CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: amirezu

Mimpi Pelik Bertemu Wali

  [Copy link]
 Author| Post time 18-1-2012 10:51 AM | Show all posts
Reply 98# pasuoren

terima kasih oren. makin bersemangat nak mencari jawapan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-1-2012 10:53 AM | Show all posts
Reply 100# kueh_kueh

pernah cari guna ejaan Abdollah Tehrani, tapi takde result. ejaan lain tak try lagi. adakah orang yg dimaksudkan ni tak dapat dicari melalui Internet? hehe
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2012 11:00 AM | Show all posts
Reply 101# amirezu


dalam mencari jawapan ni...hati kena jernih..

nak menjernihkan hati..sudah kena mula dengan amalan dan meninggalkan yang haram..

dalam mencari jawapan pula..akan mendatangkan kekeliruan..

sebab...

dalam pilihan..kita tak tahu pilihan yang manakah adalah jawapannya...
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2012 01:14 PM | Show all posts
Reply 102# amirezu


    cube letak name anak yg akan datang abdullah tehrani pulak...mungkin itu yg dimaksudkan mencari abdullah tehrani tuh
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2012 02:39 PM | Show all posts
mcm saka nk dtg aje..huuhuu
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2012 05:34 PM | Show all posts
so.. TT dah ringkaskan ke semua ayat ke 150 dalam alquran tu?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-1-2012 06:46 PM | Show all posts
salam warahmatullah,

sekadar nak kongsi sahaja. Ini apa yg saya fikirkan. Bukan dapat dari mana2. ...
kikyou Post at 18-1-2012 18:05


best baca terjemahan mimpi ni...thanks berkongsi kikyou..
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2012 06:48 PM | Show all posts
best baca terjemahan mimpi ni...thanks berkongsi kikyou..
ninja9 Post at 18-1-2012 15:16



   sama-sama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-1-2012 10:19 PM | Show all posts
Reply 103# pasuoren

betul juga tu. dalam kita mencari jawapan, kemungkinan akan ada dua atau lebih persimpangan. mungkin syaitan akan mula main peranan...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-1-2012 10:21 PM | Show all posts
Reply 104# kueh_kueh

mungkin juga. tengok nanti kalau ada rezeki. terima kasih bagi idea
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-1-2012 10:23 PM | Show all posts
Reply 106# CikTigger

belum lagi. buat masa ni tak sempat. insyaAllah bila keje2 dah siap saya cuba kumpulkan setiap ayat 150 dalam Quran. Nanti saya update kat sini. Tak taulah cara ni betul atau tak. Sekadar mencuba, mana tau ada jawapan lain pulak nanti
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-1-2012 10:38 PM | Show all posts
Reply 107# kikyou

Subhanallah...dari awal bacaan sampai ke akhirnya tak sangka mata saya makin bertakung dan berkaca. Kalau itulah maknanya, sememangnya ia bertepatan dengan usaha saya sebelum menunaikan Haji baru-baru ni. Saya mula bertanya orang lama di kampung tentang asal-usul saya dan saya agak terkejut dan kagum dengan salasilah keluarga saya. Cuma diri saya belum lagi mencapai tahap keluarga saya yang terdahulu.

Sebelum ni juga saya terlalu ingin untuk berguru. Ditakdirkan saya mengenali seseorang yang mempunyai banyak ilmu, tapi sampai sekarang belum ada lagi kesempatan untuk berguru dengannya. Mungkin kesempatan kali keempat nanti, kalau ada rezeki.

Terima kasih kikyou. Walaupun tafsir mimpi ini belum pasti kebenarannya, tapi saya tetap akan pegang untuk peringatan buat diri saya sendiri. Terima kasih sekali lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2012 11:10 PM | Show all posts
Reply  kikyou

Subhanallah...dari awal bacaan sampai ke akhirnya tak sangka mata saya makin berta ...
amirezu Post at 18-1-2012 19:08



   sama-sama. solatlah hajat..mintak Allah permudahkan urusan tu. kami doakan yg terbaik utk TT. secara jujur, saya tulis cerita mimpi TT dalam diary saya..masa saya buat perincian maksud...langsung tiada apa yg terlintas di fikiran...yg saya tau,..hanya satu suara yang memberitahu utk saya menulis perincian mimpi tu. tangan saya je bergerak menaip... sehinggalah habis kesemua perincian mimpi tu. utk pengetahuan TT, ayat ke 150 dary alquran, adalah ayat pertama yg TT post bermula dari surah al-fatihah tu. saya tak berani nak huraikan maksud ayat tu. harap TT boleh faham sendiri ayat tu.. cari guru yang benar2 guru..bukan guru pada nama sahaja...pasti guru tu sependapat dengan saya. semoga berjaya TT. gud luck!
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2012 11:24 AM | Show all posts
salam warahmatullah,

sekadar nak kongsi sahaja. Ini apa yg saya fikirkan. Bukan dapat dari mana2. ...
kikyou Post at 18-1-2012 18:05




aku suka dgn penerangan kikyou ni


untung kikyou & Aus sebab ada ayah yg berilmu...
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2012 12:13 PM | Show all posts
adalah lebih baik kamu kenali
siapa yang datang tu
atau tak mau pun, boleh jugak

nak tunggu dia datang, boleh
atau nak panggil dia datang pun boleh jugak
dia cam kamu leee jugakkkkkkkkkkkkkkk
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2012 12:22 PM | Show all posts
sebelum tidur semalam saya baca balik terjemahan ayat 143 surah al-Baqarah (ayat 150 dari al-Quran bermula dari surah al-Fatihah). satu perasaan gerun muncul dalam hati. kalau benarlah apa yang saya fikirkan, tak tahu mampu atau tak. tapi Allah Maha Mengetahui.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2012 12:25 PM | Show all posts
sebelum tidur semalam saya baca balik terjemahan ayat 143 surah al-Baqarah (ayat 150 dari al-Quran b ...
amirezu Post at 19-1-2012 12:22


tepek la terjemahan ittewww...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2012 12:35 PM | Show all posts
rasa nak share satu lagi kejadian pelik yang melibatkan mimpi semasa saya kat Makkah hari tu. kejadian ni berlaku beberapa hari sebelum Wukuf dalam pukul 9 pagi. masa tu saya dengan 3 orang roomates tengah tido. biasalah tido lepas breakfast pukul 6 pagi. Subuh pukul 5 pagi. selalunya pukul 7 pagi masing2 dah tido. bangun balik sekitar pukul 10 atau 11 pagi untuk siap2 solat Zohor pulak.

masa saya tengah tido tu saya mimpi berada di satu kawasan tanah yg ada beberapa buah khemah macam khemah kat Mina. tiba2 datang sekumpulan jin macam menyerang kawasan tu. sekor jin nak masuk dalam badan saya. dia cakap dalam bahasa yang tak berapa jelas tapi saya dengar macam ada bunyi Arab sikit. saya ni taklah pandai Arab tapi bolehlah faham sikit2.

jin tu macam marah2 kat saya. sebabnya....dia tak boleh nak masuk dalam badan saya. macam ada yg menghalang dia daripada masuk. lepas tu dia lari keluar dari skrin pandangan saya dalam mimpi tu.

saya terus tersedar. sedar bukan sebab mimpi jin tu, tapi sebab terdengar roomates saya kat katil sebelah kanan saya ni mengigau. sambil dia tido mengiring ke kiri dia bercakap dalam bahasa yang sama macam jin tu marah saya tadi. lama saya dengar, cuba nak fahamkan tapi tak faham2 jugak sebab bunyinya agak kelam-kabut dengan nada yang marah. tapi mimik muka roomate saya tu biasa je macam orang tengah tido yg biasa.

roomate saya sorang lagi yg duk katil hujung sebelah kiri pun tersedar, dia amati bahasa yg roomate sebelah kanan saya ni. katanya bunyi macam  mantera ke apa ntah dia cakap hari tu, lupa lak. saya terus kejut roomate yg tengah bercakap bahasa pelik tu. dia sedar macam takde apa2 berlaku. mimpi pun tak katanya.

saya cerita kat dia yg dia cakap merapu masa tido. pastu dia cakap malam semalam sebelum Subuh, roomate saya yg duk katil kiri saya (bukan katil hujung kiri, sebilik 4 orang, katil macam katil Bujang Lapuk P. Ramlee, harap boleh imagine) pun cakap bahasa pelik masa tido. bila tanya dia, dia pun cakap tak mimpi apa2. cuma saya sorang je yg mimpi nampak jin tu nak rasuk saya tapi tak boleh.

saya simpulkan, mungkin dia tu beralih kepada roomate saya yg sebelah kanan untuk rasuk selepas tak berjaya nak rasuk saya. atas tujuan apa tak tau la pulak. takde efek apa2 pun kat dia sampailah balik Malaysia.

sekadar berkongsi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-1-2012 12:43 PM | Show all posts
Reply 118# want2bhappy

ada kat post2 awal saya
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2012 03:08 PM | Show all posts
Saya pon rasa Abdullah Tehrani tu TT sendiri. I mean Abdullah = Hamba Allah. Maaf, sekadar pandangan. Apapun saya rasa TT amat bertuah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-2-2025 01:34 PM GMT+8 , Processed in 0.056256 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list