Maafkan aku terus memujamu
Maaf aku yang terlanjur merindu
Maafkan aku kerana menyintamu..
Tp ku berjanji.. akan ku jaga sayang ini hingga akhir nanti...
DIA BAGAI BAYANG-BAYANG
MENGEKORI SETIAP LANGKAH
MENCENGKAM PERASAAN YANG MAKIN PARAH
MEMBUTA HARU HARI-HARI BERLALU
DEMI MASA
DIA TERLANJUR BERADA ISTIMEWA DIHATI
BERDARAH EMOSI SEMAKIN HARI
MEREDHAI SETIAP WANITA YANG DIA PILIH
BUTANYA HATI INI
DEK KERANA TERLALU MULUS MENYAYANGINYA
[/fly]
yang kurakamkan pada satu kedamaian
cumalah secebis ingatan
yang kurakamkan pada satu kemanusiaan
hanyalah sebuah memori
yang kutuliskan pada satu kesucian
cumalah sebuah perasaan
yang kudambakan pada satu kerinduan
hanyalah sekuntum senyuman
lalu kucantumkan satu persatu
menjadi untaian tasbih
pada hitungan ke sembilan puluh sembilan
kukirimkan salam perkenalan
pada hitungan yang keseratus
nafasku hampir terputus
mengenangkan satu perpisahan
lalu aku pun kering di sini
tanpa sinaran terang cemerlang
dan aku pun kembali menyepi diri
pada sebuah permintaan
membunuh nostalgia...
duani telah kelam di sini......!
yang kulaungkan pada puncak kerinduan
cumalah namamu
yang kupahatkan pada tugu kasih
hanyalah namamu
yang kucatatkan pada sebuah diari
cumalah namamu
yang kuukirkan pada pohonan cemara
hanyalah namamu
lalu kutebarkan satu persatu
menjadi hamparan permaidani
pada bucu yang pertama
kita pun bersua
dan pada bucu yang terakhir
segalanya telah mungkir
pada sebuah perpisahan
aku pun layu di sini
kehausan kesejukan cinta
selembut salju musim dingin
lalu aku pun merangkaki malam
meninggalkan sejuta harapan durhaka
melayari bahtera cinta
pada samudera impian
mengembara serupa semerluki
dikutuk sumpahan insan
dan kehilanganmu... permataku!
yang kutahu kini
cumalah aku sebagai semerluki
yang tewas pada sebuah perjuangan
lalu kukutip seketul bati
kucampakkan ke dalam air
dan kualihkan bahtera cinta
membaur menjadi khayalan
yang tiada kembali lagi
pada sebuah kekecewaan
perpisahan......
'selamat tinggal!'
apa lagi yang hendak ku tulis,
cukup payah rasanya mengarang warkah yang berbahasa berbunga...
aku tidak seperti raudah yang fasih berbahasa cinta...
hendak mengarang luahan hati sebenarnya cukup payah...
kerana itulah aku, lelaki yang bodoh barangkalinya perihal berkasih..
Originally posted by obelisk at 11-8-2008 09:30 AM
apa lagi yang hendak ku tulis,
cukup payah rasanya mengarang warkah yang berbahasa berbunga...
aku tidak seperti raudah yang fasih berbahasa cinta...
hendak mengarang luahan hati sebenarnya c ...
x perlu berpuitis jika tak reti weyyy wa pon pakai tulis jekk...apa yg terlintas kat pikiran wa...wa tulis jekkk