CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mijot

[Penerbit] ** JEMARI SENI (Bahagian 2) **

  [Copy link]
Post time 17-4-2012 05:26 PM | Show all posts
Reply 1200# honey_d7881


    syok la g pesta buku....aku dpt tgk korg je la...
pilih betul2 dulu beb...kang dah beli menyesal lak....

aku order buku tentang dhiah x sampai2 lg....
ape la masalah supplier aku ni.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2012 05:28 PM | Show all posts
Post Last Edit by qimi08 at 17-4-2012 17:41

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur ke-31 akan berlangsung pada 27 April – 6 Mei 2012 di PWTC. Kali ini Jemari Seni mendapat gerai di Dewan Tun Hussein Onn (dewan sebelah pentas utama), gerai no. HA11 – HA14 (peta lokasi). Bagi mereka yang pernah mengunjungi kami tahun lepas, gerai tahun ini bersebelahan dengan gerai tahun lepas saja. Senang nak jumpa, insya-Allah Smile.

JS Adiwarna pula akan berada di muka pintu Dewan Tun Razak 3 di tingkat atas. Gerai no. 3002-3003 (peta lokasi). Jangan masuk dewan terus, singgah di JS Adiwarna dulu tau! Di sana ada pelbagai buku dengan tawaran menarik. Jangan lupa temui pahlawan-pahlawan Melaka di sana

Baiklah, Kak Ajah senaraikan apa yang istimewa di gerai JS ya.

1)Diskaun! Semua judul novel umum akan diberi diskaun 25%. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk dapatkan novel-novel baharu     dan mencukupkan koleksi novel-novel lama dengan harga istimewa ini ya. Setahun sekali sahaja Smile . Boleh lihat katalog novel  
   di sini.

2)Hadiah! Untuk  setiap pembelian RM50 ke atas, pembeli akan menerima satu beg* elegan (non-woven) seperti gambar ni.
   Cantik sekali! Bagi penggemar beg macam Kak Ajah ni, boleh tambah koleksi beg ya.
   
   
    Beg
      
3)Baucar! Untuk setiap pembelian RM100 ke atas pula, pembeli akan menerima satu baucar bernilai RM10. Beg pun dapat (dua   
    beg lagi), baucar pun dapat Baucar ni boleh ditukar di gerai JS Adiwarna sahaja sepanjang pesta buku ini berlangsung. Apa   
    lagi, kumpulkan judul-judul yang belum ada dalam koleksi lagi tu ya!

4) Button badge! Istimewa untuk pelajar-pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi – satu button badge* yang cute akan diberi
    untuk setiap pembelian  (pelajar IPT sila tunjuk kad pelajar ya). Kak Ajah pun berkenan ni, untuk letak di beg elegan tadi. Elok
    saja badge warna merah ni atas beg putih bersih ni.
   
   
    BADGE-JemariSeni-
     
    Bertemu penulis! Jadual kehadiran penulis seperti di sini ya.  Penulis-penulis yang hadir semuanya berharap dapat berjumpa dan
    beramah mesra dengan pembaca. Singgahlah untuk bertemu mereka yang datang dari jauh dan dekat semata-mata untuk
    bersua dengan pembaca semua  Smile.

* sehingga stok masih ada. Satu dua tiga empat, siapa cepat dia dapat Laughing.

Warga JS yang memakai apron merah gelap menunggu kedatangan kalian ke gerai dengan senyuman manis, semanis madu dari Yemen Smile.
Oh, boleh guna kad kredit untuk pembelian RM50 ke atas ya! Jangan risau untuk bawa dompet tebal. Bawa kad, lebih mudah Smile .

Buletin akan datang: Novel-novel umum baharu untuk pesta buku...





Kapal dagang dari seberang,
    Sarat muatan kayu meranti;
Dari jauh tuan puan datang,
    Kami di JS sedia menanti.

Salam penuh takzim,

Kak Ajah ♥

*10 hari ke Pesta Buku 2012*

~ JS menyampaikan, walau sebaris ayat~
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2012 05:40 PM | Show all posts
Reply 1191# chit_ana


Yang ditunggu sudah tiba
tidak sabar untuk membacanya
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2012 06:46 PM | Show all posts
wah nirrosette ada novel baru!!! sampai la ni tak tau nak pronounce nama dia macam mana..hehe
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2012 07:04 PM | Show all posts
Reply  chit_ana


Yang ditunggu sudah tiba
tidak sabar untuk membacanya
qimi08 Post at 17/4/2012 17:40


yang ni pun terbaru gak.kena sediakan opkos nya dari awal2


Novel Umum Mei 2012: Senyum Sampai Langit ~Syasyaja


Penulis: Syasyaja
ISBN: 978-967-5118-88-3
Harga: RM20.00 (Sem. Malaysia)/RM23.00 (Sabah/Sarawak)
Pesanan Online: mulai 8 Mei 2012

kebahagiaan akan datang
kalau kita tidak menghalang diri kita daripada mengecap kebahagiaan


Aufa mahukan anjakan paradigma – melalui perkahwinan! Tetapi dia tidak mempunyai calon suami. Mungkin memang betul wujud ‘hantu kahwin’ dalam dunia ni dan telah berjaya merasuk fikiran Aufa. Idea gila ini menemukan Aufa dengan ‘jejaka idaman Malaya’.


"Kenapa awak nak kahwin dengan saya?"
"Saya ada cakap ke yang saya nak kahwin dengan awak?"
"Habis tu, kenapa pulak awak ada dekat sini?"
"Mak saya suruh kenal-kenal dengan awak."
Jeda.
"Awak pulak?"
"Ibu saya cakap, saya kena berkenalan dengan awak."


Ya, jejaka tu langsung tak termasuk dalam senarai jejaka idaman Aufa. Aufa mahukan lelaki yang bermulut manis seperti Bruno Mars. Tapi yang dia dapat adalah lelaki dari Planet Mars yang kerek! Tapi yang kerek itulah yang berjaya buat dia gila bayang tahap melayang terbang sampai ke bulan.


***

SYASYAJA yang dikenali sebagai BULANHIJAU di weblognya, menulis tentang gadis muda yang mencari bahagia dengan gaya santai yang membuat kita senyum sampai ke langit!
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2012 07:05 PM | Show all posts


Novel Umum Mei 2012: Nah, untuk Awak! ~ Nirrosette


Penulis: Nirrosette
ISBN: 978-967-5118-86-9
Harga: RM20.00 (Sem. Malaysia)/RM23.00 (Sabah/Sarawak)
Pesanan Online: mulai 8 Mei 2012
Kau umpama pelangi yang terbentang di langit nan biru


Kata Najiha, hidup ini mudah. Punya babah yang menyayanginya sepenuh hati. Kekasih hati yang sempurna di matanya. Kawan-kawan yang setia di sisi. Hidup Najiha sudah lengkap.
Namun, langit tak selalu cerah. Cinta hatinya beralih arah kepada orang yang dia percaya. Najiha terkedu seketika. Hidup ini bukan semudah yang dijangka. Lalu, dia mencari tenang di bumi Korea. Tenang yang dicari sentiasa saja diganggu oleh Si Janggut Sejemput.

“Awak intip saya ke apa ni?”
“Nak intip awak buat apa? Tak ada maknanya.”
“Habis tu mana-mana saya pergi kenapa saya nampak awak saja?”
“Tempat ni bukan awak yang punya.”

Baru saja luka di hati ini ingin sembuh, Najiha diduga lagi dengan pemergian yang tersayang. Namun, Najiha pasti setiap yang berlaku, pasti ada hikmah-Nya. Jalan bahagia ada di depan matanya. Najiha hanya perlu memilih untuk ke kiri atau ke kanan.

Andai takdir jodohku bukan denganmu, aku percaya Dia telah memilih yang lebih baik untukmu.

***

Selepas Ikhlas, A. K! kini NIRROSETTE membawa kita menelusuri hidup Najiha yang percaya pada pengakhiran yang bahagia. Nah, untuk Awak! Sebuah kisah bahagia bersulam luka ini ditulis dengan pena yang cantik dan bahasa yang santai.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-4-2012 08:33 PM | Show all posts
Reply 1205# chit_ana

patutla rasa macam pernah baca citer ni.. dah habis kat blog bulan hijau tu
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2012 08:36 PM | Show all posts
Reply  honey_d7881


    syok la g pesta buku....aku dpt tgk korg je la...
pilih betul2 dulu be ...
duku Post at 17-4-2012 17:26


La, ko tak p ker? AKu taun nie memang gatal sgt2 nak p saner. Nak rasa sendiri mcm maner rambang mata dok pilih buku. Hehehehe.... Tentang Dhiya - Syud heh? Oklah citer tu. Still boleh layan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2012 10:09 PM | Show all posts
1)Diskaun! Semua judul novel umum akan diberi diskaun 25%. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk dapatkan novel-novel baharu     dan mencukupkan koleksi novel-novel lama dengan harga istimewa ini ya. Setahun sekali sahaja Smile . Boleh lihat katalog novel  
   di sini.


banyak jugak diskaun JS bagi..
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2012 10:31 PM | Show all posts
waaaaaa, tak sangka bulanhijau pon dh publish novelll..suka baca enovel dia
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2012 12:17 AM | Show all posts
Temui Penulis-penulis JS di Gerai No. HA11-HA14
Dewan Tun Hussein Onn, PWTC
- Nasz pun ada...

Jumaat: 27/4/2012
Noor Suraya
Nirrosette
Nisyah

Sabtu: 28/4/2012
Fatihah Pauzihal
Iman Xara
Nasz
Syud
Pingu Toha
Ika Madera

Ahad: 29/4/2012
Ika Madera
Nazurah Aishah
Manjlara
Lili Norlaili
Zulina
Noor Suraya

1/5/2012: Selasa
Eva Hana
Adileah
Nisyah
Szalies
Iman Xara
Diya Nordin

Jumaat: 4/5/2012
Nasz
Iman Xara
Khairyn Othman

Sabtu: 5/5/2012
Ruby Hazri
Ijazati Habib
Hafizah Iszahanid
Ayu Haswida
Nirrosette
Adileah

Ahad: 6/5/2012
Aishah Madadiy
Pingu Toha
Ruby Hazri
Aishah Madadiy
Ijazaty Habib
Imaen
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2012 12:20 AM | Show all posts
Reply 1211# cmf_azure


    nazs ada ye, kot-kot buku dia keluar masa ni....
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2012 12:23 AM | Show all posts
Reply 1212# sapp73


    moga-moga adalah kejutan dari JS...
   bonus untuk PBAKL 2012...
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2012 10:52 AM | Show all posts
Post Last Edit by cikmouse at 18-4-2012 10:59
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur ke-31 akan berlangsung pada 27 April – 6 Mei 2012 di PWTC. Kal ...
qimi08 Post at 17-4-2012 17:28



woooowwwwwwwwwwwwww....tawaran yg sgguh menarik iniiiiii...............jom serbu reramaiiiiiiiiiii......duit claim pon dh masukkk nieeeee...........
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2012 01:02 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2012 01:03 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2012 01:04 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2012 01:09 PM | Show all posts
Reply 1207# lowgil


Info yg saya terima - Versi novel lagi menarik setelah diedit berlainan sekali dgn versi blog......
So mari kita beli dan baca untuk mencari kelainan tersebut
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2012 07:24 PM | Show all posts
Reply 1218# qimi08

hah nasib baik bgtau ada kelainan, 50 50 sbnrnya nk beli ke tak, sbb dh baca habis kat blog...

Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2012 12:09 AM | Show all posts
waa ada offer 25%.. ok jugek tu.. nak cari buku2 yg best utk bacaan NILAM students..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 05:11 AM GMT+8 , Processed in 0.089976 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list