|
[Tempatan]
Tiga maut, beberapa hilang kejadian banjir berdekatan Cameron Highlands
[Copy link]
|
|
misspokoyo posted on 23-10-2013 07:16 PM 
Miss 1 november ni nak g kedah.... Kat pendang.. Harap2 jgn ujan lebat tnpa henti
harap2 dah kuranglah
|
|
|
|
|
|
|
|
ninja boy posted on 23-10-2013 01:14 PM 
teruk gila seh
urm. ni air empangan ninja. kalau air banjir tiada kereta jd cmni.. air empangan ala2 mini tsunami dan tsumawi
|
|
|
|
|
|
|
|
dah book homestay dah ujung bln 11...
hope takde apa2 yang berlaku... |
|
|
|
|
|
|
|
azrain98 posted on 23-10-2013 01:16 PM 
ala bapak aku dah booking hotel kat sana utk holiday bulan depan..acaner ni ...tkut nk pergi
musim tengkujuh kurangkan aktiviti luar bro.. cuti kt hotel, atau water park je.. ajal maut di tangan tuhan tp kita usahakn untuk elakkan.. wallahuallam
|
|
|
|
|
|
|
|
skolah aku wat rombongan p cameron highland neh.
sblm kejadian pun, kurang dpt smbutan.
lepas kejadian, tatau lah mcm mane.
|
|
|
|
|
|
|
|
jihah posted on 23-10-2013 04:44 PM 
bila alam bersuara..
trend skrg ni, pembangunan melampau sgt. mana tempat yg agak2 best, trus nak p ...
kat sungai merab.. monyet siap berpesta masuk rumah orang curi mentega, roti, dan buah buahan.. kalau xdpt masuk rumah? dia org akan henjut ampaian sampai tuan rumah buka pintu.. last2 tuan rumah kena pasang jaring halus supaya monyet tak lepas masuk dalam rumah melalui tingkap..
monyet tu lastik tak berbaloi sebab monyet liar..
tengoklah kawsan sungai merab,, nnti membangun dengan perumahan elit..nk wat ala2 mini putrajaya.
|
|
|
|
|
|
|
|
AdamBillionaire posted on 23-10-2013 09:17 PM 
kat sungai merab.. monyet siap berpesta masuk rumah orang curi mentega, roti, dan buah buaha ...
Kamu jgn citer Bangi .... rege tanah macam emas. Emas pun emas, abang Bob (khinzir belantara) & rombongannya selamba derk je jalan kiri kanan kat dlm UKM tu macam bapak mereka yang punya.
|
|
|
|
|
|
|
|
robotech posted on 23-10-2013 09:36 PM 
Kamu jgn citer Bangi .... rege tanah macam emas. Emas pun emas, abang Bob (khinzir belantara) & ro ...
jalan bangi ukm ke sungai merab tu ek? selekoh maut tu? nak bantai lap silap2 terus terbang ke highway plus..
|
|
|
|
|
|
|
|
AdamBillionaire posted on 23-10-2013 09:53 PM 
jalan bangi ukm ke sungai merab tu ek? selekoh maut tu? nak bantai lap silap2 terus terbang ke hig ...
Idak le, dalam UKM sendiri. Tapi kalo Sg Merab ngan monyet2nya mmg udah pemes ... 
|
|
|
|
|
|
|
|
haruslah posted on 23-10-2013 11:46 AM 
camren da x mcm dulu
sedey.....
ya. mungkin salah satunya, byk bukit2 telah ditarah untuk dijadikan tempat pelancongan dan sebagainya.
dulu, aku pnh baca kat newspaper (maafkan kalau tersilap), cuaca kat cameron pun tak berapa elok skrg ni, sedangkan kat situlah hasil penaman teh yang paling baik sekali.
|
|
|
|
|
|
|
|
attyra posted on 23-10-2013 09:02 PM 
dah book homestay dah ujung bln 11...
hope takde apa2 yang berlaku...
masa aku gi bulan berapa ek....tahun ni la, ujan kat cameron, korang tahulah, jalan licin, jalan lak bengkang bengkok, dgn sempitnya, kalau nak lalu, kena ada tolak ansur, lepas kereta ni lalu, kita lalu....mmg scary je. dah masa tu ujan kan, byk le tebing yg runtuh, so ada le pekerja2 ni tengah baiki....sampai kat apartment, nak jalan pun tak leh, sb ujan, sejuk lak tu, duk aje la kat apartment...
i hope percutian u nanti berjalan dengan lancar, semoga selamat semuanya.
nanti stay kat mana?
|
|
|
|
|
|
|
|
ni salah orang taras bukit ke apa nih...
tapi empangan tu yang lepas kan air
tadah banyak2 pastu lepas :B |
|
|
|
|
|
|
|
ainnaza posted on 23-10-2013 05:19 PM 
sedih plak tengok tempat kelahiran ku hancur mcm tu...tgk kat FB sepupu yg duk kat cameron mmg agak ...
terasa nak tulis, tapi biarlah org Cameron aja yg tulis, nanti ramai pulak cakap tak sensitif, pls sambung
|
|
|
|
|
|
|
|
amaran dah diberi sbb tgk berita tadi ade nyonya cakap ada bunyi siren..cuma masa amaran dgn jarak pelepasan air dam tu xcukup |
|
|
|
|
|
|
|
Mangsa: Ini kejadian banjir paling buruk
"Kami terkurung di dalam rumah kerana pintu tak dapat dibuka, ketika itu air terus melimpah masuk sehingga paras dada," kata Shaifa Jamil seorang daripada 54 penduduk yang dipindahkan apabila rumah mereka di Lembah Bertam musnah dalam kejadian banjir kilat awal hari ini.
Shaifa, 19, yang ditemui di pusat pemindahan banjir di Dewan Orang Ramai Ringlet di Cameron Highlands, berkata ketika kejadian beliau dan ibunya berada di dalam rumah manakala ayah dan abangnya berada di luar rumah.
Menceritakan kembali detik cemas yang dialami itu, beliau berkata siren kecemasan dibunyikan dua kali sebelum beliau ternampak kayu balak dibawa arus.
"Tak sampai dua minit air terus melimpah masuk ke dalam rumah dan saya tidak sempat nak selamatkan harta benda," kata pelajar Tingkatan Enam Sekolah Menengah Sultan Ahmad Shah, Tanah Rata itu.
Shaifa berkata ayahnya terpaksa memecahkan tingkap untuk mengeluarkan beliau dan ibunya yang terperangkap di dalam rumah mereka itu.
"Arus deras menyebabkan barang-barang terpelanting dan menyukarkan kami untuk menyelamatkan diri," katanya yang mengalami sedikit kecederaan akibat terpijak objek tajam.
Beliau berkata sebelum ini banjir pernah berlaku di Lembah Bertam namun kejadian kali ini adalah paling buruk.
"Walaupun tidak dapat menyelamatkan harta benda, yang penting saya bersama ibu, ayah dan abang selamat," kata Shaifa.
Sementara itu Mohd Esswandy Zubir, 21, berkata hampir semua rumah di kawasan itu musnah akibat limpahan air dari empangan Sultan Abu Bakar.
"Telefon bimbit dan barang keperluan lain termasuk sijil tidak dapat diselamatkan tetapi dokumen pengenalan diri dapat diselamatkan kerana dari awal lagi ibu saya telah menyimpannya," kata lepasan diploma Politeknik Muadzam Shah, Rompin Pahang itu.
Mohd Esswandy yang merupakan anak bongsu dari empat beradik itu bersyukur kerana selamat daripada tragedi buruk itu.
Beliau berkata kebanyakan penduduk di kawasan berkenaan adalah warga tempatan dan kawasan kediaman berhampiran rumahnya mempunyai enam keluarga Melayu.
Kejadian arus deras dan banjir kilat itu memusnahkan kira-kira 80 rumah dan beberapa kenderaan penduduk di kawasan penempatan Lembah Bertam itu.
Kejadian kira-kira 1 pagi itu turut menyebabkan dua rakyat asing dan seorang warga tempatan maut, seorang lelaki tempatan cedera manakala seorang lagi rakyat asing masih hilang.
Seramai 54 penduduk dari 12 keluarga kini ditempatkan di Dewan Orang Ramai Ringlet dan operasi mencari dan menyelamat wanita Indonesia yang dilapor hilang itu akan diteruskan esok.
- Bernama
|
|
|
|
|
|
|
|
miss_pooh posted on 23-10-2013 05:56 PM 
da bangyop..kuburkan saje niat tu..sebelum diri terkubur di situ..
tidak boleh..hotel sudah d booking gituhhh...xpe la naik heli je la..
|
|
|
|
|
|
|
|
OsHiN_hOnEy posted on 23-10-2013 04:32 PM
cuaca pun dah tak sesejuk dulu kan? mlm jer best sikit, kalau siang tu takda lar beza sgt dgn BDO
...
Sejuk je aku rasa..start naik kt tanah rata dh rasa terkucil2 nk terkucil hehehe...lagi kitaorg dudk kt brinchang paling atas kt Equatorial tu..memboku rasa er..malam2 siap pakai jaket dua lapis selimut belapis2 pun aku gigil lagi. Nasib tk beku..mebi sebab ujan menjang. Ada hati aku nk duk kt england tahap sejuk tu pun aku dh tk tahan..haha
Tmpt tu memang dh over crowded dgn peniaga2 dan foreigners tp tkle nk kata apa..sebab kalau tkde smua tu sunyila tmpt tu nti. Ok je bgi aku cuma kena pihak enforcement kena lebih tegas bab2 ecosystems implementation ni. |
|
|
|
|
|
|
|
AdamBillionaire posted on 23-10-2013 09:08 PM 
siren tu kat kawasan air terjun je ghost..
cm empangan bekuk masa nk lepaskan air, dia bg ...
Pihak berKUASA perlu REVIEW depa punya S.O.P.
Haper ler.................
Water level dah naik, kasi siren.............then jam 12.45 pagi.......bukak pintu ayaq.
Oghang dok sedap sedap ZzzzzZzzzzZZzzzzz
Bangun bangun.........."Maaaa rabbbb bukka!!!"
Bley charge depa as MAN SLAUGHTER 2nd Degree ke nih??? |
|
|
|
|
|
|
| |
|