|
Post Last Edit by anatomi_ana at 22-2-2011 22:44
wajah kesayangan hamba
indah dipandang sejuknya jiwa
manis kata penghilang duka
hati tenang hidup gembira
lenyap gelisah berlalu nestapa
wajah kesayangan hamba
apa khabarmu di sana
maafkan hamba sering terlupa
pada redup mata wajah tua
pemilik senyum manis bak gula
wajah kesayangan hamba
masa di kota sering memaksa
beban kerja hingga alpa
padamu pemilik sucinya cinta
kasih kekal hingga hujung nyawa
tidakkan berganti sampai bila-bila
wajah kesayangan hamba
ini luahan kata anakmu di kota
hati hamba gusar resah kadangkala
cabaran getir hingga meremang roma
mampukah tabah menahan gelodak rasa
tetap ingat dan sedar diri sebagai hamba
khalifah di bumi pada Pencipta
juga gagahkah hamba sebagai manusia
tuk tunaikan hak buatmu bonda
membayar segala harga jasa
wajah kesayangan hamba
hamba hendak menjadi setia
seperti bonda yang mengerah tenaga
melahir membesar malah pencukup segala
biar bergegar langit dan petalanya
kasih tak pecah berserakan bak kaca
wajah kesayangan hamba
ampuni segala dosa dan noda
seluruh calitan mahupun bayangnya
merah darah di kelopak mata
meraung teriak hingga buta
takkan mampu membasuh duka
lara dan rajuk hati yang bertakhta
di segenap dasar sudut hati bonda
yang pernah hamba carikkan hingga terluka... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
kau orang besar
wajahmu gah di layar
mendabik dada bermegah
mendongak yakin tanpa rebah
barangkali kau lupa
siapa yang mencipta
menulis mengarang cerita
kau dan juga dia
apa kau mahu tunggu malaikat
mencerun gagah di hujung kaki
dekat melekat hingga kau terikat
berpeluh merecik dan membasah bumi
kau tetap tidakkan selamat
biar kau hulur wang penuh guni |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|