CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Nicki_Meow

Abstrak Cinta Aku & Dia ~ (Forever Alone) : by Ilham Pena - February 2015

[Copy link]
 Author| Post time 23-4-2014 03:37 PM | Show all posts
ladyFinger12 posted on 23-4-2014 03:32 PM
Kalau umi aiols konfiden sikit sbb dia dah jadi PLK kan? Sure dia jaga bab2 sentuhan ni kan?

Ke  ...

Hisyam Hamid? atau mamat yg berlakon dlm citer romi julia tu? (sumber: bod gossip )
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-4-2014 03:58 PM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 23-4-2014 03:37 PM
Hisyam Hamid? atau mamat yg berlakon dlm citer romi julia tu? (sumber: bod gossip )

HH...

Nampak lebih berkaliber. Sebagai bapak org, harap2 dia pun tahu menghormati perasaan anak2nya...


Cer teka bersumber inspirasi dari ayat siapa?
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2014 08:51 AM | Show all posts
bila nak sambung ni TT... dh tak sabar ni...
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2014 10:14 AM | Show all posts
biar la amy dgn anep tu..  sama2 solo kan...


anep!!! jgn nak sorok2 sgt feeling tu..
let it go.... let it go...   
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2014 10:53 AM | Show all posts
merahsilver2U posted on 24-4-2014 10:14 AM
biar la amy dgn anep tu..  sama2 solo kan...

like status
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2014 03:02 PM | Show all posts
TT... bila lg nak sambung ni...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-4-2014 12:58 AM | Show all posts
ladyFinger12 posted on 23-4-2014 03:16 PM
Pi lah sages kat twitter, kut2 fiza tarik balik tuntutan.

Tak nak depa jadi iqy dgn rara ke?

Hi lady....
Ni iols dpt dr umah sinun...betul ke???

Drama- perempuan dibawah lindungan kaabah
Terbitan - Pena creative sdn bhd
Pelakon - Nanaz, nely, Keith foo, azli khairi n Diana danielle
.



sorry @Nicki_Meow iols nyelit soklan utk lady kat sini hihihi

iols dah mula goyah tgk amy dgn anep...mcm nak kasi amy dgn anep je hehehe biar je la zack forever alone
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2014 11:56 AM | Show all posts


cepat la sambunggggg.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2014 02:03 PM | Show all posts
mana tuan rmh ni.....nak sambungan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-4-2014 08:26 AM | Show all posts
Salam,

Moga hari anda semua ceria hendaknya. Eceh....

@khaizarina    Mentang-mentang muka Anep macam Remy Ishak + ada black belt, mulalah uols berpaling tadah gitu kanss...

@cmf_conan    Uuuuu.....Gangsternyeee....takutnyeeeee
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-4-2014 08:37 AM | Show all posts
Episode 49

Sudah empat hari dia kembali bekerja, setelah menghabiskan cuti sakit selama seminggu. Bengkak di kepalanya sudah tiada. Yang tinggal, parut bergarisan panjang lebih kurang seiinci di sebelah telinga kiri. Hasil buah tangan Farid. Harapnya, parut itu akan hilang juga ditelan masa.

Teringatkan Farid, sesekali hatinya menyeranah. Masih tertinggal sisa amarah. Membuat pukul curi, tindakan Farid benar-benar seperti pengecut. Kalau diikutkan hati, mahu saja dia membalas perbuatan Farid. Syukurlah, akal warasnya masih dapat berfungsi elok walaupun kepalanya sakit tercedera. Tak kuasa hendak mencari Farid semata-mata mahu membalas gaduh. Lagipun, buang masa saja hendak pergi mencari Farid. Mamat saiko itu hilang entah ke mana. Mungkin panas punggung setelah tahu, laopran polis sudah dibuat keatasnya.

Cerita dia diserang juga hangat diperkatakan di tempat kerja. Cerita itu pula, punyai pelbagai versi.

Versi Satu – dia diserang ketika membantu seorang gadis yang diragut beg tangan. Ini versi biasa-biasa. Tidak keterlaluan dan boleh diterima.

Versi Dua – Dia diserang oleh seorang lelaki gila. Yang ini, masih boleh diterima akal kerana Farid memang ada gila.

Versi Tiga - Ini versi paling hangat. Cerita bawaan mulut mengatakan dia diserang oleh seorang lelaki yang cemburu buta kerana isteri lelaki tersebut ada skandal dengannya. Hebat bukan? Terasa seperti kasanova tersohor Malaya.

Itu versi yang dia tahu. Versi yang dia tak tahu mungkin lebih hebat lagi. Berapa versi cerita yang ada, Zack kurang pasti. Mulut tempayan bolehlah ditutup. Mulut orang? Memanglah si pembawa mulut tak ada kerja lain. Entah siapa.

Apabila ditanya cerita sebenar, Zack hanya memberi jawapan dengan senyum dan angkat bahu. Malas hendak bersembang kencang apatah lagi, menceritakannya berulang-ulang macam CD rosak. Kalau diberitahu hal sebenar sekalipun, tetap ceritanya terbalik kuang. Jadi, suka hatilah mereka itu hendak percaya versi yang mana. Hatta versi dia berskandal dengan bini orang pun, lantaklah. Tak peduli.

Yang tahu versi asal dan tulen, hanyalah Joe Zulkifli, Zareen dan orang-orang di Jabatan Sumber Manusia.

Zareen…

Zack senyum sendiri. Terasa hati berbunga-bunga. Tak sangka Zareen sudi datang melawatnya di hospital tempoh hari. Dan sejak itu, Zack perasan, cara Zareen bertutur padanya terdapat kelainan. Tidaklah terlalu ketara kerana mungkin, Zareen control ayu tetapi, cukuplah untuk membuatkan dia terasa ada lebih perhatian.

Itu tak termasuk kesudian Zareen berbalas mesej dengannya. Menambah rasa lagi ‘perasan’ dalam diri. Bukanlah tak pernah berbalas mesej tetapi sebelum ini, topik perbualan mereka semuanya menjurus  kepada hal kerja. Tiada langsung yang berkait peribadi.

“The way she looks at you, talked to you. Not to forget her reaction when she saw you and I so close. I can say that I’m eighty percent sure.”
Kata-kata Kate terngiang-ngiang di telinga. Zack senyum lagi. Mungkin, kata-kata Kate ada kebenarannya. Zareen memang ada sembunyi rasa.

Adakah benar, dia tidak bertepuk sebelah tangan? Kalaulah benar....

Nafas dihembus perlahan. Senyum Zareen bergentayangan depan mata.

Zack geleng kepala, halau mimpi indah dari minda. Tak mahu berterusan berangan-angan. Kerja yang menimbun sedang menanti untuk disiapkan.

Jari capai mug atas para. Mahu bancuh Nescafe. Candu biasa memulakan hari.

“Eh…” Bagai terkena elektrik, jari ditarik kembali tatkala bersentuhan.

Jarinya, dan juga jemari runcing yang turut mahu mencapai mug yang sama. Last edited by Nicki_Meow on 28-4-2014 02:08 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-4-2014 09:03 AM | Show all posts
“Sorry. Saya…tak sengaja.” Ucap Zack, serba salah. Tapi…nak diikutkan, bukan salahnya. Siapa suruh Zareen muncul tiba-tiba?

“It’s…okay.” Perlahan-lahan, Zareen menjawab. Senyum manis terukir dibibir, sedikit kekok.

“Lain kali, bagilah salam.”

“Saya dah bagi salam, tapi awak tak jawab pun…” Sahut Zareen.

“Oh...iya ke?” Zack menolak rambut ke atas. Apakah teruk sangat lamunnya tadi?

“Awak berangan apa, sampai saya bagi salam pun tak dengar?” Zareen menyoal.

“Berangan pasal awaklah…” Zack jawab selamba. Wajah Zareen yang tak keruan direnung. Zack senyum senget. Reaksi Zareen mencuit rasa. Zareen hanya menggelengkan kepala.

“Cik Reen nak buat air ke?”

Zareen angguk dua kali.

“Milo?” Zack pantas meneka. Dia tahu, Zareen tak minum kopi. Dan yang ada di dalam pantry hanyalah Nescafe 3 dalam 1, Milo 3 dalam 1 dan uncang teh. Jadi, sama ada teh atau milo sahaja pilihan Zareen.

“Ya…milo.” Zareen angguk lagi. Zack senyum lantas peket milo 3 dalam 1 dikeluarkan dari balang. Peket dicarik lalu isinya dituangkan dalam mug.

“Eh...Zack. Tak apalah. Saya boleh buat sendiri…” Zareen cuba halang. Zack tak bersuara. Air panas dituang hampir penuh. Dikacau hingga larut dengan sudu.

“Untuk awak…” Mug di hulur pada Zareen bersama senyuman.

Zareen senyum, rasa sedikit segan. “Susahkan awak je…” Mug di sambut.

“Setakat tuang air panas, tak adalah susah sangat pun.” Balas Zack. Nampak tak ciri-ciri suami mithali dan penyayang di situ? Nampak?

Zareen balas senyum, hilang bicara.

“See ya…” Zareen minta diri. Tak mahu berlama-lama. Sukar untuk menutup rasa tak keruan kalau berdekatan.

Zack angguk dan senyum. Zareen dipandang sehingga kelibatnya hilang.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-4-2014 09:13 AM | Show all posts
Zack kembali ke tempat duduk. Mata menghadap skrin computer. Email dibaca satu persatu. Mencari sekiranya ada perkara penting yang perlu diberi perhatian terlebih dahulu. Tiada. Nescafe 3 dalam 1 dihirup. Rutin kerja harian bermula.

Baru saja hendak memulakan kerja, email baru melayang masuk. Zack angkat kening. Sudah pasti dia kenal siapa pengirim email. Oleh itu, tak ada yang luarbiasa. Yang luarbiasanya, subjek email itu.

Terima Kasih

Jari pantas menekan tetikus. Isi kandungan email dibaca.

Saya lupa nak ucap terima kasih kat awak tadi. So, thanks.

Zack senyum lebar. Jari pantas menaip balasan.

Sedap ke?

Lima saat kemudian, email di terima dari pengirim yang sama.

Milo 3 dalam 1? Rasa macam biasa je. Nothing special…I guess. Tuang air panas aje pun… kan?

Zack ketuk jari pada meja. Nothing special kau cakap….

Well, ada yang special...walaupun sekadar tuang air panas.

Oh…really?
Yup. Specially made for someone special….like you.

It’s so nice of you, Zack. Thanks sebab buatkan air untuk saya.

Senyum Zack makin lebar.

Saya lupalah nak bagitau. Masa saya buat air tu tadi…saya…

Saya…apa?

Saya jampi. Lepas tu, saya letak ubat pengasih dalam tu.

So, kalau saya minum…apa jadi?

Awak jadi jatuh hati pada saya.

Iya?

Wait and see.

Tiada lagi balasan. Bicara di email terhenti.

Zack angkat kepala. Zareen sedang senyum dihadapan komputer. Mungkin terasa dirinya diperhati, Zareen pandang ke depan. Mata bertentangan. Kemudian, sekali lagi Zareen hadiah senyum manis lalu terus mengalih pandang.

Cukuplah senyum untuk hari ini. Please get back to work…

Zack ketawa sendiri membaca email terbaru.

***
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2014 10:44 AM | Show all posts
khaizarina posted on 26-4-2014 12:58 AM
Hi lady....
Ni iols dpt dr umah sinun...betul ke???



Hi Khai...lama tak nampak uolss....


eh..tak baik tau nak biarkan zack forebereber alone...sian dia..


tapikan biasanya 2nd hero/heroin mesti enterpreme lebih dari hero/heroin sebenar..  





Last edited by UsuFie on 28-4-2014 01:08 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-4-2014 11:32 AM | Show all posts
Waktu kerja sudah tamat. Zack bangun dari kerusi usai mengemaskan mejanya serba sedikit. Sesekali, matanya menjeling pandang ke arah bilik boss tersayang.

Bos tersayang sedang bercakap di telefon bimbit. Bibir menguntum senyum. Entah dengan siapa agaknya…

“Zack…kau tak nak balik ke?” Joe Zulkifli menegur. Zack kalih pandang.

“Nak baliklah ni…”

“Jomlah sekali.” Pelawa Joe Zulkifli.

“Tak apa. Kau jalan dulu…” Zack menolak dengan baik. Joe Zulkifli angkat kening. Pandangan bertukar di antara Zack, bilik Zareen dan kemudian, kembali ke Zack yang pura-pura sibuk dengan telefon bimbit. Joe Zulkifli senyum, memahami. Angau si Zack tak dapat disorok lagi. Terlebih-lebih pula sejak dua menjak ini.

“Aku doakan, kau cepat-cepat buat kenduri nasi minyak.” Bahu Zack ditepuk dua, tiga kali.

“Amin.” Jawab Zack sambil sengih kerang.

“Jalan dulu. Assalamualaikum…”

“Waalaikummusalam…”

Joe Zulkifli beredar.

Zack masih pura-pura membelek telefon bimbit. Zareen dijeling pandang lagi. Hajatnya, mahu berjalan seiring dengan pujaan hati. Zareen tak akan menerima ajakan untuk keluar selepas waktu kerja. Sekali pun tak pernah dia setuju. Untuk itu, Zack akur dan kagum. Pendirian Zareen yang satu itu sukar diubah, apatah lagi disanggah. Jadi, tak dapat ajak dating, dapat jalan bersama pun cukuplah.

“Tak balik lagi, Zack?” Zareen menegur. Tangannya masih memegang telefon bimbit dengan tas tangan tersangkut di bahu.

“Balik dah ni..” Balas Zack. Zareen senyum. Pantas Zack mengatur langkah, mengambil kesempatan untuk berjalan sama. Zareen hanya senyum saja.

Dalam lif, mereka berbual santai. Sapaan beberapa pekerja hotel disambut mesra. Mungkin, telah ada yang perasan, di antara Zack dan Zareen bagai ada tarikan. Sofiah Harun senyum dengan kening terangkat sambil bertukar jeling penuh makna dengan Jessy.

TING.

Lif mencecah Ground Floor. Zack sopan membiarkan para wanita dahulu untuk keluar sebelum menghayun langkah. Zareen dirapati dari arah kiri.

“Awak tak drive ke hari ni?” Zack menyoal. Zareen menoleh dan tersenyum.

“Tak. Saya tak drive hari ini.” Jawab Zareen.

“Ada yang datang ambil ke?”

Zareen angguk. Zack senyum. Dia tahu, ada ketikanya, adik Zareen akan hantar dan ambil Zareen dari kerja.

“Saya pergi dulu ya? Dia dah sampai.” Zareen pantas meminta diri.

“Okay. Jumpa esok.”

“Bye Zack…”

“Bye.” Zareen pantas melangkah pergi.

“Zack.” Lengannya dicuit. Zack toleh. Sofiah dan Jessy senyum. Zack angkat kening, pelik.

"Apa dia?" Soalan dilontar pada Sofiah apabila Sofiah memandang dia dengan senyuman penuh teka-teki.

“Jadi, gossip you dengan Zareen tu, betullah?” Sofiah menembak soalan. Saja nak bergossip sementara menanti suami datang menjemput.

“Gossip apa pulak Sofi?” Zack angkat kening. Sudahlah gossip dia berskandal dengan bini orang masih bertebaran. Ini, tambah pula lagi satu gossip. Terasa ‘artis’ pula.

“You tanya gossip apa? Gossip you dengan Zareenlah.”

“Gossip I dengan Zareen? Gossip apa? Ada ke?”

“See…Jessy. I’ve told you already. He won’t admit…” Sofiah pandang Jessy lalu ketawa.

“I know him one. He is shy-shy cat type lah. You tanya, dia tak mahu jawab punya…” Jessy sahut ketawa. Zack geleng kepala. Lucu pula menjadi bahan gossip di petang hari.

“Mak Jemah sangatlah korang ni.” Zack balas namun bibir kekal senyum. Kepala kembali memandang ke depan. Zareen baru saja masuk ke dalam sebuah Toyota Caldina berwarna biru. Zack kerut kening lagi. Seingat dia, kereta adik Zareen berwarna merah berjenama Alza. Dia cuba mengingati jika itu adalah salah satu kereta milik adik Zareen namun gagal.  

Kereta lain, mungkin. Zareen ada ramai adik-beradik.

“Okay ladies, I balik dulu.” Zack minta diri apabila Toyota Caldina biru telah hilang dari pandangan.

“Okay Zack, see you tomorrow.” Balas Jessy. Zack senyum dan mula berjalan menuju ke tempat parkir motorsikalnya.

***
Last edited by Nicki_Meow on 28-4-2014 11:37 AM

Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2014 11:36 AM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 28-4-2014 11:32 AM
Waktu kerja sudah tamat. Zack bangun dari kerusi usai mengemaskan mejanya serba sedikit. Sesekali, m ...

wah dah ada sambungan..bila nak berjodoh si Zack ni?..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-4-2014 12:45 PM | Show all posts
Kinokuniya, KLCC

Satu demi satu celahan kabinet dilalui. Perhatian terbahagi dua. Di antara tajuk-tajuk buku yang terdapat di rak dengan telefon bimbit. Malas untuk pulang awal, Zack ke sini dahulu menghabiskan masa terluang. Sejak Kate tiada, dia jarang ke sini.

I’m at Kino!

Is it? What are you doing there? Alone?

Yup…alone. I rindu kat youlah. Sebab tu datang sini.

Ha-ha-ha. You ni sangat mengada!

Balasan Whatsapp dari Kate membuatkan Zack tergelak. Pelat Kate tak hilang.

It’s already 8pm there, right?

Iya. Dah pukul lapan. You kat Café ke?

Iya. I penat sangat hari ni.

Hey, don’t work too hard, alright? You need to take care of yourself. I tak nak you jatuh sakit.


Don’t worry, darl. I’m fine. Di sini ada orang jaga.


Zack senyum.

Tell me more about Zareen.

That’s all lah sayang. Tak ada apa lagi I nak beritahu.

So, you think that she likes you too?

Maybe…

I think she is. She just don’t want to make it so obvious. What are you waiting for then? Pergilah cakap dengan dia yang you suka pada dia.

I takutlah. Hehehe..

OH. MY. GOD. You takut apa?

Kalau dia reject I, macam mana?

But you said she likes you too…

Correction! I said maybe…

Duh! Such a loser. So what if she reject you?

Malulah I. Nanti I makan hati, macam mana? You pun duduk jauh. Siapa nak pujuk I?

Sangat mengada…kan?

Zack hampir ketawa namun ditahan. Tak mahu pengunjung disini menyangka dia gila pula kerana ketawa seorang diri.

DUK!

Dia dilanggar sesuatu. Lebih tepat, seseorang. Zack pandang bawah. Seorang kanak-kanak berumur lebih kurang empat lima tahun jatuh terduduk dengan buku berterabur. Pantas telefon bimbit dimasukkan ke dalam poket seluar. Zack duduk melutut.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-4-2014 12:54 PM | Show all posts
“Sakit?” Zack bertanya. Si kanak-kanak angguk laju. Kelihatan takut-takut.

Zack membantu kanak-kanak itu berdiri. Seluar kanak-kanak ditepuk perlahan, mahu membuang habuk yang terlekat. Wajah si kanak-kanak dipandang. Comel sekali. Buku-buku yang berterabur, Zack tolong kutip. Buku mewarna.

“Adik suka colour buku?” Zack menyoal ramah. Si kanak-kanak angguk. Masih takut-takut. Pandangan ditebar ke sekeliling, mencari seseorang.

“Mana mama dengan papa?” Zack menyoal lagi, memberikan senyuman.

“Tadi…mama dengan ayah ada kat sana.” Si kanak-kanak menjawab. Mungkin ketakutannya berkurangan melihat Zack bersikap prihatin.

“Jom, kita cari mama dengan ayah.” Ajak Zack. Si kanak-kanak angguk percaya. Mula senyum sedikit.

“Irfan. Kan mama kata jangan lari-lar….”

Suara itu cukup dikenali. Zack angkat muka. Riak wajah berubah, penuh tanda soal. Mama?

Zareen mati kata.
Last edited by Nicki_Meow on 28-4-2014 01:03 PM

Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2014 01:06 PM | Show all posts


taklah kantoi sgtkan zareen...

boleh jer nanti bagitau kisah sebenar kat zack..  

sudahnya berjodohan....


usu nak zack + kate jugak...  

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-4-2014 01:11 PM | Show all posts
“Ayah…ayah. Nak buku ni…” Irfan pantas berlari mendapatkan Akmal. Akmal senyum tetapi pandangan matanya bertukar antara Zareen dan Zack.

“Cik Reen…”

“Zack…” Suara Zareen terlalu perlahan.

Zack bangun perlahan dari melutut. Mama? Ayah? Sedang berusaha untuk menghadam fakta yang baru di terima.

“Reen…” Tegur Akmal. “Kawan Reen ke?” Senyuman diberi pada Zack walau timbul rasa kurang senang. Reaksi Zareen seperti memberi gambaran sesuatu.

“Ehhmmm…abang.” Zareen telan liur. “Abang, ini… Zack. Satu tempat kerja dengan Reen.”

Abang. Pedih rasa hati.

“Akmal.” Akmal memperkenalkan diri. Tangan dihulur tangan. Untuk tidak dikatakan biadap, Zack sambut. Kali ini, bibir ditampal dengan senyum plastik.

“Zack.” Tutur Zack.

“Mama…nak buku ni.” Irfan bersuara lagi. Tiga orang dewasa yang sedang saling memandang penuh curiga antara satu sama lain tidak memberikan hal kepadanya.

“Mama…” Irfan mennggoncang tangan mamanya.

“Iya sayang. Nanti kita bayar dulu ya?” Zareen memandang Irfan.

“Yeay.” Irfan sambut suka.

“Reen nak berbual dulu ke?” Mahu mengalih janggal, Akmal bersuara. Irfan didukung. “Abang pergi bayarkan buku Irfan dulu. Kami tunggu kat kaunter.” Akmal berlalu sambil mendukung Irfan. Walau sangsi dan rasa kurang senang, Akmal tidak mahu terburu-buru masuk campur hal Zareen.

Kini, tinggal mereka berdua saling bertentangan.

“Itu…anak Cik Reen?” Zack menyoal perlahan.

Zareen tarik nafas dan angguk.

“Jadi, Cik Reen dah kahwin?”

Zareen angguk lagi. Zack hembus nafas kasar. Hampir-hampir tak percaya. Selama ini, dia menyimpan perasaan pada isteri orang?

“Zack…saya…” Zareen cuba untuk menerangkan sesuatu tetapi, ayatnya timbul-tenggelam. Wajah Zack yang berubah mengundang rasa bersalah.

“Saya pergi dulu.” Zack angkat kaki, bawa diri. Langsung tidak menoleh lagi. Last edited by Nicki_Meow on 28-4-2014 01:58 PM

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 06:40 PM GMT+8 , Processed in 0.084007 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list