahu, sambutan yang diterimanya menggalakkan.
"Apabila kami beli sahaja buku terbaru di pasaran hari ini dan letakkannya di rak sewa buku, esoknya pasti sudah ada orang yang akan menyewa," kata Nurfathiha.
"Bagi saya, selain menjimatkan, sesetengah orang juga beralih kepada menyewa buku kerana mahu mengurangkan jumlah buku yang semakin 'menimbun' di rumah," katanya.
Justeru, dengan sekian banyak kelebihan menyewa buku ini, apakah lagi alasan anda untuk tidak membaca buku dan mengubah statistik sedia ada?
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
saya memang sewa weekly kat kak khadijah .. baik kakak tu..
selalunya dia akan call saya bila buku yang saya dah booked
sampai kat kedai dia... or dia baru order...
memang jimat rent book ni... bayar harga baca aje.. dalam rm5
so not bad at all ... saya suka juga kalau dapat buka
kedai buku second hand camni... best aje rasanya -
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kawan aku berminat nak jual buku2 2nd hand dia yg dah penuh satu bilik tu. Tapi buku dia semua romance daaa.... aku pun teringin gak nak baca, tapi tak pernah sempat nak pergi tengok.
Dia mintak aku tolong buatkan blog untuk dia promote buku tu, aku cuba gakla, cuma belum siap sepenuhya. Dengan anak-anak aku mengacau kiri kanan, tak taulah bila nak abis.
Korang tengok link ni, dan komen la apa yg tak kena ke (kalau bole tulis kat sini la, bukan kat website). Korang jangan tulis email kat dia yet, aku rasa dia pun tak pernah bukak email tu lagi..... kang tak berbalas pulak.
http://romancebook.wordpress.com |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
me pun ada bebuku sekenhen, novel omputeh yg me dpt dr HQ opis kat UK.
berlambak...
kot nak cuci mata bleh klik sini |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
rupe-rupe nyer ader kedai 2nd hand bookshop kat ampang point...huhu.. katak bwh tempurung daa!
kedai pay-less-book tu masih beroperasi kan.. maybe after this going to visit there..
usually buy di ebay sahaje... malas nak keluar mencari
nak cari buku sisterhood of the traveling pants laa...
ader saper2 rase nak jual?? |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
masih ada lagi ke second hand book shop kat warta bangi nie??? |
|
|
|
|
|
|
|
masih ada lagi ke kedai secondhand bookshop kat warta bangi nie?? |
|
|
|
|
|
|
|
masih ada lagi ke kedai secondhand bookshop kt warta, bangi nie?? |
|
|
|
|
|
|
|
masih ada lagi ke kedai secondhand bookshop kt warta, bangi nie?? |
|
|
|
|
|
|
|
masih ada lagi ke kedai secondhand bookshop kt warta, bangi nie?? |
|
|
|
|
|
|
|
masih ada lagi ke kedai secondhand bookshop kt warta, bangi nie?? |
|
|
|
|
|
|
|
alamak, sori.. ter post byk kali, igtkn tak msk |
|
|
|
|
|
|
|
xde sapa boleh bagi info ke?? ada lagi ke kedai secondhand book kt warta nie??? |
|
|
|
|
|
|
|
jalan kat warta tu nampak ada lagi... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #114 linuxer's post
kat tingkat 2 , sebelah ngan cybercafe. |
|
|
|
|
|
|
|
aku suka kedai uncle kat central market tu. w/pon sempit n buku payah nak cari tapi aku tetap setia dengan kedai tu |
|
|
|
|
|
|
|
tingkat 2 ek,, oo terima kasih, tatau pun selama ni.... tq.. |
|
|
|
|
|
|
|
mahal buku sewa/beli kat sini.. dh buruk pun still rege RM38??? |
|
|
|
|
|
|
|
ilang semangat nk pinjam buku byk2... |
|
|
|
|
|
|
|
klau kat ipoh novelhut r...kat giant ngan ipoh parade. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|