|
Aaanntuu~Close encounter dan ...(siri 1 (pg25)~151 ...) bercakap dengan jinn`
[Copy link]
|
|
Bercakap dengan jin ~ 71 ~
Di buru manusia Iblis
Saya gembira dengan berita itu. Secara tidak langsung perkara yang disebutkan oleh Lebai Din itu menguatkan kata-kata yang saya ucapkan pada datuk sebentar tadi.
“Kalau macam tu, tak salahlah apa yang dikatakan cucu saya tadi, dia nampak orang tu,” datuk segera menjeling ke arah saya.
Lebai Din terus tersenyum.
“Saya tak nampak, tapi bau yang dibawa angin meyakinkan saya orang tu ada di tanah kubur,” Lebai Din terus melangkah.
Dedaun getah tua terus berguguran dirempuh angin. Walaupun angin bertiup tetapi baju kami basah juga diresapi peluh. Panas terlalu terik. Kami terus berjalan di celah-celah nirai getah yang tua.
Sambil berjalan itu, mata saya tetap liar merenung ke arah dedahan getah yang digayuti oleh monyet-monyet liar. Monyet-monyet itu memulas dan menggigit buah getah yang berwarna hijau. Buah-buah getah yang dibuang oleh monyet tersebut bersepah-sepah di mana-mana.
Bila sampai di rumah Haji Salim, Lebai Din terus jumpa isteri Haji Salim. Ia meninggalkan rumah tersebut. Datuk pula menemui isteri Haji Salim bertanyakan kalau-kalau isteri arwah memerlukan apa-apa pertolongan darinya.
Masa datuk bercakap-cakap itu, sebuah teksi masuk ke kawasan rumah Haji Salim. Saya tersenyum bila perut teksi itu meluahkan Saadiah, ibu dan ayahnya serta adik-adiknya. Mereka meluru ke rumah dengan wajah yang resah dan muram.
Ayah Saadiah menyelesaikan pembayaran tambang teksi. Kemudian menemui datuk. Mereka bersalam. Datuk minta ia bersabar. Tetapi ayah Saadiah ternyata tidak berjaya menahan rasa sedih. Dia terus menangis. Datuk memimpinnya ke rumah.
Saya terus ikut datuk. Bila saya berdiri di muka pintu, saya lihat Saadiah yang tersedu merenung ke arah saya. Dalam wajah yang rawan ia masih sempat menghadiahkan sebuah senyum manis dan penuh erti untuk saya.
Aduh, dalam sedu-sedan pun wajahnya tetap manis, inilah yang membuat diri saya tidak tentu arah. Kalau datuk tidak ada di situ pasti saya menghampirinya, memujuknya supaya jangan bersedih dan menangis, harus menerima segala-galanya dengan sabar.
Apakan daya datuk ada dekat saya. Kalau saya turutkan kata hati, pasti saya dimarahi datuk. Hanya renungan dan kerlingan mata sahaja yang dapat saya lakukan. Lebih dari itu saya tidak sanggup membuatnya.
“Mari kita balik Tamar.”
“Ya tuk,” jawab saya sambil cuba menghampiri Saadiah yang berdiri di pintu ruang tengah.
Saya lihat Saadiah seakan-akan melangkah mahu menghampiri saya.
“Ke mana kamu nak pergi tu Tamar. Ikut ini bukannya nak keluar ikut pintu dapur.”
“Haaa…,” saya pura-pura terkejut.
Beberapa orang wanita yang ada di ruang rumah tersenyum ke arah saya. Tebal rasa kulit muka. Saya terus menuju ke pintu. Pijak tangga dan terus melangkah pulang.
Sebelum sampai di selekoh jalan, saya renung ke arah muka pintu sambil melambai-lambaikan tangan. Saya renung datuk. Dia tunduk melangkah. Cepat-cepat lambaian tangan Saadiah saya balas. Baru dua kali lambai. Datuk terus berdehem. Saya terkejut dan tidak menoleh ke arah rumah Haji Salim.
Sudah seminggu Haji Salim meninggal dunia. Saya rasa cukup sepi. Dalam tempoh seminggu itu, secara diam-diam saya mengunjungi rumah arwah Haji Salim. Dua kali saya dapat bercakap dengan Saadiah.
Saya gembira bila Saadiah memberitahu saya yang dia akan tinggal lama bersama neneknya. Persetujuan sudah dibuat antara nenek dengan kedua orang tuanya yang sudah pun pulang ke Beranang. Sebenarnya setiap hari saya berdoa supaya Saadiah terus tinggal bersama neneknya.
Rupanya tindak-tanduk saya itu dapat dikesan oleh datuk. Suatu hari datuk memanggil saya.
“Aku rasa kamu berkenan dengan Saadiah?”
“Tidak tuk, saya kawan biasa saja.”
“Hai, dua malam yang lalu aku dengar kau mengigau menyebut nama Saadiah.”
|
|
|
|
|
|
|
|
Bercakap dengan jin ~ 71 ~
Di buru manusia Iblis
“Haa tuk silap tu.”
“Tak silap Tamar. Aku tahu, aku juga muda macam kamu. Tak usahlah sembunyi-sembunyi. Cuma aku nak ingatkan satu saja.”
“Apa dia tuk?”
“Urus diri sendiri dulu, sebelum nak menguruskan anak orang. Berfikir dengan masak-masak sebelum berkenan dengan anak orang. Kalau kamu rasa kamu sanggup aku tak menghalangnya.”
“Ha tuk ni mengarut.”
Saya segera meninggalkan datuk dengan perasaan malu. Dalam kata-kata yang lunak datuk mengenakan saya. Sindirannya tajam dan penuh makna. Dua tiga hari saya tidak mahu memandang muka datuk. Bila rasa malu itu sudah hilang barulah saya mendampinginya.
Dan datuk tidak lagi menyebut perkara Saadiah di depan saya. Saya juga cuba menjauhkan diri dari Saadiah. Malangnya makin saya cuba menjauhkan diri, hati bagaikan digaru-garu mahu melihat wajahnya. Sehari tidak dipandang, saya rasa hidup ini tidak ada ertinya.
Setiap pagi, bila datuk keluar dan nenek membuat kerja-kerja dapur, cara sembunyi-sembunyi saya pergi ke kawasan belukar di belakang rumah Haji Salim pura-pura melastik burung. Bukan apa-apa, dapat renung rambut Saadiah sudah cukup.
KELUAR
Macam selalu, datuk tidak pernah betah duduk di rumah. Perangainya yang suka berjalan, menengok sanak-saudara dan sahabat handai yang jauh sudah mendarah daging dalam dirinya.
Kali ini datuk mengajak saya mengunjungi pusara Siti Lipat di Belanja Kiri. Saya membantah, kampung tersebut sudah kerap saya kunjungi. Tidak ada sesuatu yang istimewa, kecuali musim buah durian dan langsat.
Pergi ke Belanja Kiri musim buah-buahan memang seronok. Naik muak makan buah durian. Tidak saya duga perbuatan saya itu menimbulkan kemarahan yang amat sangat pada diri datuk.
“Kamu tahu di situ ramai kaum kerabat kamu. Kamu mesti ikut. Biar kamu kenal asal keturunan kamu,” katanya.
Saya terus membisu. Dalam masa itu juga saya teringatkan Sungai Sandang dan Sungai Perak.
“Siti Lipat tu dua kali moyang kamu. Kamu mesti pergi ke kubur membaca fatihah.” tambahnya lagi.
Saya tidak ada jalan lagi. Terpaksa ikut cakapnya.
Berat juga rasa hati mahu meninggalkan Saadiah. Kalau saya tidak memikirkan yang diri saya ini sejak kecil dipelihata datuk dan nenek, pasti saya memberontak dan melawannya. Bila dikenangkan jasa mereka membela saya, semuanya tidak jadi saya lakukan.
Di Belanja Kiri, kami tinggal di rumah Mehran yang letaknya tidak jauh dari rumah Hajah Fatimah, iaitu kakak Mehran. Kedua-dua wanita ini mempunyai pertalian keluarga yang cukup rapat dekat datuk.
Malam itu selepas makan, Mehran menceritakan tentang kisah Siti Lipat. Saya tahu Mehran berbuat demikian kerana mahu memenuhi permintaan datuk.
“Kamu ceritakan pada budak nakal ni siapa dia Siti Lipat,” kata datuk yang duduk bersandar di dinding sambil mengunyah daun sirih.
Hajah Fatimah ketawa sahaja melihat telatah datuk yang selalu membanggakan asal keturunannya itu.
Maka berceritalah Mehran pada malam itu. menurutnya Siti Lipat berasal dari sebuah kampung yang tidak jauh dari Cekar Galah di daerah Kangsar. Orangnya cantik, pandai bersilat, peramah dan bersopan santun.
Tiba-tiba perempuan cantik itu berselisih faham dengan keluarga. Ia merajuk lalu membuat rakit buluh dan menghilir ikut Sungai Perak. Hatinya terlalu keras. Masa berakit itu semua halangan ditempuh dengan tabah.
Sampai di Cekar Galah, ia dipujuk oleh kaum keluarga yang ada di situ supaya kembali ke pangkuan keluarga. Nasihat itu tidak diindahkan oleh Siti Lipat yang berkulit putih, memiliki raut wajah macam orang Arab.
Ia meneruskan perjalanan hingga rakitnya tersekat di sebuah jeram. Masa tersangkut di jeram itulah ia didatangi oleh seorang lelaku yang bernama Kanda Ali, iaitu orang suruhan Sultan. Kedatangan Kanda Ali ditentang oleh Siti Lipat.
Akhirnya, Siti Lipat berjaya dipujuk dan dibawa ke istana. Siti Lipat berkahwin dengan Kanda Ali. Tetapi, kerana dirinya cantik ia digoda oleh orang lain. Mereka menyangka Siti Lipat mudah digoda.
|
|
|
|
|
|
|
|
Bercakap dengan jin ~ 71 ~
Di buru manusia Iblis
Kerana sakit hati, orang yang jahat itu terus berusaha mahu membunuh suaminya. Perbuatan itu menjadikan Siti Lipat marah. Ia terus bertindak dan berjaya membunuh orang yang mahu membunuh suaminya.
Perkara itu sampai ke pengetahuan Sultan. Siti Lipat dan suami diperintahkan ditangkap serta dihukum bunuh.
Orang yang mahu menangkap Siti Lipat semuanya mati di hujung kerisnya. Tidak ada seorang pun yang berani rapat dengannya. Siti Lipat dan Kanda Ali melarikan diri dengan rakit hingga sampai ke Tepus.
“Dari situ mereka pindah ke sini, menetap hingga mereka mati,” kata Mehran menamatkan ceritanya. Saya tersenyum. Sukar untuk saya mempercayai cerita dari mulut ke mulut itu. Walaupun kubur Siti Lipat masih wujud di Belanja Kiri, mungkin cerita itu ada tokok tambahnya, fikir saya.
“Awak tahu, Saadun anak saudara kita sudah nak jadi dukun. Kononnya berguru dengan kaki tokak,” cara mendadak Hajah Fatimah membuka mulut.
“Itu bahaya, itu bomoh pembohong,” kata saya.
“Eh, bomoh kaki tokak tu sudah banyak mengubat orang sakit, semuanya sembuh. Tapi bayarannya mahal. Tengok jenis penyakit kena lima puluh ringgit. Sekali berubat kena dua tiga ratus. Apa yang peliknya sakit yang diubatinya semuanya sembuh.” tambah Hajah Fatimah.
“Kita kena panggil dia Mahaguru,” tingkah Mehran dengan lebih serius.
“Ini sudah mengarut. Esok saya nak jumpa Saadun, jangan berguru pada bomoh penipu tu,” tiba-tiba datuk melenting.
Ia terus bangun. Berdiri dengan wajah yang merah. Mehran dan Hajah Fatimah jadi cemas.
“Kita tak mahu anak buah kita diperalatkan oleh orang tu. Kalau sudah masuk perangkapnya, kita semua menerima bala yang besar,” sambung datuk. Ia terus duduk kembali.
Saya segera teringatkan Saadun anak saudara dua wanita tersebut. Orangnya berbadan kurus, suka belajar perkara dukun-mendukun. Pernah menuntut ilmu dengan orang asli. Pernah pergi ke Siam.
“Kita mesti selamatkan Dun,” suara datuk keras.
Ia renung muka Mehran dan Hajah Fatimah yang tercengang. Datuk nampak resah, kalau boleh malam itu juga ia mahu menemui Saadun. Tetapi hasrat itu dihalang oleh kedua ibu saudara Saadun.
“Esok saja kamu cari si Dun tu Mat Diah. Malam ni kalau kamu pergi ke rumahnya, kamu tak dapat jumpa dengannya.”
“Dia ke mana?”
“Ikut gurunya belajar agama.”
“Di mana?”
“Di kaki bukit dekat Cangkat Banjar.”
“Masjid ada, surau ada. Kenapa belajar agama dalam hutan.”
“Entahlah, kami tak tahu,” balas Hajah Fatimah dan Mehran serentak.
Datuk terdiam. Saya lihat jam tua yang tersangkut di dinding sudah pukul sebelas malam. Datuk membincangkan sesuatu dengan suami Hajah Fatimah. Hajah Fatimah dan suaminya pulang ke rumah.
Pukul sebelas setengah, suami Mehran pulang dari memburu rusa. Tidak ada seekor rusa atau pelanduk yang dibawa. Kata suami Mehran, ia dan kawan-kawannya tidak dapat masuk hutan kerana gajah liar mula berkeliaran.
Sebelum masuk bilik tidur, suami Mehran menyatakan bimbangnya dengan perangai Saadun yang mula mencari kubur-kubur lama sekitar kampung. Salah sebuah kubur lama yang diminatinya ialah kubur Siti Lipat.
“Ini tidak boleh dibiarkan, nanti kubur lama tu dipuja,” cetus datuk.
“Buat apa?” soal suami Mehran.
“Kumpulan mereka tu percaya dalam kubur lama ada emas dan harta karun.”
“Kerja bidaah tu,” bentak suami Mehran.
“Sebelum dia tersesat jauh, kita perlu menyedarkannya. Jangan biarkan keturunan kita tunduk dengan kuasa syaitan,” datuk terus menggenggam penumbuk.
|
|
|
|
|
|
|
|
Bercakap dengan jin ~ 71 ~
Di buru manusia Iblis
Mehran dan suaminya bertukar pandangan.
“Siapa yang berani melarang budak tu. Kalau silap cakap, kepala kita diparangnya,” Mehran bersuara.
Suaminya anggukkan kepala. Rasa cemas terbayang di wajahnya.
“Dia tu, kalau dah naik angin, bukan kenal tua muda,” Mehran menambah.
“Biar saya uruskan. Membiarkan orang yang membuat kerja bertentangan dengan agama, ertinya kita bersubahat. Dosa orang bersubahat ini terlalu besar,” jelas datuk.
Mehran dan suaminya terus terdiam.
Saya dan datuk masuk ke bilik tidur yang dikhaskan untuk kami berdua. Saya terus tidur dan datuk terus membaca Quran kecil yang selalu dibawanya ke mana-mana.
Saya tidak tahu pukul berapa datuk tidur. Saya terjaga bila dikejutkan oleh datuk untuk melakukan sembahyang Subuh. Sebelum matahari terbit, datuk sudah berjalan seluruh kampung kerana mandi embun.
Lepas sarapan, menebas kebun durian dan langsat milik Mehran. Tujuan datuk berbuat demikian untuk mengeluarkan peluh. Tepat pukul sepuluh datuk pergi ke sungai Perak. Ia berenang dan menyelam. Datuk memberi petua pada saya untuk menyelam lama dalam sungai sampai setengah jam.
Petua itu saya lakukan dan hasilnya memang memuaskan. Masa berada dalam air, saya rasakan air sungai tidak menempuh tubuh badan. Kita seperti berada di dalam bilik kaca, dapat bernafas dengan baik. Dapat melihat ikan-ikan berenang.
Semua ikan dan binatang dalam air tidak boleh diusik atau ditepis, meskipun ikan itu melanggar tubuh sendiri. Jika ditepis atau dimaki, air akan menyerbu tubuh dan tidak boleh bernafas. Selain daripada itu, waktu mahu menimbulkan badan di permukaan sungai, mesti menemukan kulit kepala dengan dasar sungai sebanyak kali.
Waktu naik, badan tidak boleh tegak. Mesti ikut arus air serta mengadap arah matahi jatuh. Tidak boleh melagakan gigi atas dengan gigi bawah atau menggigit lidah. Mulut mesti berada dalam keadaan separuh terbuka. Amalan dan petua itu pada mata kasar cukup mudah. Tetapi bila dilaksanakan terlalu sukar rasanya.
Pantangnya yang paling besar tidak boleh terjun dalam sungai kepala dulu. Tidak boleh minum air sungai, walau macam mana dahaga sekalipun. Amalan itu saya lakukan hanya beberapa tahun sahaja. Lepas itu saya tinggalkan langsung hingga kini.
Orang yang mengamalkan ilmu menyelam lama sampai berjam-jam dilarang memakan ikan sungai yang dibuat gulai kecuali digoreng tanpa membuang kepala dan ekor serta sisik ikan. Tidak boleh kencing dan buang air besar dalam sungai.
“Kita ke rumah Saadun. Sebelum tu kita balik ke rumah Mehran dulu, aku nak tukar pakaian,” ujar datuk.
Kami pun meninggalkan tebing sungai Perak. Setelah menukar pakaian kami menuju ke Kampung Tua dengan harapan Saadun ada di rumah. Baru separuh jalan melangkah, kami bertembung dengan Mat Resad yang tepok. Macam selalu, Mat Resad yang suka bergurau itu terus mengusik datuk dengan kata-kata yang melucukan hingga datuk ketawa terbahak-bahak.
“Kamu dari mana Mat Resad?”
“Balik tengok orang berlatih silat.”
“Kenapa kamu tak belajar.”
“Malaslah, lain macam silat yang diajar. Belum bersilat kena sembah matahari. Kena bayar duit lima ringgit setiap kali masuk gelanggang.”
“Lagi apa syaratnya?”
“Syarat yang boleh diterima mengakui mahaguru silat, sebagai orang kuat boleh melakukan apa saja. Setiap orang murid mesti menganggap mahaguru itu sebagai nabi.”
“Ada mahaguru tu di situ.”
“Tak ada. Yang mengajar tu orang kanannya yang dipanggil panglima.”
“Siapa namanya Mat Resad?”
|
|
|
|
|
|
|
|
Bercakap dengan jin ~ 71 ~
Di buru manusia Iblis
“Daud.”
“Daud,” suara datuk gugup bersama wajah yang cemas. Hati saya mulai cemas. Mat Resad mengarahkan jari telunjuk arah kanan. Tanpa mengucapkan sesuatu pada Mat Resad, datuk menarik tangan saya.
Bila Daud melihat datuk berdiri di bucu gelanggang, ia berhenti membuka langkah silat. Ia suruh anak muridnya ke tepi. Perlahan-lahan Daud memegang sepotong kayu berhampiran kakinya. Kayu itu diangkat dan separas dada. Semua anak muridnya terkejut melihat kayu itu mengeluarkan asap dan hancur.
Daud cuba memperlihatkan kemampuannya di depan anak-anak muridnya serta datuk. Datuk masih tenang menghadapi semuanya itu.
Datuk terus masuk gelanggang. Tiba-tiba Daud hilang entah ke mana. Saya terhidu bau busuk dan hapak. Datuk merenung anak-anak murid Daud yang secara kebetulan pula semuanya ada hubungan keluarga dengan datuk.
“Kamu balik semua,” suara datuk lembut.
Tidak seorang pun yang mahu mematuhi cakap datuk. Saya lihat datuk tersenyum.
“Baliklah kalau tidak mahu jadi sesat. Aku kenal siapa dia guru kamu,” datuk kecewa lagi.
Mereka tidak juga mahu meninggalkan gelanggang.
“Kalau kamu tak mahu balik tak apa. Kalau apa yang terjadi pada diri kamu, jangan salahkan aku. Sebagai orang tua aku sudah memberitahu kamu,” datuk terus meninggalkan gelanggang menuju ke rumah Saadun.
Bila saya renung gelanggang itu kembali, kumpulan anak-anak muda itu pun bersurai.
Rumah Saadun yang pangkat cucu saudara pada datuk letaknya agak terpencil. Di kelilingi pokok pisang dan rumpun buluh. Di belakang pondok terdapat pokok jejawi yang besar. Akar-akar pokok berjuntaian.
Dari jauh kami sudah terhidu bau kemenyan. Panas pagi mula memancar agak terik memanah atas dedaun pisang yang hijau dan lebar. Ayam peliharaan Saadun berlari di halaman pondok. Datuk berhenti melangkah, ia terus menepuk bumi sambil mulut bergerak-gerak.
Kami terus rapat ke dinding pondok. Terdengar bunyi orang batuk dan bercakap-cakap.
“Permulaannya, malam ini kita adakan pemujaan di kubur. Kita bawa budak-budak yang belajar silat dengan Daud. Langkah kedua kita potong lidah anak dara sunti,” saya kenal itulah suara Kamal yang jadi musuh datuk nombor satu.
“Dia tidak serik lagi,” bisik datuk pada saya dan terus mengetuk pintu pondok Saadun berkali-kali.
Saya terdengar Kamal melarang Saadun membuka pintu. Datuk terus marah membara. Pintu pondok dijentiknya dan papan pintu terus terkopak. Datuk meluru dan berdiri di muka pintu, macam seorang hulubalang dengan pandangan mata yang tajam dan liar sekali.
Saya tetap berdiri tidak jauh dari datuk. Saya lihat muka Saadun pucat lesi. Kamal menyandar badan ke dinding sambil mendirikan lutut kanannya. Cukup tenang Kamal membalut rokok daun tanpa memandang muka datuk.
“Kamu keluar Saadun,” suara datuk meninggi.
Saadun seperti berada dalam keadaan yang serba salah. Sekejap renung muka datuk, sekejap renung muka Kamal.
“Saya mahu belajar Ayah Uda.”
“Bukan tempatnya, kamu keluar.”
“Tapi.”
“Tak ada tapi. Keluar kata aku, keluar,” kian keras suara datuk.
Saadun terus keluar tanpa memperdulikan suara batuk dari Kamal yang memberi isyarat jangan keluar.
Perlahan-lahan Kamal mengangkat kakinya yang dihinggapi tokak. Ulat-ulat tokak yang jatuh atas lantai dipegang serta ditaruh kembali pada tokaknya. Ia semacam tidak kisah dengan kehadiran datuk di depannya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Bercakap dengan jin ~ 71 ~
Di buru manusia Iblis
“Kamu memburu aku,” suara Kamal parau.
Ia angkatkan kepala mempamerkan mukanya yang mengerutu dan berbonjol lembik.
“Aku tak memburu kamu. Semuanya terjadi cara kebetulan.”
“Agaknya, aku tak boleh lari dari kamu.”
“Itu aku tak tahu semuanya tu Kamal.”
“Tak tahu.”
“Ya, aku tak tahu si Saadun ni anak buah kamu. Kalau aku tahu, aku tak ingin mendekatinya.”
“Sudahlah Kamal.”
Kamal membuka tengkoloknya. Ia mencapai tongkat yang berkepala ular. Ia bangun sambil berusaha supaya ulat yang memakan buah betisnya tidak jatuh atas lantai.
Datuk masih juga berdiri di muka pintu. Saadun terpegun melihat peristiwa yang terjadi di depannya. Sebelum Kamal mengangkat tongkatnya, datuk membuka kain yang membelit pinggangnya. Kain itu dikibaskan ke arah tongkat Kamal. Dengan sekali sentak sahaja tongkat Kamal berlegar-legar di depan datuk, macam harimau dalam kandang besi.
Datuk bagaikan tahu niat Kamal, ia menyuruh saya dan Saadun beredar darinya. Mungkin dengan berbuat demikian memudahkan datuk mempertahankan diri bila Kamal meluru ke arahnya.
“Kamal, aku tahu kekuatan ilmu dunia yang kamu tuntut hanya berkesan pada sebelah malam. Bila siang kurang berkesan,” kata datuk.
Kamal tidak menjawab. Ia membuka bajunya. Saya lihat di leher dan pergelangan tangannya penuh dengan tangkai yang dibuat dari tulang binatang.
Seluruh kulit di badannya berbenjol-benjol dan penuh dengan parut. Sinar matanya cukup tajam, macam mata kucing yang sedang memburu tikus. Cara mendadak sahaja Kamal hilang dari pandangan kami.
“Tamar.”
“Ya tuk.”
“Carikan aku tujuh helai daun lalang.”
“Baik tuk.”
Saya terus mencari tujuh helai daun lalang. Saya serahkan pada datuk yang berdiri di muka pintu. Dedaun lalang itu datuk ramas. Diludah dua tiga kali. Daun lalang dilemparkan di tengah pondok. Di tempat daun lalang itu jatuh, terpacak sekujur tubuh Kamal.
“Kalau kamu belajar ilmu dunia dari kaum kubu, aku juga belajar petua untuk menawar ilmu itu dari orang kubu juga,” ujar datuk dengan tenang.
Kamal terus membongkokkan badan. Kepalanya dimasukkan ke celah kangkang. Datuk juga tidak berganjak dari muka pintu. Panas yang terik di luar pondok membuat badan Kamal nampak berminyak.
Datuk terus membaca sesuatu. Secara mendadak semua tangkal dan azimat di badan relai dan jatuh berserak atas lantai pondok. Kamal terus mengguling-gulingkan badan atas lantai pondok dua tiga kali.
Akhirnya, ia berdiri tegak di tengah pondok. Datuk terus merendahkan badan, beberapa ketul batu yang datang dari tempat Kamal berdiri lalu atas kepala datuk.
“Kamal, kamu tidak mahu bersahabat dengan aku untuk jalan kebaikan,” kata datuk.
Kamal terus membisu. Ia berlari dalam ruang pondok dan terus mengambil tongkat berkepala ular di sudut pondok.
Ia menghentakkan tongkat itu pada tiang pondok. Sebaik sahaja tongkat itu bertukar menjadi pedang pendek. Datuk tergamam.
Tiba-tiba saya terdengar suara Saadun mengeluh. Saya segera menoleh. Saya lihat Saadun tersungkur atas tanah. Bila saya mahu menerpa ke arahnya satu tendangan hinggap di bahu saya. Tendangan itu cukup keras. Saya tercampak di perdu pisang.
Saya lihat Daud berdiri tidak jauh dari saya. Belum pun sempat saya menyebut sesuatu, saya lihat Daud menyerang datuk dari arah belakang. Datuk mengelak dan melepaskan pukulan ekor buaya jalan ke badan Daud. Pukulan itu membuat Daud tersungkur lalu merempuh papan pondok. Papan pondok berkecai.
|
|
|
|
|
|
|
|
Bercakap dengan jin ~ 71 ~
Di buru manusia Iblis
Bila datuk mahu melepaskan pukulan ekor buaya jalang kali kedua, Kamal meluru ke arah datuk dengan pedang pendek. Datuk terdesak tetapi sempat melepaskan tamparan kucing jantan ke pergelangan tangan Kamal. Pedang pendek terlepas dari tangan, jatuh atas lantai pondok dan bertukar menjadi tongkat kembali.
“Sihir,” jerit datuk sambil melipatkan lengan bajunya.
Ketika itu juga Kamal mengangkat kakinya yang tokak ke arah datuk. Saya lihat datuk terhoyong-hayang. Bau busuk yang cukup busuk mula menguasai seluruh kawasan pondok.
“Tamar pandangan aku gelap,” jerit datuk dengan sekuat hati.
Kamal berjaya melepaskan dirinya dari dalam pondok. Ia terus mengangkat Daud. Badan Daud ditepuknya dua tiga kali. Daud kembali cergas dan bertenaga.
Kamal mengambil sekepal tanah. Dilemparkannya ke arah datuk. Bahagian baju datuk yang kena tanah terus berlubang dan reput macam kena air asid. Datuk terus terhoyong-hayang. Datuk jatuh dan menggolekkan badannya atas rumput.
Datuk meniarapkan badan atas rumput, dua tiga kali ia menyondol-nyondol rumput hijau. Datuk terus kaku di situ untuk beberapa saat. Saya tergamam tidak tahu apa yang harus dilakukan. Saadun masih mengerang kesakitan.
Saya cuba bangun tetapi tidak terdaya. Saya cuma dapat melihat pergerakan datuk dari jauh. Perlahan-lahan datuk memusingkan badannya merenung ke arah matahari, datuk membukakan kelopak matanya dalam panas yang cukup terik.
|
|
|
|
|
|
|
|
Teknik Penghidayahan Perawatan
Pesakit melakukan amalan ini sebelum rawatan 3 hari seterusnya berlangsung :
Melakukan solat sunat taubat 2 rakaat
Berzikir : Astaghfirullah 3 X
Laila haillallah Muhammadur Rasulullah Sallallahu Alayhi wa Salaam
selama 3 hari ... minima ...
kemudian barulah berjumpa perawat ..
|
|
|
|
|
|
|
|
Apabila berjumpa perawat untuk kesembuhan, seringkali diganggu oleh makhluk jinn maka akan terdapatnya kesangsian yang ditimbulkan kepada pesakit selalunya timbulnya ketidakyakinan terhadap perawat , tidak mahu mendengar kata kata pembantu , memperlekehkan diri sendiri , menimbulkan seolah olah sudah arif tentang apa yang akan berlaku dan membenarkan makhluk jinn bersembunyi di dalam anggota badan dan di celah celah dalaman badan mengakibat mereka susah untuk di kenalpasti kedudukannya kerana selalu beubah tempat ...
Untuk itu :
Asas Menguatkan Diri dan Perlindungan Amal ( pendinding ) sebelum bermulanya amalan perawatan ..
A'udzubillahi Minash Syaitan Ir rajim, Bismillahir Rahmanir Rahim 3 X
'Astaghfirullah 3 X
Laila haillallah Muhammadur Rasulullah Sallallahu Alayhi wa Salaam ( sekurang kurangnya 500 x atau lebih )
Na'udzubillah 3 X dan di susuli La hawla wala khu wata illa billa 40 X
Kemudian tadah tangan dan berdoa :
"Ya ... Allah ... Hanya Engkau yang kami sembah dan hanya Engkau yang kami minta pertolongan ...
Ya ... Allah ... dengan Kuasa dan Kudrat Mu , lindungilah kami , lindungilah kami, lindungilah kami sepenuhnya dari syaitan ciptaanMu dari kejahatan sihir, dan dari semua jinn dan penolong penolongnya "
Tiupkan 3 kali ke tapak tangan dan usapkan ke dua belah tangan dan dada dan usapkan keseluruh tubuh badan dari kepala hingga ke jari kaki ... |
|
|
|
|
|
|
|
Amalan Utama untuk menghentikan perbuatan penyihir dan jinn
Nanti aku tuliskan ... |
|
|
|
|
|
|
|
Bercakap dengan jin ~ 72 ~
Di telan pasir
Datuk bangun. Duduk mencangkung. Ia memeluk kedua belah lututnya. Datuk melihat bajunya yang berlubang-lubang. Datuk gelengkan kepala beberapa kali. Ia terus bangun. Melakukan senaman dalam panas. Bila seluruh tenaganya sudah pulih. Ia merapati saya.
Datuk meraba tempat yang kena tendang di tubuh saya. Ia mengurut dan menyentuh tiap sendi urat. Sekejap sahaja badan saya sudah berpeluh dan bertenaga kembali. Saya bangun dan boleh bergerak seperti sediakala.
Datuk merawat Saadun pula hingga pulih. Saadun segera mendekati saya. Muka saya direnungnya dengan seribu tanda anya. Semuanya terjadi bagaikan mimpi dan, tidak diduga sama sekali.
“Ke mana mereka lari”, datuk menujukan pertanyaan pada saya dan Saadun.
Serentak kami gelengkan kepala. Datuk termenung panjang. Ia mencari arah angin datang. Bila sudah diketahui arah angin datang. Datuk menghalakan telinganya ke arah itu.
“Mereka menuju ke sungai,” bisik datuk.
“Kita buru tuk.”
“Tak payah, aku tahu dan yakin mereka tidak meninggalkan tempat ini sebelum matahari terbenam. Mereka menyorokkan diri," datuk menggeliat.
Ia terus memusing seluruh pondok. Sampai di sudut pondok sebelah kanan, datuk terhenti. Berdiri di situ membilang jari kaki.
“Selagi belum berkalih hari, kita tak akan jumpa mereka lepas Asar kalau kita mencarinya, dengan izin Allah kita berjumpa,” beritahu datuk pada saya dan Saadun.
Datuk melhat gerakan awan di langit, ia juga melihat dedaun pisang yang melintuk-liuk diterkam angin. Ia menggeliat lagi.
Dua tiga tahun yang lalu bila datuk berhadapan dengan perkara yang terpaksa mengeluarkan tenaga datuk tidak mudah letih atau penat tetapi, keadaan itu berbeza sejak akhir-akhir akhir ini.
Mungkin disebabkan usianya sudah bertambah tua atau boleh jadi juga datuk menghidap penyakit yang memang dirahsiakan dari pengetahuan saya dan keluarganya yang lain. Walau apapun sejak kematian Haji Salim, datuk lebih banyak termenung macam memikirkan sesuatu.
Perkara begini kadang-kadang menimbulkan kebimbangan dalam diri saya. Mahu rasanya saya bertanya tetapi bimbang takut dimarahinya, perkara itu saya pendamkan walaupun hati saya parah menahan perasaan. Kalau boleh saya tidak mahu datuk mati cepat, biarlah ia mati bila saya sudah berusia lebih dari empat puluh tahun.
Saya harus menerima banyak pengalaman darinya untuk jadi bahan renungan atau jadi bahan cerita pada anak-anak cucu saya atau pada kawan-kawan yang sebaya dengan saya pada suatu masa kelak. Terlalu banyak yang saya fikirkan tentang diri datuk.
Datuk duduk atas tanah dengan kedua belah lututnya ditegakkan. Ia menarik nafas dengan tenang. Datuk mengambil ranting kayu dan terus menikam-nikam rumput dengan hujung ranting kayu. Rambut hitamnya yang sudah lebih separuh dikuasai warna putih bergerak-geräk ditolak angin. Dua tiga kali datuk terbatuk.
“Saadun mari ke sini.”
Saadun terus menghampirinya. Berdiri di depan datuk sambil melipat baju kemeja lengan panjang. Usia Saadun sekitar tiga puluh lima tahun. Sudah mendirikan rumahtangga tapi bercerai setelah mendapat seorang anak lelaki. Anak itu dipelihara oleh isterinya yang tinggal di Teluk Kepayang dekat Bota.
Saya menganggap Saadun sebagai manusia yang istimewa, sejak saya mengenalinya, ia tidak pemah memakai kasut. Ia mengunjungi kota-kota besar seperti Kuala Lumpur, Seremban, Ipoh, Pulau Pinang dengan kaki ayam. Aneh juga melihatnya memakai kemeja lengan panjang, seluar panjang yang menarik dengan belahan rambut yang rapi tetapi tidak memakai kasut.
Kerana keistimewaan itulah, di mana Saadun berada, ia tetap jadi perhatian orang ramai. Saadun tidak ambil peduli, ia seolah-olah mensifatkan orang yang melihatnya sebagai orang yang tidak tahu menghargai kebebasan orang lain.
“Apa yang diajar oleh orang itu pada kamu Saadun,” soal datuk.
“Ia beritahu saya, agama Islam yang kita amalkan ni semuanya salah, ia mahu membetulkan kesilapan yang telah kita lakukan.”
“Laknat betul orang tu.”
“Ayah Uda jangan kata begitu, katanya, kita semua tidak perlu ke Mekah, tak perlu puasa dan sembahyang.”
“Lagi apa katanya pada kamu.”
“Segala Mufti, Kadi, Tuk Imam dan Pak Haji serta Pak Lebai yang sembahyang dan taat dengan perintah Allah tu sebenarnya berpura-pura.”
“Sudahlah Saadun, aku kenal siapa dia.”
Datuk segera bangun. Ia renung ke arah barat daya sambil menghela nafas dalam-dalam. Tanpa mengucapkan sesuatu, datuk terus melangkah. Saya dan Saadun terus mengikutinya. Sampai separuh jalan Saadun berpatah balik menuju rumahnya. Datuk tidak melarang Saadun bertindak demikian.
|
|
|
|
|
|
|
|
Bercakap dengan jin ~ 72 ~
Di telan pasir
“Biarkan dia Tamar” kata datuk.
Saya tidak menjawab dan meneruskan perjalanan. Kami sampai di rumah Mehran. Datuk terus mandi limau di perigi. Bajunya yang berlubang-lubang itu terus dibakar. Datuk juga mengumpul tujuh jenis bunga, tujuh jenis daun serta tujuh ruas buluh lemang.
Semua bahan-bahan itu datuk satukan dalam guni. Dijemur dalam sinar matahari yang terik kira-kira satu jam lebih. Setelah itu bahan-bahan tersebut datuk bakar hingga menjadi abu.
Angin yang bertiup kencang menerbangkan abu itu ke arah selatan. Datuk memperhatikan gerakan debu itu pergi hingga hilang dari penglihatannya.
Sambil memandang abu yang digerakkan oleh angin, bibir datuk terus bergerak, macam membaca sesuatu. Apa yang dibacanya saya sendiripun tidak tahu.
Datuk mandi lagi. Sudah dua kali datuk mandi. Kali ini ia lebih lama berada di telaga. Tiap inci kulit tubuhnya disamak dengan lumpur. Bila semuanya sudab selesai, ia terus masuk ke bilik meneruskan kebiasaannya membaca Quran hingga sampai waktu Zuhur.
Selesai sahaja menunaikan fardhu Zuhur, kami terus duduk di ruang anjung rumah. Mehran datang menemui kami. Mehran mengeluarkan sesuatu dari kotak kecil yang dibawanya.
“Bahagian kamu Mat Diah,” Mehran menghulurkan sampul surat tebal yang berisi wang.
Saya agak jumlah wang itu cukup besar, tidak kurang daripada lima ratus ringgit.
“Apa dia Mehran.”
“Musim durian dan langsat tahun ni baik, lebih dari lima ribu diperolehi, mengikut pesan arwah moyang dulu, pendapatan itu harus dibahagikan sama rata dengan anak cucunya. Inilah bahagian kamu lapan ratus ringgit,” tokok Mehran.
Datuk merenung sampul surat itu sebentar. Ia renung muka saya. Berdebar hati saya menanti perintah darinya untuk mengambil wang tersebut. Perintah yang dinanti tidak juga keluar dari mulut datuk.
“Aku datang bukan nak menagih bahagian, aku nak jumpa kaum kerabat, sedekahkan bahagian aku ni untuk membaiki masjid kampung ni,” kata datuk lalu menolak sampul surat pada Mehran kembali.
Saya menarik nafas kecewa yang berpanjangan.
Saya tahu moyang pada datuk dulu meninggalkan harta yang banyak. Semua harta itu sudahpun dibahagi-bahagikan pada anak-anak, kecuali sekeping tanah yang seluas tujuh ekar dekat Sungai Sadang.
Tanah itu ditanam dengan pokok durian dari jenis yang baik serta langsat. Tanah itu diwakafkan pada anak cucunya. Orang yang diamanatkan untuk mengendalikan dan membahagikan pendapatan dari tanah itu ialah Mehran.
Wasiat itu dibuat atas kertas di depan penghulu, kerana itu anak-anaknya tidak berani menuntut tanah seluas lima ekar.
“Tujuan moyang kamu membuat wasiat dulu, bukan apa-apa Mat Diah, dia mahu kalau anak cucunya ada yang susah bolehlah duduk di situ,” kata Mehran lagi.
“Aku tahu, kebanyakan anak cucunya hidup senang, apalah salahnya kalau kita bermuafakat segala pendapatan dan tanah tersebut kita sedekahkan pada fakir miskin, membina surau dan masjid,” balas datuk.
“Aku faham maksud kamu Mat Diah.”
“Mulai hari ni, bahagian saya serahkan pada masjid, dengan izin Allah saya sekarang pun tak susah, rezeki saya ada.”
“Aku tahu, kau memang tak susah tanah kamu banyak untuk makan pakai kain dengan bini dan si Tamarni, sampai seratus tahun lagi boleh cukup.”
“Sudahlah itu, mulai hari ni, bila saya datang jangan fikirkan saya nak menuntut bahagian saya.”
“Kami tak pernah memikirkan macam tu, mari kita makan.”
Kami terus makan. Saya tahu, setiap kali datuk menginap di rumab Mehran ia selalu membeli beras, gula, kopi dan ikan bergantung selama mana ia tinggal di rumah tersebut.
Bila Mehran menolak pemberian datuk itu membuat datuk hanya mampu bertahan sehari dua sahaja di rumab Mehran. Kata datuk datang ke rumah kaum keluarga sampai berminggu-minggu, tidak baik menyusahkan mereka. Paling lama tiga hari. Dan kata-kata datuk itu saya jadikan panduan hidup saya untuk masa akan datang.
Lepas sembahyang Asar, datuk mengajak saya ke Sungai Perak. Saya tahu tujuan datuk itu, ia mahu mengesan tempat persembunyian Daud dan Kamal. Kami sampai di tepi tebing Sungai Perak. Berteduh di bawah pokok kekabu yang sedang berbuah. Datuk merenung ke pulau kecil di perut Sungai Perak.
Pulau itu ditumbuhi dengan pokok-pokok kecil. Di bahagian hujung pulau itu terdapat pasir yang memutih. Beberapa ekor burung kedidi berjalan di pinggir pasir sambil mengembangkan kepak. Saya tidak tertarik dengan pulau kecil itu.
Saya lebih senang melihat bangunan tua di pekan Parit yang tertegun tidak jauh dan tebing Sungai Perak di seberang. Air Sungai Perak nampak bermanik-manik diserlah oleh sinar matahari.
|
|
|
|
|
|
|
|
Bercakap dengan jin ~ 72 ~
Di telan pasir
Dari bawah tebing kami terdengar suara orang bercakap-cakap. Datuk menggaru kepala dan menarik tangan saya menuruni tebing yang agak curam. Dua tiga kali saya terjatuh kerana terlanggar akar yang berselirat, beberapa bahagian tebing yang berpasir itu berlubang-lubang.
Datuk beritahu saya lubang itu dibuat oleh beberapa penduduk tertentu di situ. Mereka mencari pasir yang halus dan bersih. Pasir itu digunakan untuk menggosok gigi, hasilnya gigi mereka kelihatan putih dan bersih. Cara itu pernah saya lakukan hasilnya memang balk. Gigi saya putih berkilat dan tidak pernah diserang sakit gigi.
Bila saya kenal dengan ubat gigi moden, cara itu saya tinggalkan. Saya rasa itu sudah ketinggalan zaman. Jika digunakan pasti diketawakan oleh kawan-kawan.
Bila kami sampai di gigi air. Saya lihat Saadun sedang mengalah sampan. Di depannya ada dua orang lelaki menutup kepalanya.
“Saadun di mana nak kamu bawa manusia laknat tu,” pekik datuk.
Saadun tidak menjawab. Ia makin kuat mengalah sampan membelah arus. Kedua orang yang duduk di depannya menggunakan tangan untuk mengalah sampan.
“Saadun, jangan tolong mereka,” jerit datuk.
Saadun terus galah sampan. Saya lihat sampan itu terus meluncur dengan lajunya. Datuk merenung ke arah sampan yang kosong dekatnya. Rantai sampan itu dipasang kunci.
“Itu sampan laki Hajah Fatimah,” kata datuk,
Ia turun membongkok lalu memegang rantai sampan. Rantai sampan itu terputus. Datuk cabut galah sampan.
“Naik” kata datuk. Saya pun melompat atas perut sampan. Haluan sampah datuk betulkan. Ia terus galah sampan memburu sampan Saadun yang jaraknya kira-kira 30 kaki. Bila melihat datuk galah sampan. Saadun melipatkan tenaganya. Sesekali ia menoleh ke arab datuk dengan rasa cemas yang amat sangat.
“Saadun jangan tolong orang jahat,” suara datuk cukup keras.
Saadun tidak merenung ke arab datuk. Ia menganggap larangan datuk itu tidak memberikan sebarang kesan.
“Budak sial tu,” rungut datuk, ia terus menikam galah sampai ke air.
Kali ini saya rasa sampan itu meluncur cukup laju.
Dalam beberapa minit sahaja, sampan kami sudah menghampiri sampan Saadun. Datuk cuba memintas, usaha datuk itu tidak berjaya. Kali ini datuk cuba menghimpit sampan Saadun supaya menuju ke pulau. Usaha datuk kali ini berjaya. Saadun tidak ada cara lain untuk mengelak, sampannya melanggar tebing pulau.
Salah seorang lelaki yang duduk di depan Saadun terus berdiri. Saadun undurkan sampannya, kali ini menuju ke arah pasir yang timbul di hujung pulau.
“Jangan Daud, jangan,” Kamal menjerit.
Jeritan itu tidak dihiraukan oleb Daud. Ia terus melompat atas pasir. Satu jeritan yang amat kuat menguasai perut sungai. Saya lihat Daud terkapai-kapai, separuh dan badannya sudah pun ditelan oleh pasir hujung pulau.
“Tolong aku mahaguru tolong,” rayu Daud tangannya terkapai-kapai, pasir sudah pun menguasai kedua belah bahunya.
Kamal tidak melakukan sesuatu untuk menyelamatkan Daud. Pasir sudah sampai ke paras hidung Daud.
“Aku tak boleh menolong kamu,kamu melanggar sumpah,” suara Kamal cukup keras.
Ia membuka tudung kepalanya. Daud terus ghaib ditelan pasir. Di tempat Daud tenggelam itu, saya lihat pasir membuak-buak bersama kepulan asap yang tebal.
Saya lihat datuk terdiam. Masa tu juga Saadun berjaya mengalihkan haluan perahunya. Berjaya meninggalkan pulau kecil, datuk mengalihkan sampannya ke tempat Daud tenggelam. Pasir putih terus bertukar jadi hitam macam arang.
“Mana dia Saadun.”
“Itu.”
"Tak apa kita buru dia,”
“Tapi, dia dah jauh tuk.”
“Tak apa,” datuk menjawab pendek.
Ia terus menepuk air sungai. Sampannya bergerak sendiri terus melintasi pulau kecil, memburu sampan Saadun.
Tiba-tiba saya lihat Kamal menarik sesuatu dari pinggangnya. Datuk terjun ke dalam sungai. Hilang tidak dapat diduga ke mana datuk pergi. Saya terkejut, bila melihat datuk berdiri di tebing menanti kedatangan Saadun dan Kamal. Saya terpaksa mengalah sampan sendiri.
Kamal jadi tak tentu arah, bila melihat datuk menantikan kedatangannya di tebing. Ia menahan Saadun dari mengalah sampan. Muka Saadun direnungnya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Bercakap dengan jin ~ 72 ~
Di telan pasir
“Kerana kamu ada hubungan keluarga dengan seteru aku, kamu tak boleh diharap,” seru Kamal jelas dapat didengar.
Ia meletakkan tangan kanannya atas bahu kiri Saadun.
Saadun melolong minta tolong. Saadun rebah atas sampan. Darah membuak-buak keluar mulutnya. Kamal menendang Saadun ke dalam sungai. Saadun terus tenggelam. Kamal membuka bajunya dan terus melompat dari atas sampan. Ia bagaikan terbang menuju ke tebing sungai. Kamal memang bijak dan sudah merancangkan dengan teliti apa yang mahu dilakukan.
Sepasang kakinya mencecah tebing sungai di belakang bangunan enjin pembekal air (bangunan itu kini sudah tidak digunakan lagi). Datuk tidak dapat berbuat apa-apa. Dalam jangkaan datuk ia pasti mendapat mendarat di tempat yang ditunggu oleh datuk.
Datuk berlari ke arah bangunan tersebut, mencari Kamal. Usaha datuk itu sia-sia belaka. Ia cuma bertemu dengan seekor kucing hitam. Bila datuk mahu menangkapnya, kucing hitam terus mencakar tangan datuk dan terus lari tidak dapat dikesan. Datuk menanggung kecewa yang amat sangat.
Setelab badan berpeluh dan urat-urat di pinggang bagaikan terasa mahu putus mengalah sampan, saya berjaya juga sampai ke tebing. Saya lihat sampan milik Saadun terus dihanyutkan oleh arus ke hilir. Saya terasa hiba dan hampir mahu menitiskan air mata. Saya kehilangan seorang keluarga yang sukar dicari ganti.
Saya tambatkan perahu ke akar pokok sena. Datuk terus mengajak saya ke Balai Polis Parit membuat aduan apa yang terjadi pada sarjan polis berbangsa Pakistan yang memakai nombor 1000.
“Mayat cucu saudara awak mesti dicari,” kata Sarjan 1000 pada datuk.
Saya garu telinga, bukan senang mencari mayat dalam sungai. Mesti mencari penyelam yang cukup handal.
“Kita terpaksa cari pawang selam,” sambung Sarjan 1000.
“Saya tahu.”
“Awak boleh buat kerja tu”
“Saya cuba kalau diizinkan Allah saya berjaya,” suara datuk lemah. Sarjan 1000 memanggil dua anggota polis itu pada datuk. Anggota polis yang berkulit cerah namanya Mohd Hatta orang Kelantan, yang berkulit agak gelap bernama Tajuddin orang Rembau, Negeri Sembilan.
“Ikut saya ada kes bunuh,” kata Sarjan 1000 pada kedua anggota polis itu. Kami pun meninggalkan Balai Polis Parit menuju ke tebing tempat saya mengikat sampan tadi.
Sebelum tadi ke situ datuk minta jasa baik Sarjan 1000 memberitahu perkara itu pada saudara maranya di Belanja Kiri. Seorang anggota polis telah diarahkan ke kampung tersebut.
Tidak sampai dua jam berita itu tersebar dengan cepat ke Daerah Parit. Tebing sungai mula dikerumuni orang. Hal itu menyusahkan hati datuk.
“Saya tidak boleh buat kerja sekarang bisik datuk pada Sarjan 1000. Dua orang anggota polis yang ada di situ terkejut dengan kata-kata datuk itu.
“Apa fasal”
“Saya tak mahu orang tahu apa yang ada pada saya, bila orang tidak ada, baru saya boleh buat kerja itu.”
“Itu senang, kita larang dan adakan sekatan supaya orang jangan datang ke sini.”
“Begini saja sarjan, sejam lagi saya buat, sebelum itu kita suruh orang yang ada di sini balik, kecuali saudara mara saya.”
“Ya, saya ikut cakap awak.”
“Terima kasih.”
Kawasan tebing itu terus dikawal oleh anggota polis. Tidak ada seorang pun yang dibenarkan datang.
Datuk merasa tenang. Sajan 1000 banyak bertolak ansur dan mahu menerima pendapat dan pandangannya. Datuk menghampiri Sarjan 1000. Mereka berbisik sesuatu.
“Ikut aku, Tamar,” kata datuk pada saya.
Kami bertiga (saya, datuk dan Sarjan 1000) meninggalkan tempat tersebut menuju ke Balai Polis.
Saya merasa tidak begitu selesa duduk di Balai Polis. Saya minta izin dan datuk untuk pergi ke padang sekolah Cina yang terletak di sebelah Balai Polis.
Permintaan saya itu diizinkan oleh datuk. Saya terus pergi ke tempat tersebut. Dari situ saya merayap lain mendaki sebuah bukit kecil yang letaknya tidak jauh dari sekolah Cina.
Di puncak bukit kecil itu terdapat sebuah rumah yang agak besar bercat putih. Saya tidak tahu rumah itu kepunyaan siapa.
Setelah puas menikmati pandangan dari puncak bukit, saya segera kembali ke Balai Polis, Datuk terus merungut kerana saya terlalu lama merayap di luar. Saya diam membatu hingga rungutnya berakhir.
|
|
|
|
|
|
|
|
Bercakap dengan jin ~ 72 ~
Di telan pasir
Di bawah sinar matahari petang yang kian condong. Datuk terus bertinggung di tepi merenung gelombang kecil di permukaan sungai. Saya masih berdiri tidak jauh dari datuk.
Dua orang anggota polis yang bertugas di situ menasihatkan orang ramai, jangan menghampiri kawasan tebing. Kali ini, Sarjan 1000 tidak datang kerana ada urusan di balai. Walaupun sinar matahari tidak terik tetapi, dahi dan badan saya tetap berpeluh.
“Tamar, ke mari.”
Saya segera berlari menghampiri datuk. Perlahan-lahan datuk bangun lalu memegang bahu kiri saya. Renungannya begitu tajam menyorot wajah saya.
“Aku nak mulakan sekarang, kau tunggu aku di sini. Mesti bertinggung macam aku dan apa yang kamu nampak di air jangan ditegur,” datuk mengeluarkan arahan.
Tentu sahaja arahan itu saya patuhi.
Datuk terus menuruni tebing sungai yang agak curam itu. Dengan tenang datuk meredah air sungai. Semua gerak-geri datuk saya perhatikan dengan teliti. Air sungai terus menelan tubuh datuk separuh dada.
Tiba-tiba datuk terus menyelam, ketika itu juga orang ramai tidak lagi mahu mematuhi arahan dari dua orang anggota polis tersebut. Dalam beberapa saat saja tebing sungai dipenuhi dengan orang ramai. Masing-masing tumpukan perhatian pada air Sungai Perak yang mengalir lembut.
“Dah dekat 45 minit menyelam belum juga timbul-timbul hebat betul orang tua itu,” seorang anak muda yang berdiri dekat saya bersuara.
Saya terus membatu sambil berdoa supaya Allah menyelamatkan datuk dari sebarang bencana.
Hati saya mendadak jadi marah dan mengutuki orang ramai yang berdiri di tebing sungai. Mulut mereka terlalu celupar, bercakap ikut sedap mulut. Dua orang anggota polis terus mengawasi gerak-geri orang ramai supaya jangan ada di antara mereka turun ke gigi air.
Orang ramai bersorak sambil bertepuk tangan bila mereka lihat datuk timbul di permukaan sungai. Datuk terus rapat ke gigi air dan memanjat tebing. Datuk berdiri dekat saya dan orang ramai terus mengerumuninya.
Beberapa orang dari mereka cuba memeluk datuk dengan tujuan supaya air yang lekat di tubuh datuk meresap ke pakaian mereka. Perbuatan itu segera ditegah oleb kedua orang anggota polis.
Larangan itu tidak diperendahkan. Mereka terus berusaha untuk memeluk tubuh datuk. Saya lihat datuk cuba mengelak sambil meminta orang-orang yang cuba mahu memeluknya supaya jangan mendekatinya.
“Kenapa saya dibuat macam ini?” tanya datuk sambil merenung muka orang yang terlibat.
Aneh, datuk tidak memperlihatkan kemarahannya, tetap ramah dan tenang. Senyum terus bermain di bibirnya.
“Kami mahu mendapat rahmat dari awak,” jawab seorang.
“Rahmat? Rahmat apa?” Datuk terkejut.
“Kata orang, kalau kita memeluk tubuh orang yang menyelam lama hingga air di tubuhnya meresap ke kulit tubuh, kita tidak akan mati lemas dan ditangkap buaya.”
“Kamu tahu? Ajal dan rezeki manusia ditentukan Allah,” suara datuk meninggi.
Orang yang ditanya terdiam dan anggukkan kepala.
“Kalau kamu sudah tahu, kenapa kamu nak buat kerja mengarut ni, pergi balik,” ujar datuk.
“Tapi.”
“Tapi apa? Apa kamu mahu?”
“Awak bomoh besar dan pawang besar,”
“Saya bukan pawang, saya bukan bomoh. Eh, kenapa singkat benar kamu berfikir? Apa kamu fikir pawang dan bomoh tu ada kuasa, boleh menentukan hidup seseorang, sedangkan dirinya pun dijadikan oleh Allah.”
“Saya...”
“Sudah,” pekik datuk.
Orang itu terus meninggalkan datuk.
Dan orang ramai berbisik sama sendiri. Ada di antara mereka yang menjuihkan bibir, Mereka mengejek diri datuk.
Orang ramai mula beransur-ansur meninggalkan kawasan tebing sungai. Datuk terus mendekati kedua orang anggota polis.
“Saya nak cari lepas waktu Isyak,” beritahu datuk pada anggota polis.
Mereka berpandangan sama sendiri. Saya terus meraba-raba pangkal dagu. Datuk sudah pun menukarkan pakaiannya yang basah dengan pakaian yang kering.
“Tak apalah, kalau itu yang awak mahu tapi, kami terpaksa melaporkan pada sarjan dengan apa yang awak buat tadi. Kami agak, sarjan 1000 sudah menghubungi ketua polis di Ipoh, minta bantuan dari penyelam Tentera Laut,” kata Mohd Hatta (anggota polis) pada datuk.
|
|
|
|
|
|
|
|
Bercakap dengan jin ~ 72 ~
Di telan pasir
Saya lihat datuk anggukkan kepala.
Tanpa membuang masa kami pun meninggalkan kawasan tebing sungai menuju ke Balai Polis. Sarjan 1000 menyambut datuk dengan wajah yang tenang. Datuk terus menceritakan pada sarjan tentang rancangan yang telah diatur, Sarjan 1000 anggukkan kepala.
Datuk diajak oleh Tajuddin (anggota polis) ke rumahnya. Ajakan itu datuk penuhi. Saya dan datuk dijamu dengan goreng pisang dan kopi panas. Banyak juga perkara dan petua yang ditanyakan oleh Tajuddin pada datuk. Saya lihat datuk tidak keberatan memberitahu pada Tajuddin.
Saya kira Tajuddin merupakan keluarga yang bahagia. Isterinya peramah dan terlalu hormat pada tetamu. Mereka mempunyai tiga orang anak. Dua perempuan dan seorang lelaki. Kedua-dua orang anak perempuannya tinggal bersama ibunya di Rembau. Cuma anak lelakinya sahaja yang duduk dengan mereka. Anak lelakinya itu belajar di darjah enam Sekolah Melayu Parit(sekarang disebut Sekolah Kebangsaan).
Malam itu, setelah selesai sembahyang Maghrib dan Isyak di masjid. Saya dan datuk kembali ke rumah Tajuddin. Sampai sahaja di rumahnya hidangan makan malam sudah tersedia.
Tajuddin dan isterinya merasa terkilan kerana datuk makan terlalu sedikit tetapi, mereka memuji diri saya kerana makan penuh nafsu. Malu juga rasanya, bila nama saya disebut-sebut sebagai orang yang suka makan banyak.
Walauapa pun rasa malu itu segera hilang bila saya memikirkan makan banyak dapat memberi kegembiraan pada tuan rumah yang secara tidak langsung memberikan penghormatan kepada mereka.
“Budak ni, semuanya dia telan kecuali batu dan kayu,” kata datuk berjenaka dan disambut dengan ketawa oleh Tajuddin dan isterinya.
Saya terus tersengih tetapi, hati tetap marah dengan datuk.
“Bukan tak sudi, memang jadi kebiasaan pada saya, bila ada kerja, lebih-lebih lagi kerja menyelam mencari mayat saya makan tak banyak,” datuk menerangkan pada Tajuddin dan isterinya.
Penjelasan itu dapat diterima oleh pasangan suami isteri tersebut.
“Malam ni tidur di sini,” pelawa isteri Tajuddin.
“Minta maaf, selesai saja kerja saya terpaksa balik ke rumah saudara saya,” jawab datuk lembut.
“Kalau begitu, biar saja cucunya tidur di sini,” tingkah Tajuddin.
“Minta maaf, saya kena ikut datuk saya,” cepat-cepat saya menjawab.
“Biarlah kami pergi dulu,” datuk segera bangun dan meangkah ke muka pintu.
Saya segera menuruti datuk dengan perasaan sedikit gementar. Saya berdoa supaya tugas yang akan dilakukan oleh datuk dapat berjalan dengan lancar.
“Saya nak ikut sama,” kata Tajuddin sebaik sahaja kami sampai di kaki tangga.
Tajuddin meluru ke bawah. Kalau tadi Tajuddin memakai pakaian seragam sekarang, pakaian itu tidak digunakan, kerana ia sudah selesai bertugas,
|
|
|
|
|
|
|
|
Bercakap dengan jin ~ 73 ~
Diserang kucing hitam
Kami bertiga terus menuju ke Balai Polis. Sarjan 1000 menyambut kami dengan wajah yang riang. Setelah datuk bercakap-cakap sebentar dengan Sarjan 1000, kami terus menuju ke tebing sungai. Sarjan 1000 memerintah seorang anggoa polis keturunan India menemani kami ke tempat tersebut.
Sampai sahaja di tebing sungai, datuk terus berdiri tempat ia bertinggung waktu siang tadi. Saya disuruhnya berdiri dekat pokok besar. Manakala Tajuddin dan anggota polis keturunan India pula berdiri tidak jauh dari saya.
Dua tiga kali saya menampar nyamuk yang menyerang daun telinga saya. Menampar nyamuk dalam gelap merupakan kerja yang sia-sia. Tidak ada nyamuk yang dapat dibunuh malah nyamuk kian banyak datang dan berdengung di keliling telinga.
Saya merenung ke sungai, tidak ada sesuatu yang dapat dilihat semuanya nampak hitam belaka, Sekali-sekala saya terpandang cahaya pelita berkelip-kelip di seberang sungai. Sudah hampir lima belas minit berdiri, datuk tidak memperlihatkan kesungguhannya untuk menjalankan tugas. Ia kelihatan macam orang mengelamun tidak tentu arah.
Apa yang datuk lakukan itu memang tidak saya senangi. Saya sudah tidak mampu untuk menyerahkan badan saya pada nyamuk di dalam gelap. Telinga saya sudah tidak mampu mendengar suara cengkerik dan katak. Mata juga sudah tidak terdaya merenung kegelapan.
Bila kepala didongakkan ke langit, cuma yang nampak kerdipan bintang-bintang. Saya tidak tahu apakah perkara yang saya alami itu dirasai juga oleh Tajuddin dan kawannya.
Darah saya tersirap, sehelai daun menimpa batang tengkuk, sedangkan angin malam tidak bertiup, bulu roma saya terus berdiri, bunyi cengkerik dan katak kian rancak. Datuk masih lagi berdiri merenung ke arah dada sungai yang diselimuti kegelapan.
“Tamar,” suara datuk separuh keras.
“Ada apa tuk.”
“Nah, bakar lilin ni,” datuk pun menyerahkan pada saya sebatang lilin dan sekotak mancis.
Cahaya lilin itu terus menerangi kawasan sekitar. Anda sendiri dapat membayangkan sejauh mana kekuatan dari cahaya lilin sebatang.
Datuk terus memicit kedua belah lengannya, kemudian kedua belah buah betisnya hingga sampai ke buku lali. Tajuddin dan kawannya segera menghampiri datuk. Dari cahaya lilin yang samar-samar saya dapat melihat kedua-dua wajah mereka yang didakap keresahan.
“Bila nak dimulakan?” Tajuddin membuka mulut.
“Sekejap lagi kenapa? Kalau kamu rasa jemu kamu boleh balik, biar aku selesaikan sendiri.”
“Bukan begitu, saya rasa dah lama benar kita duduk di sini.”
“Kerja begini mesti sabar,” balas datuk lalu merenung wajah Tajuddin dan anggota polis keturunan India.
Mereka terdiam dan terus duduk dalam lingkungan cahaya lilin.
“Sekarang aku nak mulakan tetapi, ingat pesan aku ni, jangan gunakan lampu picit, kecuali bila kamu mendengar suara aku di tengah sungai,” lagi sekali datuk merenung anggota keturunan India dan Tajuddin.
Saya lihat mereka anggukkan kepala. Setuju untuk mematuhi cakap datuk, bila datuk melangkah, saya terdengar suara kucing mengiau panjang dan saya terasa seram.
“Bunyi kucing,” anggota polis keturunan India bersuara, ia renung muka Tajuddin dan saya.
Datuk merenung ke kiri dan ke kanan.
Saya lihat Tajuddin seperti orang serba-salah dan bersedia untuk menggunakan lampu picitnya untuk menyuluh ke arah suara kucing tersebut.
“Aku juga terdengar suara kucing, pedulikan,” datuk mengingatkan kami.
Ia terus melangkah. Saya menoleh ke kanan pada rimbunan pokok kecil yang terdapat di situ. Nafas saya jadi sesak, ada sepasang mata binatang yang kelihatan kemerah-merahan merenung ke arah saya. Serentak dengan itu, saya terdengar ranting-ranting kering seperti dipatah-patahkan oleh manusia.
“Tuk,” saya bersuara separuh cemas.
“Aku tahu apa yang kamu dengar dan lihat, pedulikan perkara tu Tamar,”
“Tapi tuk....”
|
|
|
|
|
|
|
|
Bercakap dengan jin ~ 73 ~
Diserang kucing hitam
“Sudah jangan banyak cakap.”
Saya tercengang datuk meneruskan langkahnya menuruni tebing sungai. Saya jadi tak tentu arah, begitu juga dengan Tajuddin dan anggota polis keturunan India. Datuk sudah pun menyelam. Bunyi deru air sungai yang melanggar reranting dan dahan pohon yang rebah ke sungai cukup jelas.
Dengan tujuan untuk menghilangkan rasa takut, saya, Tajuddin serta seorang anggota polls keturunan India duduk berdekatan, kami mengelilingi cahaya lilin yang memancar samar.
Suara cengkerik terus menyanyi dengan hebat. Perasaan cemas kami terus bertambah cemas bila terdengar suara lolongan anjing liar dari arah pekan Parit.
Daun-daun dan pohon kami berlindung terus berguguran, macam ada tangan manusia yang berusaha menceraikan daun daun itu dan rantingnya. Paling mencemaskan daun yang gugur itu bukanlah daun yang sudah tua tetapi daun yang masih hijau dan muda.
Suara kucing jantan mengiau muncul dengan mendadak dituruti dengan bunyi kuku kucing menggaru papan. Semuanya muncul dari arah pokok-pokok kecil di sekeliling kami.
Perasaan takut, cemas dan bimbang terus menghantui perasaan kami bertiga. Dua tiga kali Tajuddin mengeluarkan lampu picit dari saku seluarnya. Ia berhasrat mahu menyuluh seluruh kawasan sekeliling.
Tetapi, setiap kali lampu picit berada dalam tangannya, anggota polis keturunan India selalu membisikkan ke telinganya tentang pesan datuk.
Hidung saya terhidu bau bunga tanjung. Cukup wangi. Dedaun muda terus berguguran. Perhatian dan ingatan saya tidak lagi tertumpu pada datuk. Suara kucing tetap mengiau. Saya terus mencapai sebatang kayu dengan niat kalau ada binatang melintas di depan, pasti saya pukul. Kami terus duduk berhimpit-himpit.
“Pukul berapa sekarang?” tanya anggota polis keturunan India pada Tajuddin.
Cepat-cepat Tajuddin melihat jam di tangan.
“Pukul dua belas, Maniam.”
“Patutlah aku terasa air embun.”
“Saya juga kena titis embun,” kata saya.
Serentak kami menoleh ke belakang kerana terdengar bunyi kaki binatang memijak daun-daun kering. Dari cahaya lilin yang samar-samar itu, kami melihat seekor kucing hitam yang menjilat bulunya. Sesekali kucing itu membuka mulutnya melihatkan taringnya yang putih tajam pada kami.
Dalam keadaan yang gelap itu saya terdengar Tajuddin menjerit. Saya segera mengeluarkan mancis dan menyalakan lilin yang padam. Saya terkejut melihat tangan kanan Tajuddin yang berdarah.
“Dicakar kucing” Maniam (anggota polis keturunan India) memberitahu saya.
Tanpa membuang masa lagi saya terus mengoyakkan hujung baju saya. Dengan cebisan kain itu saya mengesat darah di lengan Tajuddin.
Belum pun selesai saya mengesat darah di lengan Tajuddin, terdengar bunyi tapak kaki orang berlari yang jaraknya tidak begitu jauh dari pohon tempat kami duduk. Bau bunga Tanjung kian menjadi-jadi. Lolongan anjing bersahut-sahutan, Suara cengkerik kian hebat.
Kami terus rapat ke perdu pokok. Kami menanti orang yang berlari dalam gelap itu menghampiri kami. Bunyi tapak kaki itu terus hilang digantikan dengan bunyi orang menggali tanah kubur dan bunyi orang mengoyakkan kain.
“Kucing hitam,” kata Maniam.
Seekor kucing hitam tercegat di depan kami sambil membuka mulut, lidahnya menjilat daun-daun kering di depannya. Matanya memancarkan cahaya merah macam bara.
Tajuddin segera berlindung di belakang Maniam. Dari cahaya lilin, saya lihat kucing itu melengkungkan badannya sambil mengiau garang, misainya kelihatan keras dan tajam.
Kami bertiga terpaku dan tidak tahu untuk berbuat apa-apa bila melihat kucing hitam itu mengembangkan bulunya sambil menjelirkan lidahnya yang panjang. Ekornya ditegakkan. Bentuk kucing itu agak besar dari kucing biasa. Bentuk mukanya amat menyeramkan dan biji matanya agak besar.
Kucing itu mengiau garang dan terus menerkam ke arah Maniam dengan pantas sekali. Maniam tidak sempat mengelak dan kucing hitam itu membenamkan kukunya ke kulit pipi Maniam. Cepat-cepat Maniam meraba kulit mukanya yang dicakar oleh kucing hitam.
|
|
|
|
|
|
|
|
Bercakap dengan jin ~ 73 ~
Diserang kucing hitam
Dalam keadaan yang tak tentu arah itu kucing tersebut menyerang ke arah Maniam lagi sekali. Tetapi, kali ini Maniam sempat mengelak dan melepaskan satu penumbuk ke arah kucing hingga terpelanting.
Darah dan muka Maniam terus menitis atas daun-daun kering. Maniam mengeluarkan sapu tangan dari seluarnya dan terus mengesat darah di wajahnya. Saya tidak tahu sama sekali, macam mana kucing hitam yang terpelanting jauh itu boleh berada di depan Maniam dan Tajuddin. Kucing hitam itu berlegar-legar di situ sambil menjilat kesan darah yang melekat di daun kering. Saya tidak tahu, apa yang harus saya lakukan.
“Sial, kucing sial,” jerkah saya sambil menghentakkan kaki ke bumi.
Tidak saya duga sama sekali perbuatan itu menjadikan kucing hitam itu bertambah garang. Ia mengiau ganas sambil membukakan mulutnya pada saya. Giginya yang putih tajam kelihatan kemerah-merahan dilekati darah.
Kucing itu memperlihatkan rasa marahnya dengan mencakar-cakar tanah dan kayu yang ada di depannya. Melompat ke sana ke sini seolah-olah memperlihatkan kehebatannya di malam yang kian beransur tua. Kucing itu terus menyerang lengan tangan Tajuddin untuk kali kedua.
Tajuddin terus menjerit dan berusaha dengan sedaya upaya memisahkan gigi kucing yang menggigit lengannya. Usaha Tajuddin itu tidak berhasil, kucing hitam terus menggigit sambil mencakar-cakar tangan Tajuddin. Melihat keadaan yang cemas dan membimbangkan itu, saya segera mencari kayu dan membelasah badan kucing hitam dengan sekuat hati sehingga ia berhenti menggigit daging lengan Tajuddin.
Kali ini kucing hitam yang ganas itu terus menyerang saya. Waktu menyerang Maniam, ia memilih daging pipi sebagai sasaran dan daging lengan menjadi matlamatnya bila menyerang Tajuddin. Bila ia menyerang saya daging paha pula jadi sasaran. Saya terpaksa mempertahankan daging paha saya dari jadi mangsa giginya dengan kayu.
Setiap kali saya menghayunkan kayu ke badannya, kucing itu dapat mengelakkan dan menggunakan kepintarannya menyerang saya dari arah belakang, kanan dan kiri.
Akibatnya saya keletihan dan terhoyong-hayang, ketika itulah kucing yang tidak mengenal belas kasihan mengoyakkan seluar dari daging paha saya hingga berdarah. Saya menjerit dan terus berusaha untuk menewaskannya.
Saya terus mencekik tengkuk kucing dengan sekuat hati. Kedua belah tangan saya terus dicakarnya hingga berdarah. Walaupun begitu saya tidak begitu mudah untuk melepaskan batang lehernya yang saya cekik. Usaha saya kali ini berhasil, kucing itu berhenti menggigit dan mencakar lengan saya.
Sebaik sahaja leher kucing itu saya lepaskan, saya terus jatuh atas tanah. Kucing hitam terus ghaib entah ke mana. Maniam dan Tajuddin segera menghampiri dan menyandarkan saya ke perdu pokok. Tajuddin membukakan baju saya lalu mengikatkan ke paha saya yang luka. Maniam mengesat darah di lengan saya.
Kami mengambil keputusan mengejut untuk pulang ke Balai Polis. Belum pun keputusan itu dilaksanakan, kami terdengar suara datuk dari tengah sungai. Perasaan kami bertambah lega.
Maniam dan Tajuddin terus menggunakan lampu. Menyuluh kiri kanan, bimbang kalau kucing hitam yang ghaib muncul mendadak.
“Dari mana kucing sial itu datang?” tanya Maniam.
“Entah,” jawab saya.
“Jangan pedulikan semuanya itu, suluh orang yang di tengah sungai,” Tajuddin bersuara, serentak dengan itu juga dua lampu picit memancarkan suluhannya ke sungai. Saya lihat datuk berenang ke tebing sambil menarik sesuatu.
“Dah jumpa mayat,” Maniam beritahu Tajuddin.
“Agaknya,” jawab Tajuddin.
Mereka terus rapat ke tebing dan cahayà lampu picit mereka tetap tertumpu ke arah datuk.
Saya terus mengumpulkan daun-daun kering dan kayu, kemudian terus membakarnya. Hasil dari usaha itu, kawasan sekitar tebing terang-benderang, memudahkan saya bergerak ke mana-mana. Nyamuk terus lari.
Saya terfikir, kalau kucing hitam itu muncul kembali, saya pasti menggunakan puntung-puntung yang berapi itu untuk menentangnya.
“Mari kita tolong dia,” Maniam terus menarik tangan Tajuddin.
|
|
|
|
|
|
|
|
Bercakap dengan jin ~ 73 ~
Diserang kucing hitam
Mereka terus menuruni tebing sungai. Saya merasakan diri saya lebih selamat, kalau bersama Tajuddin dan Maniam. Tanpa membuang masa saya terus memburu mereka menuruni tebing sungai yang agak curam.
Badan mula terasa dingin dirempuh angin yang bergerak dari permukaan sungai. Langit tetap cerah bersama gumpalan awan yang bersih. Kami bertiga berdiri di gigi air. Terasa amat sejuk, bila air sungai menyentuh kulit kaki. Tajuddin dan Maniam tetap menghalakan muncung lampu picitnya ke arah datuk.
“Tolong pangku mayat ni,” datuk minta bantuan.
Maniam dan Tajuddin menyerahkan lampu picit pada saya. Tugas saya sekarang menyuluh ke arah mereka. Tajuddin dan Maniam terus mengharung air sungai, Mereka membantu datuk memangku mayat Saadun dan dibawa atas tebing.
Mayat Saadun terus dibaringkan atas daun-daun kering. Saya terus mencampakkan ranting dan daun-daun kering dalam unggun api. Datuk menukarkan pakaian yang basah dengan pakaian yang kering. Ia mendiangkan badannya dekat api.
“Biar kami ke balai dulu, melaporkan perkara ni pada Sarjan 1000 dan minta jeep untuk membawa mayat ni ke hospital,” Maniam menyatakan pada datuk sambil menyandangkan riffle ke bahu. Tajuddin kelihatan cemas sedikit.
“Eloklah tu, tapi sebelum pergi nanti dulu,” kata datuk lalu memetik beberapa helai dedaun yang hijau berkilat dari pepohon kecil sekitarnya.
Datuk melekapkan dedaun hijau segar ke bahagian badan Tajuddin dan Maniam yang luka akibat digigit dan dicakar oleh kucing hitam.
“Ini untuk menahan bisa, gigi dan kuku kucing cukup bisa, ada jenis daun dan rumput yang boleh digunakan menahan bisanya, perhatikan daun atau rumput yang dimakan kucing bila ia sakit, daun dan rumput tu boleh dijadikan penawar bisanya,” terang datuk pada Tajuddin dan Maniam.
Mayat Saadun terkapar atas dedaun kering, biji matanya terbeliak dan mulutnya separuh terbuka. Dari kedua belah telinganya meleleh air jernih. Saya tak berani merenung mayat Saadun lama-lama, bila direnung biji matanya bergerak ke sana sini. Menyorot tiap langkah dan gerak-geri saya.
“Pergilah, biar saya nanti di sini,” ujar datuk tenang.
Maniam, terus melangkah tetapi, Tajuddin masih ragu untuk melangkah, macam ada sesuatu yang ditakutinya.
“Pergilah Tajuddin, dengan izin Allah kamu selamat dalam perjalanan,” kata datuk. Tajuddin terus melangkah.
Meninggalkan saya dan datuk.
Saya menceritakan pada datuk apa yang kami alami ketika ia menyelam tadi, Datuk tidak memperlihatkan rasa terkejut atau cemas. Ia hanya tersenyum sambil melipatkan hujung lengan bajunya. Suasana yang agak tenang di malam yang hitam itu diganggu oleh suara kucing yang cukup keras. Datuk mengedutkan dahinya sambil mencampakkan ketul-ketul kayu ke dalam unggun api.
Suara kucing terus meninggi dan nyaring, daun-daun kering nampak bergerak-gerak macam ditolak oleh sesuatu. Ranting-ranting yang bertaburan dekat kaki saya juga bergolek perlahan-lahan. Ada bunyi tapak kaki orang melintas di depan saya tetapi orangnya tidak dapat dilihat.
Kejadian-kejadian begitu amat menakutkan bagi saya. Datuk tetap tenang. Ia tidak tergugat dengan kejadian-kejadian yang saya anggap agak luar biasa itu. Ia curna menggigit bibir, bila melihat beberapa ekor ulat bulu bergerak ke arahnya. Dengan ranting kayu datuk menolak ulat-ulat itu ke pangkal pokok.
Beberapa ekor semut api meluru ke arah mayat Saadun. Datuk berusaha menghalau semut-semut api dan memanjat mayat Saadun. Datuk menghalau semut-semut itu dengan daun-daun segar yang dipatahkan dari dahan pokok kecil berhampiran.
“Kucing hitam,” jerit saya.
Seekor kucing hitam muncul dekat unggun api. Kucing itu menyapu-nyapu mukanya dengan kaki depan. Renungannya lembut ke arah datuk seolah-olah minta simpati, bentuk tubuhnya agak kecil sedikit dari kucing hitam yang mencakar Tajuddin dan Maniam serta saya.
Kucing hitam yang baru muncul ini, tidak memperlihatkan sebarang keanehan, tidak memperlihatkan lidah dan taringnya. Ia kelihatan cukup manja sambil menjilat-jilat tubuh di badannya.
“Kamu sesat, kalau sesat baliklah,” ujar datuk sambil merenung kucing hitam.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|