INI KISAH SELEPAS KAMI BERUBAT KALI PERTAMA
selepas berubat.
kakak baru la macam selera nak menjamu selera
sebelum ni pernah sampai 3 hari tak makan tak minum
bau tahi. bau busuk dia cakap
selepas solat isyak. aku kuar. tolong kawan niaga ayam kt pasar malam
cuti sekolah tak abis lagi bro.
balik kali ni agak lewat.
jam 2 pagi.
padahal mak dah kol aku 3x. hentikan la tngok bola tu.
aku degil. sebab igt akak dah ok.
tapi aku silap.
bende tu marah ada orang nak challenge dia.
jadinya
aku jadi mangsa.
naik moto dengan kelajuan 50kmj.
aku masa tu dengan penuh seronok sebab dapat bawak balik balance ayam rangka.
faveret tu.!
ok2. sambung
betul kata org tua. bila ada bende seram. memang meremang tengkuk ni
masa simpang nak masuk ke rumah. ada jambatan kecil.
masa aku nak masuk ke jalan ke umah.
ternampak macam ada LEMBAGA BERBARIS MEMANJANG DARI AWAL JAMBATAN HINGGAN AKHIR JAMBATAN
macam hantu puchong. tapi yang pasti berwarna putih!
aku dah mula membaca Ayat Kursi.itu je yang aku igt bile terjumpa bende macam tu.
memang dah sebati sejak mule kami kene ganggu
cepat2 aku masuk ke simpang rumah
mungkin khayalan aku je kot
sampai di rumah..
aku sengaja mematikan motor terlebih awal. bising. moto aku bunyi macam motor bot. jam 2 pagi balik2. dah la paking bawah bilik parent.
so. lagi 2 3 tiang. aku padamkan moto.
aku pun sorong moto masuk ke perkarangan rumah..tiba tiba
KELEKUK!!!!!!!!!
KAKI TERSEPAK sesuatu. dengan tak semena aku tersembam jatuh. spek tercabut dari muka
sebenarnya aku memag jalan laju2 time tu. sebab takut!
sempat jugak aku mengomel seorg diri. adeh.
aku capai spek.tiup2 .berpasir.
TERKEJUT BETUL AKU TIME TU.
PERKARANGAN RUMAH AKU SUDAH BERCERACAK BATU NISAN!!
AKU LIHAT KANAN DAN KIRI. penuh dengan nisan!
aku tak tau kenapa ketika itu aku sangat takut. padahal kubur. tempat orang mati di tanam kan?
berbanding dengan kejadian anjing tu
mungkin mind set kubur tempat seram!
aku cuba mencari rumah. ternyata . rumah aku tiada di situ!
kelam kabut aku naikkan moto dan cuba nak start.
dalam keadaan yang kelam kabut. aku cube blah dari kubur
itu kubur di hujung kampung!
KALAU NAK PEGI KE SITU. AKU MEMG KENA LALU JAMBATAN KECIL TU!!!
SUPRISE. SKRANG AKU BETUL2 BERHENTI DI HADAPAN JAMBATAN KECIL
DEJAVU? KHAYAL? MABUK? ENTAH. MACAM MANA AKU BOLEH KE SANA
SMPAI SKARANG AKU TAK TAU MACAM MANA AKU BOLEH KE SANA
SEMASA aku di situ. memang
lembaga2 berwarna putih. rambut panjang. bersusun. seperti jenazah yang sudah bertahun2.
siap ada yang terbaring. time tu
Tuhan je tau betapa takut nya aku
aku kol kawan aku . Ali ( tokey ayam goreng)
suh amik aku dkt jambatan. sebab aku tak sanggup nak lalu jambatan tu.
ali on the way.
lembaga2 tu makin lama makin macam nak ke arah aku.
suara aku time tu macam tak boleh nak keluar.
dari jauh aku nampak cahaya lampu!
yes. keerete kancil ALi!
die smpai selepas 5 minit aku kol
apa aku buat dalam masa 5 minit?
istigfar banyak2. itu je aku mampu
aku tanya ali selepas lalu jambatan.
ADA NAMPAK APA2
DIA JAWAP PENDEK
" TAK"
AKU tau. bende itu memang nak kacau aku..................
dan yang pelik...
pagi esok aku bangun..
nampak aku tulang2 ayam rangka aku bawak semalam ada di belakang rumah......
banyak ok aku bawak balik. 10 ketul!
bayangkan la...
siapa yang bawak ke situ
siapa yang makan?
hanya DIA yang lebih mengetahui........
TO BE CONTINUED Last edited by theflash on 5-1-2013 05:04 PM
theflash posted on 3-1-2013 05:06 PM
KEJADIAN SELEPAS BERUBAT KALI PERTAMA
INI KISAH SELEPAS KAMI BERUBAT KALI PERTAMA
mungkin rangka ayam ala2 kentaki tu yg membuat hantu2 teruja kuar nk makan.. maklumle.. nk g makan kat kentaki xde duit.. ye la.. kata hantu.. hantu mn ada duit