Shima beritahu aku satu rahsia pasal si monyet tu. Diam-diam, si monyet tu suka pada Izah. Yelah, Izahkan cantik. Aku ni…
Isk.
Dalam ramai-ramai orang, aku tak tahu kenapaaku boleh suka si monyet tu…
Tapi, monyet tu suka Izah….
8 August 2003
Si monyet tu masam je hari ni. Ni mesti pasal Izah lagi. Kau pun satu, monyet! Dah tahu suka, tapi taknak luahkan. Bila Izah keluar dengan Din, baru nak buat muka toya.
Nasiblah kan…
Hhhmmm….apa nak buat ya? Kesian pulak tengoksi monyet tu makan hati.
21 September 2007
Hari ni, genap, 16 tahun ibu dengan Kak Liza meninggal. Tak tahu kenapa, aku rasa sedih sangat hari ni. Rasa rindu dengan ibu.
Ayah pesan, kirimkan doa. Bacakan Yassin, bacakan Fatihah. Memang itu yang ayah nasihat setiap kali aku cakap, aku rindukan ibu.
Amy takkan lupa, ayah. Amy ingat pesan ayah sampai bila-bila.
Masa aku lepak sorang-sorang bawah pokok rambutan, Zack datang. Terkejut aku. Tengah feeling layan sedih, tiba-tiba dia muncul.
Zack duduk sebelah. Tiba-tiba, dia hulur tisu. Baik pulak mamat ni hari ni…
Dia cakap, aku faham apa kau rasa.
Kita orang lepak bawah pokok tapi tak cakap apa-apa.
Sampailah mak panggil ajak makan…
4 January 2009
Hari ini dalam sejarah!
Tak pernah-pernah Zack wish Happy Birthday kat aku tapi hari ni, boleh pulak dia wish. Siap senyum lagi.
Aku macam…seriously Zack? Kau wish Happy Birthday? Aku yang mimpi ke atau kau yang mimpi?
Hahahaha….over gila perangai.
Aku tak sangka pulak dia ingat. Selama ni, dia buat bodoh aje….
Thanks Zack. That is really sweet.
15 June 2011
Mak cerita, Zack dah ada awek. Siap tunjuk gambar lagi. Liana namanya. Cun gila. Muka macam Aishwarya Rai. Hahaha! Pandai-pandai je aku ni. Itu ajelah pun nama pelakon Hindustan yang aku ingat.
Hhhmmm…
Aku? Memang sepatutnya aku lupakan Zack dari dulu. Dia tak pernah tahu yang aku suka pada dia. Eloklah pun kalau dia tak tahu. Eiishhh….kalaulah dia tahu aku suka kat dia…macam mana agaknya? Mesti berbakul-bakul dia kutuk aku.
Tak apalah.
I should let it go then, shouldn’t I?
So Amy, move on now. Not that easy but you can do it.
Just because you love someone, doesn’t mean you are meant to be together.
If you truly love someone, then the only thing you want for them is to be happy. Even if it is not with you…
---------------------------------------
Lagu background masa Amy baca diari... Last edited by Nicki_Meow on 22-4-2014 10:31 AM
Amy melepas nafas perlahan. Satu demi satu diari miliknya di belek. Sudah bertahun dia menulis diari. Pada Amy, menulis diari bagai satu terapi. Begitulah cara dia meluahkan rahsia. Tak semua rahsia hatinya mampu diluah pada insan. Jadi, dia mencoretkan rasa dalam tulisan.
Diari 2013 dibuka.
Tak banyak nama Zack di coret pada tahun 2013. Diganti dengan nama Farid. Pada awalnya, banyak cerita bahagia. Turun naik bercelaru di tengah-tengah cerita.
Tangannya mencapai pula diari terbaru, 2014. Lembaran kosong sedang menanti untuk diloretkan kisah.
19 April 2014 The most difficult situation you can ever face with is deciding whether you should just move on or hold on a little tighter… Last edited by Nicki_Meow on 22-4-2014 10:19 AM