View: 13878|Reply: 2
|
[Tempatan]
Honda City, BMW 330i pakai nombor plat sama
[Copy link]
|
|
SHAH ALAM – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor menafikan kereta Honda City dan BMW 330i yang tular menggunakan nombor pendaftaran yang sama.
Hasil semakan dibuat jabatan itu mendapati nombor yang tular tersebut adalah milik Honda City sebelum ini.
Bagaimanapun, katanya, kereta Honda City tersebut telah melakukan proses penukaran nombor plat pendaftaran yang baharu pada 27 Jun tahun lalu.
“Nombor yang digunakan oleh kereta Honda City sebelum ini telah digunakan ke atas sebuah kereta jenis BMW.
“Justeru, nombor yang tular tersebut hanya dipakai pada BMW 330i,” katanya kepada Kosmo! malam ini.
Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan dua buah kenderaan tersebut dipercayai memiliki nombor pendaftaran yang sama sehingga mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen.
Gambar kenderaan tersebut tular di platform Facebook dan laman X apabila rata-rata orang ramai meninggalkan persoalan siapakah yang patut dipersalahkan berhubung kejadian itu.
Sumber: Kosmo
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Amek gmbr beza seminit.rumah yg sama.apa yg ko dok risaukan.relax2 dah la.tp tu la once dah buat interchange pegi je la buat no plate baru.aku punya interchange pagi,tgahri dah pegi kedai buat papan plate baru |
|
|
|
|
|
|
|
Perils replied at 11-1-2025 12:20 PM
Amek gmbr beza seminit.rumah yg sama.apa yg ko dok risaukan.relax2 dah la.tp tu la once dah buat int ...
Leceh tak nk buat interchange ni..i malas nk bid no...sbb asyik kalah je bidding..ingat nk ambik balik plate no lama before jual kereta |
|
|
|
|
|
|
| |
|