|
Ada tak sesiapa yg merasakan perasaan ini? {Part 2}
[Copy link]
|
|
razhar posted on 6-11-2012 03:41 PM
For the believers..especially for the kelantanese people....i have located a few safe grounds for ou ...
kelantanese only? |
|
|
|
|
|
|
|
jangan lupa simpan emas ngan perak. mungkin lepas ni sistem wang kertas dah xbleh guna dah.
fakta: israel adalah penyimpan emas terbesar didunia
ilmu memanah & berburu kena ada gak kot2 stok makanan habes nanti.
sama2lah kita beramal. |
|
|
|
|
|
|
|
tarabas1976 posted on 7-11-2012 01:31 PM
Doa engko nih, lebih kurang macam doa umat zaman Nabi Nuh larr. Zaman Nabi Nuh, aku percaya teknol ...
Subhanallah...sangat terkesan di hati dengan cerita ni...Alhamdulillah Allah temukan saya dengan thread ni...Mudah2an ini petunjuk dariNYA
|
|
|
|
|
|
|
|
dina_alea posted on 8-11-2012 02:03 PM
Subhanallah...sangat terkesan di hati dengan cerita ni...Alhamdulillah Allah temukan saya dengan t ...
Aku raser aku akan pergi jauuuuuuuuh. Betul cakap andria tuh, harta dunia, cinta pada manusia, pangkat dan kekayaan tidak dapat mengisi kekosongan jiwa ini.........aku sebenarnya ingin menjadi seperti burung, bebas berterbangan memenuhi fitrahnya, yakni fitrah kenapa ia diciptakan.Bebas berterbangan sambil bertasbih memuji Allah dengan riang dan lapang dada....riang kerna ia memenuhi kehendak Sang Pencipta. Itulah yang aku dambakan......hidup dengan menuju ke hadrat Allah, hidup untuk memenuhi kehendak Sang Pencipta.....seperti seekor burung. Makin nak masuk bulan Muharam, rasa tersebut makin kuat sehingga aku jadi tak keruan......aku raser aku akan pergi jauuuuuuh, sangat jauuuuuh........
Kepada kalian "yang terpanggil," cuba bangun tengah malam dan solat...kemudian senyapkan diri, senyapkan minda. Makrifatkanminda menyelam ke dalam qolbi/hati ....cuba dengar betul-betul apa yang qolbi anda lafazkan berkali-kali ketika minda sedang dioffkan.......zikir memuji Allah. Dari sini, offkan minda dan "follow" zikir tersebut......sehingga rasa seakan-akan seperti sedang menyelam dalam laut yang tidak ada air dan tidak ada dasar, makin lama makin dalam.
Dari sini, trainlah selalu sehingga zikir tersebut berada dalam mode auto. Sentiasa berzikir secara automatik walaupun tengah buat keje, baca suratkabar, tengok tv.......samapai bila terlupa jer berzikir, cuma perlu ningatkan diri sendiri dan diri sendiri akan berzikir. Rasa dia, seolah-olah ada diri dalam diri...diri yang sentiasa mengharap ke hadrat Allah. Dari sini.....kalian harus mencari guru yang murshid. Allahualambissawab.
Aku akan pergi jauh............
|
|
|
|
|
|
|
|
darkharis posted on 7-11-2012 03:54 PM
berminat nak di panjang ceritakan... tolong cerita sikit ttg rahsia2..... beri contoh serta di ...
Minta maaf.. benda2 begini, sebenarnya tak boleh diceritakan secara direct kpd mereka yg bukan ahlinya.. lagipun, rahsia ini bukan HAK saya.. dan saya pun bukan org yg layak menceritakannya.. cuma saya boleh katakan, apabila kita BENAR-BENAR mencari, DIA akan tunjukkan jalan.. tapi kena benar2 ada niat dan ada usaha, bukan setakat ada niat tapi tiada usaha dan hanya berbasa-basi di bibir mulut... dlm kita mencari, kita akan banyak bermuhasabah, bertafakur.. banyak pertanyaan akan bermain di fikiran. Sesuatu yg harus kita fahami, apabila Allah memberi, bukanlah bererti kita baik sangat sehingga doa kita makbul, tapi kerana DIA sendiri Maha Penyayang, Maha Pemberi, Maha Pengasih. DIA tidak memberi kerana amal kita. DIA memberi kerana DIA mahu memberi. Semudah itu. Jangan ingat doa kita makbul, kerana amalan kita. Allah tidak terikat dengan amalan manusia. Allah berdiri sendiri dan tidak bergantung kpd suatu apa pun. DIA tak perlu melihat amalan kita sebelum DIA memberi. Jika DIA perlu melihat amalan kita terlebih dahulu, sudah pastilah orang2 kafir yg menyekutukan Allah sekarang ini, ditimpa bala bencana dan tiada seorang pun yg hidup senang. Namun Allah itu tidaklah kejam...
Maka apabila kita benar-benar mencari demi utk mengenali DIA, Insya Allah, DIA akan memberikan jawapan2 menerusi pembacaan, menerusi perbualan dengan org2 berkenaan, ditemukannya kita dgn mereka yg mempunyai jawapan, atau dibukakannya hijab, dan tiba2 sahaja, kita dpt melihat dan memahami, dan menjawab sendiri persoalan2 yg selama ini bermain di fikiran... dan kemudian kita berkata, 'Oh, begitu rupanya...' Walhal sebelum hijab itu dibuka, mungkin saja ia terbentang luas di hadapan mata kita sebelum ini, tapi kita tak pernah terfikir tentangnya... tatkala kita bersedih selepas menunaikan solat, mungkin kita akan mendengar seolah2 ada suara jauh di lubuk hati, yg mententeramkan kita..
Sebab itu saya berpesan, kuatkanlah rohani, kerana ia jauh lebih penting dari makanan dan tempat tinggal. Sekiranya kita ada semuanya, tapi rohani kita kosong, maka kita adalah orang yg paling miskin di dunia ini. Tapi jika kita ada Allah, maka kita memiliki segala-galanya.. kita adalah orang yg paling kaya di bumi ini... maaf jika saya ada tersilap kata dan terkasar bahasa. Kelemahan adalah milik saya jua.
Wallahua'lam... |
|
|
|
|
|
|
|
adlythegreat posted on 8-11-2012 01:33 PM
kelantanese only?
kelantanese pasal aku duk kelantan...senang nak wat convoy.... |
|
|
|
|
|
|
|
tarabas1976 posted on 8-11-2012 02:10 PM
Aku syak, musti dier ader simpan stok budu banyak. Pasai budu tahan lama
amboi. geng2 budu la ni.
|
|
|
|
|
|
|
|
tarabas1976 posted on 8-11-2012 02:10 PM
Aku syak, musti dier ader simpan stok budu banyak. Pasai budu tahan lama
budu mesti ada...... |
|
|
|
|
|
|
|
tarabas1976 posted on 8-11-2012 02:20 PM
Aku raser aku akan pergi jauuuuuuuuh. Betul cakap andria tuh, harta dunia, cinta pada manusia, pan ...
jazakallah en tarabas atas perkongsian ilmu ini dah sebelumnya..
kalau tidak keberatan, ceritakan lagi ilmu2 sebegini... |
|
|
|
|
|
|
|
andria posted on 8-11-2012 02:35 PM
Minta maaf.. benda2 begini, sebenarnya tak boleh diceritakan secara direct kpd mereka yg bukan ahl ...
terasa kecik, kerdil, lemah iman sangat bila baca komen sis yg ni...hati masih lagi cinta dunia...huhuhu...masih ikut perintah nafsu...solat pun susah sangat nak khusyuk...Astaghfirullah...Astaghfirullah...Astaghfirullah....
|
|
|
|
|
|
|
|
andria posted on 8-11-2012 02:35 PM
Minta maaf.. benda2 begini, sebenarnya tak boleh diceritakan secara direct kpd mereka yg bukan ahl ...
Thanks...apa yang saudari perkatakan adalah benar..... saya terima dgn terbuka...
kalu tak tanya, saya tak akan tahu huhuhuhuuh mane tahu dgn bertanya, dapat jawapan apa yg saya cari...sama seperti saudari katakan.... Last edited by darkharis on 9-11-2012 10:00 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
tarabas1976 posted on 8-11-2012 02:20 PM
Aku raser aku akan pergi jauuuuuuuuh. Betul cakap andria tuh, harta dunia, cinta pada manusia, pan ...
camane nak buat zikir automatik tuh?.... ada kaedah atau cara ka?..... patutlah dolu macam pernah terbaca kat sini.... cuma malas nak cari balik......
kalo korang cari guru nie camane?... pergi masjid + blajar.... ke pegi pondok2??..... ke cari kat internet je?
|
|
|
|
|
|
|
|
selama ni aku cuma SI je di sini..aku ni besa2 jer..terjah ke memana thread cari ilmu..aku pon xde la pandai nak berhujah mcm forumner2 kat dlm ni.. aku da tahu lama thread ni, sejak part 1 lagi..tu pun sblm aku mimpikan banjir besar yg melanda bumi,2 3 hari pastu aku jumpa thread ni... byk yg aku bole ambil buat panduan..
2 hari lpas aku dpt mimpi lagi..aku berada di 1 kawasan tasik & berbukit..ada ramai org kat situ..then tetiba aku npak 1 cahaya oren memancar & bingitkan telinga aku..semua org terpinga2..jadi kosong& telinga berdengung lama..bila sedar, ramai org kelam kabut berlari nk selamatkan diri, tapi semua kenderaan kereta, moto xberfungsi termasukla hp..pastu aku terkejut bila dgr azan subuh..
aku tak pandai tafsir mimpi..tapi adakah mimpi aku ni mainan syaitan? |
|
|
|
|
|
|
|
tarabas1976 posted on 9-11-2012 08:58 AM
Bila kita berzikir dan sedar kita ni hamba, tak der lar kita kononnya "fana" sehingga menuduh oran ...
en tarabas...alam nur tu mcmana...sudilah kiranya berkongsi |
|
|
|
|
|
|
|
tarabas1976 posted on 8-11-2012 02:20 PM
Aku raser aku akan pergi jauuuuuuuuh. Betul cakap andria tuh, harta dunia, cinta pada manusia, pan ...
jadinya dah ready nak tutup akaun fb, porem, apa semua tu?
|
|
|
|
|
|
|
|
adlythegreat posted on 11-11-2012 12:20 AM
jadinya dah ready nak tutup akaun fb, porem, apa semua tu?
Raser dier bukan macam itu.....rasa dier sama macam mana perasaan Saidina Musa a.s. ketika melangkah keluar dari istana Firaun berjalan kaki seorang diri ke bumi Madyan. Ketika Firaun ketahuan bahawa tukang masak favouritenya yang berbangsa Qibti mati dipukul oleh Saidina Musa secara tidak sengaja, waktu itu ia lantas membangkitkan kemarahan Firaun. Tetapi kemarahan Firaun pada ketika itu, hanyalah kemarahan seorang bapa pada anaknya sahaja layaknya. Saidina Musa a.s. dibela di dalam istana Firaun semenjak masih bayi sehingga orang menggelarkan Saidina Musa a.s sebagai Musa bin Firaun (pada waktu itu). Tetapi nabi Musa a.s. keluar dari istana dengan 2 persoalan........."Siapa aku yang sebenarnya, aku dilahirkan sebagai Bani Israil tetapi dibesarkan oleh Firaun yang berbangsa Qibti yang menindas dan memperhambakan Bani Israil? Aku dilahirkan oleh ibuku yang berketurunan Bani Israil dan "diletakkan" di istana Firaun yang menindas manusia, untuk tujuan apa aku diletakkan di sini?"........ 2 persoalan itulah yang membawa Saidina Musa a.s. meninggalkan kemewahan hidup di istana tempat baginda dibesarkan dan berjalan kaki seorang diri ke bumi Madyan untuk mencari........mencari diri dan erti.....
Itulah rasa yang sama yang dirasai oleh Ibrahim bin Adham ketika keluar dari istana beliau meninggalkan kemewahan dan kenikmatan hidup untuk mencari diri dan erti....."Siapa aku dan untuk apa aku ' diletakkan' di sini?" ....Perjalanan dalam menuju ke hadrat Allah.
Sebab itu, apabila kita mengkaji sejarah Nabi-Nabi, ada beberapa kelompok manusia yang lari meninggalkan sistem bathil, kemungkaran dan kerosakan masyarakat di dalam menuju ke hadrat Allah.......mereka yang "terpanggil'.....seperti kisah Ashabul Kahfi, kisah Saidina Musa a.s., kisah Saidina Luth a.s, kisah Saidina Nuh a.s., dan kisah hijrah para sahabat dari Kota Mekah ke Kota Madinah.
Allahualambissawab.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|