CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mattzzx

[Pulau Pinang] 'Rumah Sembang Pasemboq Utara V169'

 Close [Copy link]
Post time 3-12-2022 04:49 PM | Show all posts
rafidah bila berkata mmg lantang

Dua perkara itu adalah pelantikan Timbalan Perdana Menteri (TPM) yang masih menanti keputusan perbicaraan kes berkaitan rasuah yang sangat panjang serta pelantikan empat senator yang mana tiga daripada mereka kalah pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-12-2022 04:50 PM | Show all posts
Gobind tolak ajakan Anwar sertai kabinet kerajaan perpaduan

Mohd Iskandar Ibrahim
[email protected]



GOBIND Singh Deo. FOTO BERNAMA




Kuala Lumpur: Ahli Parlimen Damansara Gobind Singh Deo, memaklumkan beliau menolak ajakan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi sebahagian daripada anggota kabinet kerajaan perpaduan.

Bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia itu sebaliknya berkata, beliau mahu memberi tumpuan dan memainkan peranan sebagai ahli parlimen serta membantu kerajaan dalam pelbagai cara lain.

"Ramai yang bertanyakan kepada saya kenapa tidak disenaraikan dalam Kabinet yang diumumkan Perdana Menteri semalam. Datuk Seri Anwar Ibrahim ada meminta saya menyertai kabinetnya.

"Namun selepas memikirkan perkara itu, saya memaklumkan kepada beliau (Anwar) bahawa saya tidak mampu berbuat demikian dan mahu menumpukan kepada peranan sebagai ahli parlimen," katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Dalam pada itu, Gobind merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri kerana memintanya menyertai kabinet berkenaan.

"Sekali lagi saya menyatakan keyakinan terhadap kepemimpinan Perdana Menteri dan saya percaya beliau mampu membawa Malaysia ke peringkat lebih tinggi," katanya.


Disiarkan pada: Disember 3, 2022 @ 4:28pm




Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2022 04:51 PM | Show all posts
gobind ni dulu bagus juga jd menteri
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2022 04:52 PM | Show all posts
masa dia jd menteri rege internet turun sikit
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2022 04:52 PM | Show all posts
dia pi jumpa dgn semua telco.
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2022 05:01 PM | Show all posts
novelloverzz replied at 3-12-2022 08:55 AM
rmh br x nmpk lg parking space sbb diorg msh blm buka penhadang construction

harap2 boleh dpt sorang 1 parking tp agak tipis
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-12-2022 05:01 PM | Show all posts
kebanyakan rumah low cost parking tak cukup.
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2022 05:02 PM | Show all posts
novelloverzz replied at 3-12-2022 08:56 AM
mender la perangai mcm bdk2

org yg berkereta lebih dr 1 takde pulak derang nk komplen.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-12-2022 05:03 PM | Show all posts
ada yg lg terer keta ada 3. semua dpt masuk parking tp maintenance dr mula duduk sampai skrg 1 sen tak byr
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2022 05:04 PM | Show all posts
tiap2 bln pihak mgmt tampal no2 unit mmg tengok rumah berkenaan ada tunggakan dah 13k.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-12-2022 05:24 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-12-2022 05:24 PM | Show all posts
wah dah page 61


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-12-2022 05:24 PM | Show all posts
tolak selagi mampu




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-12-2022 05:24 PM | Show all posts
kejap lagi dah nak balik
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-12-2022 05:24 PM | Show all posts
rasanya hari selasa boleh roboh
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2022 05:26 PM | Show all posts
esok boleh tolak lg matt
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-12-2022 05:26 PM | Show all posts
takde masalah     
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2022 05:26 PM | Show all posts
kita bukan nk bersaing dengan sesapa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-12-2022 05:28 PM | Show all posts
Kepakaran Rafizi ditagih bantu pulih ekonomi negara
Disember 3, 2022 @ 4:49pm


Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyaksikan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook yang dilantik sebagai Menteri Pengangkutan, Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli (Menteri Ekonomi), Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming (Menteri Pembangunan dan Kerajaan Tempatan) dan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional yang juga Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan (Menteri Pertahanan) mengangkat sumpah jawatan pada Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia Menteri Persekutuan di Istana Negara hari ini. - Foto BERNAMA


KUALA LUMPUR: 'Kepulangan' Mohd Rafizi Ramli dalam gelanggang politik ternyata berbaloi apabila dilantik dalam Kabinet setelah Pakatan Harapan (PH) menganggotai Kerajaan Perpaduan yang mentadbir negara selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Rafizi, 45, sememangnya antara nama yang disebut-sebut sebelum ini disenaraikan dalam senarai Jemaah Menteri pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pernah 'berehat' seketika daripada dunia politik, Rafizi dikatakan pakar dalam membaca data dan menentukan formula ekonomi, dan kepakarannya itu diharap akan menjadikan ekonomi Malaysia melangkah ke satu tahap yang lebih baik.

Dilahirkan di Besut, Terengganu pada 14 September 1977, Timbalan Presiden PKR itu mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Sultan Ismail, Kemaman sebelum melanjutkan pelajaran ke Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK).


Rafizi kemudian menduduki Physics A-Levels di Morrisons Academy di Scotland dan Chemistry A-Levels di akademi sama sebelum melanjutkan pelajaran peringkat Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik di University of Leeds, England.

Pengasas sebuah firma data, INVOKE itu kemudian memulakan kerjaya dengan Jeffreys Henry Chartered Accountants, London dari 1999 sehingga 2003 dan lulus semua peperiksaan akauntan bertauliah dengan Institute of Chartered Accountants in England & Wales (ICAEW) dalam masa dua tahun.

Beliau juga diterima sebagai ahli ICAEW pada 2003, selepas tamat tempoh minimum latihan di firma perakaunan dan diterima sebagai ahli Malaysian Institute of Accountants (MIA) pada 2003 apabila pulang ke Malaysia.

Rafizi kemudian berkhidmat di Petronas Malaysia Sdn Bhd menjawat jawatan pengurus di bahagian Propane Dehydrogenation Plant sebelum dinaikkan pangkat kepada Pengurus Kanan (Perancangan Perniagaan, Operasi dan Teknologi Urusniaga Petrokimia) yang bertanggungjawab menguruskan kumpulan urus niaga petrokimia Petronas dengan aset melebihi RM30 bilion.

Beliau kemudian berkhidmat di Petronas Carigali Sdn Bhd (2007-2009) sebagai Pengurus Kanan (Perakaunan, Belanjawan dan Percukaian Antarabangsa).

Di situ, beliau bertanggungjawab menguruskan hal ehwal kewangan 51 anak syarikat Petronas Carigali yang terlibat dengan operasi huluan di peringkat antarabangsa membabitkan belanjawan tahunan melebihi RM20 bilion.

Pada 2009 beliau memegang jawatan Pengurus Besar di Pharmaniaga Berhad seterusnya sebagai Ketua Eksekutif di Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor sehingga 2012 sebelum mengasaskan sebuah syarikat, National Oversight & Whistleblowers Centre (NOW) (2012-2018 ) dan kini pengasas kepada syarikat bukan berasaskan keuntungan, INVOKE.

Rafizi melebarkan sayap politiknya apabila bertanding di Parlimen Pandan pada PRU13 dan memenangi kerusi berkenaan serta mempertahankannya selama satu penggal.

Beliau kemudian hilang kelayakan untuk bertanding pada PRU14 setelah didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur kerana mendedahkan maklumat perbankan mengikut Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan (BAFIA) pada 2018.

Pada tahun yang sama, nasib nyata tidak menyebelahi Rafizi apabila tewas di tangan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pada pemilihan PKR sebagai Timbalan Presiden, namun dilantik sebagai Naib Presiden parti itu.

Sejak itu, Rafizi dilihat 'berehat' daripada karier politiknya sebelum melakukan 'come back' apabila mengumumkan bertanding jawatan Timbalan Presiden dalam pemilihan parti pada Julai 2022 dan memenangi jawatan berkenaan.

Beliau sekali gus kembali ke radar politik apabila bertanding semula pada PRU15 lepas di Parlimen Pandan yang pada PRU14 diambil alih Pengerusi Majlis Penasihat PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Rafizi menang dengan majoriti 48,296 undi menewaskan empat pencabar lain di kawasan berkenaan pada PRU15.

Takdir nampaknya memihak kepada dirinya apabila PH kembali menerajui pimpinan negara melalui Kerajaan Perpaduan dengan mengangkat Anwar, yang juga Presiden PKR sebagai Perdana Menteri ke-10. – BERNAMA

https://www.bharian.com.my/berit ... ulih-ekonomi-negara

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2022 05:28 PM | Show all posts
zura masih ada lg yg belum reply
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-2-2025 04:12 AM GMT+8 , Processed in 0.322057 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list